Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Monday, December 1, 2014

takmau jumpa dah


lima hari berlalu 
harini baru boleh makan dengan selesa 
kan last entry haritu aku cakap nak cabut gigi kan 
nah , pengalaman aku 

* * * 

sebelum aku buat keputusan nak jumpa doc gigi , 
aku dah tanya semua orang 
dan semuanya cakap tak sakit kat doc yang aku nak pi tu 
mem temankan aku 
ramai sangat orang . doc pon tak sampai lagi 
saja aku pi pagi pagi . rasa fresh sikit 

lepas nama aku kena panggil 
tuhan ja tau bertapa ketaqnya aku 
last jumpa doc gigi masa darjah 2 dulu , haha . lama gila kan 
memang aku paling takut doc gigi 

aku bagitau gigi sebelah kiri aku sakit 
tapi tak tau gigi yang mana satu yang sakit 
atas , bawah , depan , belakang semuanya terasa 
kadang kadang sampai sakit menyucuk dalam telinga 
doc tu cakap geraham bongsu aku berlubang 
memang susah nak cabut sebab duduk belakang sekali 
selalu dia charge rm100 . kalau susah dia charge rm200 
memang tak boleh diselamatkan dah selain cabut 
kalau tak cabut memang akan sakit sampai bila bila 
atau tunggu gigi tu reput sendiri 
puas aku fikir , kalau nak tunggu reput 
sampai ke tua la nanti . takmau lah aku seksa sampai tua 
huhu 

lepas aku setuju nak cabut , dia cucuk ubat kebas 
agak dah betul kebas dia start proses 
pengalaman ngeri aku dah mula 
haha . tobat dah wey . sakit gila kot 
dia pulas gigi aku macam pulas skru sampai patah gigi tu 
serpihan gigi tu masuk dalam kerongkong 
aku telankan saja , kalau tak telan , confirm aku muntah 

lepas gigi tu patah , dia mesin pulak 
bau hangit ja masa dia mesin . agaknya dia belah gusi aku 
darah jangan cakap la . memang banyak 
dia pam darah keluar singki , lepas tu pakaikan aku apron 
aku ni dah taktau nak kata apa 
ubat kebas tu memang dah takdak efek dah 
pejam mata , menangis kat situ jugak 
boleh doc tu kata -- buat apa nangis , bukannya sakit 
banyak la tak sakit . aku yang menanggung rasa macam apa lagi 
pembantu dia suruh aku sabar -- sabar na kak , sikit lagi 
haha . dah macam nak beranak pulak 

lama lepas tu , gigi tu dapat dicabut 
doc jahit gusi aku balik 
masa jahit tu dah tak sakit 
dah setel , terus aku keluar kat mem sambil menangis 
walaupun pembedahan kecil , tapi bagi aku 
macam pi berperang 
dalam hati -- cepatlah habis , cepatlah habis , cepatlah habis 

haha , serius . aku dah takmau jumpa doc gigi lagi . fobia 
bagi orang lain taktau lah kan 
tapi alhamdulillah , aku dah boleh makan dengan senang hati 
nikmatnya dapat makan 

bulan november kali ni penuh dengan kesakitan 
harap tak lalui lagi macam aku lalui bulan ni 
aku ingat aku lemah 
tapi aku kuatkan jugak diri aku 
dan aku berjaya 

yeay ! 

:) 


0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)