Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Saturday, March 29, 2014

mengidam !


ruginya masa holiday haritu aku sakit mulut 
apa pon tak boleh makan 
dalam hati aku , masa tu nak ja makan sebab aku memang lapar sangat 
dah tak kisah la geli ka dak , tak kisah lalu ka dak 
masa dalam 7e tu rambang ja mata aku 
tapi sedih , kalau beli pon aku bukan boleh makan 

malam tu tak boleh tidur 
bukan sebab tak mengantuk , tapi sebab lapar 
gagah jugak pi cari makan 
tapi sekali aku suap , menangkap haa dalam mulut . sakit teramat sakit 
dapat merasa sikit saja . tak puas lansung 

sekarang aku dah baik sepenuhnya 
teringat kat ayam goreng dengan daging bakar haritu . sos dia sedap 
hm , bila nak boleh pi lagi taktau 



Tuesday, March 25, 2014

kasut


" kenapa tak buang kasut tu , kasut tu menyakitkan " 
" banyak lagi kasut lain , pilih ja " 

kenapa aku nak kena buang , kenapa aku kena cari lain 
dia pernah melindungi aku 
bawak aku jauh serata tempat 
melangkah sama sama jatuh bangun aku 
memang pernah menyakitkan aku , tapi dalam menyakitkan tu 
dia tetap melindungi aku 
terincut incut aku berjalan dalam hidup ni 
aku gagahkan jugak 

nampak macam orang bodoh kan 
kekal dalam kesakitan tu 
sebab apa , 

sebab aku sayang kasut aku 


Sunday, March 23, 2014

tuhan kan ada


sabtu . 22 mac 2014 

aku tau dia tenung aku 
aku saja buat tak perasan , aku buat buat khusuk dengan tv 
padahal apa aku tengok bukan masuk dalam kepala aku pon 
tak sanggup aku nak berlaga mata dengan dia 
segan pon ada , rasa macam baru kenal pon ada 
haha

dia cakap dia dah nak balik sana 
aku pusing kot lain , buat buat gelak 
bukan aku saja tak dengar 
aku takmau masa yang ada tu buat aku rasa sedih 
aku nak happy saja 

satu hari yang singkat 
jujur aku kata aku bahagia dengan dia masa tu 
terima kasih berada dengan aku walaupun sekejap 
aku cuba nikmati masa yang ada dengan sebaiknya 

aku suka tengok dia gelak , bila aku tengok dia gelak sebab aku 
aku rasa satu perasaan yang tenang 
lama sangat aku tak ada perasaan macam tu 

betul kata dia 
selalunya , bila kami rancang , semuanya tak menjadi 
sekarang aku dah takmau merancang 
biarlah semuanya berlaku dengan tak dirancang 
bukankah itu lebih menarik 

aku serahkan saja pada yang atas sana 
dia lebih mengetahui 
aku harap , apa aku rasa sekarang ni kekal selamanya 
amin amin amin 


:)

Saturday, March 15, 2014

rutins


sekarang tak dapat nak update selalu 
mem pinjam laptop nak bawak ke kl katanya 
nak update pakai phone , rasa tak puas 
nak buat apa pon kena setelkan harini jugak 
esok laptop dah tak dak 

* * * 

bosan sikit sekarang ni 
tak dak aktiviti menarik sangat , rasa malas ja 
kesihatan alhamdulillah dah semakin baik 
cuma kena minum air banyak banyak 
hujan pon dah mula turun harini , tak panas lagi 
rasa lega sangat 

* * * 

walaupun rindu , kena jugak keringkan hati 
aku harap apa aku buat ni adalah yang terbaik untuk aku 

insyallah 



Monday, March 10, 2014

baju kicik daa


#throwback 

haritu dalam entry prengg peng peng 
aku dah cerita macam macam . ni kiranya sambungan lah kan , haha 
masa kat hostel dulu kena senaman masa orentasi 
kena pakai baju kurung dengan seluar , tudung pulak kena lepas ke bawah 
tak boleh selempang , fesyen apa pon TAK BOLEH ! 
pergh , masa tu aku malu gila 
bayangkan baju kurung pakai dengan seluar track . memang jemm !
tapi sebab semua orang kena pakai macam tu 
aku boleh tahan lagi . tapi nak tergelak kot 
bagi la pakai baju t-shirt muslimah yang sampai lutut tu ka 
okey lagi dari yang ni 
sebenarnya aku nak tergelak kot , nasib la senaman tu sat saja 

yalah kan , masa study situ semua kena menutup aurat 
kiranya macam undang undang ketat sikit lah kat situ 
duduk rumah sewa pon kalau terserempak kat luar terdedah sana sini 
mau kena tindakan jugak 
tapi aku tak pernah la kena tangkap kat luar 
kawan kawan aku yang duduk kat taman lagi satu tu memang dah kena aim 
hahahaha , kesian depa 
jiran tah apa apa , suka mengacum , haha 

tapi masalah aku ni satu ja 
selalu kena warning dalam kampus 
hahaha . bukan sebab perangai . tapi sebab pakaian lah apa lagi 
aku size xs . nak pakai besar besar gedabak memang dak lah 
pakai size m pon kena ambik kad matrik . stress 
lect yang jaga disiplin tu dah aim aku 
masa tu aku sem 2 tak salah aku lah kann 
selalu kena rampas kad matrik 
kalau nak ambik kad tu kena jumpa dia kat kelas senior 
pehh . memang malu lah kan 
kalau terserempak dengan lect ni , memang aku lari dulu lah 
dari jauh nampak dia jalan terkedek kedek , bedesuppp aku lari 
hahaha . nak dijadikan cerita 
masuk next sem , satu kuliah tu ditakdirkan 3 orang lect 
salah seorangnya lect yang suka sangat rampas kad matrik aku tu 
warghhh . dah la aku tak suka 
boleh pulak aku kena satu kelas dengan dia . hahaha 

so , untuk menyelesaikan masalah 
aku pakai baju kurung 24 jam , puas hati ! haha 
sepanjang sem tu lect tu pon baik dengan aku 
dah takdak apa masalah 

tutup kes . haha 

semua lect kat situ baik baik belaka 
biasa lah kalau digagalkan dalam presentation , drawing kena reject 
macam macam lagi lah 
dah biasa tak tidoq semalaman , lepas tu siap pergi kelas 
mabuk tak tidoq . jalan pon melelong 
nak submit drawing punya pasal 

kalau bab enjoy memang takdak lansung 
memang tak sempat
jangan harap la nak pi karoke sana sini 
nanti aku story morry bab assignment pulak 

cawww 

:) 


Sunday, March 9, 2014

semoga selamat


setiap makhluk di bumi ini mesti akan diuji 
semoga mereka semua selamat hendaknya 
dah la ada baby dalam tu 
ya allah 

setiap saat aku mesti nak tengok update update yang terbaru 
semalam aku tak boleh tidur 
dalam pukul 3 pagi , aku bayangkan 
masa tu depa dah hilang dari radar 
macam mana kan keadaan depa 
panik kah , atau semua sedang nyenyak tidur 
tak dapat aku bayangkan 

semoga allah swt melindungi depa 


:'( 


Monday, March 3, 2014

gogogo


minggu ni penuh cabaran 
semuanya kerja yang aku tak pernah buat secara serius 

nak kena jahit sepasang baju 
pojan yang request , dia siap beli kain . modal semua dia yang tanggung 
haha . gila lah , aku belajar potong baju pon last year 
tu pon yang basic , ikut nota ja 
tapi alhamdulillah , baju dah siap potong 
cuma esok nak start jahit 
taktau jadi ka dak baju tu , waa . stress 

minggu ni mem takdak 
lepas tu tiba tiba ada customer mintak makeupkan 
dua orang pulak tu 
mem dengan senang hati cakap aku boleh makeup 
aku setakat makeup suka suka untuk photoshoot boleh la 
tu pon kawan kawan aku yang sekadar nak menggedik di taman bunga 
ahaha . okey aku saja menambah 
yang ni pulak beribu mata orang nak memandang 
adoi , stress lagi 

hais , doakan aku boleh buat tau 
pengalaman ni 

insyallah 



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)