Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Saturday, February 27, 2016

engkau kan


semalam tengok munafik 
not bad , aku bagi 4 bintang 

sebelum movie start , ada benda seram terjadi kat aku 
aku pandang sebelah , dia pon pandang aku 
kami berdua sepakat . . . 

bau ketiak orang belakang ! 

jemmmmm 
woi , nak mai panggung pakai la deodorant dulu 
marah betul aku bab bau ni . pening . haha 
aku syak couple belakang punya bau , pelik pulak aku 
takkan pasangan dia tak bau apa apa 
betul lah kan , bila bercinta semuanya wangi . HAHA 
dalam gelap tu aku selongkar beg , cari perfume 
spray banyak banyak . setel dah masalah bau 

part movie tengah kemuncak , aku tengah fokus 
tiba tiba . . . " haa gurun , atas lagi , bla bla bla . . . ."
ada orang cakap telefon pulak ! 
kuat pulak tu dia cakap 
satu hall tegur dia . ramai ramai -- " shhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !" 
boleh dia buat taktau sambil cakap tanpa rasa bersalah 
haha . potong betul lah brader ni 

haih . nak tergelak pon ada 
sakit hati pon ada 

haha . sabar ja lah 

:'D 


Friday, February 26, 2016

makan angin


hello jumaat ! 

sementara free ni , nak throwback masa jalan jalan haritu 

* * * 

LANGKAWI 

percutian mengejut , tak plan pon 
tiba tiba abah ajak pi sana 
so , semua terus pack barang , naik kat kuala perlis 
masa tu cuti sekolah , memang ramai sangat 
dapat bot pukul 10 pagi 
dah lama tak jejak kaki kat langkawi 
kena modal banyak sikit kat sini 
abah tanya nak stay mana 
laju laju aku jerit pantai chenanggggggg ! haha 
situ meriah sikit 
masa nak balik tu kan , 
memang borong banyak coklat kauuuu 





teringat masa pi dengan syaheed 
masa tu kos pon tak banyak 
sebab kenal budak fb . dia tu stay langkawi . pinjam kereta dia 
bilik pon dapat harga murah sebab kenal 
sekarang taktau pi mana budak tu sebab lost contact 
huhuhu 

* * * 

TELUK BATIK 

tidur semalam kat pantai remis 
sebab saja jalan sini nak tengok anak buah 
dah jadi mama nurul , yeay ! 

ingatkan naik bot ni dia nak ronda pulau 
tapi dia bawak ke tengah laut pastu stop enjin 
dia jerit " okey , yang jauh tu pulau pangkor , boleh selfie kalau nak "
pandai pandai la selfie sendiri 
dah habis selfie , dia patah balik kat pantai 
lol , padan dengan harga dia rm5 sekepala . hahaha 
aku bajet dia nak ronda lama sikit 
tetipu mak nak oi 
haha 







masa singgah kat lumut , ingat nak pi pangkor 
tapi hambek kau , orang ramai gilaaaa
memang tak lah nak berebut rebut 

* * * 

PENANG 
yang ni mem bawak 
lama dah plan , kali ni baru betul menjadi 
aku nak beli foundation , kenapa la kat alor setar takdak 
stress betul , kena turun penang 
jauh betul semata mata nak beli barang makeup 






* * * 

okey , setel dah 
percutian singkat . yang betul betul percutian nanti plan lain 
haha . sebab sekarang agak busy sikit 


:')


Friday, February 19, 2016

uncle ni kan


sekarang ada hobi baru 
lepas kerja tukar baju terus pi jogg berdua dengan mija 
lega haaa badan 
selalu lemau tak larat ja 

berat baru nak naik 1kg , menangis lemak tu tak dapat naik 
haha . padan muka lemak tu 

tiga hari lepas masa jogg , ada uncle ni boleh pulak langgar aku 
maybe sebab dia jogg tengok bawah , menunduk 
takkan sampai tak nampak aku yang seketul depan dia 

aku terkejut siap melatah lagi 
" oh mak hang " 
boleh dia bantai gelak 
pastu sambung jogg macam takdak apa jadi 

aku pesan dengan mija 

" mija , kalau kak ida tiba tiba buang tabiat sebut pasal uncle ni 
makan tak kenyang tidoq tak lena 
mija kena terus bawak kak ida pi berubat tau 
mana tau dia calit minyak pengasih ka masa langgar tadi " 

hahahahahaha 
tragis dak aku punya overthinking 


:'D 



Monday, February 1, 2016

memang terkejut


semalam poslaju hantar barang , heran jugak aku 
tak beli barang online pon 
sapa pulak yang hantar barang 
bila bukak , wow ! pandora . mahal ni 
tak pernah pulak aku suara kan kat sapa sapa 
memang aku teringin , tapi simpan dalam hati saja lah 
semata mata untuk gelang macam ni 
berkira kira jugak la nak beli untuk diri sendiri 
selalunya utamakan benda penting dulu 
tengok tengok , dah dapat 

birthday dah sebulan lepas 
terharu betul aku tahun ni . semua jenis sweet sweet 

terima kasih 


:')





small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)