Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Friday, February 28, 2014

prengg peng peng


tetiba teringat masa study kat poly dulu 
masa dapat tawaran tu aku masuk form 6 sekolah sultanah bahiyah 
muka ketat ja kena masuk sekolah lagi . haha . tak rela 

aku sebenarnya mintak interior designer 
entah camna tiba tiba dapat architecture 
pon boleh la , dapat pon dekat ja dengan rumah , kat polimas jitra 
aku ada lesen moto dah masa tu , tapi takut nak bawak 
masa tu moto rc  bapak aku . hahaha 
harus la tak bawak , segan kot . dah la payah start , bunyi bising lak tu 
nak menyenangkan hidup sebab takut bawak moto , sem 1 , aku dok hostel 
sem 2 baru start menyewa rumah , ambik yang dekat poli jugak 
jalan kaki ja 
rumahnya besar , corner lot 
depan rumah bertentang dengan hostel budak laki ilp 
haa , tiap tiap pagi harus la dengar bunyi bunyi tikus mondok dulu 
hahaha 

nak dijadikan cerita , masa study tu kena beli macam macam 
mounting board lah , yang besaq gedabak size a1 , a0 
aku pon tenggelam kalau bawak board tu 
susah kalau jalan kaki , dah la kedai pon jauh sikit , tak larat 
aku pon beranikan diri bawak jugak moto bapak ku 
ah , pedulikan apa orang nak kata 
aku terdesak sangat dah . haha 
nak bawak sorang ? memang dak la kan , haha 
syaheed la jadi mangsa duduk belakang 
pertama kali aku bawak atas jalan dengan dia 
dia kan tinggi dan berat , kaki aku pulak tak sampai 
nak menanggung berat dia lagi , haha . sorry syaheed 
sebelum naik aku selalu pesan kat dia suruh tampan bila aku nak berhenti 
hahahaha . lawak gila masa tu 
selalu ayat bila traffic light dah merah 
'syaheed , tampan syaheed !' hahaha 

lepas tu kalau nak pi kedai 
jenis parking jauh jauh sebab kedai tu sebelah mapley 
budak budak laki ramai dok lepak 
nanti kalau moto takleh start , tak la menarik perhatian sangat 
yalah , banyak kali start , mau satu kedai makan tu tumpu ke aku 
lagilah aku neves nak start 
hahaha . sampai macam tu kauu ! 

tapi apa pon moto rc biru bapak aku tu la paling berjasa sekali 
walaupun bunyinya prengg peng peng penggg 
tapi moto tu la bawak aku masa baby baby dulu 

sekarang moto tu ada lagi , berkilat kau 
masih prengg peng peng penggg lagi 
bapak aku bawak pi market ja

hehe 
nanti aku sambung kisah lain pulak 


Thursday, February 27, 2014

judi hidup


bukannya aku takmau ambik hati 
tapi aku tak pandai 

setakat nak dapatkan 'sesuatu' 
kena umpan macam macam sebab nak ambik hati 
tapi tak pasti lagi boleh ka dak nak dapat 'sesuatu' tu 

macam judi 
untung sabut timbul , untung batu tenggelam 

tapi aku tak pandai nak buat semua tu 
memang nampak aku bukan macam orang lain yang bermanis manisan 
tapi inilah aku , tolonglah terima seadanya 


Monday, February 24, 2014

dua harinya


sapa ada instagram aku mesti dah baca 
haha . ya , secara mengejut malam sabtu dia balik sini 
malas aku nak excited . padahal dalam hati . hahaha 

sabtu tu aku baru balik rumah setelah banyak hari terlantar sakit 
tengahari tu aku nak keluar beli buku 
dia cakap dia nak temankan , dia pon mai ambik aku 
alahai rindunya  , tapi terkawal lagi 
rasa disayanginya bila dia gengam tangan aku masa berjalan 
jauh jugak kami berjalan , selalunya bermalas malasan dalam mall ja 
tapi kali ni jalan kat lot lot kedai luar mall 
sat saja kami keluar , dia nak kena ambik parents dia lagi 

pagi ahad dah janji nak breakfast sama sama 
punya awal aku bangun 
call dia beratus kali tak dijawabnya , haiss , geram ni 
mama dia call dia pon tak berjawab . sah . memang tidoq mati nih 
dengan geram aku malas nak layan dia 
petang tu sempat jumpa sat saja . tu pon muka bebai 
malam tu jumpa lain , pi makan sama sama 
dia dah nak balik 
bas dia lewat , aku saja tunggu dia kat shahab 
tunggu sampai dia naik bas baru aku balik 

betul lah kan 
bila jauh , baru nak rasa rindu 
bukannya dekat dulu tak rindu 
tapi lain betul rasa antara jumpa tiap tiap hari dengan sekali sekala 

:)


Friday, February 21, 2014

sakit


dari selasa haritu sampai sekarang 
kesihatan aku merosot 
sakitnya 

dah banyak hari aku tak dapat makan 
minum air kosong pon muntah 
kepala aku berdenyut , tak dapat berdiri lama 
masa aku habis dengan tidoq ja 

khamis aku gagahkan jugak pi kerja 
tapi nak balik kena bawak moto sendiri 
tu pon kena tidoq dulu sebelum balik 
bawak moto pon melelong , slow saja 

aku harap aku cepat baik 
tak mampu aku nak tanggung lagi 

amin amin amin 


Thursday, February 13, 2014

berisi ka , ahaha


sekarang ni kan aku rajin sok sek dengan mama dia 
mengata dia itu ini pasal dia 
mama dia pulak rajin tanya keadaan dia kat aku 
yalah , aku kan rajin update cerita dia kat mamanya 
haha . sekarang dah jadi gossip girls dah 

haha . rasa lawak tau 
macam tadi kan , mama dia nak tengok dia pakai baju batik 
aku pon mintak lah 
lepas dia hantar , aku dengan mama dia bandingkan gambar 
sebelum dan selepas dia pi sana 
kami dua berpakat kata dia dah makin tembam  
lol 

aku kata 
' mesti dia bengang kita kata kat dia dah berisi 
tambah tambah kat perut , haha '
mama dia balas 
' bukan kat perut lah , kat pipi . cuba tengok ni * tunjuk gambar * 
hahaha . dua minggu dok sana dah berisi , bagus la 
tak risau sangat dia tak cukup makan ' 

balik nanti kita pi timbang yang dua kupang tu 
nak tengok naik ka dak . haha 

* * *

ya allah , kau murahkanlah rezeki kami 
kau lancarkanlah perjalanan hidup kami 
hanya kau tempat kami mengadu 

amin amin amin



Wednesday, February 12, 2014

saat dulu


moment paling bahagia untuk aku 
bukan masa berjalan merata tempat sebelum ni 
tapi bulan puasa last year 
lepas bukak puasa , dia dah balik kerja , sebelum tidur 
dia perdengarkan bacaan al quran untuk aku 
sayunya dengar dia baca al quran 
saat tu hati rasa tenang 

aku tulis ni sebab tiba tiba aku rindu saat tu 

:')


Sunday, February 9, 2014

nasib nasib , haha


nasiblah seminar tu ada jugak kat alor setar 
tak payah pi penang . huhu 
kalau dak , pikir banyak kali jugak nak pi sana 

piala FA dah suku akhir dah 
tabik la dengan kedah sekarang , makin menjadi jadi 
11 feb 2014 ni jdt vs kedah kat stadium larkin 
18 feb 2014 pulak kedah vs jdt kat SDA 
JDT kot ! penuh star star star kot ! haha 

weyy . nak tengok ! 
haish . memang dak la aku nak pi sendiri 
kat stadium yang majoritinya juta juta lelaki tu 
kawan perempuan aku mana ada yang minat bola 
kesudahannya harap ada online streaming 
amin 

haha . kesian kan 



Wednesday, February 5, 2014

kerja dia


si senget tu hantarkan gambar 
meja kerja dia . alahai , bestnya 
aku pulak yang jeles nak kerja macam tu jugak 
aku tunjuk kat mama dia sekali gambar tu
senyum ja mama dia 
happy 

hidup aku pon dah banyak berubah sejak dia takdak 
aku kerap terbangun awal 
yalah , si senget ni bangun 6  pagi 
sekali dengan aku terikut , lepas tu takleh tidoq dah 
selalunya selagi tak bunyi alarm , jangan harap aku nak bangun 
kalau dulu , keja dia masuk pukul 10 
pukul 9 aku dah sebok nak kejutkan dia bermisscall misscall 
sekarang dia bangun awal dari aku 

aku harap sangat dia pandai jaga diri kat sana 
aku tau , semua orang sukakan dia 
ceria , suka gelak , banyak mulut , suka menyakat 

rindunya 


Tuesday, February 4, 2014

take time


pagi tadi mama dia dah masuk kerja 
mata aku bengkak , mama dia pon sama 
dua dua buat buat tak paham 
cerita yang ceria ceria ja semua 

lepas tu mama dia ajak beli makanan 
lalu depan tempat kerja lama dia 
mama dia kata 
' tengok baju kerja dia warna merah tu , rasa sebak ' 
aku yang buat buat kuat ni terus berair mata 
pagi pagi dengan baju kerja merah dia tu teman aku makan pagi 

tengahari tadi dia msg aku , dia call mama dia 
seronok aku dengar dia happy kerja kat sana 

alhamdulillah 



Saturday, February 1, 2014

semoga berjaya awak !


alhamdulillah , happy untuk dia 
satu langkah yang baik dalam hidup dia 
aku memang berat hati nak biar dia pergi 
tapi semua tu masa depan dia 
dari dulu aku dah agak , one day dia akan pergi jugak 
memang , dah jadi kenyataan 
harini dia gerak pi sana 
aku harap sangat dia berjaya kat sana 

terima kasih selama ni dia jaga aku kat sini 
aku hargai sangat sangat apa yang dia dah buat untuk aku 
banyak sangat suka duka selama ni 
sangat sangat susah nak pertahankan hubungan 
tapi sampai sekarang kita still lagi bersama 
aku banyak sangat kekurangan 
orang luar takkan faham 
entah bila aku akan jumpa dia lagi 
aku sendiri pon taktau 

banyak sangat kan kenangan kita 
dari bermotor , sekarang dah berkereta 
kereta pon dari kosong takdak apa 
 sekarang dah makeup macam macam 
bila dia happy buat apa dia suka , aku pon happy 
aku ni zero bab kereta 
sampai sekarang aku dah tau banyak pasal kereta 
aku google sana sini belajar 
semua tu buat dia tersenyum , aku suka tengok dia senyum 
manis 

sebelum ni apa dia marah semua punca dari aku 
semuanya untuk kebaikan aku 
minta maaf 

semua orang sedih dia dah nak pergi 
kawan sekerja dia , dari cerita pon aku dah tau 
depa dah macam adik beradik 
tengok bola sama sama 
semua menjerit melompat bila gol 
akan aku rindu suasana tu 
geng KPSI pon sama 
seronoknya tengok depa semua rapat 
tak macam strangers lansung 
walaupun dia baru sangat join kelab tu 

terima kasih untuk hari terakhir yang sangat seronok semalam 
aku tak sanggup nak tengok muka dia 
aku sedih sangat , selama dia ada dengan aku 
aku terlalu bergantung dengan dia 

aku kena berkorban 
walaupun nanti aku tau risiko untuk diri aku 
dia akan jumpa orang yang lagi sempurna dari aku 
tapi takpa , 
aku nak dia rasa bangga dengan diri dia 
macam orang lain rasa 
dia dah banyak hadapi masa susah 
semoga dia berjaya kat sana 

amin amin amin 


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)