Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Saturday, September 27, 2014

dugaannya


sikit hari lagi aku boleh jadi gila 
stress ! 

sejak dua menjak ni kerja design banyak la jugak 
dengan letih siangnya satu hal 
malam buat design pulak 
kalau boleh , takmau la mengeluh sebab mencari rezeki kann 
tapi , aku pon manusia gak . mesti nak merungut 

pagi tadi dengan azam yang kuat aku bawak laptop aku kat kedai 
pagi tu okey lagi , kerja aku pon dah nak siap 
bila nak save ja dia jem 
ah , sudah
pasepa pulak . sikit lagi dah nak siap kerja aku tu 
aku restart pon takmau gak , keluar yang bukan bukan 

aku tanya semua membe aku , depa suruh format lain 
serabut kepala aku 
tak kisah la kalau format , rasanya kena dalam rm40 camtu la kot 
dah la tengah sesak , redha ja la kalau kena format pon 
janji aku boleh sambung kerja aku balik 

sampai kat kedai komputer , dia cakap hard disk aku rosak 
nah ! dunia rasa gelap baq hang 
habis la semua benda dalam tu , dengan gambar lagi , design aku dari 4 tahun lepas 
terkedu sat kat kedai tu , taktau nak kata apa 
dah la aku tak backup satu apa pon , 100% dalam laptop ni 
dalam 4 tahun aku pakai , ni la first time dia buat hal 
yang teruk pulak tu 
dugaanya 

dah tak boleh nak buat apa dah 
mau tak mau kena la gantikan hard disk baru 
sekali dengan format , kenalah rm200++ 
lepas hantar kat kedai , aku terasa sebak . menangis aku dalam kereta 

dengan nak buat balik design design yang hilang 
dengan nak cover balik duit untuk nak hidup lepas ni 

haih 

:'(



Monday, September 15, 2014

2 tahun


nah belanja gambar masa kecik kecik dulu 
dah memang tak dak kerja dah aku 
haha 


besar jasa motor suzuki biru abah aku ni 
mak cerita masa aku baby , abah bawak moto ni la nak pi kemana pon 
masa tu abah tak pakai kereta lagi 
bawak aku yang baby ni sampai lemas kena angin . haha 
lepas tu baru abah beli kereta 
adik aku nombor dua tu merasa la naik kereta masa nak pi melahirkan dia . haha 
apa pon motor biru lejen ni ada lagi sampai sekarang 
tiap tiap pagi jumaat abah merempit ke market 
muahaha 


semua gambar atas ni kat rumah tok 
lepas mak dengan abah kawen , mak dengan abah duduk kat rumah tok 
kat taman wira mergong , rumah yang sama tok aku duduk sekarang 
masa umur aku 3 tahun baru pindah duduk taman nuri 
masa tu rumah semua baru siap 

nanti aku belanja gambar lain pulak 
perut tengah lapar ni 
beger kat sebelah dah panggil panggil . hehe 


:)



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)