Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Friday, August 29, 2014

muda dulu dulu


hari : jumaat , 29 ogos 2014
mood : rajin sangat sangat 

harini basuh semua baju , yang tak pakai lama pon basuh 
bagi wangi sikit almari aku 
mimpi apa aku harini , rajin melampau . haha 
kemas segala ceruk bilik , biar liplap liplap 

masa dok kemas tu jumpa banyak cd 
on laptop , lepas tu gelak sorang sorang 
rupanya gambar masa zaman baru nak up dulu 
muka semuanya lawak lawak . haha 

* * *

yang ni masa kat polimas , sem 2 , tahun 2006 . kos seni bina 
tengah buat apa yang patut nak sambut junior 
hari orentasi untuk junior 
haha , semuanya muka budak lagi 


masa sem 2 tu kena buat model 
group aku kena buat hotel 
ada kena buat rumah banglo , untung la depa 
hotel dah la banyak tingkat , besar pulak tu 
masa ni la mencabar sungguh , tak lena sampai ke pagi 
usung benda alah yang gedabak ni sana sini 
serius penat , asyik bebai ja 
mana taknya , pi kelas kena jalan kaki 
kelas pulak atas melangit 
untung naik lif tapi kalau nasib tak baik kena naik tangga 


lepas kat polimas , aku masuk ilpkl , kos grafik 
dok sini kena pakai baju macam budak asrama 
mula mula memang rasa -- ah , apa ni , tak dewasa lansung 
beza sangat masa kat poli dulu 
tapi lama lama , boleh terima kenyataan . haha 
budak budak kelas aku memang masuk kepala gila 
tak berpuak puak lansung 
kalau yang ada apa apa ilmu depa suka share 
kalau aku tolong siapkan projek budak budak ni , mesti dapat upah 
memang enjoy study sini , lecture pon best 


weekend aku taktau nak pi mana 
aku ikut kawan aku balik kuala lipis 
rumah kampung keliling rumah ada dusun 
siap ada kebun atas bukit 
gambar atas ni tengah memanjat bukit nak ke kebun 
nak mandi air terjun 5 minit ja naik moto dari rumah dia 
best sangat ! 


tudung takleh nak up up  haha , ayu dan sopan ja 
masa ni budak welding acah acah nak mengorat 
muka macam black , aku jual mahal , hahaha 
lagi sorang tinggi lampai , pantang terserempak dengan aku 
mesti nak panggil , wahida wahida wahida 
nada dia , kalau aku ajuk balik , syaheed mesti tau . HAHA 
tapi , seboleh bolehnya aku mesti nak lari dari terserempak 
lagi sorang ada jenis senyum dari jauh , terserempak mesti senyum ja 
padahal tak kenal pon 
haha 


haa , yang ni kekasih sejati . baru nak ayat , dia dah lari 
terhimpit aku di tengah , kesian aku kan . haha 
masa ni ada program generasi Y kat tv1 
buat kat dewan , semua kena paksa pi bagi penuh dewan 
kena paksa pi pon takpa sebab teruja nak jumpa awal 
haha 

* * * 

kalau nak cerita sampai bila pon tak habis 
banyak gila gambar 
biar lah simpan dalam cd tu , nanti dah tua boleh cerita kat cucu cicit 
throwback katanya 

:)



Saturday, August 2, 2014

jalan jalan raya


tak sukanya 
lepas balik dari kampung haritu aku terus demam 
dengan sakit orang perempuan lagi -- berlapik okey , haha 
dengan batuk , selsema , lenguh badan semua satu pakej 

malam tu telan ubat sebab esok nak pi beraya 
bangun pagi rasa ringan sikit badan 
gagah jugak raya kelima nak berjalan 
pi sana sini sampai ke malam 


yang lawaknya jalan ke jitra boleh pulak sesat 
haha . jarang gila aku masuk jitra 
sampai ke tempat yang tak pernah masuk 
dah la malam pulak tu 
nasib baik jumpa jalan keluar , haha 

balik tu , lepas msg2 dengan si senget tuu 
terus terlena efek ubat punya pasal 
tak sedar apa haa 
masa dia call pon aku tak sedar apa aku cakap 
yang aku ingat , aku cakap aku makan ubat lepas tu terus aku bye 

haha 

;D



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)