Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Friday, September 27, 2013

ke amsterdam


' outstation ' dua minggu 
sooooo bosan 
dah tadak teman nak breakfast dah 

sobs ! 


Wednesday, September 25, 2013

kita tak sama


suka buat perangai macam tu tau 
dah la aku tak mandi lagi , demam lagi 
tiba tiba msg masuk kata dah ada depan rumah 
rambut dah la macam bapak singa 
dengan muka ketat aku masuk dalam kereta 
konon marah pasal kes semalam 

dia letak tangan kat dahi nak check panas . . . aku tepis laju laju ! 
dia nak bagi bekal dia . . . aku geleng 
apa lagi , dia start kereta , jom cari makan 

tapi tak lama 
tak sempat nak keluar lorong rumah aku , aku dah tahan gelak 
apa la dia ni . suka sangat buat lawak 
nasib baik deria tahan gelak aku ni boleh tahan lagi 
tak reti betul aku nak marah bila depan dia 
sungguh ! 

tak habis kat situ 
aku boleh sambung lagi perasaan tak puas hati tu 

dia tanya aku nak makan apa . . . diam 
nak makan kat situ ka * tunjuk * . . . diam 
nak makan roti canai dak . . . diam 
kita cari bubur naa . . . diam 
kita pi cari bubur kat kfc naa . . . diam 

sampai kat kfc 
dia ambik kain , lindung aku dari staff kfc 
punca ? sebab aku tak mandi 
hahahahaha . marah aku tadi tertinggal kat kfc 
lepas tu tak jadi aku nak marah 
tapi tak boleh marah lama lama 
teringat perangai macam ni buat aku rindu 
malam tu dia hantar bubur lagi 

* * *

dari awal aku kenal dia sampai sekarang 
dia suka susahkan diri dia untuk aku 
yang tu salah satu perangai dia yang tak pernah berubah 
suka susahkan diri sendiri 

maybe orang yang benci dia 
yang selalu kata dia macam macam tak pernah nampak kebaikkan dia 
aku tak sanjung dia 
tapi bagi aku , dia dah banyak berkorban untuk aku 
maybe ada orang cakap dia dah biasa buat macam tu 
aku dah kenal ramai orang , tadak sorang pon buat macam dia buat 
rumah dia dengan rumah aku bukannya dekat 
aku tak harap pertolongan orang 
aku cuma nak tengok kesungguhan orang tu 

ya , aku pon pernah ada macam macam krisis dengan dia dulu 
entah , yang lepas tu lepas lah 
buat apa aku nak penuhkan rasa benci dalam diri aku 
sedangkan aku boleh penuhkan dengan rasa sayang 
membazir ja kan 
sebab kita hidup tak lama mana la 
aku nak nikmati hidup aku dengan rasa happy 
bukan dendam 

memang aku pernah tulis macam macam sebelum ni
tapi aku tak pernah baca balik entry aku yang lepas lepas 
bagi aku semua tu luahan rasa pada waktu tu 
rasa marah , rasa happy , rasa geram , rasa sedih 
masa tu emosi menguasai diri 
sebab tu aku simpan sebagai kenangan 
orang takkan faham 
aku bukan nak fahamkan orang , aku nak kepuasan dalam diri aku 
sebab hidup kita tak sama 
dan cara kita coretkan hidup kita tak sama 

sungguh , kita memang tak sama 

biarlah apa orang nak kata apa 
aku rasa masa akan mematangkan kita 
cuma kena sabar 
allah suka orang yang sabar 
aku berusaha nak jadi seorang yang sabar 
walaupun kadang kadang aku tersasar jugak 

:) 


Sunday, September 22, 2013

sakit !


tak selesanya bila demam 
3 hari dah aku menahan sakit , sakit badan sakit segalanya 
tak larat aku nak pi kerja sendiri 
dia ambik aku kat rumah 
aku teringin nak makan chicken porridge 
dia bawakkan aku ke kfc , breakfast kat situ 


pastu bila masuk kerja , menjerit sakan aku pagi tadi 
tapi boleh lagi control 
mana taknya , belakang leher aku bengkak 
mama dia urutkan , menahan sakit la aku ni 
relax ja mama dia cakap 
' awat buleh jadi lagu ni , main melawak apa apa ka ngan khairi 
dak pon , pi ikut dia main gym sekali ka ? ' 
haha . rajin pulak aku nak pi gym 
dah selesai urut , petang tu mama dia ajak pi rumah 
balik sekali dengan mama dia 

petang tu parents aku ambil aku kat rumah dia 
mama dia carita la kat parents aku pasal bengkak aku ni 
lepas dinner tadi baru aku gigih nak pi klinik 
dah tak tahan sangat dah 


nasib baik doktor tu baik
cakap pon lembut , siap nak bagi MC lagi 
aku kata tak payah kot , tapi dua tiga kali dok tanya lagi 
baik sungguh la 
haha 

Saturday, September 21, 2013

yeay ! muah


hello semua 
 sweetnya hampa , sanggup buang masa melawat belog aku 
ingatkan nak diam dah , tapi still menyalak lagi 
tulang nak tulang ? HAHA . opsss , over ! 
alalalaaa , tayah la susah susah nak fikir pasal aku 
rasa macam terlebih ambil berat pulak 
seganlah macam ni . haha 

beb , chill lah ! 

harini aku dapat banyak berita gembira 
rezeki aku tak putus putus masuk 
bila aku bukak belog ni , baru aku tau sebabnya 

terima kasih sangat sangat pada anda semua 
lagi banyak anda bercakap , lagi murah rezeki aku 
terima kasih tau 

alhamdulillah 

:) 


Friday, September 20, 2013

dia


dia suka tolong orang 
sikap yang suka menolong tu buat aku senang dengan dia 
aku sendiri tak mampu nak jadi macam dia 
siapa dia ? biarlah tuhan saja yang tau 

semoga allah swt luaskan pintu rezeki beliau 
amin amin amin 


sedikit teguran


amboi , sekarang dah cerdik sikit 
dah pandai nak guna gunakan nama aku dah 
tak takut ka dosa fitnah orang camni ?


kesian betul la aku dekat hang 
tau la desperate sangat nak membalas dendam 
takkan macam ni caranya kot 
kalau hang nak mengata memaki mengumpat , suka hati hang lah 
buat apa nak kena ada kaitan dengan aku ? 

jenis comment tak mau tunjuk diri sendiri 
aku respect kerry tu lagi daripada hang , sebab dia berani letak nama dia 
tapi hang , kencing merata , pastu tinggal bau . hancing beb ! 
kecut nak tunjuk diri sebenar 
yang hang tau hentam orang itu ini . lawak lah ! 

aku nak tanya sikit 
bodoh hang tu baru tiba tiba muncul ka , atau memang dah pasang siap ? 

serius la , bila aku baca balik semua comment hang 
dah nampak macam orang tak betul dah 
meroyan tak tentu pasal dari dulu sampai lah sekarang 
bukan sehari dua , bertahun tahun dah 
entry aku pi makan sana sini pon nak jadi isu aku tak laku 
memang LOL lah . tak pernah bercinta eh ? 
huahuahua 

aku bukan niat nak membalas apa saja hang kata dekat aku 
tapi , hang sendiri kata , aku ni tadak kaitan dengan dendam hang 
tak adil la untuk aku kan 
fikir la , otak kita ada sorang satu . guna ! 

kalau nak berdendam pon berpada pada la , sampai bila ?
dia pon bukannya tak pernah buat salah dekat aku 
aku pon pernah marah dia jugak , pernah dendam dia jugak 
tapi aku fikir balik , aku pon pernah buat salah , aku pon pernah menipu 
sapa sapa pon tak perfect , aku , dia , hang jugak ! 

jangan kita hentam orang macam iblis 
serupa kita ni malaikat 
kita ni manusia la beb , MANUSIA 

cara hang balas dendam ni aku taktau caranya macam mana 
dengan cara sakitkan hati aku ?
apa hang dapat ? rasa puas ? rasa seronok ? 
macam ni lah , kalau nak bising kat sini pon tak guna 
aku tau apa hang rasa , hang mangsa keadaan 
apa kata kita selesaikan baik baik kat luar 
bukannya cakap bukan bukan kat sini 
pakat pakat nak jadi keyboard warrior 
aku percaya hang pon tau mana nak cari aku 

sorry lah kalau ada ayat aku kasar sangat yang buat hang terasa ka apa 
tapi memang yang tu kenyataannya 
bukak la mata , hidup macam orang normal lain 


bye ! 


Wednesday, September 18, 2013

rajin sikit dah


nanti kan , kalau apa yang dirancang tu menjadi 
aku ingat aku nak masak sikit lah 
shopping bahan bahan masak 
 wah , mak mak gitu 

sebelum ni memang dah plan nak masak 
tapi taktau pasepa tak jadi 

si senget tu laa punca aku boleh fikir semua ni 
msg dia petang tadi buat aku berkobar kobar 

haha 


Monday, September 16, 2013

bajuku maroon


alahai murah betul rezeki aku 
bab makan pakai memang aku tak risau lansung 

alhamdulillah 
mem bagi baju ni , warna maroon 
cantik sangat kain tu , terima kasih !


Sunday, September 15, 2013

makan bunchet


tadi pi dating 
nak try tempat baru , blackwood katanya 
tempatnya cantik 
aku order spaghetti carbonara 
harga baru dalam rm10.50 , masih berpatutan 
pastu tambah dengan apple juice , dapat rasa pulak pizza dia 
memang sedap , tak rasa menyesal makan kat sini 
banyak menu yang best best 
kiranya lain kali boleh mai makan lagi 

okey LULUS ! 



Tuesday, September 10, 2013

serius lawak


ada orang buat aku rasa nak tergelak 
aku nak gelak boleh dak 

HAHAHAHAHA 

k bye 


Friday, September 6, 2013

jalan jalan sept


lain yang dirancang lain pulak yang jadi 
alor setar - titiwangsa , grik dah makan masa 4 jam 
duduk tak sampai 30 minit kat situ , pastu terus balik alor setar 
keluar dalam 10 pagi , sampai rumah 6.30 petang 
kerja gila kan 


tapi bila dah sampai tempat dituju , hujan pulak 
tak dapat aku nak bergambar 
snap gambar pemandangan dia pon jadi lahh 
subhanallah cantiknya , sejuk pulak tu kat situ , tenang sangat 
rasa macam takmau balik 


masa pi sana terjumpa roadblock 
dalam keadaan tak ready kelam kabut cari seatbelt 
dah aku punya tali tersangkut , nak tarik tak boleh 
yang kawan sebelah pon sama 
padahal sebelum tu senang ja nak tarik 
cepat cepat aku pegang dua dua seatbelt tu , sambil sembunyi sembunyi 
muka dah memang blur habis , abang polis tu pon sama blur 
abang polis tu tengok kawan sebelah , pastu tengok muka aku 
serius aku nak tergelak 
nasib baik abang polis tu tak kata apa 
taktau la dia nampak ka dak tangan aku 
yang tengah usaha gigih pegang dua dua seatbelt tu 
hahaha 

baju santai



comel kan baju ni 
mama dia belikan , suka sangat bagi aku macam macam 
baru ja habis raya haritu 
dah tanya aku nak pakai baju apa raya haji nanti 

:')

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)