Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Monday, June 25, 2012

semoga bahagia geng !


tadi kawan dia tegur saya dalam fb 
kawan dia terlepas cakap yang dia ada gf baru 
baru ta baru sangat la , dah lama jugak kot 
dia cakap yang ni nampak serius 
haha . kenapa kena bagitau saya semua ni 
biarlah depa . semua orang nak happy ja dalam dunia ni 
mana ada orang nak murung , bersedih saja kann 
haha . dah pilihan dia yang tu 

saya ta rasa dia bukak blog saya lagi 
tapi buat apa nak bermusuh 
saya ta benci sapa sapa pon 
walaupun dia ta baca , saya tetap nak wish 

SEMOGA BAHAGIA ! 
jangan main main lagi naa 
dulu dulu tapa la
orang dulu semua baik baik 
haha . blablabla . tatau nak kata apa 
kbye kbye kbye 

serius ikhlas dari hati nurul wahida 

:)


Saturday, June 23, 2012

take note !


saya suka ayat blogger terkenal sorang ni 
BEN ASHAARI 

* * * 

sayangnya , ramai yang gagal 
baru mula berdayung , dah mengaku kalah 
alasan tiada jodoh atau sampai sini saja jodoh 
ibarat kata cinta sewaktu saat manis dulu saja 

fahamkan betul betul apa yang dia nak cuba sampaikan 

:)


nak rehat !


jumaat . 22 jun 2012 . 11.27 malam 
sakitnya belakang 
rasa macam ta cukup rehat 

hari khamis 
masuk kerja 8.30 pagi sampai ke petang duduk atas lantai 
kena siapkan jugak untuk program berbasikal 
sepatutnya khamis tu halfday 
sebab tu saya puasa 
nanti balik rumah boleh lena terus 
wuwuwu . tapi angan angan ja 
tengok tengok kena kerja lagi teruk dari hari biasa 
kena bukak puasa kat office . bos belanja . syukur ada jugak rezeki 
malam tu balik dalam pukul 9.30 malam 
lansung ta keluar office 
makanan pon ada orang belikan 
dah sampai rumah malam tu . mandi mandi terus tidoq 

hari jumaat 
pagi pagi aswad dah ketuk pintu bilik 
apa lagi la pulak . belakang badan memang sakit sangat 
tapi disebabkan dah berjanji dengan aswad nak pi penang 
terpaksa la gagahkan diri bangun 
malas betul la 
rasanya saya dah malas nak ke penang 
yalah , tempat tu kan banyak kenangan . malas pulak nak ingat 
tapi sejak dua menjak ni rajin pulak pi sana . haish ! 
ahh . lupakan la pasal tu 
dah sampai sana , terus pi komtar 
tujuan pi sana nak beli camera ja pon 
adakah ini . jeng jeng jeng ! 
deposit dulu . barang kemudian 
dah setel semua . lepak kat KFC komtar sat 
pastu aswad jumpa kawan dia 
sembang sembang bla bla bla pastu balik 
tu pon sampai rumah dekat pukul 6.00 petang 
mengantuk sangat sangat 
malamnya pulak dinner dengan family celebrate birthday aswad 
birthday dia sepatutnya kelmarin 21 jun 
terlewat satu hari sebab kelmarin abah outstation kat KL 
pagi tadi baru sampai alor setar 

muka budak lapaq 
bila pikir balik , satu hari ni asyik makan ayam ja 
tengahari KFC , malamnya chicken chop 
dah serupa musang . jemm ! 
adoila . esok pulak kerja . malasnya 

si ikie tu sejak dua menjak ni kann 
suka sangat dok perli perli saya kat facebook 
haha . lawak pon ada bila baca ayat ayat dia tu . past is past laa 
cewah ! konon 

kbye kbye kbye 

:)



Wednesday, June 20, 2012

lidah berbelit


sejak dua menjak ni asyik cakap salah ja 

contoh 

' ayam ni dah la panas , hangat pulak tu '
sebetulnya saya nak cakap 
' ayam ni dah la panas , pedas pulak tu ' 

contoh satu lagi 

' esok halfday sekerat hari kan ' 
sebetulnya saya nak cakap 
' esok halfday , boleh balik sekerat hari ' 

ada lagi yang saya ta ingat 
seriously , memang banyak sangat salah cakap 
pasaipa tatau 
aum aum ! 



Tuesday, June 19, 2012

19 jun yang ta best


bosan betul kat office tadi 
serius saya ta suka akaun . tah apa apa 
mana saya pernah belajar pon semua tu 
hurm ! 

pastu mamat mana tah . umur dalam 20-an camtu laa 
dia mai nak buat call card 
dah ambik detail detail apa dia nak buat 
pastu dia duduk lagi . ta nampak macam nak balik . biaq lah dia 
lama gila dia duduk depan saya 
ta kann nak tanya dia ' tamau balik ka ' 
satgi kata halau pulak . haha . cari penyakit 
dia tanya macam macam . layankan ja 
dah memang kebanyakan customer suka tanya macam macam 
dia tanya , sepatah saya jawab 
sebab malas nak melayan . saya buat buat sibuk mengadap monitor 

pastu dia tanya bos ada ka tadak 
bila saya kata ada terus dia macam nak balik
sebelum dia nak bangun , dia mintak number untuk nak contact 
saya bagi la kad yang office punya . dalam tu ada number office 
pastu dia bagi balik , dia tamau kad tu 
lorh . pasepa pulak dia ni . tadi kata nak number 
bila bagi dia tolak pulak 

rupa rupanya dia nak number saya 
ish ! tadak pasal saya nak bagi macam tu ja 
lansung tadak urusan dengan saya 
kalau nak tanya pasal office ka apa ka , ambik ja la number office 
bila saya ta bagi , dia macam paksa paksa 
memang banyak kali jugak saya tolak . tapi dia still mintak 
apa kena dia ni . saya cakap bahasa melayu . ta kann ta paham 
bila dah banyak kali sangat . saya terus hilang mood nak melayan 
agaknya dia termalu kot . dia terus balik 
orang lain pon berurusan jugak dengan saya 
tapi tada la jadi macam dia ni 

hari khamis ni dia akan datang office lagi untuk ambik barang dia 
menyampah pulak nak mengadap dia tu 
yalah , orang cakap baik baik 
nak paksa paksa pulak 
haih ! 



Monday, June 18, 2012

extra , extra !


tambah gambar lagi . haha 
gambar gambar ini dikutip dari camera pojan dan abang photographer 

muka masing masing dah macam apa dah 
haha . lawak ! 


yang ni saja . lepas ni tatau nak upload pic apa pulak 
rasanya tadak dah kot . hehe
kbye kbye kbye 

:)




Sunday, June 17, 2012

steamboat


entry ni pasal steamboat pulak 
lepas balik dari bukit merah kami shoot penang 
agak dalam pukul 7 , shoot balik alor setar pulak 
hantar KD dengan pojan balik rumah 
pastu terus tunggu jan dengan famy kat menara 
sebab memang dah plan nak makan kat situ 

lama sungguh menunggu 
dah pukul 9 pon ta muncul muncul lagi 
famy baru sampai dari KL , yang jan tu pulak baru nak mandi lah apa lah 
tadi awal awal tamau buat . haish 
oleh sebab niat ikhlas depa dua . kami sabar menanti 
janji kena tuntut beb . haha . gagah ! 

bila depa dua dah sampai , ta jadi pulak makan makan dekat situ 
sebab ada majlis apa benda tah 
jan cadangkan red village 
shoot lah kat situ pulak . nasib baik ada tempat untuk kami 
banyak gelak jugak malam tu 
dengan ta mandinya , masam masam jumpa orang 
haha . ligan masa ! penat satu hari berjalan saja . tapi best 
agak dalam pukul 11 baru balik rumah 

terima kasih pada yang membelanja 
semoga allah swt memurahkan rezeki anda 
amin amin amin 


famy malu 
jan pulak suka suka kena kann orang . haha 
dah memang perangai dia macam tu 

okey , peluang kedua 
gaya saya ja yang ta berubah . semangat membakar ayam 
haha . tah apa apa 

ehem 
ada masa nanti kita lepak lagi naa 
sorry jan muka hang tadak 
haha 

kbye kbye kbye 
: )



Saturday, June 16, 2012

bukit merah part 1


yeay ! 
jumaat telah berlalu dengan jayanya 
sangat happening . sangat enjoy . sangat selesa 
pagi pagi pukul 7.30 dah gerak 
kutip semua orang kat rumah masing masing 
sebenarnya nak pi dengan orang lain 
tapi atas sebab yang ta dapat dielakkan , orang lain gantikan depa 
sokey . seronoknya tetap sama 
terlepas la jugak bebanan dalam kepala 
sangat penat . malam tu sampai rumah pukul 11 lebih jugak 
lepas mandi pengsan terus 

cuci mata , sila sila 
 klik sekali pada gambar untuk lagi giant ! 
terima kasih canon EOS 550D 


semua orang dah ada . jum kita gerak !
ehem . ex-bf like pic ni 


singgah r&r gurun . breakfast dulu 
thanks untuk sandwich telur dan sosej cheese 


sambung perjalanan . yeay !

10.50 pagi 
yeay ! baru sampai 

menuju ke ecopark . melawat hewan hewan 
ta bule blah bila ingat monyet yang kurang sopan tu 
terkejut cek ! 

jumpa cermin . snap dulu . haha 

tepat pukul 12 , serbu masuk 

habis la , control cun pulak 

merempit bersama buaya 
pojan pon layan kann saja laa 

kalau buaya betul 
mau celusss perut dia telan saya . sobs ! 

pewit ! kbye 

manja dak kami . sebelah saya ni nama dia KD !

syaheed memang melampau  
percik percik ayaq dekat orang . grr ! 

syaheed , wahed , pojan 

kalau bule zoom kat ayat belakang t-shirt saya 
memang dah lama saya zoom 
ayat dia best 

konon buat buat comel depan orang ramai 
hahaha . menyampah 

pusing pusing pusing 
iklan shampoo sat 

gigih 

hampa tau dak 
saya paling paling suka gambar ni 
wow 

masalah dia sekarang tudung syaheed buat perangai 
hahahahaha 

gambar ni pon segak jugak 
haha . choihh 

ni nama dia pantai bersih 
bersih la jugak 

senyuman , gelak ketawa 
memang ta boleh dibuat buat 
ikhlas habis ni . hee 

tempat ni memang banyak kenangan  

candid ! 

konon rock ! rock cap ayam 

ahh . benci gambar macam ni 
pon buat jugak 

emo . haha 
muka teduh lima minit 

kami dah berkawan selama 12 tahun 

depa kata artis ! hahaha . ngeng 

sekian . muka penutup 

* cerita dibelakang kain * 

saya terkena panggilan hangit dari famy 
ngek betul lahh . masa tengah melayan monyet kat ecopark 
ada number KL masuk 
serius saya ingatkan maybank , sebab saya ada tunggu call dari maybank 
cakap penuh sopan . yang si famy pulak siap tanya pasal office 
last sekali dia mengaku yang tu dia 
memang rasa macam nak sekeh laju laju lahh kann 

abang photog dalam air tu suka suka ja kata macam selalu nampak saya 
' macam penah nampak la , selalu datang sini eh ' 
tedia . rajin pulak saya nak ulang alik kedah - perak 
nampak dak permainan dia . haha 

ada lagi gambar 
yang paling special gambar dalam air 
abang photog tu ambilkan 
nanti saya upload 

masa kat pantai bersih pulak 
ada mamat mamat mana tah dok melepak depan kami 
sangat ta selesa bila nak buat apa diperhatikan 
bila dah macam tu , ta kann nak tunggu lagi . kami tukar tempat 
pojan kata dia macam dok ambik gambar saya masa kami bergambar 
kalau betul apa pojan kata . haish . mintak dijauhkan laa 
tada kerja ambik gambar orang . lelaki tu pon macam gatal jugak 
eeee ! 

dalam pukul 7 petang kami gerak balik a.star 
sebab malam tu ada dinner 
ada orang nak belanja steamboat 

nanti saya cerita dalam next entry 
kbye 


;) 


Thursday, June 14, 2012

malu malu malu


khamis . 14 jun 2012 . 9.30 malam 

tangan rasa nak tercabut 
dok mengepit button badge 3k 
nasib baik buat ramai ramai 
kalau dak memang tercabut sungguh tangan ni 

kejadian ta boleh nak lupa harini 
TERKURUNG DALAM TOILET 
bila nak bukak pintu , selak pintu tu patah . so , ta boleh nak tarik 
sungguh sungguh saya jerit panggil syaheed 
siap tendang , ketuk kuat kuat 
dia lansung ta dengar 
saya tatau berapa lama saya dalam toilet tu 
depa ta sedar ka kehilangan saya ? haha . buat macam orang penting 
nasiblah JAN (bukan nama sebenar) dengar 
adoi . kenapa dia yang dengar . kenapa bukan syaheed 
memalukan sungguh ! 
bila tanya syaheed , dia ingat saya cirit . haha . ngek ! 

esok jumaat 
yeay ! bukit merah sedang menunggu 
syaheed lagi semangat . awal awal dia dah beli sunblock 
hehe . saya rasa bukan syaheed ja semangat 
semua orang semangat !
seminggu ni memang bz sangat 
esoklah masa nak bersuka ria 
pastu ada pulak yang berjanji nak belanja steamboat kat menara 
wow . sukanya 


: )


Wednesday, June 13, 2012

someday


someday you'll miss like i missed you 
someday you'll need me like i needed you 
someday you'll love me and i won't love you 



Tuesday, June 12, 2012

kerja orang tada kerja



 klik pada gambar untuk kesan yang pergh ! 

amboi 
dah la ambik gambaq cek curi curi 
upload pulak dalam facebook . pastu kutuk kutuk 
grr ! 

haha . ta marah pon . saja ja 
kan seronok bila semua orang bergelak gelak 
happy ja rasa 
tada la stress stress sangat
nak buat kerja pon senang hati 

esok dah rabu . pastu khamis . pastu jumaat 
jumaat . jumaat . jumaat 
iloveyou ! 
jangan tinggalkan cek 

:')


Sunday, June 10, 2012

qoutes


saya nak hubungan kita menjadi seperti bawang 
kalau awak menyakiti saya 
awak juga akan menangis 


yeay !


morning sayang 

rajin pulak saya berblogger pagi pagi ni 
lupakan lah pasal semalam 
memang emo sikit 
yalah , tiba tiba ada orang ambik alih fb saya
 mana ta angin satu badan 

malas lah nak fikir 
manusia , macam macam boleh buat 
kalau marah marah macam semalam , sampai bila pon ta habis 
abaikan pasal mereka tu 

ehem ! 
ta sabar nak tunggu jumaat ni 
holiday . yeay ! 

:D 


Saturday, June 9, 2012

..


aku memang ta boleh nak sabar lagi 
aku dah bagi dia hak memilih 
aku memang dah lepaskan dia dari aku 
dia dah pilih orang lain 
aku pon dah kosongkan hati aku 
aku sikit pon ta kisah dengan apa dia buat sebelum ni 
apa lagi dia nak ? 
aku memang betul betul ta faham ! 

kenapa dia kena kacau hidup aku 
kenapa dia kena kacau kawan kawan aku 
maki maki kawan aku pakai nama aku 
ya allah 
aku betul betul ta dapat nak tahan lagi 
dia hack fb aku . semua fb aku 

kenapa dia ta puas hati lagi dengan aku 
aku dah banyak berlembut . aku dah banyak berdiam 
aku nak life aku balik 
cukup la . aku dah ta larat nak melayan perangai manusia macam ni 
life aku dah sia sia macam tu saja 

ta sangka dia jahat sampai macam ni 
ya allah , jauhkan lah dia dari aku 
aku memang dah tamau tengok muka dia lansung 
atau dengar apa apa cerita pasal dia 
amin ! 

kata lah apa pon . kenapa aku kena ambik kisah 
bukan hampa yang bagi aku makan 
bukan hampa yang ada masa aku sedih 
bukan hampa yang happykan aku 



:'(


Friday, June 8, 2012

rezeki


alhamdulillah 
selepas saya upload gambar design design saya kat facebook 
ramai yang berkenan 
akan datang dah ada orang deal dengan saya 
insyallah kalau rezeki saya 
ni design yang latest 


dan yang terbaru pasal jahit manik 
dah ada orang nak tempah 
wow . terharunya saya 
dulu saya mana suka menjahit pon 
sejak dua menjak ni rezeki menjadi jadi . syukur sangat sangat 
bawah ni design untuk mak saya 
mak nak yang simple simple ja . nanti ta sesuai dengan umur katanya 


kalau anda berminat nak design apa pon atau nak tempah apa pon 
boleh cari saya kat 
facebook - klik sini . twitter - klik sini 
atau tinggalkan pesanan kat chatbox comel berwarna pink sebelah ni 
terima kasih 


:) 


Wednesday, June 6, 2012

empat perenggan


haha 
lawak ja life saya minggu ni . penuh drama 
nasib baik saya ta berharap sangat 
sebab saya dah boleh hafal apa akan jadi 
serius saya dah malas nak cakap banyak pasal hal ni 
nanti saya sakit hati sebab saya tada lansung niat nak mainkan orang 
dan orang senang senang mainkan saya 
tapa . saya tetap pegang kata kata saya dari dulu sampai sekarang 
' biar orang buat kita nurul , jangan kita yang buat orang ' 
jangan risau . saya ta kann membalas 

petang tadi lepas balik dari setelkan masalah 
saya terjumpa seseorang 
dah nak dekat setahun saya ta nampak dia 
lelaki tu dalam kereta , dia duduk disebelah pemandu 
dia usha lain macam sambil tersenyum 
bila saya ingat ingat balik , baru perasan sapa dia lelaki tu 
bila dia dah senyum . saya pon senyum lahh balik 
satu ja nak komen . nampak makin hensem 
haha

ada satu lagi masalah 
bukit merah atau tambun . arghh ! 
haha . minggu depan wehh . kalut sungguh perempuan ni 
ha laa , kepala berserabut kot 
teringin sungguh nak menjerit kuat kuat dengan nada kurang sopan 
sebelum ni pi holiday kat mall mall ja 
mana boleh nak jerit jerit 
ta pasal kena cop perempuan kurang cerdik . er tamau !
sebelum ni saya ada cadangkan bbq malam malam kat pantai 
depa kata saya romantik sangat lah pulak 
aiseh . adakah saya jenis yang selalu dalam mood romantik 
hahaha . geli pulak ! 




Tuesday, June 5, 2012

sorry . um um


um um um 
hilang sorang kawan 
saya harap dia ingat saya 
memang saya suka berkawan dengan dia 
dia ta pernah fikir negatif 
saya pernah mengadu masalah saya 
nasihat dia semua positif . lansung ta menghasut saya apa pon 
memang sangat lain dengan orang lain 
tiap tiap pagi dia akan wish kata kata semangat dari sejak mula saya kenal dia 
sedih la jugak bila dah tada orang nak merapu dengan saya dah 

' wawa tengah potong bawang ' 
um um um 

sekarang saya dah ta dapat nak contact dia lagi 
kesian dia yang tatau apa apa 
dia pernah masuk blog saya . saya harap dia baca semua ni 

famy , 
syaheed ada bagitau aku apa yang hang pesan 
hang jangan marah aku naa . tatau napa aku rasa bersalah sangat 
nampak aku macam pentingkan diri ja kan 
aku tersepit tengah tengah 
aku tetap anggap hang kawan aku 
bila dah jadi macam ni 
aku dah jadi segan sangat nak jumpa hang 

hm 


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)