Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Monday, March 14, 2016

kawan kecik


minggu cuti sekolah ni ada jiran aku kawen 
anis pon fly dari KL semata mata nak attend majlis beliau 
sama cantik sama padan 
tahniah rahimi dan pasangan 


pagi tu aku singgah oldtown nak breakfast 
duduk sebelah meja uncle ni 
dari awal aku perasan dia asyik perhatikan aku 
sambil dia bersembang dengan kawan dia  
tiba tiba dia tegur aku 

" hello miss , u diet ka ? "

-- " haa , buat apa nak diet . dak lah , i nak gemok macam dia " 
kata aku sambil tuju kat anis yang ada depan aku 

" badan u cantik lah , nanti u call my wife . bagitau dia u makan apa 
i nak dia jadi macam u . sebab badan dia straight 
( sambil tangan dia buat bentuk straight ) 

aku pon berhuhu sambil buat buat busy tengok menu 
ada pulak mengata bini sendiri 

haha 


* * * 


malam tu anis belanja ala ala shell out 
dekat jalan sultanah 
rasanya not bad . first time try , aum ! 

* * * 


esoknya lepak lepak makan rojak sambil bergossip 
lepas tu aku hantar dia naik train balik KL 
jumpa raya nanti pulak wey 

:') 


jadi kerja


oleh sebab asyik busy ja 
aku pon curi masa nak pi cuci mata 
dengan cuaca panas sekarang , hampir 38c 
aku pon suarakan kat mija 

" mija , jom kita pi mandi mandi " 

kalau kat air terjun , macam takut ja 
sekarang banyak sangat kes kencing tikus 
nak pi tambun pon macam jauh sangat 
so kami sepakat nak pi bukit merah 

bila sampai sana , ada pondok guard 
dari luar tak nampak ada orang , palang dia pon dok terangkat ja 
aku drive laju ja tak berhenti lansung 
orang dalam pondok tu siap gapai gapai tangan lagi 
lelaki kat sebelah tu dah bantai gelak . aku pon sama 
hahaha , rupanya kena ambil tiket 
nampak dak excitednya aku disitu . haha 
mana aku tau kena bayar parking 
dulu tak dak pon . dah la mahal . cheit 

oleh sebab pi hari berkerja , memang tak ramai lah kan 
bila jalan nak pi ambil pelampung , semua staff dia pandang ja 
rasa macam jadi perhatian lah pulak 
haha 


kesannya aku dah hitam , kulit pon mengelupas habis 
akibat berjemur macam tak dak apa masalah 
wakaka 

padan muka hitam ! 



Saturday, March 5, 2016

enam


hai awok 
selamat hari ulangtahun ke enam perkenalan kita 


haha . aku tak ingat berapa haribulan 
yang aku ingat bulan mac saja 
hebat kan peti simpanan dalam kepala aku 

gigih kan aku cari semua pic dari awal tahun kenal 
berlambak lambak haaa dalam laptop 
ada yang hilang sebab hard disk rosak dulu 
nasib lah ada sesetengah aku upload dalam blog ni 
dapat jugak selamatkan walaupun tak banyak 

dan baru baru ni dia dah tunaikan permintaan aku 
senyum sampai ke telinga lah . hehe 
yes , dia memang kawan yang baik 

terima kasih untuk semuanya 

;) 



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)