Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Thursday, July 14, 2016

anak baru


pojan dah selamat bersalin 
beberapa hari sebelum raya . so nama baby ni nur fitrah 
anak gebu baq hang 


comel kan . ikut muka bapaknya 
aunty aunty pon sibuk jugak haaaaa
sibuk posing 


ciwi dapat anak menakan angkat 

:'D 



Monday, July 11, 2016

cari diri


okey dah boleh sambung balik 
tadi almari sampai , kena kemas baju tukar almari 
huhu 

malam raya kedua , 
faiz mai rumah dengan gf dia . hakim pon ada sekali 
riuh rendah depa bersembang 


* * * 

RAYA KETIGA 

pagi tu takdak plan 
rancangnya nak pi holiday . tapi mek sorang tu cakap berubah ubah 
sat nak pi sat takmau pi 
so , lepas breakfast , sambil lepak lepak depan tv 
tetiba dia cakap jom pi langkawi 
dah la time tu dah nak masuk tengahari 
kelam kabut bersiap kemas beg bagai 
dalam pukul 12.30 tu aku drive pi kuala perlis 
naik kat sana taklah rasa lama sangat dalam feri nanti 


aku dapat tiket pukul 3 
sebenarnya aku buat tau ja pi sana . haha 
sebelum ni orang lain yang uruskan . aku ngikut ja 
kali ni , dah la anis pon tak pernah jejak lagi 
bila dah sampai sana , terus cari motor 
malas lah nak cari kereta , tak dak feel kata orang 
dah dapat skuter , terus kami hala ke pantai cenang 
jalan nak pi sana pon harapkan signboard ja 

dah sampai sana , misi mencari bilik pulak 
kebanyakkan bilik dah full 
ada pakcik memerangkap pelancong , tunjukkan resort yang ada kosong 
tapi faham faham lah kan , cuti sekolah memang mahal 
resort tu sebelah pantai ja . check in pon dah pukul 5 lebih 
petang tu lepak pantai ja . tak larat nak pi mana dah 
bila dah masuk bilik , tv pulak takdak siaran 
lama jugak technician tu tolong perbetulkan 
dalam banyak hal , bilik lah aku rasa ada masalah sikit 
yang lain no problem , lancar 


malam tu aktiviti biasalah area pantai cenang 
jalan cari makan , orang punyalah ramai 
masa masuk dalam mall 
boleh pulak terilap masuk kedai arak , haha 
heran pulak cari coklat tak jumpa , rupanya arak dengan rokok saja 
kedai coklat sebelah dia tu haaa 
pastu boleh pulak takut orang snap gambar sampai kena viral 
GADIS BERTUDUNG MENCARI ARAK 
nampak dak pemikiran yang jauh menyimpang disitu 
lol ! 

esok pulak lepas breakfast dah checkout 
merempit ke skycab 
dalam perjalanan tu , ada pantai sebelah airport 
sempat jugak berhenti snap gambar 


bila sampai kat skycab , waaaa . dah maju 
dulu ada cable car satu ja . tiket pon murah 
sekarang dah ada macam macam jenis 
tiket pon siap buat pakej lagi 
ada skycab , skydome dengan skytrex 
tapi tak pi pon skytrex , anis gayat katanya 


masa kat skydome , depannya ada skrin ala ala roller coaster 
pening aku tengok skrin tu , siap bersenget senget badan 
padahal duduk atas kerusi ja pon . haha 

dah settle skydome , turn skycab pulak 
dengan beg bergalas galas , kami gigih jugak naik atas 
masa naik tu nasiblah cuaca okey lagi 
dapat jugak tengok view yang cantik 


cuma masa nak turun , cuaca berangin siap mendung lagi 
dalam cable car tu , kami naik dengan family cina 
fasih betul dia cakap melayu 
siap cerita kes cable car kena langgar flight bagai 
dah la masa turun tu awan tebal 
bila uncle tu dapat tau aku takut , dia siap hentak kaki bagi bergoyang 
hahahaha . jem betul uncle ni . geram pulak aku 
tapi depa sporting sangat 


settle dah misi naik cable car , sekarang misi mencari coklat pulak 
macam biasa nak senang , aku pi dekat haji ismail group ja 
tak bersesak sangat kat situ 
nak membeli pon selesa 

petang tu hantar motor awal , dapat tiket feri pukul 3.00 petang 
berakhir dah percutian singkat kami 
kalau stay lama sikit , boleh lah pi banyak tempat lagi 
takpa , next time himpun duit lagi 
cari tempat lain pulak 


;) 



raya 2016


6 syawal 
haaaaaaaa . baru boleh muncul balik 
busy betul sebelum ni 

* * *

RAYA PERTAMA

seminggu sebelum raya ada buat kuih raya jugak 
tapi kali ni cornflakes madu aku tak jadi . mogok apa benda tah 
haha . kes butter habis . beli brand lain 
tak sedap lansung butter tu . aku sembunyikan cornflakes tu 
adik aku , aswad gatal mulut tanya pasal cornflakes tu depan kawan dia 
macam nak sekeh sekeh kepala dia 
terpaksa aku keluarkan kuih malang tu dari tempat persembunyian 
hahaha . lantak , nak sangat kan . biaq pi tak sedap ! 


baju raya kali ni pon bajet bajet saja 
tak banyak macam last year . kasut pon tak beli 
kiranya raya tahun ni sangatlah beserderhana 
lagipun raya pertama hujan sampai ke petang 
tak dapat nak ootd depan hutan macam selalu , so dalam rumah ja mampu 
haha , gitu kekdahnya 


pagi pagi lepas bersalam salaman tu , 
terus adik beradik sebelah abah mai rumah 
sebab tahun ni turn rumah aku 
lepas depa balik , adik beradik sebelah mak pulak mai 
memang full house lah . aku yang tak rajin , terus jadi rajin . haha 
pukul 5 camtu , baru free . baru dapat keluar 


* * * 

RAYA KEDUA 

pagi tu dah bangun awal awal 
pukul 11 ada job makeup tunang 
baju ni mak sponser , baju raya pertama ja aku buat sendiri . hehe 


lepas makeup tu , drop hanis kat taman nuri 
aku tak dapat join sebab kawan nak datang beraya 

semalam ikhwan whatsapp , nak jumpa 
gila kauu , last jumpa tahun 2012 rasanya , masa tu kat KL , haha 
yalah , dah jauh . mana nak boleh jumpa selalu kann 
kawan yang paling happy go lucky , dia lahh 


manusia dua orang ni sampai dengan kereta masing masing 
kaki gossip betul ha , riuh dengan depa ja 
setiap ceruk rumah aku nak bergambar . hahaha . dah tua pon tak berubah 
hehe . weh ! jumpa lagi nanti 


sat , ada hal pulak 
nanti aku sambung . hehe 

;) 



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)