Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Wednesday, October 16, 2013

spaghetti carbonara, chef nurul


semalam gigih mencari bahan bahan nak memasak 
ajak si senget aku yang sorang tu temankan cari barang 
harini raya kedua baru buat , semalam mak aku buat mi sup dah 
so , jadilah plan harini nak buat spaghetti carbonara 

 kalau ada sesapa nak try buat , sila sila kan 
ni kat bawah ni aku bagi resepi 
sedap nyum nyum . haha 

* * * 


SPAGHETTI CARBONARA ( hidangan untuk 3-4 orang )

bahan bahan 
1/2 paket spaghetti 
1 botol sos carbonara 
2 ulas bawang putih - dicincang 
cendawan butang - dipotong nipis 
loaf ayam / ayam kisar / daging kisar / udang dll 
minyak masak / majerin 
1/4 cawan air 
garam 
lada hitam - ditumbuk 
parmesan cheese 

cara cara sediakan spaghetti 
air nak rebus tu dicampur secubit garam untuk perasa 
rebus spaghetti hingga lembut 
lepas dah lembut toskan spaghetti tu 
gaulkan dengan sedikit majerin 
tujuannya sebab takmau spaghetti tu melekat lekat 
kalau tadak majerin pon takpa 
boleh guna minyak masak / olive oil 

cara cara sediakan sos 
panaskan minyak , api pelan saja tau 
tumis bawang putih sampai naik bau 
masukkan loaf ayam 
kalau sesapa tadak loaf ayam , boleh guna ayam kisar 
sosej pon boleh , atau apa apa ja yang berkaitan 
tak payah tunggu lama , masukkan ja cendawan butang 
lepas tu masukkan sos carbonara dengan 1/4 air 
sebab takmau pekat sangat 
agak lama sikit , masukkan secubit garam 
tunggu sampai mendidih 

agak nak makan tu ambik sos , gaulkan dengan spaghetti 
tabur parmesan cheese dengan lada hitam 
nak nampak menarik sikit , letak tomato cherry 

yeay . sedia dimakan ! 



Wednesday, October 9, 2013

mampus lah kauuu


sampai dekat traffic light pantai johor 
masa tu lampu baru nak hijau 
motor penuh kiri kanan 
aku jalan slow slow , ada satu motor , lelaki , tinggi 
terus ambik beg makeup aku dalam raga motor 
aku terkejut , sempat aku tarik tapi dia rentap 
aku hon hon hon honnn ! semua orang buat macam tadak apa 
motor tu selit selit tengah orang ramai , lepas tu hilang 
kalaulah aku jatuh tadi , taktau la macam mana nasib aku 
masa dia ambik tu aku rasa nak ligan ja 
tapi masa tu sesak 
nak ja aku tendang motor peragut tu !
jahanam peragut ni 

satu masalah pulak 
dah esok esok aku nak makeup pakai apa 
dah la barang semua tu mahal 
apa depa ingat senang nak dapat duit 
siang malam aku kerja , hang senang senang nak ambik 
bodoh ! 

nasiblah bukan barang berharga sangat 
barang berharga , aku letak dalam box motor 
cuma beg makeup tu tak muat , sebab tu ada dalam raga 
mesti setan tu bengang punya dah tadak duit 
taktau la sapa pulak mangsanya lepas ni 
haih . dunia dunia 

sungguh ! 
aku doa peragut peragut macam ni mampus bawah perut lori 
amin amin amin !


Sunday, September 22, 2013

sakit !


tak selesanya bila demam 
3 hari dah aku menahan sakit , sakit badan sakit segalanya 
tak larat aku nak pi kerja sendiri 
dia ambik aku kat rumah 
aku teringin nak makan chicken porridge 
dia bawakkan aku ke kfc , breakfast kat situ 


pastu bila masuk kerja , menjerit sakan aku pagi tadi 
tapi boleh lagi control 
mana taknya , belakang leher aku bengkak 
mama dia urutkan , menahan sakit la aku ni 
relax ja mama dia cakap 
' awat buleh jadi lagu ni , main melawak apa apa ka ngan khairi 
dak pon , pi ikut dia main gym sekali ka ? ' 
haha . rajin pulak aku nak pi gym 
dah selesai urut , petang tu mama dia ajak pi rumah 
balik sekali dengan mama dia 

petang tu parents aku ambil aku kat rumah dia 
mama dia carita la kat parents aku pasal bengkak aku ni 
lepas dinner tadi baru aku gigih nak pi klinik 
dah tak tahan sangat dah 


nasib baik doktor tu baik
cakap pon lembut , siap nak bagi MC lagi 
aku kata tak payah kot , tapi dua tiga kali dok tanya lagi 
baik sungguh la 
haha 

Monday, September 16, 2013

bajuku maroon


alahai murah betul rezeki aku 
bab makan pakai memang aku tak risau lansung 

alhamdulillah 
mem bagi baju ni , warna maroon 
cantik sangat kain tu , terima kasih !


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)