Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Thursday, October 31, 2013

app , (&*&%$*(@#


comel betul app ni 
tapi sayangnya aku tak reti nak baca sebab tulisan cina 
edit muka ni pon pakai tekan ja , buat buat paham 
hasilnya , 


haha . muka tuu 
awal awal memang teruja nak try 
nanti nanti uninstall balik sebab dah jemu 
weks 


Sunday, October 27, 2013

antara KN dan tuannya


al - kisah , taibbbb 



sebelum ni aku ada cabar dia bawak honda petak * KN bukan nama sebenar 
siap cakap lagi aku nak naik 
dia dok kisah aku malu . haha , apa nak malu 
tengok tengok harini dia bawak betul betul . hahahaha 

relax ja aku dengan baju kurung langkah naik 
nak tergelak pon ada . ingatkan dia main main 
kalau naik skuter dia aku boleh la aku duduk belakang , belagak tinggi 
bila naik KN , aku jadi pendek 
hahaha . adoi 

mama dia pon dok sebut pasal KN 
suruh khairi bawak aku keluar makan naik moto honda petak tu 
relax ja depa dua ni bahan aku 
cool ja lah , moto abah aku pon ada macam ni 
sekarang dah jadi moto pi market 
dulu , aku siap merempit lagi masa study kat poli 
sungguh . nak start kemain payah 
siap mintak tolong orang yang lalu lalang tolong startkan lagi 
hahaha 


Friday, October 25, 2013

first step


semuanya dalam perancangan 
kelmarin dah survey dengan khairi 
better benda yang ada depan mata daripada order online 
lagipun tempat tu pon dekat dengan dia 
apa apa hal senang 
mama dengan abah dia pon dah setuju katanya 

insyallah 
usaha kena lebih sikit tau sayang 
down macam mana pon , jangan , jangan , jangan give up ! 

ya allah , permudahkanlah jalan kami 
amin 


Friday, October 18, 2013

dating ala bajet


entry kali ni namanya dating ala ala bajet , sebab tengah bulan . haha 
kemain semangat dua orang ni tau dak 
pagi pagi dah merayau 
especially aku laa . nak jumpa arnold ! 
dah termimpi mimpi nak tengok escape plan 
yalah , sejak jadi gabenor dulu , susah betul nak tengok dia belakon 

tapi tadak rezeki nak tengok cerita tu 
panggung kosong , ada pon kami dua ja . hahaha 
wehh orang jitra , bangun laa . dah pukul 12 tengahari kot 
malangnya , orang orang jitra lebih suka pilih cerita hantu 
so , terpaksa la kami pilih cerita hantu tu jugak 
INSIDIOUS chapter 2 ! 


bagi aku la kan , conjuring seram lagi 
tambahan pulak ada minah mana tah yang dok belakang aku 
jadi pengulas cerita ni , bising betul haa ! 
nak tengok pon tak senang 
pastu over over jerit , orang lain tak jerit . dia pulak yang melebih 
pfffft ! kalau sekali sekala jadi pengulas cerita takpa gak 
ni dari start cerita , sampaiiiiiiiii habis . kuat pulak tu dia bercakap 
stress betul . hilang mood aku nak nengok cerita tu 


dah habis tengok movie , dating tengah jalan 
niatnya nak berkelah kat bukit wang , makan makan kat situ 
tapi tersesat ke mana entah . haha 
dalam tadak duit pon melepas ke merata tempat budak berdua ni 
bila dah sesat tu , singgah kat padang terap beli air , pastu lunch kat pokok sena 
masa lunch tu ery mintak teh ais dengan barli 
sekali budak tu hantar teh ais campur barli . hahahaha . adoi ! 
bila nak balik tu , singgah a.star mall 
saja nak cuci mata tengok barang 

aku rasa kan , sempena aidiladha ni 
aku dengan si senget tu dah tawaf satu peta kedah 
haha 


Wednesday, October 16, 2013

spaghetti carbonara, chef nurul


semalam gigih mencari bahan bahan nak memasak 
ajak si senget aku yang sorang tu temankan cari barang 
harini raya kedua baru buat , semalam mak aku buat mi sup dah 
so , jadilah plan harini nak buat spaghetti carbonara 

 kalau ada sesapa nak try buat , sila sila kan 
ni kat bawah ni aku bagi resepi 
sedap nyum nyum . haha 

* * * 


SPAGHETTI CARBONARA ( hidangan untuk 3-4 orang )

bahan bahan 
1/2 paket spaghetti 
1 botol sos carbonara 
2 ulas bawang putih - dicincang 
cendawan butang - dipotong nipis 
loaf ayam / ayam kisar / daging kisar / udang dll 
minyak masak / majerin 
1/4 cawan air 
garam 
lada hitam - ditumbuk 
parmesan cheese 

cara cara sediakan spaghetti 
air nak rebus tu dicampur secubit garam untuk perasa 
rebus spaghetti hingga lembut 
lepas dah lembut toskan spaghetti tu 
gaulkan dengan sedikit majerin 
tujuannya sebab takmau spaghetti tu melekat lekat 
kalau tadak majerin pon takpa 
boleh guna minyak masak / olive oil 

cara cara sediakan sos 
panaskan minyak , api pelan saja tau 
tumis bawang putih sampai naik bau 
masukkan loaf ayam 
kalau sesapa tadak loaf ayam , boleh guna ayam kisar 
sosej pon boleh , atau apa apa ja yang berkaitan 
tak payah tunggu lama , masukkan ja cendawan butang 
lepas tu masukkan sos carbonara dengan 1/4 air 
sebab takmau pekat sangat 
agak lama sikit , masukkan secubit garam 
tunggu sampai mendidih 

agak nak makan tu ambik sos , gaulkan dengan spaghetti 
tabur parmesan cheese dengan lada hitam 
nak nampak menarik sikit , letak tomato cherry 

yeay . sedia dimakan ! 



Monday, October 14, 2013

esok raya


dah nak raya ni sepuluh kali mama dia ajak pergi ke rumah dia 
semalam aku tidur awal , mama dia call pon aku tak perasan 
banyak sangat misscall mak dengan anak ni , huhu 
pagi tadi mama dia call lagi , pesan suruh ke rumah pagi raya esok 
insyallah kalau tadak apa apa , memang aku sampai 
mama dia pon janji raya kedua nak ke rumah aku 

cuti lima hari wehh , mana mau pergi haa 

* * * 

selamat hari raya aidiladha 
korbankanlah perangai kita yang tak baik 
semoga kita menjadi orang yang lebih baik 

peringatan untuk diri aku sendiri 
insyallah 


Friday, October 11, 2013

sunburn !


segala yang dirancang telah berjalan dengan lancarnya 
alhamdulillah . yeay ! bestnya 
sampai jugak bukit merah dengan dia 

muka aku ni dah sakit pedih pedih kena bakar 
duduk bawah matahari berjam jam tanpa sunblock 
muka aku pon pucat ja tanpa makeup lansung 
semua barang aku kena ragut , apa lagi yang tinggal 
aku ni pakai bedak baby johnston ja kauuu , haha 

gerak pukul 9 pagi , breakfast dulu , sampai sana dalam pukul 11.30 pagi
tiket dua orang nak dekat rm90 
waterpark tu bukak pukul 12 , sementara tunggu kami lunch dulu 
budak lepas PMR ja ramai , rombongan 
masuk dalam tu sewa loker dengan pelampung rm60 
aku nyatakan harga ni bukan apa 
untuk rujukan kot kot ada sesapa nak pi sana , senang bajet 

sengaja plan pi bukan hari cuti 
tadak lah ramai sangat 
nak main air pon selesa ja , bebas sana sini 
ku sangkakan  orang tu berani naik macam macam , tetapi hancur 
hahahahaha 

balik tu , singgah penang 
makan makan kat kapitan , ronda ronda satu penang 
lepas tu bila balik , pengsannnn 
letih bertingkek tingkek 


berjuta kali aku bergaduh dengan dia macam takkan baik dah 
dia pon penah marah aku , aku pon sama pernah marah dia 
tapi kot mana pon still lagi bersama 
aku pon heran jugak 
haish . haha 

serius aku happy sangat 
thanks sayang sebab support semuanya 

:)

Wednesday, October 9, 2013

mampus lah kauuu


sampai dekat traffic light pantai johor 
masa tu lampu baru nak hijau 
motor penuh kiri kanan 
aku jalan slow slow , ada satu motor , lelaki , tinggi 
terus ambik beg makeup aku dalam raga motor 
aku terkejut , sempat aku tarik tapi dia rentap 
aku hon hon hon honnn ! semua orang buat macam tadak apa 
motor tu selit selit tengah orang ramai , lepas tu hilang 
kalaulah aku jatuh tadi , taktau la macam mana nasib aku 
masa dia ambik tu aku rasa nak ligan ja 
tapi masa tu sesak 
nak ja aku tendang motor peragut tu !
jahanam peragut ni 

satu masalah pulak 
dah esok esok aku nak makeup pakai apa 
dah la barang semua tu mahal 
apa depa ingat senang nak dapat duit 
siang malam aku kerja , hang senang senang nak ambik 
bodoh ! 

nasiblah bukan barang berharga sangat 
barang berharga , aku letak dalam box motor 
cuma beg makeup tu tak muat , sebab tu ada dalam raga 
mesti setan tu bengang punya dah tadak duit 
taktau la sapa pulak mangsanya lepas ni 
haih . dunia dunia 

sungguh ! 
aku doa peragut peragut macam ni mampus bawah perut lori 
amin amin amin !


Friday, October 4, 2013

dah lama dah


sementara tunggu si senget tu call satgi 
aku bukak satu folder dalam laptop aku ni 
penuh gambar kami 
alahai , rindu betul tengok semua ni 
dulu dulu siap buat photoshoot lagi kat area taman rimba , haha 
ada lagi entry tu dalam belog ni 
dalam tahun 2011 dulu rasanya , kalau tak salah aku lah 
kalau rajin cari rasanya memang jumpa 
malu aku nak tengok apa aku post lepas lepas 
memang tak lah aku nak bukak balik kan 
hahaha 

dari awal kenal sampai sekarang 
tak pernah aku buang semua gambar ni
walaupun bergaduh teruk dulu , tak sampai hati nak buang 
kenangan bukan boleh dibuat balik kann  

gambar bawah ni masa pi penang awal julai haritu 
suka tengok dia ada janggut , misai nipis nipis macam ni 
tapi rajin pulak dibuangnya . haish 



gelora di jiwa


haish . nak potong rambut ka takmau 
dah panjang sangat 
rasa nak try bagi pendek sikit 
tapi rasa sayang pulak . dilema wanita betei 

tadi pi pacific 
adoi , kena tahan nafsu 
baju , skirt , handbag , kasut semua lawa lawa baq hang  
syaitan dah jalankan tugas dia 
menghasut dan menghasut , pehh . tak tahan ! 
jimat nurul jimat 

kymi pon dah dapat baby 
nantilah bila nak pi jenguk dia baru carikan hadiah 
dia dah la comel , anak dia mesti comel sangat sangat 
bestnya depa ! 


Thursday, October 3, 2013

si perindu


rindu si senget tu 
baru seminggu dia pi sana 
sejak dia pi sana tiap tiap malam mesti dia call sampai tertidur 
dalam seminggu ni tak pernah ter'miss' call lagi 

yalah , kalau hari biasa tiap tiap hari jumpa 
tiba tiba tak jumpa , rasa lain sangat 
cepat balik tau ! 


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)