Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Tuesday, November 22, 2016

matpit kah


kisah semalam 
rutin harian aku macam biasa 

tengahari tu , ada sorang laki ada depan pintu kedai 
katanya nak jual kucing , dia suruh aku call adik aku 
aku tanpa rasa prasangka apa apa pon call 
aswad pon setujulah nak jumpa petang lepas dia habis kerja 
lepas tu , laki tu pon balik 

tak sampai 5 minit , dia mai balik 
katanya kalau tak jadi beli kucing pon takpa , tapi bagi dia pinjam rm10 
aku dah tak sedap hati dah 
sebab sebelum ni pon ada orang mai mintak duit jugak 
dalam 3 bulan lepas . aku dah tak ingat rupa macam mana 
aku syak orang yang sama , tapi kali ni dia pakai spek 
aku berkeras jugak takmau bagi 
dia pon berkeras jugak takmau keluar dari kedai 
dia tunjuk ic dia , suruh aku pegang 
memang tak lah aku nak pegang ic orang , nanti jadi apa apa 
aku jugak yang kena . aku snap ja ic dia 

allah , masa tu aku taktau la apa nak buat 
kalau aku bagi , next time mesti dia akan mai lagi 
kalau tak bagi nanti , dia buat apa apa kan naya , sebab rm10 ja 
duit boleh cari , nyawa tak berganti 
aku terpaksa bagi jugak duit tu kat dia 
dah dapat duit tu , dia pon balik 

aku bagitau jebat 
dia dari perlis terus turun alor setar 
tunggu kat kedai sampai aku tutup kedai 
lagipon petang tu ada kucing nak kena mandikan 
nasib ada dia jugak , boleh tolong aku 
huhu 

memang beringatlah selalu kunci pintu lepas ni 
manusia zaman sekarang bukan betul sangat dah 

haish . takut ! 



Tuesday, November 15, 2016

pantang


tadi masa scroll fb nampak satu post ni 
dia cakap pasal botak 
aku pon tag lah jebat tu , sebab dulu dia pernah botak 
saja mengusik dia 



aku tak ambik serius pon apa dia kata 
dah lepas chat kat fb , aku bagitau dia nak keluar makan 
balik tu , dia whatsapp gambar 


hahahahahaha 
sah , dia memang gila 
apa aku cakap , semua dia pi buat 
aku suruh dia mai alor setar , laju ja dia nak mai 
ish , bahaya sungguh ! 

tengoklah , profile pic whatsapp pon pic aku 
suruh tukar , dia takmau 
ikut lah jebat oi 


:'D 


Sunday, November 13, 2016

apa kena lah


pagi tadi dia call . aku kat kedai 
tengah kemas kat belakang , tak dengar bunyi hp 
semalam pon aku rasa malas nak layan dia 
dia call pon aku tak angkat 

tengahari tu , ingatkan customer 
rupa rupanya dia ! 
gila engkau naik motor dari kuala perlis cari kedai aku 
kalau aku confirm kebas pungkoq oi . haha 
dia pon bukan tau sangat jalan alor setar ni 
bila tanya kenapa tiba tiba mai 
alasan dia sebab aku tak angkat call 
pukul 11 dia call , 12 lebih terpacak depan kedai 

mai pon sat ja . dalam 15 minit 
bila nampak aku dah okey , nak layan dia 
pastu dia terus balik kuala perlis 
gila betul 

:'D



Friday, November 11, 2016

suka ka :P



habis aku kena bahan sebab satu gambar ni 
hahaha , yalah . selama ni mana pernah upload pic laki pon 
tetiba ja kan , mesti la semua orang terkejut 
kawan group motor dia pakat add aku kat facebook 

sepatutnya jumaat tu aku pi penang dengan kawan aku 
barang makeup aku dah nak habis dah , kena topup balik 
hari rabu tu , aswad bagitau aku cuti hari khamis 
rosaklah program jumaat aku 
bila bagitau jebat , dia cakap nak temankan aku 

dari perlis dia mai ambik aku 
aku serba salah gak , sebab dia jauh 
masa tengok map , eh . apa kes wallpaper hp dia , letak pic aku 
segala wallpaper whatsapp , profile pic whatsapp semua pic aku 
jem lah dia ni 

masa kat gurney , berebut handbag aku , nak tolong bawak katanya 
mamat ni nak tunjuk gentleman ka apa . ahaha 
dah la aku jarang jumpa dia 
pastu buat camtu lak , memang segan lah kan 
atas feri , dia cakap nak bergambar 
aku pon okeykan saja lah 

masa balik singgah rumah mak hanim 
hujan lebat sangat masa tu 
kemain sungguh sungguh letak sweater dia atas kepala aku 
pastu aku suruh aku keluar kereta cepat cepat takut kena hujan 
haha . woi , hang dah kenapa 
buat biasa dah la . hujan air ja pon , bukan hujan api 
aku segan la woi layan aku macam ni 

malam tu hanim whatsapp gambar kat aku 
dia screenshot dari wechat sebab aku takdak wechat 

pelangi la sangat 
dia taktau ka dia kawan dengan ribut taufan 
hahahaha

aku syak dia ni suka kat aku lah 
sebab masa aku ikut dia pi kampung last week , hanim cakap 
dia seronok sangat dapat bawak aku 

hahaha , ka aku yang perasan 


:P 


Saturday, November 5, 2016

lepak laut


harini aku cuti 
dah tiga hari dia tanya aku , nak ikut pi kampung dia ka dak 
aku asyik cakap , nantilah aku bagitau lain 
kalau nak , dia ambik aku kat rumah 
dah takdak plan , aku pon ikutkan saja 

aku dah pesan awal awal , jangan tinggal aku sorang sorang 
sampai ja kat kuala perlis . ramai gila orang 
ada pesta air , aku ingatkan biasa biasa saja 
team kampung dia ada dalam game perahu 

aku ingatkan lepak tepi jeti camtu 
sekali dia ajak naik boat 
gila engkau , tak pernah pernah aku naik boat yang tangkap ikan tu 
hahah . terhoyong hayang jugak . seriau aku 
dah la tak pandai berenang 
macam macam dah dalam kepala aku ni 

yang dia tu , punya ikut cakap aku 
sampaikan nak pi tiga langkah kedepan pon bagitau aku 
suruh aku tunggu sat . kalau pi jauh sikit 
dia akan call jugak bagitau dia ada kat mana . kahkah 
ingatkan habis sampai situ ja , rupanya ada lagi 
masa dia naik boat laju sebab nak kena siapkan team dia , 
aku dengar ' nurul , nurul , nurul ! '
aku tengok belakang 
dia buat isyarat suruh tunggu dia setelkan kerja 
hahaha . bagus budaknya 



ni masa aku kat atas boat tangkap ikan tu 
seronok tengok suasana camni 
first time pengalaman join benda camni 

: ) 



Thursday, November 3, 2016

nak ngikut !


hanim kan stay kat sabah 
haritu dia ada ajak aku pi kundasang 
tapi , bagitau lewat sangat . aku tak dapat join 
so , dia ajak kawan husband dia 
last week , depa pon berangkat 

adududu . jeles la woih tengok pic depa 
upload banyak banyak pulak tu . cis cis . hahah 

harini kawan husband dia sampai alor setar 
dia ada belikan aku something 
dia suruh aku tunggu kat airport 
sebab flight dia sampai pukul 8 pagi . gigih aku bangun awal 
tercongok kat airport . hahah 

nak tau dia belikan apa ?
jeng jeng 


woi , apa sweet sangat ni 
hahaha . t-shirt semua orang sama 
peh . tak terlintas dalam kepala aku lansung 
hahaha . gila terharu 

pastu siap ada sticker spain lagi 
patutlah semalam tanya aku minat negara mana 
rupanya pi beli . kahkah 

terima kasih awak awak semua 

:') 


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)