Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Saturday, May 31, 2014

tak ketaq dah


haha . aku tak tau nak share dengan sapa  
takpa lah , aku tulis kat sini saja lah 
haha 

sebelum ni aku bawak kereta kat dalam taman ja 
harini adik aku balik cuti dari jb 
tadi dia temankan aku drive 
mak aku pesan -- bawak kot sini dulu laa 
abah aku pesan -- bagi cekap dulu main kaki 

aku anggukkan saja 

lesen aku dah lulus zaman 2011 lagi 
cuma aku tak berani 
haha , simpan lesen dah nak dekat empat tahun 
semuanya berubah bila abah aku belikan aku kereta 
sejak dua minggu lepas aku bawak dalam taman ni saja 

okey sambung balik 
dah masuk dalam kereta , adik aku suruh aku naik batas ban 
ketaq gila aku masa tu , dah la jalan sempit 
kiri kanan parit bendang 
aku terus ingatkan dia pasal pesan mak dengan abah tadi 
boleh dia jawab , 

-- alaa , buat jahat sikit , takpa 
bila nak cekap kalau bawak tempat tak dak orang -- 

haha , teruk adik aku ni 
aku pon fikir macam tu jugak , tapi bila aku bersuara nanti 
aku tau dah apa abah aku nak cakap 
sebab tu aku malas nak kata apa 
haha 

tadi aku bawak ke pokok sena 
haa , jauh betul . tapi alhamdulillah , tak ketaq lansung 
tak lama lagi bolehlah pi kerja naik kereta 
tak payah nak basah dalam hujan lagi 


;) 


Tuesday, May 27, 2014

femes ker ?


lepas kerja tadi aku singgah kedai 
nak beli beads 

aunty tu tanya kat staff dia yang lain 
-- eh , mana boyfriend dia haa , lama tak nampak 
aku dari jauh dengar soalan aunty tu . cepat cepat aku jawab 
-- dia dah tak dak kat sini , dok KL sana 

haha , mana tak nya 
memang dari dulu lagi muka aku menempek ja kat kedai tu 
dulu aku selalu pi dengan khairi nak beli beads 
setiap masa dia teman 
sekarang aku sorang sorang ja 
sebab tu depa heran 

hehe 


Sunday, May 25, 2014

ateee buleh ke idok


alhamdulillah 

24 mei 2014
majlis adik aku dah pon selesai 
rumah bakal adik ipar aku kat seri iskandar , perak 
gerak pagi sabtu , lepas tu berkumpul dekat RnR gurun 
konvoi 5 biji kereta 

tengahari tu singgah makan kat mapley 
siap pasang lagu ori depa -- dum tara dum dum . haha
adeh , aku kalau mapley ni kan 
orang tolong belikan lepas tu makan kat rumah , aku boleh makan 
jangan aku makan depan depa , tak berapa nak masuk sangat 
aku ambik nasi pon buat syarat ja , makan satu suap 
kecuali kalau kat kapitan 
haa , yang tu aku taktau nak kata apa 
pelik betei aku ni 
makan sebab sedap , tapi pandang kot lain , takmau tengok depa 
kalau tengok nanti tak lalu , haha 
huhu . sorry aneyy , takdak niat apa 

bila sampai sana , depa bagi homestay 
besar , ada mini garden dalam rumah tu 
majlis start lepas asar 
9 dulang berbalas 7 dulang hantaran 
depa buat warna turquoise , adik aku coklat cream 
aku paling suka blueberry tart dia , sedap . haha 

dah selesai semuanya , malam tu ronda cari makan 
senget tu call masa aku dah nak balik homestay 
malam tu janji nak msg sat 
sampai ja rumah aku tak dan kata apa 
sayuppppp , pergi meninggalkan mu . hahaha 

esoknya , pagi pagi dah kemas barang 
singgah lumut , mak nak beli ikan bilis mata biru katanya 
tak tau lah pulak aku kan 
selama ni ikan bilis mata warna apa eh 
ahaha 

* * * 

hantaran yang aku buat 

mak dengan bakal menantunya 


selesai , kbai 



Wednesday, May 21, 2014

habuan nak gelak


aku pesan kat orang yang jual vitamin yang aku selalu ambik 
suruh hantar kat rumah aku 
dia msg aku katanya adik lelaki dia nak hantar vitamin tu 
okey , takpa lah kan , aku tunggu 

dalam 15 minit tunggu , adik dia call suruh aku keluar 
dah setel bayar rm60 untuk vitamin tu , dia bagi satu beg 
aku pon masuk lah dalam rumah 

bila aku bukak beg plastik tu 
eh , pasepa isi dalam dia conflake madu 
duduk dalam bekas yang orang selalu jual cheese cake 
kecil ja , sebab tu aku tak syak apa apa dalam beg tu 

aku cepat cepat call adik dia balik takut dah terlepas jauh 
hahahahaha . dua dua gelak 
dia pon dah agak pasepa aku call balik 
salah bagi beg rupanya 

haha , nasib la 
kalau dak , makan la aku conflake madu berharga rm60 

hahaha 



Monday, May 19, 2014

rasa


life aku sekarang 
bangun pagi , pi kerja , balik kerja , sambung menjahit 
dah letih seharian lepas tu tidoq 
sekarang ni jumaat pon kena kerja 
dah takdak masa aku nak fikir benda lain 

kadang kadang aku sunyi jugak 
tambah tambah bila dah malam , duduk sorang sorang 

tah la , haha --

takpa lah , cari duit 
sibukkan diri 
lupakan apa yang dalam hati 

:)


Tuesday, May 13, 2014

bahagia


adeh , teringat tomyam 
sedapnya , masam masam manis pedas 
huu -- 

* * * 

alhamdulillah , dia dah selamat sampai sana 
selamat kembali berkerja sayang ! 
himpun duit banyak banyak , nanti kita shopping raya 
boleh kot pesanan macam tu 

haha 

* * * 

semalam aku tanya abah 

aku : abah , mana kereta ?
abah : ingat beli kereta macam beli nasi lemak ka 
bagi duit dapat terus 

hahaha , kan kena setepek ! 

* * * 

next week nak sibuk dah 
nak siapkan barang hantaran E 
dia tu jenis tak cakap banyak , dengan aku pon cakap benda penting ja 
tapi dia selalu tolong aku 
kalau sesak sangat , aku selalu mintak kat dia 
dia tak penah kata tak dak , dia bagi ja tak banyak soal 
insyallah , aku akan buat yang terbaik untuk dia 



Monday, May 12, 2014

kental


dua bulan tak berjumpa 
ya allah rindu sungguh , semalam dipertemukan 
senyum sampai ke telinga 
kesiannya dah kurus , tulang pon dah timbul 
kalau dekat dengan aku dulu , hari hari roti canai 
biar tembam , biar tak dak sapa yang nak 
aku pon tak susah hati . haha 

bila aku tengok gambar semalam , nak tergelak 
haha . macam macam gaya 
rindunya 

aku sanggup berhabis , biar orang disekeliling aku gembira 
senyumannya yang buat aku pon tersenyum 
apa aku nak semuanya dipenuhi 
ada sesuatu yang buat aku hargai dia sangat sangat 
tapi biarlah aku saja yang tau 

semalam banyak betul dugaan 
tapi alhamdulillah , semuanya ada jalan penyelesaian 
couple kental katanya , haha 

dia dah balik sana 
nanti kita jumpa lagi sayang 
insyallah 

* * * 

ya allah , permudahkanlah urusan dia disana 
jagalah dia untuk aku 
amin amin amin 


Saturday, May 10, 2014

rambut dan serik


tadi pi salon , nasib la aku pi awal sikit 
ramai pulak orang harini 
duduk nak dekat 5 jam , kebas habih semua 
aku paling tak suka pi situ sebab aunty tu suka selidik macam macam 
kalau tak cakap betul , dia takmau buat rambut 
haha . pelik kan 
tapi dia buat memang puas hati sangat sangat 
garang garang pon , tetap cari dia . haha 

* * * 

tempahan beads memang tak menang tangan sekarang 
banyak pasang aku nak kena buat 
alhamdulillah rezeki 

tapi ada cerita tak best 
pojan ada ambik tempahan baju maxi , memang dapat sambutan 
kiranya macam pre-order . kena bayar deposit 
pojan beli kain , mem jahit baju dan aku jahit beads 

nak dijadikan cerita 
ada sorang customer ni , setiap masa tanya pojan pasal baju dia 
nak tau berapa peratus siap , nak tengok gambaq lagi 
pojan dah inform kat customer dia , baju siap dalam 3 minggu 
yalah , sebab ambik ukuran cust sendiri , bukan yang ready made 

sorang hamba allah ni dah la nak murah 
pojan pon okey kan la , bagi diskaun sikit 
lepas tu dia takmau bayar deposit , katanya nak bayar full nanti 
pojan pon okey lagi , special untuk dia seorang 
si cust ni nak tengok semua proses baju tu 
siap tangkap gambaq lagi send kat dia masa baju tu tengah jahit 
adoi , memang cerewet gila 
orang lain yang bayar deposit semua tak kacau , dia sorang ja lebih lebih 

tapiiiiiiiii 

bila baju dah siap , dia cakap tak berkenan 
haa . ni yang nak angin ni 
dah la tak bayar apa pon lagi , banyak songeh pulak 
last last dia takmau ambik , dia suruh buat macam lain pulak 
dah la baju tu ukuran badan dia 
haih , sabaq ja lah 

kesian kat pojan lah , si cust tu nak warna kuning 
pojan tu curi masa kerja dia pi cari warna yang dia nak 
semua tu pakai duit , minyak , masa terbuang camtu ja 
memang serik dapat cust macam ni 

tapi nak berniaga lama 
terpaksa la telan 
jangan la kita buat macam tu kat orang 
kesian orang yang berniaga ni 
pesanan untuk aku jugak 



Thursday, May 8, 2014

meminang


' kita pi meminang 24 hb ni ' 

terkejut aku . haha . tak sangka betul 
adik aku nak bertunang dah 
aku ingatkan dia lambat lagi 
sapa yang kenal adik aku tu taulah dia macam mana 
mana pernah dia bawak gf dia balik rumah 
dia sangat sangat sangat pemalu dengan perempuan 
sorang perempuan pon tak pernah bawak balik jumpa parents aku 

tu yang aku terkejut sangat 
aku kenal gf dia pon kat fb ja , tu pon msg biasa biasa saja 
tak pernah jumpa depan depan 

tapi takpa lah , dah sampai masa dia agaknya 
alhamdulillah lah kan 

yang sedihnya aku lah 
tak dapat terima kenyataan adik aku jalan dulu 

haha 



Friday, May 2, 2014

.


ya allah , 
kenapa tiba tiba aku rasa sangat sunyi 
hati aku rasa kosong 


Thursday, May 1, 2014

kerja keras


selamat hari pekerja ! 

alhamdulillah rezeki tak pernah putus 
haritu aku jahitkan beads kat jubah moden pojan untuk buat contoh 
yalah , buat satu dulu sebab nak tengok penerimaan orang macam mana 
bila dah siap , dia upload ke page dia 
tak sangka ramai gila like 

pojan call bagitau ramai yang dah bagi deposit 
aku dengar berita tu macam nak jerit . sukanyaaaa ! 
boleh buat duit raya nanti 

syukur alhamdulillah ! 

* * *

haritu 26 april hari anniversary aku dengan khairi 
sekarang dah masuk tahun keempat 
aku sendiri tak percaya boleh bertahan sampai sekarang 
-- tampaq pipi sendiri . haha 

aku ingat lagi macam mana dia dapat number aku 
kebetulan masa tu mem takdak kredit nak call aku , pinjam phone dia 
konon nak tanya pasal sijil spm yang hilang . masa tu lah dia ada number aku . haha 
aku ingat lagi , lagu marry you - bruno mars jadi lagu tema . haha 
aku ingat lagi , kenangan main badminton kat taman rimba 

semuanya aku ingat , tak pernah lupa 

bagi aku dengan umur sekarang , bukan rasa sayang yang jadi keutamaan 
tapi sejauh mana pengorbanan untuk orang kita sayang 

aku percaya dengan takdir tuhan 
insyallah 

:)


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)