Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Sunday, June 29, 2014

first day


semalam adik aku minta buatkan lasagna 
dah lama aku tak buat 
dia carikan bahan bahan 
alhamdulillah , menjadi jugak 
sedap pulak tu . haha . perasan 

* * *

selamat berpuasa tau ! 
first day puasa , aku berbuka dengan family aku 
esok tidoq kat rumah mem 
tadi abah si senget tu cakap , ' ida tak payah balik lah '
mem balas ' mak dia bagi pinjam sat ja , buat macam hak milik '
haha 

yalah , kesian kat mem 
bukan ada sapa nak tengok tengokkan dia 
abahnya kerja , lewat malam baru balik 
sebab tu mem harapkan aku ja 
sebelum ni banyak kali dia tak bagi aku balik 
selalu aku bagi alasan macam macam 
aku segan lah 
rapat macam mana pon , rumah orang 
bukan rumah aku 
huhu 




Thursday, June 26, 2014

empty


kadang kadang benda yang tak elok tu yang kita nak sangat 
berharap dan berharap 
tiada penghujung 




Tuesday, June 24, 2014

hm


semalam terlanggar pasu 
kesian pokok kari abah 

* * * 

teringat dekat tom 
tom dah tak dak . hmm


teringat hari pertama aku beli tom 
dia sangat kecil . bunyi dia takut 
cheqoit , cheqoit , cheqoit 
hmm 

kalau aku sedih , aku main dengan dia 
dia lompat sana sini 
terhibur jugak hati aku 
sekarang dia dah tak dak 

rindu 

:'(


Monday, June 23, 2014

budak parking


mem call , katanya ada berita baik 
aku tekun nak dengar apa yang baiknya 
masa dia isi minyak , ada orang tegur dia 
rupa rupanya budak jaga parking kat kedai lama 
dia kerja kat stesyen minyak tu malam malam 
budak tu tanya pasal aku 

* * *

budak parking -- 
cik kak yang kecik kecik tu ada mana sekarang ? 
dia kawen dakgi ?

mem -- 
awat , berkenan ka ? 

budak parking -- 
hajat dihati macam tu la kak 

mem -- 
dia muda lagi , baru 22 . kalau berkenan mai nak kira 

budak parking -- 
alhamdulillah , kak tolong naa 

* * *

berdekah mem gelak 
aku lagi lah , sampai abah ketuk pintu 

abah -- nurul , hang pasepa . kena rasuk ka apa ?
aku -- dak , tengah cakap telefon ( jerit dari dalam bilik ) 
abah -- gelak macam hantu ! 

haha , mem pon dengar apa abah aku cakap 
macam tu berita baik , takmau lah aku , HAHA

esoknya , pagi pagi tok dengan tokwan khairi mai kedai 
memang selalu depa akan breakfast sama sama 
mem cerita kat depa 
yang tokwan gelak berhinggut bahu , suara tak keluar pon 
lama pulak tu dia gelak 
aku tengok dia gelak sebijik macam si senget tu 
tokwan suruh aku tukar nama 
jadi umairah , maksud nama tu ' yang segak sangat '
hahahaha ! 

abah khairi pulak pesan kat mem , jangan bagitau kedai kat mana 
nanti dia mai ronda , haru ! 
hahahaha 
budak tu lurus bendul 
masa dok kat kedai lama , tak pernah lansung aku senyum kat dia 
cakap pon tak pernah 
nasiblah dah pindah kedai baru 
sumpah , memang aku tak pi dah peruda . HAHA ! 


Sunday, June 22, 2014

lagu


dah bertukar lagu belog aku ni 
sebenarnya aku nak kekalkan piano yang cerita korea tu 
tapi tah macam mana file dia boleh rosak 
terus tak keluar bunyi 

atas permintaan , senget tu nak lagu marry you 
lagu tema gitu , tapi tak jumpa code dia . payah aih nak cari 

pilihan kedua si senget tu 
terpaksa pilih lagu yang sekarang ni 
pelangi petang , kena tema jugak kann 
kira aci ja lah 

hehe 


buah hati dan tok


harini saja aku tak bawak balik kerja kat rumah 
rasa nak rehat sat 

* * *

semalam senget tu balik sini 
dua manusia paling excited , aku dengan mama dia 

dah janji nak keluar semalam 
janji pukul 9 dah jadi pukul 11 
aku makan pagi tu ja , perut pulak sakit 
nasib baik adik aku kebetulan hantar makanan 
dah siap makan , aku tunggu lagi 
bila fikir balik . yalah kan , dia kena utamakan family dia 
balik dua bulan sekali 
kesian pulak 
tapi aku ni bukan jenis sabar sangat 
hampir hampir nak merajuk dah , haha 

malam tu jugak pukul 3 pagi aku terjaga 
sakit kepala sangat sangat 
kat rumah takdak ubat 
tahan , tahan , tahan , tahan 
ambik minyak , sapu kat dahi , tak jalan jugak , berdenyut denyut 
aku kejutkan tok aku 
mintak dia temankan aku cari ubat 
pukul 4 pagi aku cari 7e 
dalam tak sedar , tok aku tak sihat 
nafas dia bunyi bunyi , aku agak dia okey ja 
sebab sehari dua ni memang dia tak sihat , batuk selsema 
dah makan ubat , aku terlena 

pagi tu aku terjaga , tok dah tak larat sangat 
katanya tak boleh nafas 
dia cakap pon tersekat sekat 
dia dah call makcik aku , mintak tolong hantar ke hospital 
tenggelam timbul suara tok , yang dengar nafas lajunya 
aku bayangkan yang buruk buruk saja 
katanya dari dalam kereta masa aku beli ubat tu dia dah tak boleh nafas 
dia redha kalau meninggal masa tu jugak 

tapi tok tak cakap kat aku yang dia sesak nafas , dia diamkan saja 
mungkin sebab masa tu aku sakit kepala yang teramat sangat 
dia takmau menyusahkan aku 

ya allah , aku rasa bersalah sangat 
kalau aku tau , aku dah bawak tok ke hospital 
tak kisah dah dengan sakit kepala aku 

tok cakap maybe dia jadi macam ni sebab dia minum coke semalam 
tok dah tak sihat , minum pulak yang berais 
dia mintak aku rahsiakan , takut nanti orang marahkan dia 

pagi tu kat kedai , aku menangis puas puas 
sebab aku rasa bersalah sangat 
kalau aku tau tok sakit , 
aku takkan ajak dia pukul 4 pagi cari ubat aku 

mem sampai kedai 
aku ceritakan apa jadi semalam 
dia bagi aku ubat , sebab kepala aku still sakit lagi 
aku call tanya keadaan tok , alhamdulillah 
semuanya okey 
aku tak dapat bayangkan kalau apa apa jadi dekat tok 
dia sangat memahami aku 
semua benda aku share dengan dia 
aku sangat sayangkan dia 

* * * 

tadi si senget tu dah balik kl dah 
dah cibet ! dia kena tunaikan janji dia 
BULAN TUJUH katanya 
nah aku besarkan BULAN TUJUH tu bagi dia terang mata sikit 
haha 

tadi dalam kereta , amboi bergelak sakan 
aku sebok tunjuk kedai makan , dia sebok kira tahun berkenalan 
haha , tah apa apa 
nak romantik tak kena tempat 
kena pulak time lapar , tak jalan la hormon hormon cinta aku 
haha 

suka tengok dia gelak sebab aku 
nak pandang terus ke muka , rasa malu lah pulak 
aku curi curi pandang ja la 
rasa macam mana tah perasaan tu , bahagia 

haha , gatai ! 



Monday, June 16, 2014

tata


bz bz bz ! 
nanti bila lapang sikit aku up satu entry . haha 


tata ! 


Monday, June 9, 2014

target !


masalah lain tolak tepi , malas nak fikir dah 

fokus utama aku nak cari duit banyak banyak 
lepas tu nak kawen . haha 

insyallah 

:) 


Friday, June 6, 2014

radio


tadi pi cari radio baru 
radio kereta rosak , sat dia nak bunyi , sat dia takmau bunyi 
melayang rm150 jugak , tu pon yang paling biasa 
yang lain semua rm200 ke atas 
dah siap pasang , tapi sesekali bunyi macam hujan 
haha . tak reti aku nak bagitau macam mana bunyi dia 
rupanya ada benda lain yang rosak 
kena order , lambat lagi la nak elok pon 

haish 


Wednesday, June 4, 2014

rezeki


sejak sebulan lepas 
tak menang tangan dapat tempahan jubah saffiya 
ada lagi satu , maxi dress marissa untuk ibu mengandung 
tiap tiap hari ada order masuk 
memang alhamdulillah sangat . boleh buat duit raya aku tahun ni 

sapa sapa nak order , boleh pi kat page ni --> zanies collection 

antara design yang aku dah buat 


* * * 

aku rasa  aku tak upload lagi pic masa birthday mem haritu 
hee . kek ni aunty chew sponser 

comel kan . hehe 







Sunday, June 1, 2014

entah


kita layan orang baik baik 
tapi orang lansung tak hargai 

bila aku tengok keadaan sekeliling aku 
bini punya baik . tapi laki , hampeh . stok kaki perempuan 
ada lagi satu pulak , 
laki ikut saja apa bini nak , tapi bini tak hormat laki 

kenapa kontra , kan bagus kalau bertukar pasangan 
baru sepadan . yang baik tadi mesti bertambah bahagia 
yang jahat tu , baru padan muka 

entah , 
ada sebab kot tuhan atur macam tu 

aku ? 
aku dah buat sebaik mungkin 
kelemahan aku banyak 
aku boleh bersabar semampu aku 
kadang kadang makan hati , aku diamkan 
aku yang sekarang dah tak sama macam dulu 
dulu kalau ada apa apa , aku tanya itu ini sampai puas hati 
sekarang , kalau ada apa tak kena , aku diamkan saja 
malas nak bertekak , aku bukan gadis remaja belasan tahun 
terpaksalah pujuk diri sendiri , kalau aku tak pujuk 
sapa lagi nak pujuk 

tapi , sampai bila 

entah 


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)