Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Tuesday, December 27, 2016

hari cuti


sebelum krismas haritu 
sempat lagi aku meronda kat aman central 
dia punya deco dalam tu . wow sangat . cantik wey 
disebabkan cantik , so layankan ja semua pic aku ni 
hahah , tu yang sebenarnya 


yang berdua dengan mija ni , guard bangla yang tolong tangkapkan 
lawaknya , dia snap macam pro beb 
takdak one two three dah 
kami gerak sikit snap , pandang kiri snap , tunduk snap . KAH ! 
kami dah selesai pon dia dok snap lagi 
kemain over kau pak guard . hahahah 

masa kat guardian pon lawak jugak 
ada sorang mat salleh depan aku , beratur nak bayar 
aku tak perhati pon muka dia 
sampai turn aku , dia tak berganjak pon , sebok nak masukkan duit 
aku letak barang aku , baru dia berenjak sikit 
" eh , dia ni , pi lah tepi sikit , bukan ada orang pon " 
aku nampak dengan ekor mata , dia dok tunggu lagi kat situ 
lama sat , baru dia pi 

dah setel bayar , mija mai dekat aku 
" kak ida , sandro tuu . dia tengok kak ida ja masa bayar tadi "
---- " haaaaaaaaaaa , sapa dia . mana mana ? "
" laa , depan kak ida tadi "
---- " serius , HAHA ! " 

ahahha . bongok kan boleh pulak tak perasan 
aku pusing belakang , sandro ada lagi 
terus haa tangkap gambar 
dia pon baik , senyum ja 
mesti dia pelik sebab masa bayar tu aku buat tak tau ja 
dah nak balik kemain excited wey 
nasib dalam guardian tu ada kami ja 


hahahahaha 

;D 



Tuesday, December 6, 2016

berjimba


hitam dah muka cek 
main panas oi 

aku nak gerak pi KL jumaat malam 
aku mintak tolong KD hantarkan aku 
petang khamis , dia whatsapp 
dia cakap nak singgah aman central sebelum hantar aku kat shahab 
aku okeykan saja sebab bas aku pon pukul 12 tengah malam 
pukul 8 dia call 

kd : wey dah siap ka 
aku : siap pi mana ? 
kd : laa , kata nak suruh aku hantar pi shahab 
aku : weyyy , jumaat malam lah . bukan malam jumaat ! 
kd : hahahahahahahahahahah 

ya tuhan . hahah 
malangnya hari jumaat dia takdak , pojan lah baik hati hantarkan aku 
jebat naik dari kuala perlis , aku naik dari alor setar 
sampai shah alam dalam pukul 6 lebih jugak 
anis dengan kawan dia ambik kami dari sana 

pagi tu singgah breakfast kat s.alam 
rehat sat , pastu jalan jalan kat putrajaya 


malamnya makan kat kampung baru . sedap gila kerabu maggi dia 
nak tunggu meja kosong punya lah lama , dekat sejam 
tapi berbaloi baloi sebab sedap 


lepas makan singgah danau kota , cuci mata 
masa nak pi danau kota , tetiba jelin whatsapp 
cakap nak jumpa , aku suruh dia pi sana 
laju gila dia sampai , haha . naik moto , memang lah 

first time jumpa jelin 
kawan dengan dia dari zaman myspace dulu . tahun 2008 tak salah 
haha . gila lama . tak pernah jumpa 
tapi dapat sembang sambil jalan ja . sebab situ memang ramai orang 
nak lepak pon , dah letih , dari pagi berjalan 

esoknya pagi pagi dah gerak pi sunway lagoon 
alhamdulillah rezeki , dapat tiket murah 
masa dok tunggu jebat , aku dengan anis lepak tepi tiang sat 
tetiba ada brader dj kat situ bawak mic , hala kan ke aku 

"adik nama apa , cari mak hilang ke" 

hahaha . jem , dah la pakai mic . semua orang pandang 
hahahah 


dah setel huha huha 
jalan jalan dalam mall pulak , cari makan 
kepala aku time tu dah sakit gila 
sekarang ni dah tak boleh makan lambat 
mesti nak pitam 

dah balik rumah pon pukul 6 lebih dah 
janji dengan jelin nak lepak sebelum aku balik a.star 
lepas maghrib jelin sampai 
dia kalut cari dalam beg dia , nak bagi something kat aku sebelum balik 
dalam beg dia yang ada pon handsfree , haha 
aku nak buat apa benda tu . takpa lah jelin 
insyallah nanti bila bila boleh jumpa lagi 



:)




small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)