Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Sunday, December 30, 2012

birthday wishlist


esok birthday aku weh . HAHA 
gigih buat entry untuk buat permintaan 
bahagia betul kalau dapat barang barang kat bawah ni 
aku dah siap check lagi harga orang tu jual 
serius murah 
jumlah harga barang barang ni lebih kurang rm110 saja 
mana nak cari . YEAR END SALE kot 

bestnya kalau bangun tidoq ada kotak hadiah bawah pokok krismas 
eh , salah majlis pulak 
hee 

ni dia
nurul wahida punya birthday wishlist 
ting ! 



nak nak nak 
macam mana pon . kena dapat jugak 


:')


Thursday, December 27, 2012

yeay


empat hari lagi 
mood : counting days 
semoga Allah SWT permudahkan segalanya 

yeay 

:D


Saturday, December 22, 2012

funfair !


cakk ! 
malasnya nak update 
bukan sengaja . ampun mak pak 
aku sibuk sikit . dah lama tak online pakai laptop 
ni pon baru berkesempatan nak habaq hang 
malam malam dah tidur awal 
tambah tambah dengan majlis tunang nanti . banyak benda nak buat 
cece , ayat belagak konon busy , haha 


comel dak 
haritu pi funfair kat stadium dengan sayang 
dia gigih beli token banyak banyak main bola turun curam 
* bola turun curam ? apa ntah nama dia . hahaha * 
kumpul banyak mata , dapat si comel sekor ni 
masa naik roller coaster mini memang menjerit sakan la 
sayang berlagak cool , bila dah turun , dia melelong lebih . haha 
nasib baik top gun rosak 
kalau dak , memang aku heret sayang naik jugak 

sejak dua menjak ni kann 
beliau berusaha bersungguh sungguh ikut apa yang aku nak 
aku yang mengada lebih ni saja nak tengok dia macam mana 
kikiki 

lebiu 

:D

Thursday, December 6, 2012

jalan jalan untuk disember


we-hooo 

nak update entry berjalan jalan 
aku rasa aku ni kuat berjalan betul 
tiap tiap bulan ada saja tempat aku nak melawat 
kah kah kah 

tapi sebelum tu tengok la apa jadi kat kain yang aku update sebelum ni 

haha . mama sayang dah buatkan jadi macam ni 
tujuan asal aku nak buat kurung moden , tapi dah berubah arah 
comel . aku memang suka pakai macam ni 
thanks to mama sayang ! 

terrraaa . dah pakai pon masa pi jalan jalan 

dah ready nak meronda 
masa ni kat traffic light , tunggu lampu merah 
kereta sebelah dok perhati ja . HAHA . gigih budak berdua ni 

shopping ! tapi ta banyak pon shopping 
gaji aku ta masuk lagi . kalau gaji aku dah masuk 
macam macam aku borong weh . bukan senang nak mai 
buleh sampai kat sini pon sayang yang support 
aku banyak cuci mata ja 
sedih 

pastu lajak pi pantai merdeka 
ambik angin kat sana sat 
meriah gila pantai merdeka , aku rasa dah banyak tahun aku ta pi sana 
sambil nyanyi 
* ku ukir namamu di awan gunung jerai , disaksikan laut bla bla bla * 

masa ni nak balik dah 
tengok , sayang tukar baju sama kaler dengan cek 
hee , cek suka ! 

sayang belikan aku spek dengan t-shirt ni 
design t-shirt sama dengan sayang tapi sayang punya warna orange 
tiap tiap bulan ada saja benda yang sayang belikan 

terima kasih sayang 

kadang kadang aku kesian kat sayang 
masa dia dengan family dia kurang sangat 
yalah , pagi pagi dah keluar kerja sampai ke tengah malam 
cuti tak sama hari 
sejak dua menjak ni aku pulak yang suka buat perangai 
bebai sana sini 
sayang dah banyak kali tegur aku 
dia yang banyak mengalah 
apa aku nak semua dia buat , semua dia bagi 
agaknya hormon aku ni tak betul sikit . biasa la , perempuan 
haha . alasan 

sorry sayang . tak sengaja 

:')

Friday, November 30, 2012

jumaat yang kelam kabut


hello jumaat 

pagi tadi awal betul aku bangun 
semagat nak jogging 
bila dah sampai , aku call mama ery nak tanya dia ada kat mana 
lepas call , aku letak phone dalam box 
tak sedar ada kunci motor dalam box tu 
pap ! dah terkunci 
dah macam mana aku nak balik satgi 
wargh ! 

mama ery call ery kat rumah mintak tolong nak pinjam motor 
nasib baik la dia bangun dengan sekali call 
dah 2 round aku jogging 
ery pon sampai 
melelong lelong aku bawak scooter dia balik rumah 
ambik kunci pendua 
kalau dia bawak helmet lebih boleh la dia hantarkan 
helmet aku , dengan lesen semua dah terkunci 
aku terbiasa bawak motor ada gear 
bila kena scooter , jadi gelabah sikit la kan 
haha 

mama ery ajak aku lepak kat rumah depa 
tapi aku ada kerja 
ada rezeki masuk harini 
walaupun ta banyak tapi alhamdulillah 

;)

Wednesday, November 28, 2012

lepas seharian merajuk


sayang belanja kain orange tu 
mama sayang belanja kain bunga bunga tu 

mula mula mama sayang belikan kain bunga tu untuk aku 
tapi sebab aku rasa pakai kain kosong lagi cantik 
aku ajak sayang pergi beli lepas kerja 
berebut rebut nak bayar 
oleh sebab tenaga sayang kuat dari aku 
aku kalah dengan jayanya 

49 missed calls kesan daripada off hp sebab merajuk 
kesian sayang 
mula mula ingatkan nak teruskan merajuk 
paling sikit tiga hari kaa 
tapi sayang dah mai tunggu nak bawak lunch 
mau tak mau kena ikut 
dan terus tak jadi nak merajuk 

sayang belanja banyak sangat harini 
muka gua pon ada manyak sinyum 

; )


Wednesday, November 21, 2012

dinner , yeay


pon pon pon 
berapa lama eh aku tak menulis 
rasanya baru lagi kot 

haha . iklan ! 

minggu yang agak busy jugak lah kann 
haritu dengan hantaran dengan pelamin 
agak agak nak usha 

dan yang terbaru 
semalam mama ery ajak join dinner 
mama dia masuk mom contest kat hotel sentosa 
last last minit baq hang 
mama dia siap bayarkan duit tiket untuk masuk 
malasnya nak join sama 
tapi sebab mama dia sungguh sungguh ajak aku 
nak dedahkan aku dengan majlis majlis macam tu katanya 
mula mula temankan mama dia makeup 
dah sampai hotel tu , masuk satu bilik 
dalam tu semua peserta peserta contest tu 
segak segak baq hang 
ada 21 peserta , 4 orang saja melayu . yang lain lain semua cina 

ratu ratu kebaya 
mama ery ? haha , cari sendiri my boss yang gojess

semua dah berhimpun atas stage 
sambil aku sumbat makan sambil aku tengok 
sepatah apa aku tak faham sebab depa cakap cina 
huhu 

dekat red carpet 
masa ni diapit dengan pari pari kecil yang sangat comel 
geramm !

majlis start pukul 8 sampai 12 
lepas majlis tu aku , kak long , ery dengan mama dia lepak kat oldtown 
balik tu terus lena . serius letih 
tapi aku dapat rasa la makanan cina macam mana 
semua sedap sedap 
cuma sup sirip ikan yu saja aku ta lalu nak makan 
haha 


Friday, November 16, 2012

letihnyaaa


hello everybody 

minggu ni super duper busy 
tiap tiap hari balik malam ja  
deepavali haritu pon ta cuti 
pagi pagi pi rumah ery , siapkan hantaran 
kelmarin maal hijrah pon ta cuti 
pagi pagi pi rumah dia kemas kemas barang 
nak pasang set bilik dengan meja makan kat rumah pengantin 
dia , mama dia , abah dia , kawan dia dengan aku 
pehh . satu hari dok buat kerja 
malam tu ery bawak pi makan 
lepas balik tu terus pengsan . letih teramat amat 
nak gelak pon ta larat dah 

pagi ni pulak jumaat pon separuh hari ta cuti 
ery , aku dengan mama dia pi make up pengantin 
padan muka dia kena ikut sekali 
HAHA 
dia sakit hati kena bangun awal kot 
balas dendam kat aku , dia main brake kereta 
sambil dia brake , dia dok usha aku pakai cermin pandang belakang 
tersengguk sengguk aku kat belakang 
dah la aku pon mengantuk , letih semalam ta hilang lagi 
mentang mentang mama dia ada kat sebelah 
dia guna cara halus camtu nak kena kann aku 
haha . ciss sungguh 

balik tadi aku lena 3 jam 
haa , ambik hang ! puas . haha 
lepas ni ada lagi satu majlis kawen 
hat ni lagi teruk kot 
kat dewan ukir mall pulak 

lepas ni aku nak holiday puas puas 
nak lenaaaaaaaaaaa ! har har 



Saturday, November 10, 2012

tak menjadi


try rayban baru orang tu 
aku yang rasmi dulu 
haha 


alhamdulillah dia suka . senang hati aku . heee 
sengih lebaq lebaq 


ingat nak buat surprise , tapi tak menjadi lahh pulak 
haha . padan muka aku 

Tuesday, November 6, 2012

penang lagi !


pada suatu hari 

kawan kita semangat drive 

lalu gambar pertama diambil 

dan gambar kedua pula diambil 

masing masing cuba control kemontelan yang ada 

banyak gaya dicuba untuk gambar terbaik 

dan kedudukan yang terbaik terletak pada belakang kami 

penat kami mencuba pelbagai posisi 

sehinggalah 

kawan kita tu letih sampai pengsan ! 

saja update camni sebab nak suruh stalker tengok 
kah kah kah 
kbye ! 


Sunday, November 4, 2012

nak kawen ? tengok sini !


hello readers ! 
faizah bridal gallery yang beroperasi di alor setar menawarkan 
pakej perkahwinan yang menarik untuk anda 

untuk yang baru nak usha usha baju untuk pertunangan 
majlis pernikahan , majlis kahwin . semua ada ! 
harga mengikut budget anda 
tak payah nak pening pening dengan pakej mahal mahal 
anda sebut saja harga , kami akan menawarkan 
pakej yang sesuai dengan budget anda 

sebarang pertanyaan boleh ke facebook kami 
atau boleh tinggalkan comment disini 


like us on facebook now ! 

terima kasih 
:) 


Monday, October 29, 2012

attention !


aku rasa aku nak tutup belog ni dan buat yang baru 
perlukah macam ni atau teruskan saja apa yang ada sekarang ? 


Thursday, October 25, 2012

curang


bila orang mainkan aku 
aku anggap dia belum ada perancangan untuk masa depan 
biarlah dia berseronok dulu 
satu hari nanti dia akan sedar 
untuk apa dia bercinta 
kalau dia pilih orang lain , aku akan cuba terima 
walaupun aku tak tau macam mana keadaan aku masa tu 

* * *

' CURANG '
bila aku dah pilih sesuatu untuk aku laluinya 
aku tak boleh paksa orang untuk puaskan hati aku 
sebab aku dah tau orang tu macam mana 
bergaduh sampai berguling tangga pon 
kalau orang tu tiada usaha nak ubahkan dirinya 
tak berguna jugak 

jalan penyelesaian 
putuskan hubungan dan cari orang yang lebih baik 
hmm . bunyi macam senang 
tapi berapa ramai yang berjaya 
aku tak rasa melupakan seseorang tu macam flush taik dalam jamban 
orang yang pernah rasa dia akan tahu bertapa seksanya 
hati kena kuat , insyallah baru boleh lupa 
kalau aku banyak duit 
aku seboleh bolehnya nak keluar dari kawasan kenangan 
pindah ke tempat baru yang tak pernah pergi bersama pasangan dulu 
maybe dengan cara tu aku boleh mula hidup baru dengan bahagianya 

tapi , kalau memilih untuk bersama lagi 
terpaksalah korbankan hati sendiri 
kena telan segala perangai yang ada pada dia 
kita ta boleh nak paksa hati orang 
kalau kita desak dia , semuanya jadi macam tak ikhlas 
macam aku selalu kata 
biarlah orang buat kita , jangan kita buat orang 
aku tau bukan senang nak makan hati sorang sorang 
tapi nak buat macam mana dah jalan ni kita pilih 
aku set dalam kepala aku 
orang yang sabar akan dapat ganjarannya 
aku pernah tahan perasaan aku , kadang kadang tersasar 
bila dah tersasar , mula lahh nak marah marah 
sebab tu aku kadang kadang suka marah tanpa sebab 
aku dah penat tahan perasaan aku 
ya . aku manusia biasa 

jodoh tu ada , cuma cepat dengan lambat saja 
salam aidiladha 


Friday, October 19, 2012

goodbye !


ya allah dugaan apa lagi ni 
aku lansung ta kacau hidup orang 
kenapa ramai pulak yang masuk campur hidup aku 
haritu dalam blog 
kali ni kat facebook pulak 


ery yang buat hal 
pi lah sound dia , yang nak kaitkan aku sekali apa kena 
lain lahh aku yang cari pasal 
ni dak , share pic aku sekali tu pasaipa 
pastu maki maki sekali dengan aku . wah wah wah 
lapaq kaki dah la tu 

aku dah bosan betul dengan drama semua ni 
aku dah blah dari semua ni 
sekarang ada orang lain yang reti hargai aku 
yang tada kaitan lansung dengan depa 
buat apa nak menangis nangis untuk orang macam tu 
membazir ! 

aku buat baik dengan orang pon 
orang tikam aku dari belakang 
dah yang tu hang nak sangat , teruskan 
aku tepuk tangan bagi kat hang 
puas hati 


zaidi ni lagi bagus , kerja pon okey , perangai pon okey 
dia tunggu aku lama dah 
aku ja yang tamau kat dia sebab aku buta ta pandang orang camni 
dah banyak kali aku tolak dia , dia mai kedah pon aku ta jumpa 
tapi kali ni aku cuba hargai dia 
aku harap lepas ni 
jangan ada sapa sapa kacau aku dah 

the end !


Sunday, October 14, 2012

our lil cute baby


4 oktober 2012 
yeay ! akhirnya dapat jugak SG (sugar glider) 
ery temankan aku beli 
comelnya ! 
aku mintak ery bagi nama 
SG tu jantan . so , ery letak nama dia TOM 
tapi kebanyakkan semua dalam sangkar warna pink . haha . diam ! 

enam hari pertama aku yang jaga 
khamis ery cuti , ery ambil bela pulak 
haha . dah macam jaga anak 
jumaat pagi ery hantar kann balik 
tapi malam jugak tu ery mai ambik balik , ta tahan rindu katanya 

sampai sekarang tom ada dengan daddy 
tom ta rindu kat mommy ka . wuwuwu 
siap mesra lebih lebih dengan daddy dia  . jeles hoi ! 

hari pertama tom denagan mommy 
masih malu malu lagi 

kain ta beli lagi , lapik tisu dulu 
haha . buat semak sangkar tom

bila dah beli kain untuk tom , mommy buatkan beg 
lepas ni boleh kita keluar jalan jalan dengan daddy . yeay ! 

tom dah masuk tidur 
mommy panggil pon kepala ja yang keluar 
mengantuk sangat dah masa ni 

makan pon tamau pegang sendiri 
manja betul 

dah makan kenyang kenyang 
main buai , relax relax 

pic yang ni daddy mms kann dekat mommy 
amboi tom , dengan mommy ta macam ni pon 

tengok tu , daddy saja nak bagi mommy jeles 
waaa ! serius jeles 
tom dah lupa mommy ! 

rindu daddy tom , rindu tom jugak 

:')



Friday, October 12, 2012

heyy si polan !


aku dah malas nak layan orang yang terencat macam hang 
aku pernah letak kaki kat muka hang ka sampai sakit hati sangat dekat aku 
sebelum ni banyak dah jenis mulut busuk macam hang dok semak blog aku 
ntah ntah yang sebelum ni pon hang jugak , hahaha 
tapi aku diamkan saja 

pantang aku bukak cerita sikit 
ada saja yang berdengki dengan aku , nak kata macam macam 
padahal aku ta pernah pon tulis yang buruk buruk nak mengata hang 
sebab aku lansung ta kenal hang 
lainlah kalau aku ada sebut si babi ni si babi tu 
tapi tada pon . hang pon jenis tinggal comment ta letak nama 
so , celah mana aku nak kenal 

kemon beb ! aku lansung ta heran apa hang nak kata 
nak mengata aku , tapi penakut 
lain kali letak nama lengkap , senang aku nak kenal 
mana tau aku boleh ingat balik apa salah aku dekat hang 
kan ta payah aku susah susah nak buat entry khas untuk hang 
aku rasa hang ni lifeless , sebab tu suka menempek dalam hidup orang 
ataupon parasit atau senang cerita macam kutu 
menumpang tapi jenis yang menyusahkan 
yeah , lebih kurang 

aku nak tanya boleh ?
hang dengki sebab khairi dengan aku ehh ?   
hahaha . kesian . kalau hang nak , ambik lahh 
lain kali mintak elok elok , bukan dengan menghentam aku 
aku boleh bagi laa 

apa ? 
aku memang baik hati pon 
terima kasih 

: )



Saturday, October 6, 2012

tuhan dengar jugak akhirnya


pertama kali sejak setahun lalu 
baru harini aku jumpa balik dengan mama ery 
nervous jangan kata la 
yalah , dulu kan aku dah buat silap 
tiba tiba mama dia cari aku balik 
mana ta terkejut 

bila mama dia dah datang 
aku cium tangan apa semua , cuba buat macam biasa 
mula mula memang semua control 
aku duduk pon sopan tapi ta tahan lama 
lima minit lepas tu 
gelak aku pon dah makin kuat 
duduk pon dah bersepah . huhuhu 

mama dia kata 
' lepas ni ida kena dok dengan kak chaq 
jangan pi mana dah ' 

rasa bersalah bila aku dengaq mama dia cakap macam tu 
suasana dah balik macam dulu 
aku ingatkan mama dia nak marah aku lagi 
sebab aku tinggal mama dia macam tu saja dulu 
dulu aku ikutkan perasaan sangat 
ta fikir panjang 

aku memang ta sangka semua ni akan jadi macam ni 
memang aku mengharap sangat nak berbaik balik 
alhamdulillah 
doa aku selama ni dikabulkan jugak 
harap semua ni berkekalan 
amin 


Wednesday, October 3, 2012

permudahkanlah hidupku


ya allah , macam mana ni 
lepas satu masalah , masalah lain pulak yang ada 
serba salah dibuatnya 
niat aku nak tolong orang , tapi sebelah lagi aku akan sakitkan orang 
kenapa la susah sangat jadi orang dewasa ni 
serius aku ta bersedia ! 

kalau tanya dalam hati aku 
aku tatau nak buat keputusan secara mengejut macam ni 
dalam seminggu macam macam jadi 
aku nak tolong someone dan aku tau akibatnya 
aku dah ta boleh nak berjoli sakan dah macam sebelum ni 

tapi takpa , tuhan pandang niat kita 
rezeki tu ada kat mana saja 
duit boleh dicari , orang perlukan bantuan aku 
aku akan tolong mana yang aku mampu 

dan pada pihak sebelah lagi satu 
harap maafkan aku 
aku memang lansung tadak niat nak buat macam ni

Saturday, September 29, 2012

skypoo


pabila larut malam 

telan ubat sebiji , ta sampai lima minit 
terus tutup buku hari sabtu 
sekian 

pusing sana pusing sini 

orang demam terjaga 
wish goodnight . kesian beliau 
i love you pon dah jadi i olove you 
haha . kira okey lah 

comel ja si buncit ni 

jangan demam demam lagi na sayang 
mehh kita cibett sikit ! 

:) 

Thursday, September 27, 2012

oh SG !


harini aku halfday . ery pulak cuti 
lepas lunch tadi kami ke kedai haiwan 
semua punca sugar glider 
survey survey dulu 
tadi aku tengok punya semangat dia dok makan apple 
apple besaq dari tuan . huhu . rasanya baby lagi kot 

sejak aku tengok ada sorang membe fb aku bela 
aku rasa teruja camna tah 
tiap tiap hari aku tengok dia update pasal si comel tu 
bawak jalan jalan . dia panjat atas kepala 
alahai , sukanya aku manja manja centu 
kalau pasal haiwan lain , aku just tengok dan cakap 'okey comel' 
tapi yang ni aku rasa lain macam sikit 
cuba tengok bawah ni 
mohon jatuh hati dengan mata besar dia 


dulu dulu aku pernah berangan 
bila someone tu hadiahkan benda hidup 
macam dia dah berikan satu nyawa untuk kita jaga macam diri kita sendiri 
contohnya macam orang dah kawen 
haruslah ada baby nak menceriakan rumahtangga 
sebab tu aku ta suka mintak teddy bear atau lain lain 
sebab semua tu aku boleh beli sendiri 
tapi kalau orang bagi jugak , aku memang hargai sangat sangat 
hehehe 

tadi masa survey si comel tu 
aku betul betul nekad dah nak ambik sekor anak angkat 
memang macam mahal 
aku rela bajet duit makan aku 
mula mula beli sekor dulu , campur barang barang dia lagi 
memang habis duit gaji aku lah jawabnya . huhu 
bila dah ada tanggungjawab camni 
maknanya , kuranglah aku nak membazir untuk benda yang bukan bukan 
bulan depan insyallah kalau ada rezeki bule carikan pasangan untuk dia 
wahh . planning ! hehe 

sabar nurul sabar 
tunggu gaji next week 

insyallah 
:)

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)