Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Sunday, October 19, 2014

kad kenduri


kad kenduri yang aku designkan untuk adik aku dah siap 
teraaa ! 


sengaja aku blurkan alamat 
woo , bahaya kalau share detail yang peribadi dalam dunia sekarang  
so , sesapa sudi nak mai , pm aku kat fb 
semua dijemput hadir 

kad dah setel print , 
lepas ni baju pengantin , hantaran , bilik pengantin 
baju aku lagi . eh ! haha 

tak sabar walaupun lambat lagi 
rasa macam aku pulak yang nak kawen 

haha 

:) 


Monday, October 13, 2014

pengorbanan


kelmarin masa berkebun dengan puan faizah kat luar 
ada sorang mamat bangla ni naik basikal 
belakang dia galas mesin rumput 
meronda cari rumah yang nak khidmat dia sebagai pemesin rumput 
dia pergi ke setiap rumah untuk bertanya 

bila aku tengok orang yang susah mencari rezeki 
teringat kat seorang makcik tua kat jalan ke rumah aku 
bajunya lusuh , berkain batik , beranak tudung 
gelap kulitnya 

tiap petang masa aku balik kerja 
dia mesti ada tepi jalan depan masjid 
pertama kali aku nampak , aku ingatkan orang gila 
sebab dia duduk atas jalan tak berlapikkan apa lansung 
aku nampak dia susun pelepah pokok kelapa yang dah tua 
esoknya pulak aku nampak dia 'raut' satu satu untuk nak jadikan penyapu lidi 
selepas seminggu , ditepinya penuh dengan penyapu lidi 
tanpa bekas , dia tanggung semua penyapu lidi tu untuk dijual 
bayangkan , dia dah tua , kena angkat semua tu sorang diri 
jauh dia berjalan 

satu hari , aku nampak dia bawak troli kecil 
maybe ada orang yang sedekahkan untuk kesenangan dia 
setiap hari dia akan ada kat depan masjid 
walaupun hujan , tanpa payung dia akan setia dengan penyapu lidinya 
mukanya tak pernah menunjukkan dirinya susah 
sentiasa tersenyum 

ya allah , bertapa cekalnya orang orang ini untuk hidup dibumi mu ya allah 
sedih bila aku fikirkan ada lagi yang susah 
mereka tidak meminta minta 
mereka gunakan segala kudrat yang ada untuk rezeki yang halal 

mereka ini buat aku rasa malu 
malu sebab aku banyak sangat merungut pasal hidup aku 


:'( 


Friday, October 10, 2014

dunia oh dunia


sebelum ni kalau isi minyak rm20 pon dah senang hati 
tahan tiga hari 
sekarang , kalau isi rm20 
jarum macam tak larat nak naik 
tahan dua hari ja , tu pon kalau pi kerja balik kerja 
kalau pi tempat lain , sehari setengah ja tahan 
pehh ! botak camni 

minyak saja beratus sebulan . makan lagi 
job luar pon tak mampu nak tanggung dah 
nak naik motor , hujan pulak sekarang ni 
aku kira bersyukur lagi sebab ada motor , boleh makan kat rumah 

orang lain yang lagi susah tu macam mana lah kan 
pernah ada kes yang buat aku tersentuh hati 

ada pakcik tua , kurus fizikalnya 
naik motor honda bulat 
memang daif sangat motor tu 
dia ke kaunter , dia keluarkan duit syiling dari poket 
'cik, pakcik ada 5 kupang ja . boleh dak nak boh minyak?'
'tak boleh pakcik . banyak tu mana boleh dapat minyak' 
pakcik tu pi balik dekat motor dia , pelan pelan dia tolak motor dia 
tapi alhamdulillah 
ada insan berhati mulia dengar perbualan tu 
dia tolong bayarkan duit minyak pakcik tu 

hmm 

:(


kehadapan masa depan


kehadapan masa depan , 

betul kan . saat bahagia takkan kekal lama 
kenapa ? 
sebab semua orang suka ambil mudah , termasuk aku sendiri 
kita semua fikir 
sekali bahagia , selamanya akan bahagia 

tak 
kita manusia . ada kelemahan 
bila dua orang dalam satu perhubungan 
kena saling memahami . saling melengkapi 
api dengan air 
bukan api dengan api 



Monday, October 6, 2014

pantai merdeka


kaki dah macam nak tercabut 
mengantuk dah ni , tapi up dulu satu entry 

kisahnya petang tadi 
dengan tawakal aku drive pi pantai merdeka 
bukan tak pernah pi 
tapi sebelum ni harap orang ja bawa aku pi mana mana 
kerja aku lena kat sebelah . haha 
tadi , dengan taktau jalan . main redah ja ingat ingat lupa jalannya 
nasib ada waze , dia tak menipu aku 
sampai jugak pantai merdeka 

masa aku sampai panas lagi , aku duduk lepak bawah pokok 
so takdak sapa la lepak kat tembok ni 
mau terbakar kulit , panas , haha 
tapi ada jugak yang mandi manda walaupun air macam berkeladak 


muka pon dah macam apa dah . macam meneran pon ada jugak . haha 
agak pukul 5 baru aku balik 
pasang lagu kuat kuat dalam kereta 
sampai serak suara menyanyi 
punya nak bagi hilang mengantuk 

nanti plan tempat lain pulak lah 
seronok pulak buat camni . tak ganggu sapa sapa lansung 
bercinta dengan waze lah senang 
yang dia tau ' turn right , turn left , go straight ' 
aku salah jalan pon dia okey ja , tak kata apa , dia cari jalan lain 
tak marah , tak gaduh , tak berkelai 

hahaha 

:) 


korban


harini hari kedua aidiladha 
selamat hari raya korban semuaaa ! 


sebelum ni aku mengidam betul nak blueberry cheese tart 
adoi , serius terbayang dalam kepala 
malam sebelum raya , aku dapat makan jugak . haha 
rasa lega bila makan 

bila dah seharian layan tetamu 
petang dah tak buat apa , aku teringin nak tengok annabelle 
petang tu terus aku pi alor star mall 
macam yang aku jangka , kena beratur panjang 
memang ramai betul orang 
dapat la tiket tapi pukul 6 lebih 



sementara tunggu lagi sejam , aku merayau satu mall tu 
masa duduk sorang sorang , terjumpa cousin aku . haha 
dia takut sangat dengan cerita seram seram nih 


bagi aku movie ni tak best sangat 
banyak sembang , sesetengah part agak bosan 
sekadar suspen ja yang banyak . rupa hantu takdak pon 
yang ada , setan dalam kelam . haha 

nanti nak tengok ouija pulak 
aku suka sangat cerita seram , pastu nanti takut sendiri 
macam conjuring haritu , takut dia tarik kaki . haha 


harini plan nak pi pantai . nasib baik tak hujan macam semalam 
kalau kita tak gembirakan diri sendiri , sapa lagi nak gembirakan kita 
ye dok 


:)


Thursday, October 2, 2014

sekali sekala


sejak dua menjak ni sibuk sangat 
dengan raya lagi , dengan persiapan kenduri lagi 
harini baru siapkan kad , tinggal nak print saja 
yalah , haritu dah siap sepenuhnya , dah hilang semua , kena buat lain 
mak redha ja la nak oi . haha 
baju raya ada sepasang ja , warna hijau 
dress kekononnya , haha 

esok rancangnya nak usha usha butik vendor 
kat alor setar tak pernah dengar lagi ada ke idok 
kat jitra dah banyak 
dah lama sangat teringin nak pi . hehe 

nanti ada masa aku update lain 

daa ! 

:)


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)