Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Tuesday, March 7, 2017

movie date


harini aku cuti 
wan tu pulak tak jemu2 ajak aku keluar 
so aku pon setujulah 
kebetulan dia meeting dekat KTU , alang2 dah dekat 
dia mai ambik aku kat rumah 

dulu jumpa gitu2 ja tak pernah sembang 
ni bila naik kereta , rasa malu lah . langkah pon tak kena . kahkah 
dia belanja semuanya harini 
so kami decide nak tengok wayang . LOGAN 


best wey ! sedih ending dia . tahan sendu ja dalam tu . haha 
aku tak lah ikut sangat x-men sebelum2 ni 
bila dia ajak , aku okey ja . sebab cerita lain semua macam tak best 

pendapat aku pasal dia , okey boleh tahan 
lawak2 sikit , gentleman sikit 
jangan jadi macam orang haritu sudah laa 
terlalu obses sampai aku naik takut 

:'D 



Thursday, March 2, 2017

malassss


dah banyak bulan aku tak dengar khabar dia 
tiba2 last week dia msg , katanya nak pi umrah 
semoga selamat pergi , selamat balik 

* * * 

dalam tahun ni ramai betul orang baru muncul 
kawan2 aku lah , rajin betul depa nak kenal2 kan aku
orang dah usaha untuk kita 
takkan nak tolak kan , ambik hati lah 
kawan ja dengan sapa2 pon . jodoh tak jodoh lain cerita 

minggu ni jugak , tiba2 ada orang tu buat ramah dengan aku 
aku kenal dari kecik lagi . satu taman 
rumah dia area belakang rumah aku 
tapi tak lah pernah bertegur 
dia kawan dengan jiran aku , so kerap jugak la dia lepak depan rumah aku dulu 
lepas tu aku pindah , memang tak jumpa 

dia add aku kat fb dah lama , rasanya 4 , 5 tahun lepas 
aku anggap adik2 ja lah , sebab dia baru 27 tahun 
last contact pon masa aku kat peruda 
dia kerja bangunan yang sama . aku tingkat atas , dia bawah 
pastu lost contact sebab apa tah , aku pon tak ingat . cerita bertahun dulu 
puan faizah pon berkenan dia 
sebab dia kategori ada rupa . ada muka arab2 sikit . haha 
depa kenal pon sebab pernah berkerjasama 
masa tu 2010 rasanya , aku kerja tempat lain masa tu 
so , puan faizah terkejut jugak la aku kenal dengan dia 
haha , okey selesai sesi throwback 

berbalik pada cerita asal . minggu ni dia rajin tegur aku 
ajak jumpa banyak kali dah 
aku ja yang selalu ubah topik . tahhh . rasa macam budak2 kot 
malasssssssssss laaa akuuu

haha , gitu 

kawan laki aku selalu cakap aku jual mahal 
dia cakap cuba try dulu bukak hati tu 
hahah . aku bukan jual mahal 

aku cuma rasa malaaasssss 

ala , cakap banyak pon bukan hampa nak paham 
hahah 

:'D 


Tuesday, February 14, 2017

lari dulu



pasal someone haritu , dah dapat tau dia mmg ada hati 
tapi malas laaa 
lepas balik KL tu , aku dah slow2 jauhkan diri 
yalah , takmau la aku bagi harapan kat orang 
sebab aku takdak niat pon nak serius dengan dia 

yang dia pon tetiba nak marah aku . haha 
declare pon belum . tetiba nak hangin 
aku pon tau dari kawan aku pasal dia suka aku 
sebab tu sebelum salah faham lagi , baik aku lari dulu 

memang la ramai orang kata 

" baik hang terima orang yang suka hang daripada hang suka dia 
nanti2 hang boleh ja suka dia "

dulu pon aku selalu kata macam tu kat kawan2 aku . lol 
tapi bila dah alami sendiri 
bukan senang weh . rasa macam menipu diri sendiri 
sebelum ni aku taktau apa , seronok ja keluar sama sama 
bila dapat tau dia suka aku 
keluar pon rasa macam tak ikhlas dah 
nak senyum pon rasa macam paksa diri 

ntah la . payah nak explain 
lepas aku dapat tau tu , dua tiga hari , aku try la atas nasihat orang 
mana tau boleh lupa yang lepas 
tapi serius . tak boleh . bukannya dia tak baik . baik jaa 
tapi . ahhaha . setakat kawan ja boleh kot 

biarlah single macam ni 
senang , memang kat mulut dah move on 
tapi hati tak move on lagi woi 

HAHA 


:'D 




Tuesday, February 7, 2017

seketui nuown


rasa nak buat pic b&w pulak 


masa ni lepas taklimat 
dah habis awal , dapat meronda sempadan 
pi padang besar , bukit kayu hitam 

masa ambik pic ni , memang kena hon lah dengan lori kereta bagai 
apa dia ingat hon lori tu bunyi macam kau kentut senyap2 ?
haha . terangkat bahu aku tau ! terkejut 

hahahah . gigih sungguh . biar laa aku nak posing pon 
tapi tebu baru semai , so tak dapat la nak tangkap gambar pokok2 tebu merimbun 
pastu masa kami dah gerak , depan sikit , 
kereta yang lalu tadi pon berhenti ambik gambar jugak 

hahahaha 


;D


Thursday, January 19, 2017

terkena den


aku mintak kedai gambar ni editkan pic aku 
nak sama tinggi dengan sandro 
aku bajet aku yang tinggi 

selalu orang lain tunggu berbulan bulan baru dia edit 
yalah ramai kot yang PM dia , ikut turn lah 
tapi aku hantar semalam , tengahari siap 

TETAPI 
sekali apa dia buat 


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA 

aku terhibur ! 



:'D


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)