Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Tuesday, September 12, 2017

helo kawan baru

haluuu ! 

hitam dah muka aku 
berjemur sangat minggu lepas , mendapatlah kan 
trip kali ni pi langkawi lagi 
tapi kali ni dengan kawan2 baru , boleh dikatakan semuanya tak kenal 

* * * 

8 sept 2017 


berkumpul kat jeti kuala kedah 
pukul 7.30 pagi semua dah ada , feri pukul 8.00 
perjalanan dalam satu jam setengah 

sampai sana , cari makan dulu 

sementara tunggu nak check in apartment pukul 2.00 
 kami singgah mandi dekat air terjun temurun 


masa tu hujan lebat jugak , gigih tunggu hujan berhenti 
aku tak pernah sampai lagi kat sini , subhanallah cantik sangat 
tapi nasiblah masa tu takdak kepala air , esoknya baru dapat berita 
ada kepala air turun kat situ sampai ada orang terperangkap 


dah puas mandi 
baru check in apartment , rehat sat 
petang tu terus ke chenang jalan2 


makan2 dekat roof top 
masa tu pulak boleh stuck dalam lift 
tak boleh keluaq ! hahaha . jantung dup dap dup dap 
depa tekan2 bell mintak tolong 
last sekali ada technician mai bukak pintu lift 
hahaha 
macam apa punya pengalaman 

* * * 

9 sept 2017 

awal pagi dah bangun , breakfast 


pagi tu ada trip island hopping 
kali kedua aku jejak sana , naik dekat kuah 
happening sangat budak budak ni 


masa balik tu dah satu lagi kejadian 
sikit lagi nak sampai jeti , minyak boat tu pulak habis 
terdampar la kat tengah laut 
laut time tu memang bergelora sakan 
melambung lambung kami 
orang boat tu call kawan dia tolong hantarkan minyak 
hahaha . tunggu lah kami tengah2 laut tu 

balik dari island hopping , cadangnya nak ke telaga tujuh 
tapi hujan lebat , tunggu punya tunggu 
tak dak tanda nak berhenti 
aku ni kan , kalau nak pi telaga tujuh mesti tak kesampaian 
mesti hujan , haishh 

dah takdak pilihan 
terus ke chenang , mandi pantai 
cuaca panas , tapi ombak punyalah kuat 
kd sampai hilang tudung , ombak bawak lari . HAHAHAHA 
kami plan nak naik banana boat , tapi bila tengok ombak macam tu 
uiii , memang aku tak berani lah 


masa tengah mandi mandi tu 
depa plan birthday prank untuk kak ina 
memang bertepunglah dia kena 
dua kali pulak tu 
hahaha 


lepas balik tu , rehat sat . pastu gerak pi dataran lang 
celebrate birthday kak ina kat situ 



* * * 

10 sept 2017 

pagi ni bangun lambat sikit , semalam saja memang balik lambat 
bermalas malasan 
dengan semua tak mandi , lepas breakfast semua terjun kolam
aku malas nak terjun sama 
sakit2 badan mandi pantai semalam 

masa aku lepak2 tepi tu 
dah tak pasal pasal abang sado semua angkat campak aku dalam kolam 
jebon betul haa , hahaha 
dah la aku plan nak pakai tudung tu balik nanti 
dengan seluar tidurnya terus masuk kolam 
tengok haa gambar ni , dok paksa lagi nak selamkan aku 
haha . kuajaqqqq 


pukul 12 semua dah siap nak check out 
singgah lunch sat 
pastu shopping cokelat ! yeay 


feri pukul 4.30 petang 
dekat sana panas , dah sampai kuala kedah memang hujan lebat gila 

best trip ever ! dapat kawan baru yang gila2 super sporting 
love ! love ! love !


;D 




0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)