Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Sunday, February 22, 2015

dalam jem


diketika petang yang hening . tatkala kereta berbaris panjang 
ada dua makhluk sedang melayan fikiran 

tiba tiba 

perempuan -- eh ! kita tak selfie  lagi harini . jom ! jom ! 

SNAP ! 


perempuan -- alaa , lagi sekali lah . senyum la panjang sikit 
pastu sebut cheeseeeee ! 

SNAP ! 

perempuan -- dah macam tak ikhlas la pulak 
lelaki -- dah tadi suruh cheeseeeee , ni cheeseeee lah 
lelaki -- eh ! tengok tu , nampak macam comel kan 
perempuan -- haha . muntah ! 

hahahahaha 
perangai sangattt kan 
layankan ja aku yang banyak songeh ni 


;D 


Saturday, February 21, 2015

peneman


cuti tiga hari tak terasa pon . plan lain , jadinya pon lain 
takpa lah , sekurang kurangnya dapat happykan orang lain 

tiga hari aku temankan tok aku 
kelmarin aku bawak datang rumah . makan nasi kat rumah aku 
bersembang panjang dengan mak abah 
bergelak sakan , satu family ada 
rasa macam bahagianyaaaaaaaaaa . hehe 
malam tu pulak bawak makan dengan adik adik aku 
mak dengan abah tak join sebab ada kenduri 
masa nak pi makan tu aku lupa stadium ada bola 
memang sangkut lama jugak la , silap aku lalu jalan tu 
tambah pulak rasa frust tak dapat tengok bola 
lagi stress dalam kereta . haha 

petang tadi pulak bawak tok ambik angin pantai 
seronok tengok dia tersenyum ja 
puas berjalan katanya 


takpa tok , insyallah ada masa lagi kita ronda tempat lain pulak 
bila aku tengok dia seronok 
aku rasa puas hati 
yalah , tok aku yang bela aku dari kecil 
semuanya aku share dengan dia 
sekarang la aku pulak layan apa kehendak dia 
insyallah harap aku mampu tunaikan 

* * * 


last week hanim dapat baby boy , muhammad seif addin namanya 
4 tahun penantian , alhamdulillah 
tahniah hanim ! 
syaheed pon dapat anak buah pertama , tahniah syaheed ! 

semuanya benda baik 
happynya ! 


;) 



Sunday, February 15, 2015

abc nyoq


sejak dia ada kat sini 
asyik meronda ja aku . haha 
kalau dia tak dak , memang aku duduk diam ja kat rumah 
huhu 

orang dok post aiskrim pasu lah , abc kelapa lah 
sekarang musim panas kann , semua nak berasaskan ais 
aku pon gigih la nak merasa jugak 
cepat cepat msg senget tu ajak cari 
kedai tak bukak lagi , dah terpacak budak berdua ni depan kedai 
haha . pulun kann 



rasanya boleh la 
aku bukan penggemar abc sangat 
excited nak menayang dalam fb sebenarnya , haha 

lepas dah pekena abc 
lepak kat pantai murni . pekena rojak dengan cucur udang 
sambil mengutuk orang yang ada kat situ . hahaha . tipu 
sempoi ja kena angin laut 





haha , hidung dia kembang setaman 
padan muka , sapa suruh suka sangat kontrol macho 
lepas tu suka pekena aku . ni la balasan 
letak pic paling buruk 

hahaha 


;) 



Wednesday, February 11, 2015

belanja


dan apabila keduanya bertemu 
gelak ketawa memecah kesunyian 
haha . peh . jiwang 

katanya nak bangun awal , breakfast sama sama 
sekali haritu pagi yang dijanjikan , boleh dia sedap tidur 
nasib sebelum tu dah buat perjanjian 
sapa sapa antara kita tak bangun pagi breakfast sama sama 
dia kena belanja 

dan seperti selalu , aku yang akan dapat makan free 
sebab mungkir janji dan kalah bet , dia kena belanja . padan muka ! 
tiap tiap hari aku tuntut . haha , padan muka lagi 
dia belanja pon , dia yang makan banyak 
perutnya makin membulat dan aku jugak yang selim melim . haha 



sengaja aku update belog aku 
nanti masa depan boleh tersenyum bila teringat perangai masing masing 


:) 



Saturday, February 7, 2015

hello stadium


dah lama kot aku tak jejak stadium 
dah sebelum ni ery kat kl . terpaksa la aku puasa bola 
tengok live dalam laptop saja . wuwuwu 

pagi semalam ery wassap gambar
gambar tiket . waaaaaaaaaaaa . excited gila aku ni . haha 
aku ingatkan petang petang nanti baru dia nak beli 
rupanya pagi lagi dah siap pi beli 
memang semangat nih . tambah pulak orang tu ada jersi baru 
untung laa . haha 
jersi baru ka , lama ka . aku tetap nak pi jugak 
malam tu ery ambik aku 
merempit ha pi stadium . ek ok ek ok ek ok , tema bunyi skuter dia 
hahaha . serius lah , rindu kot nak naik skuter tu 
senang , parking pon selit selit ja . leceh kalau naik kereta 
aku syak mesti tak ramai . tapi meleset aku punya ramalan tu . huhu 
memang penuh jugak la . nasib baik pi awal 
tak sia sia pi tengok semalam 
kedah menang 5-1 
gol yang last tu kemain lagi gayanya , dapat time masa tambahan 


habis game , dua dua cari makan . lapar kot 
serupa dua dua ni yang turun padang 
haha . takpa lah , makan dengan senyuman sebab menang 
jauh lagi perjalanan 
apa pon , this is darulaman lah ! 

:) 


Wednesday, February 4, 2015

rezeki


murah betul haa rezeki aku 
kelmarin dapat tshirt dengan jam 
harini dapat souvenir dari korea . tshirt dengan pengepit kuku 
alhamdulillah , semoga dimurahkan rezeki 



petang tadi masa nak balik dapat berita baik jugak 
dia dah dapat kerja tetap 
ya allah , syukur sangat . bertimpa timpa perkara baik terjadi 

alhamdulillah 

:) 


Tuesday, February 3, 2015

lepak thaipusam


lama tak wefie sama sama 
orang tu baru balik tak sampai seminggu dah bambam 
aku pon tengah membesar jugak ni 
tudung pon tak menjadi sebab muka makin bulat . haha 


seumur hidup aku tak pernah lagi aku lepak kat gunung keriang 
harini dalam sejarah . haha 
sebab aku rasa situ banyak mat rempit ja , tu yang malas 
tadi dah tak tau nak kemana 
lepas tu , tiba tiba rasa nak pi situ 
alang alang dah lalu kat area tu , singgah saja lah 

agak dah lepak minum minum 
masa nak balik boleh lupa bayar . jem betei 
dengan muka buat kering dia patah balik pi bayar 
hahaha . adoi la 

* * * 

tadi kan dapat baju dengan jam 
baju tu macam tau tau ja 
memang sebelum ni aku terfikir fikir nak beli tshirt agak labuh sikit 
nak padankan dengan legging yang aku beli sebelum ni 
tengok tengok harini dah dapat 
memang try tak terkira la sebab baru niat dah dapat . hee 
terima kasih senget 

;) 


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)