Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Friday, October 23, 2015

ganti lama


jem sat haritu 
hp rosak , RAM dia problem . nak repair makan ratus jugak 
baik aku beli yang baru . ye dok 
berbaloi jugak rosak sebab lama jugak aku pakai . 24/7 kata kau 
jatuh tak terkira dah . memang tahan samsung s3 tu 
kalau aku jadi hp tu , mau jugak aku jerit 
AKU PENAT LA WEYYYY . SUDAH SUDAH LA NGADAP AKU ! 
hahahaha

tapi jenuh jugak nak cari ganti yang baru 
pinjam hp merata 
yalah , pinjam hp orang mana boleh lama lama 
tak sedap lah kan 

dalam dua hari , pikir mana nak cari duit seketoi masa tu jugak 
setelah bahagi bahagi duit makan , duit minyak , duit nak bayar itu ini 
haih , tunggu hujung bulan lah . redha 
sabar nurul , pakai ja apa yang ada 
dan tiba tiba abah bagi sumbangan sikit , haha 
senyum sampai ke telinga lah jawabnya . thanks abah 

malam tu keluar makan dengan senget tu 
asalnya nak dinner ja 
tetiba dia ajak pi cari hp baru 
ish dia ni , duit aku baru berapa kerat . mana nak cukup 
rupa rupanya dia nak tambah mana yang tak cukup tu 
banyak kot , kesiankan dia pon ada 
tapi memang malam tu hati kembang setaman lah 
hahahahaha 

tadi senyum sampai ke telinga , 
sekarang ni senyum sampai ke bulan dah 
sebab baru susah hati sehari dua , dah dapat ganti yang baru 

haha 
ramai jugak yang sayang aku 

terima kasih 

;)


Tuesday, October 6, 2015

kembali beraksi

jumaat haritu ada buat mash potatoes / kentang putar 
lain betul perasaan kalau beli dengan buat sendiri 
haha . serius lah weh 

rasanya sedap . haha . bukan nak puji diri sendiri naa 
resepi ni pon secara kebetulan lalu kat news feed aku 
so , tergerak hati nak try 
bahan dia pon senang 

jom kita buat dengan penuh kasih sayang ! cewah 


MASH POTATOES / KENTANG PUTAR 

* * *
BAHAN A - kentang putar 

8 biji kentang ( boleh dapat seperiuk ) 
1 kotak kecil susu segar 
mentega ( ikut gerak hati )  

BAHAN B - gravy / kuah 

1 biji bawang besar ( ditumbuk halus ) **
2 ulas bawang putih ( ditumbuk halus ) ** 
2 kiub pati ayam 
serbuk lada hitam dan lada sulah 
2 1/2 cawan air 
2 sudu tepung jagung ( bancuh dengan air panas )
4 sudu mentega 

** bawang yang tumbuk tadi kena betul betul lumat tau , nanti kuah tak cantik 


* * * 
CARA CARA - kentang putar 

- kupas kentang , potong dengan saiz sama 
- rebus sehingga kentang tenggelam ( aku buat 30 minit ) 
- dah empuk , toskan 
- gaulkan kentang dengan mentega sehingga rata 
- lenyekkan sehingga lumat 
- tuangkan susu sedikit demi sedikit , lenyekkan lagi sehingga sebati 
tujuan susu untuk nak bagi kentang gebu dan rasa lebih lemak 
( aku masuk 3/4 ja sebab aku tak suka susu ) 

CARA CARA - gravy / kuah 

- cairkan mentega , tumiskan bawang yang tersedia tadi 
- masuk bancuhan tepung jagung , gaul 
- masuk 2 1/2 cawan air , kacau hingga sebati 
- masukkan 2 kiub ayam beserta dengan lada hitam dan lada sulah 
( ikut gerak hati , haha . aku pakai masuk ja ) 
- kacau sehingga kuah menjadi rata dan tidak berketul 
- last sekali tuang kuah atas kentang tadi 

sedia di makan ! 


;) 


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)