Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Friday, June 26, 2015

terima kasih


ada orang cakap mula mula kenal boleh la sweet sweet 
dah lama kenal , dibuat macam sampah 
msg pon dua tiga kerat ja 
maybe la , sesetengah orang macam tu 
tapi alhamdulillah hubungan aku tak macam tu 
dan aku harap berterusan selamanya 

so far semua baik baik ja 
dari mula kenal , sampai sekarang dia selalu msg , masih sweet lagi 
dan suka buat aku tergelak sorang sorang 

bagi aku dia tak banyak berubah dalam 5 tahun setengah ni 
dulu aku selalu emo , haha . sekarang aku lebih cool . konon la 
tapi selalu jugak aku nak cari gaduh 
seperti biasa , 
dia selalu dapat PIALA dan selalu attach gambar piala dia 
-- hahaha . hanya dia ja yang paham 

dulu aku tak banyak sabar 
yang aku tau , apa aku nak mesti dapat 
aku suka memaksa . aku banyak keburukan 
dia terima aku dengan kekurangan aku 

sekarang , aku banyak belajar . aku dah dapat pengajaran 
hidup ni kena banyak sabar , aku belajar dari dia banyak benda 
kalau kita nak sesuatu , kita kena selalu memberi 
yang tu paling ketara dengan sifat dia 

tipu lah , kalau nak 24 jam bahagia 
suami isteri pon berkelai baling periuk belanga 
tambah tambah aku ni 
haha 


tak pernah berkira untuk aku 
selalu ada masa susah 
kalau ada apa apa , dia berusaha nak menjaga hati aku 
haha . aku nampak yang tu 

walaupun sekarang tak banyak masa 
stay jauh sikit dari aku 
busy sangat dengan kerja . balik pon malam malam 
dia tetap curi masa untuk aku 

tak terbalas jasanya , terima kasih sayang 
semoga tuhan mempermudahkan jalan kita 


;) 



Tuesday, June 16, 2015

baju baju


lupa nak bagitau 
sapa sapa nak tengok design baju pengantin , baju raya 

search kat fb : faizah bridal gallery 

;) 


Sunday, June 14, 2015

kembali


haluuu 

khamis ni dah nak puasa 
baju baju pengantin dah setel 
sekarang bz dengan baju raya pulak 
ada nak bunga sana bunga sini . haha . macam macam pesyen 

baju raya aku satu dah siap 
tahun ni entah berapa pasang . aku pon taktau . haha 
biasa la , jenis buat last minit 
sedar sedar 10 pasang . mana tau kann . haha 
konon la 

minggu minggu sebelum ni 
tiga kali seminggu aku keluar jogging 
lepas jogging , haaa segar gila , fresh ! tidur malam pon lena 
sesekali keluar , dapat cuci mata sekali . eh ! hehe 
entah macam mana boleh terfikir nak pi jogging 
aku bukan jenis bersukan sangat . kasut sukan pon tak dak 
satu hari tu , gigih keluar . cari kasut sampai dapat 
tak kira ! jogging bukan untuk kurus 
aku dah memang sedia kurus dah pon 
saja nak release tension 
tengok padang golf , pokok pokok , orang dating . eh ! haha 
menyempat ! 

* * *

selamat berpuasa semua ! 
maafkan aku kalau aku ada salah kata apa apa 
semoga kita semua diberi keberkatan dalam hidup kita 
sepanjang bulan ramadan ni 

amin 

;) 




Sunday, June 7, 2015

selit sikit


dalam dok bz gila gila 
dan lagi aku menyelit pi tengok movie ni 
pi tengok pon dah lewat 
tiket dalam pukul 10pm , pukul 10 ke bawah dah full baq hang 

san andreas 

sangat best ! 
ternganga nganga tengok dia punya efek 
memang nampak real gila 

tak dan nak sembang sembang dengan orang sebelah 
jantung dok dup dap dup dap 
pikir apa nak jadi lepas ni , haha 
dalam movie ni , anak the rock memang lawa gila 
mata dia lawa ! 

dan lagi tu . haha 


;) 


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)