Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Tuesday, November 21, 2017

menuju puncak


permulaan november penuh bunga2 
trip ke cameron highland ! 
wehooo ~ 

mula2 book pakai agoda 
3 minggu sebelum tarikh check in 
syarat dia kena bayar seminggu sebelum check in
tah macam mana masa last day tu , dia tak tolak pon duit kat account 
bertapa kalutnya aku time tu , tak dapat bilik lagi 
yalah , nanti makin dekat tarikh lagi tinggi harga 

last sekali dapat book bilik pakai hotel.com 
senang . boleh pilih nak bayar online atau walk in 
aku bayar online ja . nanti tak payah fikir apa dah 
dapat bilik RM 81/night dekat brinchang 


* * * 

06 november 2017 

gerak pon dah lewat , pukul 10 pagi
ada macam macam hal nak setel pagi tu 
aku bangun pukul 5 pagi siapkan bekal . haha . gigih kan 
cuaca cantik , walaupun masa tu banjir teruk kat penang 

aku sampai pukul 3 petang 
bertapa terujanya aku dapat drive sendiri dengan jayanya 
haruslah dengan baby blue aku 
bf si mija dah sampai dulu , depa dari rawang 
berjanji jumpa kat puncak cameron 



dah setel check in 
petang sikit baru keluar jalan jalan 
malamnya makan steamboat 
cuaca malam memang sejuk gedik2 weh 
nasib bawak sweater . pakai baju biasa memang mengundanglah  
makan kat situ RM23/pax kalau seingat aku 
try lah weh . ada banyak kedai 

malam tu selamat tidur lah 
bukak kipas slow ja untuk pengudaraan 
tu pon halakan kipas tempat lain 
kalau dak , rasa lemas pulak 

* * * 

07 november 2017

bangun pagi sejuk nak mati 
nak mandi pon pikir banyak kali walaupun ada air panas 
 breakfast kat depan hotel ja 
ada banyak pilihan , nak makan apa 

tempat pertama dituju dekat ladang teh 
pemandangan dia wow sangat !
ada cafe atas tu . lepak2 minum tea dengan sejuk2 
memang puas hati 
masa ni pon muka gebu2 lagi . pagi lah katakan . hahah 

lepas tu masuk lavender garden
sekali melangkah masuk , rasa macam rama2 singgah kat hati hang 
haha . punya nak bagitau tempat tu lawa sangat !
tengok lah ni 


selalu aku baca review 
semua kata takdak apa pon dalam tu 
maybe jiwa depa tak seromantis aku . HAHA 
tapi serius lawa 
untuk pencinta kedamaian macam aku . boleh cuci mata 
tengok bunga2 macam2 warna 
dannnnnnn khas untuk yang gila selfie macam aku jugak . haha 

setel kat lavender garden 
shopping kat KEA farm . buah strawberry dia gemuk2 baq hang 
sayur2 fresh . jagung . keledek semua ada 


tapi paling best kat situ sampai aku repeat beli dua kali 
AIS STRAWBERRY dia ! ya ampun . memang sedap 
Rm5 satu . ni pon meleleh ayaq lioq teringat 
serius kena try weh ! 


petangnya , naik pi ladang teh yang lain pulak 
sini kilang teh boh sungai palas 
yang aku pi sebelumnya sekadar cafe tepi ladang 
jalan yang dekat sungai palas ni lagi mencabar 
mengucap la nak naik , sempit sangat 


penghujung petang tu 
kami pi makan2 dekat big strawberry 
ada banyak pilihan menu strawberry . yang aku ambik ni 
waffle strawberry dengan yogurt blanded tak ingat harga 
 duduk kat foodcourt dia sambil tengok view salad gebu2 
macam nak pi gigit terus kat situ jugak 


lepas tu kaki pon dah lenguh , balik rehat2 sat 
malam tu keluar cari makan 
jalan kaki ja . dapat jumpa nasi dengan tomyam 
teh tarik dia , nikmat sungguh 

* * *

08 november 2017 

last day kat sini 
keluar lewat sikit , lepas breakfast 
sambung shopping kat KEA farm 
beli apa yang tak cukup lagi 


mija pon berpisah lah dengan bf dia sekali dengan peneman bf dia 
berpecah sudah 

kami pulak ada plan lain 
lepas depa balik , aku dengan mija pi dekat ladang tea sebelum ni 
pekena kek seround kat situ 


pastu puas haa selfie sampai memory full 
hidung sampai kembang2 turun ke batas2 tea ni 
sebelum ni ada geng tu , malu lah nak tunjuk perangai sebenar 
HAHAHA 

plastik sangat 

masa bertolak balik tu 
hujan lebat sangat sampai tak nampak jalan 
alhamdulillah lah masa 3 hari kat atas 
tak hujan . cuaca elok 

sampai rumah pukul 10 malam 
letih taktau nak habaq 

* * * 

selesai misi cameron aku 
next !


;D 




0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)