Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Saturday, September 27, 2014

dugaannya


sikit hari lagi aku boleh jadi gila 
stress ! 

sejak dua menjak ni kerja design banyak la jugak 
dengan letih siangnya satu hal 
malam buat design pulak 
kalau boleh , takmau la mengeluh sebab mencari rezeki kann 
tapi , aku pon manusia gak . mesti nak merungut 

pagi tadi dengan azam yang kuat aku bawak laptop aku kat kedai 
pagi tu okey lagi , kerja aku pon dah nak siap 
bila nak save ja dia jem 
ah , sudah
pasepa pulak . sikit lagi dah nak siap kerja aku tu 
aku restart pon takmau gak , keluar yang bukan bukan 

aku tanya semua membe aku , depa suruh format lain 
serabut kepala aku 
tak kisah la kalau format , rasanya kena dalam rm40 camtu la kot 
dah la tengah sesak , redha ja la kalau kena format pon 
janji aku boleh sambung kerja aku balik 

sampai kat kedai komputer , dia cakap hard disk aku rosak 
nah ! dunia rasa gelap baq hang 
habis la semua benda dalam tu , dengan gambar lagi , design aku dari 4 tahun lepas 
terkedu sat kat kedai tu , taktau nak kata apa 
dah la aku tak backup satu apa pon , 100% dalam laptop ni 
dalam 4 tahun aku pakai , ni la first time dia buat hal 
yang teruk pulak tu 
dugaanya 

dah tak boleh nak buat apa dah 
mau tak mau kena la gantikan hard disk baru 
sekali dengan format , kenalah rm200++ 
lepas hantar kat kedai , aku terasa sebak . menangis aku dalam kereta 

dengan nak buat balik design design yang hilang 
dengan nak cover balik duit untuk nak hidup lepas ni 

haih 

:'(



0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)