Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Wednesday, December 10, 2014

dipilih


sepanjang aku dalam kerja kawen ni 
dah banyak aku kena hadap masalah ni 
baju dah tempah , kad dah edar , semua dah siap 
tup tup , tak jadi kawen 
nak bagitau rasa serba salah 
nak ambil baju kawen mesti sedih kan 

beberapa bulan lepas, ada sepasang pasangan 
si pengantin perempuan orangnya tak cerewet lansung 
baik budaknya , selalu tersenyum ja 
bila tanya nak buat baju kawen macam mana 
dia ikutkan saja . sangat senang berkerjasama dengan dia 

harini dia call . majlisnya lusa 
dia cakap dia tak jadi kawen 
ya allah , kesiannya 
dia suruh simpan dulu baju kawen dia 
hmm . aku dapat rasa macam mana perasaan dia 
kalau ambil baju tu , nak tengok 
luluh hati 

bersabarlah adik , jodoh tu ada 
awak insan terpilih untuk hadapi dugaan ni 
insyallah , kalau ada jodoh , lari ke dunia mana pon 
dia tetap untuk awak 



0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)