Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Tuesday, January 27, 2015

trip bajet


phew . lepas up satu entry ni 
aku nak lena . bayar balik tidur aku 
letih tapi berbaloi 
trip main redah namanya 
kalau nak orang bawak memang tahun bilanya tak tau 
so aku decide pi sendiri . senang . haha 

tak plan pon sebenarnya 
esok nak pi , malam ni baru plan nak kemana 
ha , tudia . last minit punya percutian 
alor setar - lumut - ipoh - alor setar 
aku drive sendiri , first time kot jauh macam ni 
dah la main redah ja tak tau jalan . pakai waze , tu pon ting tong 
agak taktau nak exit mana , tanya ery 
nasib dia ada 

check in pukul 3 kat teluk batik 
stay berdepan dengan pantai teluk batik 
dia cakap kalau nak tengok astro kena add rm30 
buat apa kan , aku mai sini bukan nak tengok tv 
aku cakap aku tak mau tambah 
bila aku tak mau , maknanya aku tak dapat la remote tv 
memang bila masuk bilik , ada tv ja , remote satu apa tak dak 
haha , adoi . sunyi sepi satu bilik tu 
dah macam mana nak bukak tv bila remote tak dak 
aku godek godek tv tu , last sekali boleh tengok tv 


menyesal stay sini 
dapat tau pon pakai google , sejam lagi nak sampai 
pi call pastu ambik bilik , haha 
dah la bilik tak segak , dalam google kemain lagi cantik . haha 
padahnya , duduk la bilik penjuru nun hujung sana 
jauh gila ha bilik aku dapat ni . mau semput jugak nak jalan 
nak turun bawah kena pikir 10 juta kali . haha

petang tu aku mandi pantai 
hari minggu , ada la jugak orang . tapi tak ramai 
mandi pon selesa jugak 
malam tu lepas maghrib aku dengan anis dengar bunyi cengkerik ja 
krik krik krik 
dua dua terlena . haha . malam tu memang lepak atas katil ja 
tak keluar mana mana . makan roti ja 
letih weyy . 5 jam perjalanan . mana aku berhenti lansung 

esoknya bangun awal pagi 
ambik angin kat pantai dulu . masa ni la nak bergambar pon 
petang sebelum tu dua dua excited nak mandi 
handphone semua tinggal kat bilik 


kami plan nak ke lost world pulak , gerak dari lumut dah nak dekat pukul 9 jugak 
sampai lost world pukul 10 lebih macam tu 
breakfast pon dalam kereta ja 
kiranya percutian kali ni semuanya makan ikut mana yang boleh 
haha . bajet la katakan 


masa tengah nak sewa pelampung tu kan 
ada abang tu tanya dari mana , aku jawablah alor setar 
dia sungguh sungguh tak percaya 
' huish , kira boleh tahan korang dua ye ' 
maybe dia tak percaya bila tengok kami dua badan kecik molek macam ni 
haha . aku sendiri pon tak percaya boleh buat kerja gila macam ni 
orang kat sana memang sporting , peramah 
paling tak boleh blah kan 
ada mainan yang gelongsor dengan pelampung . ada 4 gelongsor 

* * *

xx : adik naik atas bawak pelampung ni . mintak abang kat atas tu 
naik gelongsor number 1 . tak la takut sangat 

-- dengan gigih aku dengan anis naik atas , memang tinggi gila 
meleret nak naik bawak pelampung besar tu -- 

anis : abang , kami nak naik yang paling senang 
xx : ha , naik yang hujung ni 

-- dalam kepala aku yang hujung tu mestilah number 1 -- 

anis : yang ni yang tak takut tu kann ? 
xx : haa , naiklah 

-- bila aku dengan anis dah ready naik , tunggu dia tolak ja 
tiba tiba abang tu cakap . . . --

xx : sebenarnya yang ni lah yang paling extreme 

aku dengan anis ternganga . lepas tu abang tu tolak pelampung 
ya allah . menjerit aku dalam terowong tu 
gila takut . aku pejam mata ja . macam nak tercabut jantung 
memang takut gila . berpusing macam nak terbalik 
lama gila nak sampai bawah 
bila sampai bawah memang tercungap . haha . takut 

xx : eh , kenapa naik yang extreme ni ? 
anis : abang atas tu tipu 
xx : nak naik lagi tak -- sambil gelak 

memang tak aaaa . haha . bengang ja kena tipu 

* * * 

lepas dah puas mandi aku jalan jalan area lost world tu 
memang best . dapat tengok aktiviti kat situ 
dapat naik roller coaster 
tak laju sangat macam aku selalu naik , tapi sekali dia menyenget 
aku menjerit jugak . haha 

masa aku tengok depa dok bagi makan harimau , 
ada brader yang jaga sound system kat sebelah tempat kami duduk 
anis tegur ,
' wehh nurul , cuba hang tengok , muka macam ery '
aku pon curi curi tengok . sekali sama gilaaa . haha 

muka tak dapat nak wefie dengan burung unta 
dia lari , haha . geram aku 

dah fed up nak ikut burung tu , sekali dia pon join jugak . haha 
kemain kau kann 


agak dalam pukul 5 , aku gerak balik kedah
memang main panas dua hari kat sana 
mandi pantai satu hal . memang sunburn teruk 
aku harap trip lepas ni boleh stay lama sikit 
tak puas setakat tidur semalam 

serius , aku bagitau 
buat kerja gila macam ni memang best ! 

;) 


0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)