Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Thursday, November 6, 2014

3 hari yang ...


alhamdulillah 
syukur sangat tuhan panjangkan umur aku 
aku asyik ingat nak mati ja haritu 
yalah , menanggung sakit teramat sangat 
sebenarnya takut yang lebih . huhu 

* * * 

3 november 2014 

subuh tu aku rasa nak buang air . tak tertahan sangat 
lepas dah buang rasa macam nak buang lagi 
bila buang , ada sikit ja air bercampur darah 
aku pelik , dah kenapa keluar darah 
aku relax dulu , tapi tangki memang rasa full lagi 
ulang lagi ke toilet 
keluar air sikit dengan darah lagi 
ah sudah , ni bukan normal lagi dah 

pagi tu aku pi kerja pon sama 
asyik ulang ke toilet 
sebab tak tahan sangat , aku cerita kat mem 
masa tu tak sakit , cuma rasa nak membuang ja 
darah keluar pon tak rasa apa apa 

tengahari tu mem bawak aku jumpa doc 
doc tu pon pelik 
'' kalau you kena karang , you takkan duduk relax macam ni 
you mesti sakit punya '' 
doc tu buat surat , minta aku buat ultrasound kat KMC 
ada dia sebut nama doc pakar kat situ 
haha , memang dak la , aku jenis penakut 
aku buat keputusan makan dulu ubat yang doc tu bagi 

lepas makan ubat , keluar darah hitam pekat dengan air kencing 
panik jugak aku 
maybe ubat tu dia cuci pundi kencing 
lepas tu keluar sikit ja darah 
sampai ke malam aku ulang alik toilet entah keberapa puluh kali 
malam tu aku demam 


* * * 

4 november 2014 

pagi tu aku bangun 
macam biasa , nampak toilet dulu 
tapi alhamdulillah dah tak darah dah 
kepala aku pening , badan pon panas 
mc lah satu hari sebab nak drive memang tak larat 

tengahari tu aku sakit kat ari ari 
menyucuk kat bawah , bila buang air rasa senak saluran tu 
darah keluar lagi , takkan makin teruk kot 
aku ingatkan dah nak baik 
mak dengan abah dah suruh pi hospital . aku sendiri yang tak mau 
dah sah sah nanti kena admit . atas pengalaman aku yang lepas 
memang membuatkan aku tak suka hospital 
bila mak tanya , aku okey kan saja . boleh tahan lagi 
menangis aku sorang sorang dalam bilik tahan sakit 
malam tu setiap 20 minit aku buang air 

* * * 

5 november 2014 

pagi tu sakit kat ari ari dah hilang 
aku ingatkan dah sihat 
darah pon dah takdak 
mak dengan abah pon senang hati sikit sebab aku dah okey 
agak pukul 8 pagi , tiba tiba aku sakit pinggang 
macam ada orang pulas pulas buah pinggang aku 
dengan tekadnya aku drive jumpa mem 
sebab mem pesan 
'' kalau sakit sangat , mai kedai , kita pi berubat ''

dah sampai kedai 
aku terus cari bantal , baring . memang tak boleh nak berdiri dah 
mem bawak aku jumpa doc 
aku dah macam orang pantang pi klinik 
semua orang tengok ja . ahaha 
yalah , berkain batik . ikat sanggul tinggi tinggi 
doc tu cucuk antibiotik dengan jarum yang besar gila 

aku dah taktau takut dah masa tu 
yang penting aku nak sihat 
doc tu cucuk kat pinggang , allah . sakitnya tuhan ja tau 
sampai bongkok aku jalan . badan tak boleh nak straight 
doc tu pesan, kalau dalam masa lima hari lepas cucuk ni tak lega 
aku kena mai jumpa dia balik , dia buat surat untuk jumpa pakar 
dia pon taktau samada aku karang atau jangkitan kuman 
doc tu cakap lepas cucuk ni sebelah badan aku akan sakit 

lepas balik dari klinik tu aku dah macam apa lagi 
sakitnya taktau nak cakap 
pusing kiri tak kena , pusing kanan tak kena 
mem urut dari atas sampai bawah , menangis aku tahan sakit 
mem urut aku sampai terlena 

bila aku bangun , semua sakit tu hilang 
cuma rasa bekas cucuk tu lenguh lenguh 
jalan pon slow macam orang lepas pantang 
mak dengan abah ambik aku kat kedai petang tu 

* * *

alhamdulillah 
dah dua hari berlalu 
harini aku dah rasa sihat balik 
leganya , jangan lah ada sakit apa apa yang teruk 

cuma aku kena pantang asid macam tomato dengan kalsium 
kena minum air kosong banyak banyak untuk cuci buah pinggang 
sampai tawar mulut aku minum air kosong banyak sangat 
huhu . tapi takpa . aku takmau ulang lagi sakit ni 
seksa kot ! 
masa sakit macam ni baru terasa bertapa nikmatnya masa sihat dulu 

* * *


terima kasih pada yang ambil berat 
rasa terharu 

:')


0 komen:

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)