Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Monday, December 30, 2013

happy birthday to me!


31 disember 2013 
happy birthday to me ! 
haha , saja update awal awal 
satgi nak lena dah 

semoga aku diberikan kesihatan yang baik 
kehidupan yang baik dari sebelumnya 
dikelilingi orang orang yang disayangi dan sentiasa menyayangi 
diberikan rezeki yang tak putus 
amin amin amin , insyallah 

azam aku tahun ni 
takmauuuuu boros , nak simpan duit ! 

insyallah , doakan aku 

:)


Friday, December 27, 2013

ntah la


sia sia saja 
terkilan sungguh aku 
bersungguh sungguh aku nak buat surprise 
nak bagi orang yang aku sayang happy 
kalau aku ada orang lain , aku takkan bersungguh sungguh buat semua ni 

design cupcake tu pon aku dah pilih 
tengok tarikh kat pic tu pon dah tau 
awal lagi aku dah plan 

aku sendiri pon taktau nak kata apa 


Thursday, December 26, 2013


dosa apa aku pada orang sampai macam ni sekali aku kena tanggung 
aku minta maaf kalau memang aku yang salah 
aku tak marah , aku cuma sedih 

minta maaf 


pedih


selasa , 24 disember 2013 

sebelum ni semangatnya aku bagitau dia duit aku dah banyak 
dah cukup untuk plan nanti 
berkali kali aku tanya dia itu ini pasal plan tu 
bulan ni memang rezeki aku murah 
seronoknya tak terkata 
tiap tiap hari aku tengok kalendar 
aku siap tanya syaheed lagi pasal hadiah untuk lelaki 
dia pon suggest macam macam 
dalam kepala aku nak beli itu ini dah 
aku dah simpan dah dalam tangan nak beli hadiah esok 
sebab esok pojan nak temankan aku keluar 
tak sabarnya ! 

* * *

rabu , 25 disember 2013 

sesuatu dah terjadi 
aku menangis sepuas puasnya 

petang tu pojan dah tunggu 
duit semalam yang aku simpan untuk beli hadiah tak terusik 
semangat semalam hilang macam tu saja 

petang tu aku cuma temankan pojan pi jeti , 
dia nak ke langkawi 
aku post tiket tu kat moments 
saja aku kata aku sendiri yang nak pi 
padahal pojan 




Monday, December 23, 2013

soalan kejutan


tadi mem bawak nasi dengan sup ayam 
peh , gilalah sedap 
aku memang suka sangat sup ayam buatan mem 
masa dah habis makan , aku sambung kerja aku 
lepas tu mem tanya , aku bergaduh lagi dak dengan anak dia 
aku terkejut jugak bila dia tanya macam tu , lansung aku tak pandang dia 
aku jawab " biasa ja , tak la gaduh teruk macam dulu " 
kalau gaduh pon takkan la aku nak mengadu 
lainlah kalau haritu memang dah sampai tahap melampau 
memang aku mengadu 
aku heran sangat macam mana dia boleh tiba tiba tanya macam ni 

mem cakap lagi 
" yalah , abang awak tu bukan macam orang lain 
jelesnya melampau lampau " 
aku senyum ja dari awal dia cerita 
aku diam tak kata apa 
malas lah aku nak berharap , aku perempuan 


Sunday, December 22, 2013

simpati


tadi aku satu family keluar dinner 
depan meja kami ada sorang pakcik layaknya aku panggil atok 
berkopiah , berkain pelikat dan berbaju melayu lusuh 
dia tengah makan 
tiba tiba dia jalan ke meja kami 
tangan dia ada sisa makanan , nak salam dengan abah 
lepas salam dia duduk balik tempat dia 
ramah dia menyembang pasal tanah tanah dia jutaan ringgit 
dalam hati aku , kalau orang normal 
takkan ringan mulut cerita perihal harta sendiri 

kesian , sungguh aku tak boleh tengok orang tua jadi macam tu 
dia sangat tua untuk berjalan seorang diri 
lepas makan , dia bangun dan pergi 
lintas jalan seorang diri dengan terbongkok bongkok 
mana keluarga dia yang lain , anak anak mungkin 
hmm 


Saturday, December 21, 2013

apa jadahnya


hari khamis haritu 
aku pi mall dengan mem 
lepas tu mem nak ke toilet , dalam dok jalan nak pi toilet 
tiba tiba dengar bunyi orang tengking tengking 
bunyi tu dari toilet lelaki 
aku berdiri ja kat luar toilet sebab memang asalnya aku takmau masuk pon 
ada sorang lelaki melayu dalam 30-an keluar marah marah 
pastu tak lama , security pon kelam kabut mai 
lelaki tu cerita 
masa dia tengah membuang , dia tertengok kat atas 
lepas tu nampak ada tangan orang pegang handphone 
kiranya ada orang tengah rakam dia tengah membuang 
masa security bawak keluar budak tu 
lelaki tu still lagi tengking tengking budak tu 
budak cina dalam belasan tahun lagi 

haish , macam tu pon ada 
apa nikmat tengok orang membuang . eww 


Wednesday, December 18, 2013

kawen & funfair


ha , baru boleh luang masa kat sini 
petang tadi sempat post sikit ja 
kalut sikit sekarang ni 

alhamdulillah , selesai jugak majlis tu 
rombongan lelaki ke rumah perempuan pakai konvoi team saga 
siap block jalan dengan bersiren lagi 
baru aku tau macam mana bestnya jadi raja , haha 
masa rombongan perempuan ke rumah lelaki pulak dengan volkswagen golf gti 
segala deco sebelah lelaki aku yang buatkan 
haha , rasa malu pulak bila banyak mata memandang 
segan ! 

baju aku pakai ni semua mem yang sponser 
thanks mem ! 
tapi aku rasa muka aku sangat tak sesuai pakai tudung ni 
pelik camna tah , better lagi tudung bawal 
kann 

sebelah lelaki 



sebelah perempuan 



* * * 

semalam pi funfair 
tak ramai sangat orangnya , boleh laa 
dia main game , dapat banyak jugak hadiah 
haritu dapat itik sekor ja 
tapi kali ni , haha 


ambik ! banyak gilaaaa dapat 
hahaha 

thanks ! 



ahaaa


ahaaa -- 
wanginya bilik aku , rasa nak lena 
pewangi baru shopping ni , haha 



Sunday, December 8, 2013

senang


malas lah aku nak fikir pasal benda lain 
kalau nak beban kepala dengan masalah 
sampai bila bila pon dok sama ja macam tu 
nanti dok pikir sangat 
tak pasal pasal kedut pulak muka aku , haha 

sekarang ni aku buat kerja gigih gigih 
dah siap kerja , mesti letih 
lepas tu tidoq ! 

haha . simple kan , senang 
sapa pon aku tak kacau 
nite ! 


rindu


duit jatuh dari langit 
kita kutip , tak terasa nak pandang ke atas 
jatuh lagi , kutip dan kutip lagi 
seronoknya tak terhingga 
dalam kepala hanya fikir nak buat apa dengan duit tu 

batu jatuh dari langit 
sakitnya terkena kepala 
cepat cepat mendongak ke atas 

 * * * 

allah swt sayangkan kita 
rindu nak mendengar rintihan kita 
sebab tu allah swt turunkan ujian , nak dengar doa kita 

pesanan untuk diri aku sendiri 


Friday, December 6, 2013

jangan depan aku


wahai penunggang sekelian 
bawak la moto tu secara berhemah 
kalau nak bawak moto selit sana sini walaupun kereta tak banyak 
kalau nak bawak moto lutut nak cecah tar bajet kat litar ka 
kalau nak bawak moto angkat dua dua tayar pon
jangan jangan jangan buat 

bukan aku risau keselamatan penunggang macam tu 
tapi aku cukup tak suka tengok kemalangan depan mata aku 
aku cukup tak suka tengok otak bersepai tengah jalan 
aku cukup tak suka tengok semua tu depan mata aku 
jangan jangan jangan depan aku 

tolong la bawak moto tu cara manusia normal 
kalau anda jatuh sorang sorang , takpa lah jugak 
tapi , kalau terseret sekali orang yang tak bersalah 
macam mana tu , naya 

* * * 

bukan apa , kelmarin masa balik kerja 
mamat ni , amboi . kemain haa 
moto tu boleh ja jalan terus , tayar dia pon okey ja 
sengaja ke kiri ke kanan , ala ala nak ambik corner . choi 
risau betul kalau dia terlanggar lopak ka 
tak ke tersungkur makan tar 
kalau makan tar takpa lagi , buatnya kereta belakang tak sempat nak brake 
paham paham saja la nasib mamat tu kan 

ngeri aku nak bayang kalau benda tu jadi depan mata aku 
kalau kat video mana mana pon aku sanggup tak tengok 
ni kan pulak kalau depan mata 
kalau ada mana mana geng macam tu 
aku lepaskan depa pi dulu , biaq dah jauh jauh dari aku 
bahaya woo kalau still follow depa 
kita bukan tau apa nak jadi nanti , baik elak dulu 
kannn 

:)


yakin buleh aihh !


hello jumaat ! 
minggu ni agak busy sikit 

alhamdulillah baju customer dah siap 
yang kat rumah ada sepasang lagi 
yang kat kedai dah siap semuanya 
alhamdulillah 

yang busynya nak kenduri nanti 
wahh , aku taktau nak jadi rupa macam mana nanti 
nevesssss pon ada 

petang ni nak pi mergong , nak setel hantaran dulu 
yang pasal hantaran aku tak kisah sangat 
yang besar besar ni aku risau , tak pernah buat sorang 

insyallah boleh kot 
haha 


Wednesday, December 4, 2013

duduk dan rasa


bila nak bagi apa apa kena ikhlas 
nak buat apa pon kena ikhlas 
tadak sapa dalam dunia ni suka kena paksa 
aku sendiri pon tak suka kena paksa 

kadang kadang , aku pon terlajak 
bila aku letak diri aku kat tempat orang tu 
rasa apa yang orang tu rasa 
kemudian baru aku menyesal 

ya , sekarang bila nak marah , merajuk , dan lain lain 
aku cuba letak diri aku kat tempat orang tu 
baru aku fikir dua kali tindakan aku lepas tu 


Sunday, December 1, 2013

stress


ya allah penatnya 
kerja bertimbun timbun 
badan dah sakit sakit 
stressnya ! 

dah la tak dapat ikut pojan pi hatyai 
sebab ada pengantin 
haish , pojan , nak ikut ! 

tiap tiap hari aku berangan 
dapat berendam , pastu dengar bunyi burung burung 
dapat buat macam tu pon dah cukup bagus 
hilang segala stress aku  

nak nak nak ! 

:( 



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)