Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Thursday, November 28, 2013

sandiwara cinta


layan betul aku lagu sandiwara cinta 

sang kekasih tahu pengorbanannya sia sia 
walau pedih , walau hancur hatinya 
tetap sabar menerima apa yang telah ditentukan 

* * *

SANDIWARA CINTA

Aku tahu ini semua tak adilAku tahu ini sudah terjadiMau bilang apa aku pun tak sanggupAir mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengarAlasannya seringkali kau ucapKau dengannya seakan ku tak tahuSandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapaBiar semua jelas telah berbedaJika nanti aku yang harus pergiKu terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mauMungkin ini jalan yang kau inginkanKau dengannya seakan ku tak tahuSandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu



Monday, November 25, 2013

banana fritters



tadi pi makan benda alah ni 
dah dua kali aku makan banana fritters 
sedap rupanya 
pisang goreng panas panas , makan dengan ice cream 
tapi aku bukanlah penggemar vanila 
tak suka vanila ! 

tapi popia goreng dengan sos dia pon sedap 
rasa nak tambah tambah lagi 
makan benda ni pon dah cukup kenyang 
fuhh ! 


Sunday, November 24, 2013

pergilah


aku dah malas nak kata apa dekat dia 
aku dah penat sangat pendam perasaan 
aku dah tak larat makan hati 
aku dah penat nak pujuk diri sendiri 
aku rasa nak jerit kuat kuat biar lega hati aku 

dah jauh macam ni , lagilah dia berubah 
aku bukan patung 
hati aku bukan hati kering 
yang tak punya rasa apa apa bila kena kata macam macam 

haritu aku dah cakap kat instagram 
aku takleh paksa hati orang , dan 
aku akan pergi bila orang dah tak memerlukan 

sabar aku dah habis 
air mata aku pon dah habis 
apa pon selama ni dia buat , aku hargai sangat sangat 

semoga kita semua bahagia 


Saturday, November 23, 2013

mari sini! tengok sini!


hello -- 
me nak berniaga sikit nihh 

ada sesapa kat sini nak cari shawl halfmoon 
boleh cari me 
material - chiffon 
sangat senang nak dipakai , ringan dan selesa 
me tak ambik dari mana mana , buat sendiri 
kalau mana yang dekat dekat area alor setar , boleh pi kedai kain 
boleh pilih colour sendiri , boleh beli kain sendiri 
pass ke me untuk jadikan shawl saja 
yang ready made kan susah cari colour 
anda beli kain , bagi me buatkan 
senang kann 

mana yang jauh boleh saja bagitau me nak colour apa 
me pos kann ke anda 

tayah pening kepala nak ke semua mall cari colour nak match 
sebab me pon penah rasa susah cari colour , ni lah altenatifnya 
yeay ! 


* * * 

me juga menyediakan perkhidmatan grafik 
kalau ada sesapa nak mintak tolong designkan apa apa , pon boleh 
banner , streamer , call card , header belog , kad kahwin 
atau apa apa saja benda yang boleh didesign kann 
anda boleh print sendiri , atau me yang printkan 
senang kann , yeay ! 


* * * 

rasa baju tak liplap liplap 
tayah risau , meh me bagi liplap kann baju anda tu 
me boleh jahitkan beads untuk memeriahkan baju anda 
lepas ni boleh jalan dengan penuh keyakinan 
yeay !


* * * 

jikalau ada sebarang pertanyaan atau apa apa 
cara nak contact me 

facebook : Nurul Wahida III
twitter : nuownsenget
wechat id : nuownsenget 
email : nuownsenget@yahoo.com 
bbm : 757A1AF1 


TQ !



Wednesday, November 20, 2013

haih


bosan , sunyi 
rasa macam diri tak berteman 


hm



Monday, November 18, 2013

cerita 3 hari


hello -- 
aku dah selamat sampai alor setar 
bahagia gilaaa dapat jumpa katil sendiri 
pi sana sebab konvo adik aku kat uitm shah alam 
pi sana pon sat saja 
adik aku kerja hari isnin 
abah aku tak sampai hati nak bagi dia balik sendiri dengan bas 
lepas tu semua kena ikut jadual dia . haish 

jumaat pagi gerak pi sana 
sabtu tu dia konvo , aku tumpang pi sana 
nani ambik aku kat uitm 
bawak aku jumpa dengan tunang dia kat the curve 
senget betul lah 
aku ambik ukuran baju kawen depa ni kat tempat park kereta 
haha , wat lek ja kan 
tapi tak dapat nak meronda sangat , masa tak cukup 

3 hari tu aku ni pi rumah orang jaaa 
pi rumah pak njang kat klang 
pi rumah pak long kat wangsa maju 
pi rumah pak teh kat gombak 
pi rumah pak ndak kat selayang 
pi rumah pak ngah kat batang kali 

jenuh susun rumah orang 
letihnya tuhan saja yang tau 
hari ahad dah gerak balik , nak singgah penang 
nak hantar adik aku pulak 
lepas dah hantar dia , singgah makan kat kuala kedah 
sedap dapat makan ikan bakar 
puas hati dapat makan nasi , aku rasa macam setahun tak jumpa nasi . haha 

balik tu aku lenaaaaa . pengsan 
dia call pon aku taktau apa aku cakap 
mata aku tertutup ja , mulut ja dok cakap itu ini 
haha . maaf 

* * *

tom sedih nak kena tinggal 
tengok haa , stock makanan tom untuk 3 hari 
bila aku balik , sikit ja yang terusik 

view dari gombak 
bestnya rumah dia , nampak satu KL 
malam malam sejuk ja , tayah pasang aircond 
ni baru tingkat 7 , kalau atas sekali tingkat 16 camna lah kan 
gayat ! 

yang ni kat hulu yam 
otw pi batang kali . adik aku yang drive 

masa ni dah kat penang 
bangunan terpacak tu rumah sewa adik aku 
adik aku petua jalan kat abah aku 
kiri kiri kiri kanan kanan 
semua dalam kereta pakat hafal 
termasuk aku sekali . sebab tu boleh tulis dalam ni , luls 

dah penat , perut pon dah lapar 
pekena ikan bakar kat anjung kuala 
makan tepi laut , pehh 
dah kenyang , rasa nak sampai rumah cepat cepat 
nak tidoq ! 


sekian penutup . haha 
bye 



tom yum goong 2



sapa sapa minat ong bak mesti tengok tom yum goong 2 ni 
aku pon tak plan pon nak tengok 
aku cakap ja nak tengok wayang , dia yang suggest movie ni 

best jugak 
sebab gajah sekor , habis kecoh 
aku suka tengok depa ni lawan tomoi ja , memang tak bosan 
awal sampai habis memang dok berlawan kerjanya 


yang ni aku tengok kat gurney plaza , penang 

Friday, November 15, 2013

penang lagi


aku sebenarnya dah mengantuk 
tapi disebabkan esok nak gerak ke kl 
aku gagahkan diri update belog jugak 

bulan ni dengan bulan depan aku rasa macam busy sikit 
banyak baju pengantin nak kena siapkan 
tambah pulak paksu aku nak kenduri 
pelamin , meja makan , bilik , hantaran semua aku kena urus 
sorang sorang aku pulak . haih , pening 

kalau tidak ada orang nak kena tolong 
tapi dia kena tinggalkan aku sebulan 
pi amsterdam lagi . haritu dah pi , 2 minggu 
kali ni sebulan . alahai , lamanya 
sebab kes ni la aku dengan dia lepas ke penang 
nak spend time lama lama dengan dia 
biarlah orang nak kata apa pon . orang bukan rasa apa aku rasa 

* * * 

mula mula pi mall apa tah , sunyi sepi . haha 
kedai pon banyak tutup 
lepas tu pi gurney plaza , layan movie 
nanti lah entry lain aku cerita pasal movie ni 
sebabnya aku dah ngantok , nanti lain pulak aku cerita . haha 
sebelum pi tengok movie , aku dengan dia try satu game 
ala , game yang ambik anak patung ikut nasib tuu 
nak dekat rm10 dah habis , haha , nampak sangat tadak luck 
pencangkuk tu dah tarik anak patung naik ke atas 
tah macam mana boleh jatuh , geram betei 
couple sebelum tu dapat 2 anak patung , pehh . aku dengki . haha 
dah habiskan masa kat situ , gerak pi batu feringgi 
best kali ni dapat lepak lama lama kat situ 
selalunya asyik kalut ja ligan masa
lepas pi batu feringgi , dapat duduk duduk sat kat padang kota 
masa tu dah nak maghrib , baru gerak balik naik feri 
bestnya , aku rasa macam takmau balik 

masa nak balik tu dia dah cibet dengan aku 
katanya balik nanti nak celeb birthday aku 
aku pegang janji dia ! 
yang ni lah last kami jumpa , nanti bulan depan baru dapat jumpa lagi 
dia kena balik , kena balik celeb birthday aku . kena balik ! 


 * * * 

memang aku banyak kecil hati dengan dia 
entry entry aku sebelum ni pon nampak aku sangat sakit hati 
tapi aku nak marah lama lama pon tak boleh 
sayang aku melebihi rasa marah 
bukan aku tak pernah nak move on , pernah 
berbulan lamanya aku cuba , tapi tak boleh 

apa aku buat sekarang , aku kena banyak bersabar 
aku redha kalau ditakdirkan aku dengan dia sekerat jalan 
tapi , sementara dia ada disisi aku 
sementara dia boleh lagi buat aku tersenyum 
aku cuba jaga hubungan ni 
andai kata dia dah tak memerlukan aku lagi 
aku dah puas hati sebab aku dah berusaha semampu aku 

tapi , insyallah 
tuhan uji kita mengikut kemampuan kita 
tuhan tak kejam 

* * * 

baju tak kemas lagi , tak semangatnya nak pi sana , hm 
pagi nanti la bangun awal kemas semua 
doakan perjalanan aku selamat okey 

jaga diri semua  . bye , nak tidoq 


Sunday, November 10, 2013

harini ahad


haish . letihnya harini 
satu hari buat kerja , makan pagi saja 
tengahari tu tak makan lansung 
kes malas nak keluar , panas terik kat luar 
mem tak masuk kerja harini , duduk sorang 
alahai sangat bosan 

lepas kerja mem suruh pi ke rumah 
ingatkan tadak sapa 
tapi penuh rumah dengan anak beranak depa 
makan makan , pastu aku tunjuk barang makeup 
yalah , aku kan selalu beli online 
haa , ambik kau , semua pakat order . haha 
agak nak maghrib baru aku balik 

letihnyaa 

* * * 

haritu aku design kad untuk aiman 
bila dah print , muka dia jadi kelam , adoi 
tengok ni yang asal 


ni dalam file jpg lagi . haa , cerah kan 
bila dah print , bertukar colour pulak 
ayoyoyo 


Friday, November 8, 2013

manusia


dah la , semua orang jangan salahkan dia 
semuanya salah aku 
aku yang tak cukup baik 
kalau aku dah cukup baik dah cukup sempurna , 
takkan orang nak berubah hati 
kalau dia marah pon , salah aku 
aku yang tak sabar , aku memang suka mendesak orang 
maafkan aku , itu kelemahan aku

* * * 

aku sukakan dia sebab setiap masa dia ambil berat pasal aku 
apa aku nak dia akan tunaikan 
paling aku tak dapat lupa masa awal kenal dia 
aku lansung tadak duit nak makan 
dia cakap dia tadak duit nak belikan aku makanan 
masa tu dia tengah study lagi 
dia balik minggu , malamnya dia dah nak balik KL 
dia balik rumah , mama dia masakkan nasi dengan sup tengahari tu 
dia tapaukan nasi dengan sup yang sama untuk aku 
senyap senyap dia bawak makanan tu kat aku 
mama dia taktau 
benda ni dah 3 tahun lepas , aku akan ingat sampai bila bila 

dalam sehari , tiap tiap bulan kami berjalan 
aku mengaku , kami bukanlah banyak duit sangat 
dia ada sikit , aku ada sikit 
agak banyak modal kami kumpul , jauhlah kami pergi 
mana mana yang komen cakap dia gunakan aku untuk duit 
semua tu salah 
aku bukan nak sebelahkan dia 
tapi , demi allah , aku tulis benda yang betul 
dia tak pernah gunakan aku untuk mintak itu ini 

aku sangat sayangkan dia 

tapi sekarang , aku taktau kat mana silapnya 
sampai setiap hari nak bertengkar , bergaduh  
aku sangat tak sempurna 
apa pon dugaan , aku kena jugak hadapinya 
aku pernah alami keadaan lagi teruk dari ni 
aku harap aku kuat 
aku dah tak larat nak menangis 
sungguh 

aku cuma harapkan hidup yang tenang 
yang penuh ceria dengan gelak ketawa , bergurau senda 
aku harap sangat aku dapat nikmati perasaan tu lagi 


Wednesday, November 6, 2013

ex ex ex


pasal interview tu 
aku dah dapat , graphic designer 
tapi . keadaan tak disangka sangka 
ada ex aku pulak kat situ 
hati aku berbelah bahagi , hmm 
nak ka takmau kerja kat situ 
tah laaaa

bila aku bukak fb aku pagi tadi 
ex yg lain pulak add aku 
haih , harini hari ex ex muncul kembali ka apa nih 
muncul masa aku tengah krisis dengan dia pulak tu 

haih 


dah berubah


motor aku buat hal 
semalam tayar pecah , aku call dia 
dia cakap tak boleh nak tolong sebab dah janji dengan mama dia 
okey , takpa , aku buat sendiri 
lepas tu brek pulak 
aku cakap dekat dia lagi , brek buat hal 
dia janji pagi ni nak tolong aku 
pagi tadi pulak aku ada interview kat jitra 
lepas habis tu aku call dia , dah dia janji nak betulkan brek aku 
dia cakap dia ada kat luar satgi dia betulkan 

aku dah masuk kerja , aku call lagi dah dia janji nak betulkan 
dia still ada kat tempat yang sama 
dia cakap pagi pagi kedai tak bukak 
tiba tiba aku jadi bengang , dah tau kedai tak bukak awal pagi 
buat apa janji dengan aku pagi pagi 
aku pon cakaplah , 'duduk la lepak kat situ lama lama lagi' 
dia senang senang ja terus maki aku 
cakap aku ni bodoh , tak reti sabar 
dia cakap aku nak berlagak sebab dapat kerja baru . hmm 
aku ingatkan bila aku dah sampai , dia pon ada 
mana tau , dah nama BF mesti la nak tengok apa masalah 
ajak minum pagi ka , datang sembang elok elok 
hmm 

tapi , ringannya mulut dia nak kata aku macam macam 
dari awal pagi aku call 
dia tak cakap pon nak pi tengahari ka apa 
dia sendiri yang cakap PAGI 
aku ni kelam kabut lepas interview tu dari jitra ke a.star 
risau risau dia tunggu lama 
tapi perkataan macam tu aku dapat . hm 

entah la . dulu dia tak macam ni pon 
sejak dia join herbalife kat area tu 
terus dia jadi macam ni 
masa mula mula minum , okey lagi 
siap bawak aku pi situ 
orang yang jaga tu perempuan , tah . ramah semacam ja 
mula mula dulu aku melawak lah , perempuan tu syoq dekat dia 
lepas tu kami gelak gelak 
sekali ja dia bawak aku pi situ 
lepas tu aku cakap la aku nak minum jugak 
dia tak bagi , katanya dah berhenti minum 
tapi lama lama pecah jugak tembelang 
aku dapat tau tiap tiap pagi dia pi situ 

sejak tu , kami dah tak breakfast sama sama dah 
semuanya dah lain , 100 % berubah 
dulu , masa nak breakfast , awal pagi aku kena kejutkan dia 
berpuluh puluh misscall baru nak bangun 
tapi sekarang , bila aku call pagi pagi 
dia dah terpacak kat tempat tu 
lansung tak pernah ajak aku makan sama sama lagi 
takpa la , dia nak minum , minumlah 
bukannya aku nak larang pon 
tapi perlu ka nak tipu aku 
aku rasa tadak sebab dia nak menipu , hmm 
dia buat keadaan bertambah buruk 

sekarang dia kasar betul dengan aku 
masa tengah msg haritu , tiba tiba dia diam 
aku pon msg lagi 
dia balas , tapi dia cakap aku ni tak reti nak sabar 
hm , benda tu boleh cakap baik baik , boleh cakap ada kerja 
aku pon faham 
tak perlu nak marah marah macam tu 
tak tau la , dah lama aku makan hati 
bila aku nak mengadu , dia cakap aku saja nak cari point 
kata aku saja nak cari gaduh 
hmm 

banyak orang dah aku kawan 
dia sorang saja yang pernah memaki hamun aku 
tak pernah lagi ada orang kasar dengan aku 
hm . sedih la . bila la dia nak berubah 
aku harap sangat dia berubah 
paling kurang pon , belajar cara hormati orang 

hm , sabarlah nurul 
oneday ada orang yang lebih menghargai dari dia 
insyallah 


Tuesday, November 5, 2013


kenapa aku kena banyak berkorban 
orang lansung tak mau faham apa kehendak aku 
masing masing nak pentingkan diri sendiri 

aku sedih 
aku menangis 
siapa nak kisah 
tadak sapa penah nak ambik peduli 

ya allah , sedihnya hati aku 


Saturday, November 2, 2013

sebulan sekali


susahkan jadi perempuan 
sebulan sekali mesti emosi macam tsunami ja 
kadang kadang nak marah tanpa sebab 
masa tengah marah tu aku boleh pulak tanya diri aku 
sebab apa aku marah ? entah , tadak sebab 
aiyoo . hormon ni . haha 
tak pasal pasal tiap tiap hari nak berperang 
ya , salah aku . minta maaf 

orang dah baik dengan aku 
ada saja aku nak cari point 
masa aku tak sihat rabu haritu 
tengah hari tu dia hantarkan makanan ke aku 
tu pon ada saja la aku nak bebai 

aku nak ajuk cakap dia 
" apa ni . mesti ada saja tak kena ! "
hahaha . sorry 

haih , lelaki kena faham 
semua ni bukan saja saja , bukan nak buat buat 
dah habis pantang nanti okey balik 
kena sabar sat saja 

alahai , dah november dah kan 
cepatnya masa , lepas tu disember . yeay ! 
untuk januari , i have something special for you 

:)


highland tower


aku dah layan dah cerita highland tower ni 
not bad . ada masa takut . ada masa boleh gelak 
dia macam ala ala penunggu istana dulu 
tapi ending penunggu istana tak best , boleh pulak mimpi . choi 

tadi aku search kat google pasal highland tower ni 
filem depa buat ni berdasarkan kisah benar lah jugak kot 
bangunan ni tumbang dalam bulan disember , 1993 
ada 48 orang mangsa yang terkorban 
ada yang peluk al-quran , ada yang peluk sesama sendiri 
ada yang jumpa kat tangga , maybe masa tu nak lari turun 
hm . kesiannya 

yang ni antara semua kisah yang aku baca  . taktau betul ka dak 
ada mamat mana tah , satu geng pi sana , lepas depa balik 
member yang sorang ni diam ja 
rupa rupanya depa bawak balik makhluk lain 
yang member ori tu dah maki maki sebab kena tinggal 
er , kalau aku yang kena tinggal 
mau meraung dah kat situ . haha 


tapi apa pon cerita ni best la jugak 
tak sia sia pi tengok kat sungai petani sana tuuu 
sebab kat panggung a.star dengan jitra tak ambik kot 
aku check tadak pon dalam list depa 
haha . semangat 

kbye 

Friday, November 1, 2013

minta maaf


aku ni ada sorang saja bf 
kalau aku ada banyak bf , aku takkan susahkan dia 
aku takkan mintak dia bawak aku pi mana mana 
baik aku suruh ja bf2 aku yang lain lain tu bawakkan 
tapi , aku ada dia saja 

kalau dia sendiri rasa susah nak bawak aku 
takpa , bagitau aku terus terang 
bukan cakap dengan semua orang aku buat baik ada sebab 

sepanjang dalam kereta tadi aku fikir 
memang aku suka susahkan dia ka 
sapa tak sedih bila orang kata macam tu 
aku tebalkan muka , aku ikut dia 
sedih , sungguh . aku tak tipu 
orang yang rapat , paling rapat kata aku buat baik ada sebab 
satu hari aku fikir ayat dia yang satu tu 
hm 

kalau aku nak pi mana pon , aku usaha kerja siang malam cari duit 
sebab aku yang nak pi 
bukan aku cakap kosong nak pi sana sini tapi nak dia yang tanggung 
aku rasa dia sendiri lebih mengetahui 

kalau aku tak minta dia bawakkan aku 
sapa lagi nak bawak 
takkan aku nak keluar dengan lelaki lain 

hm . tah la 
minta maaf la kalau aku ni memang susahkan dia 
minta halal dunia akhirat 



memang aku salah 
dan aku nak memperbaikinya 
tapi aku terkedu 
bila keikhlasan dan kesedaran itu dicampak ketepi 
diberikan kata kata sindiran 

memang pedih 
sampai tak mampu nak membalas 

awak , berapa harga yang perlu saya bayar 
untuk bergelak ketawa bersama awak ? 

jalan kedepan , toleh kebelakang , senyum 
dan terima kasih awak 


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)