Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Sunday, August 25, 2013

updated !


semalam pi tengok bola kedah vs perak 
orang tu ngam ngam sampai dari terengganu 
terus shoot stadium , kesian betul takdan nak rehat 
ingatkan tadak orang , tapi bila sampai 
ya allah manusia , ramai gila 
nasib baik masuk awal 


mula mula geram + bosan sikit 
yalah . hantar bola sikit dah terlepas 
duduk depan tiang gol dah pon macam tak larat lari 
tapi bila nak habis makin rancak 
seri 1 sama 

* * * 


yang ni tangkapan dari terengganu 
tadak dalam gambar , keropok lekor dengan keropok kering 
bersama sos yang umphh ! 
si emak bagi kaftan yang sangat lembut 
tak pernah lagi ada baju camni . excited nak pakai 
si anak pula bagi anak penyu yang comel sangat 
comel macam nak gigit 

terharu 
jalan jauh pon ingat cek kat sini 
yang sorang tu asyik berkelai pon ingat jugak 

terima kasih 


Wednesday, August 21, 2013

tutup kes


aku tak mau mintak banyak 
minta jasa baik semua tolong jangan kacau aku saja 
tolong la , aku betul betul dah penat 

terima kasih 


Sunday, August 18, 2013

the conjuring


first time aku tengok cerita hantu dalam panggung 
sampai terjerit jerit 
pheww ! 



18 ogos 2013


sabar nurul 3 bulan ja lagi 
lepas tu bebas . tak payah pikir apa lagi 
fokus yang satu tu ja 
yang lain lain tinggalkan ja kat sini 

pasal semalam tu aku tak terkejut pon 
bila aku fikir fikir balik , buat apa nak banyak fikir 
dah memang tau macam tu perangainya 
tadak yang mustahil lah 
syukur sangat sangat benda tu jadi 

lega banyak lah 

pesanan untuk 'KAWAN' kita yang comment kat entry bawah ni 
real man can't be stolen 
FIKIR ! 

(;

Saturday, August 17, 2013

17 ogos 2013


aku bersembang dengan kawan aku 
simpati dengan nasibnya 

aku nak nasihatkan lelaki 
kalau dah takmau , bagitau terus terang 
kami perempuan sedaya upaya boleh pujuk hati kami 
dah la tinggal macam tu saja 
bila si perempuan dah boleh terima hakikat 
datang kacau balik pulak tu 
apa masalah si lelaki . tolonglah faham 

setiap masalah ada penyelesaian 
bukannya dengan bertengkar 
kalau tak boleh , diamkan dulu 
masing masing hati panas , bagi sejuk dulu 
baru buat keputusan 

keputusan masa marah adalah SALAH 

* * * 

setiap kejadian ada sebabnya 
aku kesian sebab benda yang dia sayang hilang macam tu saja 
macam tu aku rasa bila ' kesayangan ' aku diambil orang lain 

karma 

tapi aku hargai niat dia sangat sangat 
nak datang jumpa aku 
cuma perlukan satu punca nak jadi semua benda ni 


Thursday, August 15, 2013

15 ogos 2013


ada dua ayat buat aku sentap harini 
mem dok cerita pasal semalam dia keluar makan bagai 
tiba tiba keluar ayat dia camni 

' k.caq dok bertentang dengan  * * * 
dia dok main hp , msg dengan ida lah kot 
tak kisah lah yang tu , bla bla bla . . . '

lagi satu masa tu dok sembang pasal gelang tangan 

' ida , k.caq tengok ida sweet pakai gelang bla bla bla . . .
nanti cuba ida ajak  * * *  pi teman ida beli 
k.caq tengok kat stargate lawa lawa '

mem oi . cek dah lama tak contact  * * *
takkan aku nak habaq kot . haih 
susah la macam ni 
susaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! 

hm . abaikanlah yang kat atas ni 
pastu kelmarin ntah macam mana dok menyembang 
terkeluar pasal rambut curl 
aku ada iron untuk buat curl , mem suruh bawak 
mem nak pinjam . haha , menjadi pulak kami dua ni 
asalnya mem suruh pi kat rumah dia , nak main set rambut lah 
tapi aku tolak , malas lah . aku berat kaki nak jejak ke sana 
pastu tutup kedai awal , terus buat rambut 
haha . mem buatkan rambut aku 


teruja ! buat sorang sorang haritu tak menjadi 
kui kui kui 


Tuesday, August 13, 2013


sudah laa
aku dah tak larat nak dengar lagi 
tak larat nak layan lagi 
baju tu aku tak pakai lansung pon 
ambik lah 

ya allah , aku dah tak tahan 
sumpah aku dah tak tahan 
aku lansung tak berkira 
duit aku ada banyak tu ja , 
aku pinjamkan untuk dia sebab nak beli kasut 

sebab apa 
sebab nak dia happy 
tapi apa dia kata kat aku 
aku miskin , aku nak semua benda free ja 

sedihnya aku ya allah 
aku tahan ja 
engkau sabarkanlah hatiku ya allah 



Friday, August 9, 2013

dendam


apa aku buat semuanya sebab dendam 
aku nak dia rasa apa aku rasa sebelum ni 
dan kebanyakkannya semua dah dia rasa 

aku nak minta maaf kat semua orang 
memang tak baik berdendam 
tapi aku manusia , aku bukan malaikat 

jangan ada sapa sapa ikut perangai aku yang tak elok ni


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)