Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Tuesday, July 30, 2013

untuk manusia tadak hati perut


aku tau la mak hang suka bagi macam macam kat aku 
perlu ka nak mengata sampai ke mak bapak aku 
aku ni tadak la sampai tahap kebulur sangat nak kan semua tu 
aku ni jaga hati orang tua tu 
dia bawak makan , aku makan , dia bagi barang , aku pakai 

oh ! sebab hang anak dia , lepas tu aku tak layan hang 
perlu ka hang ungkit semua mak hang bagi kat aku 
perlu ka mengata mak bapak aku tak bagi aku makan pakai 

masa first time hang halau aku dari situ 
aku ikut cakap hang , aku keluar dari kedai tu 
aku cari kerja lain , aku lari macam tu saja dari mak hang 
dah setahun aku blah , mak hang mai cari aku balik 
aku ingat lagi pagi tu mak hang call aku 
merayu suruh aku kerja balik 
masa tu tok hang sakit , masuk wad 
sebab kesian , sebab simpati , sebab rasa bersalah 
aku tinggal kerja aku yang dah buat aku senang 
untuk kerja dengan mak hang yang buat aku sesak tiap tiap bulan 

pasaipa aku balik ?!
sebab aku kesiankan orang tua tu 
orang tua tu nak ajar aku macam macam 
apa yang hang tau 
tiap tiap hari dia plan untuk masa depan aku 
orang tua tu nak sangat tengok aku pandai segalanya 
hang senang senang kata aku nak ambik harta mak hang 
hang kata aku pengemis . hang kata aku tukang sapu 
aku ingat setiap ayat hang yang hina aku 

kalau aku tak layan hang 
ringan ja mulut hang nak menghalau aku 
bila aku tak ikut , hang kata aku ni harapkan duit mak hang 
aku rasa hang pon tau berapa lah sangat aku dapat 
aku tak kisah pasal duit 
duit boleh dicari 
hang pon tau aku susah payah cari duit buat partime 
macam tu ka aku nak kikis duit mak hang 

takpa , aku sabar 
tiap tiap hari mak hang mai kedai puji anak dia yang sorang ni 
aku senyum ja . yalah , anak dia semuanya baik
aku sikit pon tak mengadu apa yang hang dah buat 
aku tau , harapan mak hang ada dekat hang 
sebab aku nak jaga hati dia , aku simpan caci maki hang 

satu ja aku nak pesan 
hang boleh hina aku 
tapi jangan hina mak bapak aku ! 



zzzzz . pening


30 julai 2013 . 12.35 am 

harini baru aku rasa betul betul sihat . alhamdulillah 
kerja banyak lagi 
raya dah nak dekat . alahai 
persiapan raya satu apa pon tadak lagi 

rasa macam tak best ja raya ni 
semuanya dah berubah 
tapi baju raya yang mem sponser banyak tau 
yang tu ja yang ada 
takpa lah 

* * *

aku dah tinggalkan kenangan untuk dia 
harap dia kenang bila aku dah jauh nanti 

:)


Friday, July 26, 2013

bukan aku paksa na


dah 3 hari aku buat taktau tak angkat call , tak reply msg 
tadi aku reply jugak 
saja aku test , terus msg mintak dia belikan air hantarkan ke rumah aku 
tak sangka pulak dia ikut 
niat aku nak bagi dia nampak aku ni mengada ngada 

yalah , dah la tak layan dia 
tiba tiba nak mengarah itu ini 
kalau aku jadi dia , tadak masa aku nak melayan 
dah la jauh pulak tu nak hantarkan ke rumah aku 
dalam 20 minit jugak la nak sampai
tapi dia siap ikut lagi apa aku nak 

aku baru mengeluh malas nak ke kedai manik esok
terus dia siap offer lagi nak bawak aku 
lari sat dari kerja ambik aku masa rehat dia 

haish
jangan la dok buat macam ni . rasa bersalah pulak aku 


Thursday, July 25, 2013

masam masam manis


ingat dak entry makeup yang haritu 
tadi try buat dah 


tak tebal sangat 
tebal tebal nak pi mana mak jah oi . haha 
boleh kot macam ni 

hiks . gedik 


Wednesday, July 24, 2013

yeay . menjadi


plan aku dah nampak hasil 
semakin hari semakin menjauh 
tak sia sia aku mengelak , buat perangai 

alhamdulillah 

(:


zzz


24 julai 2013 . 8.30 am 

ingat harini nak mc sehari 
badan still rasa tak sedap lagi 
parents aku dah suruh dok rumah ja 
bila teringat kunci kedai mem ada kat aku 
nak tak nak kena bangun dengan malasnya pi ambik towel dan bersiap 
sepatutnya sekarang aku dah bertudung dah pakai lipstik dah pon 
tapi ambik ha , tudung tak pakai lagi 
dok mengadap laptop update belog 

haih . aku taktau apa kena dengan aku ni 
rasa macam kekurangan something 
aku taktau apa 
hm


Tuesday, July 23, 2013

sakit dah


beratnya badan harini 
pening pening , jalan pon tak betul 
badan tak panas , tekak sakit , mulut tawar 
gagah pi kerja jugak 
tapi tak buat kerja pon . tidoq ja 
mem paksa ambik ubat 
sampai sekarang rasa lemah badan 


raya nanti nak jumpa someone . dia janji nak bawak aku beraya 
yalah , tahun ni aku kan beraya sorang sorang 
pi rumah kawan kawan dia lah kot 
insyallah 


Monday, July 22, 2013

marry you


marry you - bruno mars 
naik kereta sewa , menyanyi sama sama 
sampai bila bila aku akan ingat lagu ni 
masa tu bahagianya hanya tuhan saja yang tau 
walaupun tak dapat memiliki 
sekurang kurangnya ada jugak kenangan dengannya 

:) 


Saturday, July 20, 2013

mata raya


nak mata raya yang ni 
segak noah kalau buleh buat mata camni 
smokey eyes 





dua situasi sama maksud



Bayangkan kita ada anak kecil
Umur 3 tahun
Satu hari . Kita tengah masak di dapur 
Si anak ternampak pisau
Merengek-rengek dia menangis
Nakkan pisau jadi mainan
Agak-agak kita bagi ? Tentu lah tidak , kan
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak ?
Bahkan , kerana sayanglah kita enggan berikan
Walaupun di mata anak , pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu . Ia merbahaya untuk anak kita
Kita lebih tahu . Anak tidak tahu

Begitu juga kita dengan Allah
Kita 'merengek' nakkan sesuatu
Tetapi Allah tidak izinkan
Adakah Allah tidak sayangkan kita ?
Bahkan , kerana sayanglah kemahuan kita tidak diturutkan
Malah diganti dengan yang lebih baik
Kerana apa yang kita mahukan itu
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita
Tapi tidak pada pengetahuan Allah
Allah lebih tahu . Kita tidak tahu 

via : pdh

* * *
apa yang telah ditentukan dalam hidup ini 
itulah yang terbaik untuk kita 



Wednesday, July 17, 2013

KYTD


Aku mentari , tapi tak menghangatkan mu 
Aku pelangi , tak memberi warna dihidupmu 
Aku sang bulan , tak menerangi malammu 
Akulah bintang , yang hilang ditelan kegelapan 

Selalu itu yang kau ucapkan padaku 

Sebagai kekasih yang tak dianggap 
Aku hanya bisa mencuba mengalah 
Menahan setiap amarah 
Sebagai kekasih yang tak dianggap 
Aku hanya cuba bersabar 
Ku yakin kau kan berubah 


.by kertas. 


Tuesday, July 16, 2013

kehilangan



firman - kehilangan


Ku cuba ungkap tabir ini 
Kisah antara kau dan aku 
Terpisahkan oleh ruang dan waktu 
Menyudutkanmu meninggalkanku 

Ku merasa telah kehilangan 
Cintamu yang telah lama hilang 
Kau pergi jauh kerana salahku 
Yang tak pernah menganggap kamu ada 

Asmara memisahkan kita 
Mengingatkanku pada dirimu 
Gelora mengingatkanku 
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku 

Sejujurnya ku tak bisa 
Hidup tanpa ada kamu aku gila 
Seandainya kamu bisa 
Mengulang kembali lagi cinta kita 

Takkan ku sia-siakan kamu lagi 


* * * 

ayat yang terkesan dalam hati aku 

Sejujurnya ku tak bisa 
Hidup tanpa ada kamu , aku gila 
Seandainya kamu bisa 
Mengulang kembali lagi cinta kita '

:')


nak segak kunun


selalu tengok orang pakai produk itu ini . beli online kemain sakan ha
tapi aku tak pernah nak try 
teringin memang teringin tapi asyik bertangguh 

orang itu kata okey , orang ini kata bagus 
ahh , tak tahan !
godaan sangat hebat bulan puasa camni 
punya nak segak raya nanti  . luls 
last sekali punya geram , aku beli jugak 


ni haa . produk yang dutanya nora danish 
nora danish tu sejak azali memang dah gebuss lor 
macam mana aku boleh tertarik ni 
haish . nafsu nafsu nafsu

menyesal tak guna , dah beli pakai jugak la
malam ni baru nak try
kalau lepas ni tak segak macam nora danish jugak 
aku nak bebai . tampaq dahi 100 kali 


Friday, July 12, 2013

webcam jelin



Thursday, July 11, 2013

mak joyah baru ada


orang lain dah berzaman ada instagram 
aku ni baru nak buat 
haha . kesian aku 
semalam aku buat , tadi dah ada 37 followers , yeay 

dalam semua acc laman sosial 
keek ja yang aku tak buat 
haha . gedik lah aku kalau nak buat video bagai 
weks !


Wednesday, July 10, 2013

(:


dah dua hari dia pedengarkan aku bacaan suci al quran 
katanya nak habiskan dalam bulan puasa ni 
insyallah 

tenang aku dengar bacaan dia 
mudah mudahan apa dihajatinya tercapai 
amin 


babai bb


haritu aku ada buat iklan kat mudah.my 
nak jualkan bb aku 
macam orang orang yang lain , aku letak lah semua detail detail 
aku letaklah number phone aku sekali 
yang ni bukan first time aku buat iklan kat situ 
sebelum ni ada la jugak buatkan untuk orang lain 

esoknya pulak , berderet deret orang msg tanya pasal bb tu 
aku syak mesti iklan tu baru masuk sebab aku baru buat malam sebelum tu 
dia bagi tempoh 24 jam sebelum view kat public 


tak terlayan aku ni ha nak cari serious buyer 
sorang sorang aku tapis 
seriau jugak lah , ada nak jumpa kat sana sini 
dah la aku pompuan . sorang sorang pulak tu kann 

alhamdulillah , bb tu dah dilepaskan dekat orang lain dah 
aku jualkan kat adik adik , dalam lingkungan 18-19 umurnya 
tadak lah cerewet sangat nak free macam macam 

yang aku rimas sangat sekarang ni 
dah ada yang call 2 3 pagi mengacau 
adoi . dah jadi macam ni pulak 
haihh 

babai bb ku sayang 
duduk baik baik dengan orang baru tau 
sobs 


sweet ka adik aku


adik aku sebelah kiri baju warna biru tu pinjam laptop aku 
esoknya aku terjumpa kat dekstop , alahai 
sweetnya adik aku ni 
nak tau dak apa  aku jumpa , dia gigih buatkan video untuk gf dia 
bukan macam video yang couple seminggu tu lah . haha 
video lagu , dalam tu ada la gambar gf dia 
aku dok ingat dia tadak gf lepas putus last year 
aku pon taktau kenapa depa putus 
budak tu baik ja . hm , ntah . taktau nak kata apa 
yang baru ni seorang bakal cikgu 

aku ni dari dulu takdak sorang pon tak bagi apa apa video 
HAHA 

fathi , semoga berkekalan ! 


Tuesday, July 9, 2013

ramadhan


selamat berpuasa semua 
mudah mudahan puasa kita dapat mengajar kita erti kesabaran 

(: 


Thursday, July 4, 2013

kawan pon masalah


nasib la tak bagi barang kemas 
kalau tak , jenuh jugak nak menolak 
malas aku nak tahan telinga dengar orang mengata macam macam 
better jangan makan budi 

semalam aku dengar ayat yang dia kata tu 
terus sentap 
nak kawan kena bagi itu ini 
serius aku terkejut 
rupa rupa yang tu disebaliknya 
pelan pelan aku nak jauhkan diri . tolong aku ya allah 


It's better to have nobody 
than to have someone who is doesn't want to be there 

* * * 

hot , satu perkataan paling aku benci 
ada orang kata kat aku berlagak hot 
hot kat mana ? sebab fb aku banyak ka ? 
semua orang boleh buat banyak banyak 
nak buat 10 pon buat lah kalau rasa macam tu HOT 
aku buat dulu pon sebab dah sampai limit 5k 
dulu dulu mana ada followers macam sekarang 

second sebab aku tak melayan orang ka ?
 jujur aku bagitau kat sini
aku dengan orang yang baru aku kenal memang aku tak ngam lansung 
pelan pelan lah aku nak kenal orang 
takkan aku nak main terjah macam 10 tahun kenal kot 
sapa sapa yang dah lama kenal aku 
memang tau aku macam mana 

third , entah 
aku pon taktau apa yang orang nampak dekat aku 
sampai boleh kata aku macam tu 
aku dapat detect dua tu saja lah 

sekali orang kata , sepuluh kali aku nak gelak 
buat hal sendiri lagi bagus ! 



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)