Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Thursday, June 27, 2013

pakai jugak


pagi tadi pakai jugak baju ni 
haha . aku yang gigih . sekian terima kasih 


adik aku nak jual something 
tapi aku taktau nak beli dak apa yang dia jual tu 
teringin memang teringin 
tapi tah la . otak kata tak payah beli . hati kata nak 
adoi stress ! 


Wednesday, June 26, 2013

partime job


setelah 2 bulan aku simpan baju ni , haha 
baju ni orang yang bagi 
aku nak tambah beads ja , sikit sikit kononnya 
tapi malas , malas , malas 
baju sendiri memang malas nak buat 

dua tiga hari ni aku gagahkan jugak mengadap baju aku ni 
siap jugak 
esok nak pakai lahh . hee 


alhamdulillah , rezeki masih murah 
ramai yang booking untuk letak lace/beads kat baju depa 
sapa sapa nak letak beads ka , lace ka 
boleh contact 
tempahan masih dibuka 

:)


Tuesday, June 25, 2013

25 jun


hello 
tak sabar nak tunggu next week 
cepatlah cepatlah cepatlah 
hee . rahsia 

hidup aku ? 
entah , okey kot rasanya 
tapi tak tau hala tuju lagi , masih ting tong sana sini 
malam nisfu syaaban haritu aku pi dengan k.caq berserta anaknya sekali 
rasa bestnya dapat pi sama sama macam tu 

aku berangan angan 
bulan puasa dah nak dekat sangat kann 
one day kalaulah ada lelaki yang aku sayang ajak aku terawikh 
alangkah bahagianya aku 
pi sama sama , bila balik tunggu kat kereta dengan telekung 
taktau nak gambarkan perasaan aku masa tu , mesti best sangat kann 
tapi angan angan saja lah yang ni , mana tau kann 

insyallah 

(: 


Friday, June 21, 2013

salah faham


semalam ada yang cuba luahkan perasaan 
ya allah , bila aku berkawan aku lansung tadak niat nak melebih 
aku layan semua orang sama . tak sangka ada yang salah faham 

bila dah jadi macam ni 
aku dah serba salah nak berkawan 
semua ajakan dia aku tolak dengan baik 
harapan aku agar dia putus asa 

hm . maaf 


Monday, June 17, 2013

racun balas dengan madu


aku : 
k.chaq , kalau orang mengata kan , 
kena balas balik dak 

k.chaq : 
awat , dia kata macam mana 

aku : 
saja tanya . kata yang teruk yang boleh sakit hati 

k.chaq : 
ida , biaq lah orang nak kata kita apa pon . kita diam ja 
cuma doa dalam hati 
' ya allah , jangan jadikan aku macam dia 
peliharalah mulutku , hatiku , dari mengata dan menghina orang ' 
yang tu ja ida 

* * * 

insyallah 


Saturday, June 15, 2013

sabar





Friday, June 14, 2013

tercipta untukku


dah tukar background music baru dalam belog , tercipta untukku 
rasa sweet lah pulak 
tapi piano instrument saja lah , rasa tenang sikit 
nak suara , sila nyanyi sendiri 
hehe 


ALLAH knows who belongs in your life and who doesn't 
trust and let go 
whoever is meant to be there , will still be there 

(:


redha


bergembiralah atas kesedihan orang lain 
semoga bahagia dunia akhirat 

(:


Thursday, June 13, 2013

. . .

rasa ni mungkin seketika 
mungkin lepas ni aku makin okey 

:')


Wednesday, June 12, 2013

11 jun 2013




ni gambar kelmarin 
lawan band peringkat negeri kedah 
kat stadium suka menanti 
masa ni kolej tengah perform , hebat sangat ! 
tak sempat nak tengok asma perform sebab ada customer kat kedai 



bilik aku tak lengkap lagi 
cadangnya nak letak pink putih 
kena cari barang warna putih banyak sikit lepas ni 
hee , semak 


Monday, June 10, 2013

fake !


susahnya kena berlakon depan semua orang 
konon konon aku manusia yang ceria 
aku tau , ada yang perasan aku berpura pura 
dari gaya tengok aku pon aku dah dapat agak 

mereka buat lawak , aku gelak 
mereka bercerita , aku dengar 
mereka bertanya , aku jawab 
paling tidak pon aku akan senyum 

tapi dalam fikiran aku 
kosong 

hm 


Thursday, June 6, 2013

najis lalat


haha 
tahi lalat baru tumbuh . rasa macam siti pulak 
okey sila muntah 


tahi lalat pakai buang nih 
haha 

kbye 


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)