Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Friday, February 22, 2013

pantai leman bersama mak leman


jumaat , 22 feb 2013 

paginya aku dari mergong , sebab semalam tidoq rumah tok 
balik rumah aku dalam pukul 10 pagi centu 
semalam dah puas keluar dengan ery 
harini kalau tidak memang plan keluar dengan dia lagi 
tapi dia tak dapat cuti harini 
so , cancel lah 

dah tak jadi dengan ery keluar pulak dengan syaheed  
pon best jugak . lama  tak sembang sembang dengan dia 
mula mula lepak city plaza 
makan makan , usha barang yang segak segak 
lepas tu pi kota marina , pantai leman kot nama dia 
lepas kota marina , shoot pasar malam taman nuri 
cari makan 

habis lah sudah satu hari cuti aku 


dalam otw balik dari kota marina . mama ery call 
dia sekarang ada kat KL . ceria ja suara dia 
dia menang no 1 dalam contest tarian bollywood yang depa join 
berbaloi jugak depa berlatih tiap tiap malam 
berbaloi jugak aku search lagu hindustan sana sini sebab nak tolong depa 
dan berbaloi jugak aku dok jahit manik kat baju bollywood tu 
yalah , berbinau jugak mata aku dok tenung sequin bling bling 
ta bling bling , ta bollywood lah 
hehe 


Wednesday, February 20, 2013

tambah barang lagi


ting ting ting ! 
wishlist haritu dah tercapai 
yeay 

mana yang taktau tu , boleh baca --> sini sini ! 
yess ! kalau kita nak 
kita kena usahakan sampai buleh 

ni diaa 
beli online murah gilaa 
usha kat alor star mall mahal gilaa 
baik  beli online ja , tapi kena sabaq tunggu 3 hari lah 
sementara  posmen nak hantaq depan rumah 
huhu 


dan hasilnya 
gebuuuuu baq hang . haha 


kbye 


Sunday, February 17, 2013

janji



ya allah , alangkah indahnya 
kalau dia buktikan apa yang dia kata 

kalau aku berharap tinggi tinggi 
nanti aku yang jatuh , aku yang sakit , aku yang menangis 
bukan orang lain 


Saturday, February 16, 2013

15 feb 2013


kelmarin shopping sampai sakit sakit kepala 
kaki pon sakit 
mengada sangat pakai high heels 
last sekali beli kasut flat ja sebab nak pi banyak tempat lagi . padan muka 
ery paksa beli jugak kemeja 
dari haritu lagi dia memang kalut nak carikan aku kemeja 
ikutkan saja lah , dah aku memang tak pernah ada kemeja 
tapi yang best dapat beli set brush . yeay 
ada satu benda lagi dok idam idamkan 
dari tahun lepas woo , tak caya tanya syaheed 
kalau shopping mesti usha benda tu saja 
satu tu ja lagi . coming soon !

peneman setia 
lepak dulu kat garden sementara tunggu kaunter tiket bola bukak 
malangnya kedah kalah dengan perlis 2-1 
sobs ! 

kemeja ni lah . haha 
kelmarin beli , harini pakai 

satu lagi cerita 
bilik aku dah warna lain 
pehh ! seminggu jugak aku tunggu nak dapat warna ni 
si tukang cat suka tangguh tangguh kerja 
sapa lagi . adik aku tu laa , E 
tapi dia jugak banyak tolong aku 
terima kasih 

selekeh la , tak sempat nak kemas 
bagi setel dulu cat semua , ni ada sebelah lagi tak siap 
pastu next gaji nak beli barang , nak deco balik bilik aku 
bila dah selesa , makin lambat la aku bangun 
har har har 


Friday, February 15, 2013

lain tempat lain cara


ada satu benda aku perasan bila aku keluar dengan dia 
sama apa aku rasa masa dekat lata bayu haritu 
bila ada ramai perempuan 
dia tak layan aku macam biasa 
nak dengar dia panggil aku macam selalu pon susah 
bila aku bagitau apa yang aku rasa dekat dia 
jawapan dia 
' takmau over over depan orang ' 

tapi lain pulak layanan dia bila berdepan dengan ramai lelaki 
pegang tangan aku macam takmau lepas 
maybe depan perempuan lain , bila layan aku saham dia jatuh 
tak nampak macho 

ya , aku memang terasa 
dekat mall tadi aku dah jadi malas nak layan dia 
aku jalan pon jauh jauh 
bila dia datang dekat , aku ikut jalan lain 
dah yang tu dia nak kan , aku ikut saja apa dia nak 
dia nak aku jadi hipokrit , aku dah buat 
kalau dia boleh buat aku macam tu 
nanti depan lelaki lain , aku pon boleh buat 

aku bukan cari point nak bergaduh 
sometimes aku kena luahkan apa yang aku rasa 
bila aku luahkan dekat dia 
dia salahkan aku balik 

apa pon aku berterima kasih sebab dia temankan aku harini 
maaf , aku bukan nak aibkan dia 
makin hari ada saja tak kena 
kalau tak boleh lagi bersama , aku mintak dia lepaskan aku 


Tuesday, February 12, 2013

BRIM


thank you pak jib ! jasamu dikenang 


simpan ? shopping ? simpan ? shopping ? 
shopping ? shopping ? shopping ? 
shopping ? shopping ? shopping ? shopping ?
shopping ? shopping ? shopping ? 
shopping ? shopping ? shopping ? shopping ?



okey , shopping 


minah jenin


adoi berkenannya aku tengok orang pakai macam ni 
gambar ni cilok dekat google ja 
segak kan 


pastu jalan jalan , pusing pulak macam ni . pehh ! 
* berangan * 



kbye !



Sunday, February 10, 2013

pedu resort


petang tadi ery bawak aku ke pedu 
aku malas nak ikut , tapi dah kena marah 
aku ikutkan jugak 

saja ronda ronda ke sana 
hm . tadi dah okey 
ya macam biasa , bergelak bergurau macam biasa 
tapi dari dalam hati 
aku sendiri pon tak tau apa yang aku rasa 
banyak gambar kami tangkap tadi
aku ta rasa nak upload . hm . maaf 
yalah , bila dah terluka . hati tak kann sembuh sepenuhnya 
parut masih ada 
sejak haritu aku ta segembira dulu 
rasa sayang mungkin dah berkurangan 
hm . maafkan aku 
mungkin hati aku perlukan masa 

sebelum ni dia kata macam macam aku ta kisah 
dia kata sepatah , aku balas ikut sedap aku 
tapi malam tu aku diam , aku menangis 
jumpa mama dia pon mata aku bengkak 
kali ni memang aku kisah , aku ambik hati , aku dah tak tahan 

sekarang aku serahkan pada takdir 
kalau dia jodoh aku , dekatkan lahh 
kalau bukan , aku mintak kami dijauhkan dari sekarang 
aku terima apa ditentukan untuk aku 
amin 


Saturday, February 9, 2013

ada lagikah lelaki baik


hanya kerana tak tukar profile picture mengikut kehendak dia 
bukannya lesen untuk dia memaki hamun aku 
oh please ! 

aku dah bosan nak dengar 
aku membesar tanpa perkataan kotor tu 
kalau dia nak mengajar aku dengan ayat ayat kotor tu 
memang silap banyak 
sekali dua dulu aku boleh terima 
mungkin tersalah kata , yalah manusia selalu buat silap 
tapi bila sebab kecik macam ni nak memaki aku 
tersalah cakap lagi kah 

tak cukup dengan tu 
post macam macam kat fb 
bagi aku ayat dia semua tu memalukan diri dia sendiri 
malu la sikit , semua orang boleh baca 

entah 
aku berfikir semalaman 
lelaki yang baik akan menutup semua aib perempuannya 
bila tengok cara dia , aku betul betul kecewa 
dia siap fitnah aku yang bukan bukan 
aku curang katanya 
kawan kawan dia seronok membahan , dia pon jadi nasi tambah 

macam tu kah bakal suami aku ?
apa yang jadi ni buat aku berfikir dua kali 


Friday, February 8, 2013

mintak tolong tapi . . .


aku dah cakap ambik simpan awal awal nanti lupa 
tapi tengok lah , kata dah simpan konon 
dia tipu aku 
macam ni nak suruh aku pecaya 
memang tak lah 

sekarang aku dah malas nak mintak lagi 
aku simpan pon bukannya ada faedah apa untuk aku 
aku nak tolong ja , tu pon payah nak ikut 
ikut suka lah , bukan aku yang punya 
aku buat untuk kebaikan 
tapi diri sendiri tamau ikut 
aku nak kata apa lagi 
lepas ni jangan suruh aku simpan apa apa 

haih 
susah nak cari orang yang ada tanggungjawab dalam diri 
yang jenis fikir masa depan 

Tuesday, February 5, 2013

surprise yang terbantut

video

dah tengok ka dakgi ?
jemm la , lagu background aku kuat dari suara video ni 
huhu 

sekali dengar ada macam bunyi yang salah  
tapi hentam saja lahh , janji dia berbunyi . haha 
aku bukanlah selalu pegang sangat benda ni 
iman ja yang selalu main 
cucuk mic , buat macam pengacara majlis 
budak budak 
HAHA 

sorry sayang lambat upload 
ni video masa birthday haritu 
ingatkan nak tunjuk dalam skype 
konon konon surprise mainkan lagu birthday depan depan 
tapi atas sebab sebab ta dapat dielakkan 
ta dapat la nak tunjuk 
just call sayang , bagi dia dengar 
tu pon ulang ulang banyak kali sampai dia jemu 
hee 

thank you iman nadia 
bagi along pinjam keyboard ni 



Saturday, February 2, 2013

headband


penatnya 
semalam kena pasang pelamin 
rasa nak pengsan ! 
masa nak balik tu singgah uptown sat 
terjumpa headband yang dicari cari selama ini 

mulalah aku buat apa yang dirancang 


mangsa dikenalpasti 
senyum simpoi sorang sorang 

heret sayang ke tempat mangsa 
buat muka kesian , mintak dibelikan 

bila try nampak comey pulak . HAHA . puii 
oleh sebab kesian , sayang pon belikan 

misi berjaya ! 
yeay 

haha . teruk kann . tapi aku ta buat pon macam ni 
kalau tak dapat baru rancang nak buat . haha . tipu

aku baru mintak satu dapat dua terus 
hehe . terima kasih 

;)





small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)