Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Friday, November 30, 2012

jumaat yang kelam kabut


hello jumaat 

pagi tadi awal betul aku bangun 
semagat nak jogging 
bila dah sampai , aku call mama ery nak tanya dia ada kat mana 
lepas call , aku letak phone dalam box 
tak sedar ada kunci motor dalam box tu 
pap ! dah terkunci 
dah macam mana aku nak balik satgi 
wargh ! 

mama ery call ery kat rumah mintak tolong nak pinjam motor 
nasib baik la dia bangun dengan sekali call 
dah 2 round aku jogging 
ery pon sampai 
melelong lelong aku bawak scooter dia balik rumah 
ambik kunci pendua 
kalau dia bawak helmet lebih boleh la dia hantarkan 
helmet aku , dengan lesen semua dah terkunci 
aku terbiasa bawak motor ada gear 
bila kena scooter , jadi gelabah sikit la kan 
haha 

mama ery ajak aku lepak kat rumah depa 
tapi aku ada kerja 
ada rezeki masuk harini 
walaupun ta banyak tapi alhamdulillah 

;)

Wednesday, November 28, 2012

lepas seharian merajuk


sayang belanja kain orange tu 
mama sayang belanja kain bunga bunga tu 

mula mula mama sayang belikan kain bunga tu untuk aku 
tapi sebab aku rasa pakai kain kosong lagi cantik 
aku ajak sayang pergi beli lepas kerja 
berebut rebut nak bayar 
oleh sebab tenaga sayang kuat dari aku 
aku kalah dengan jayanya 

49 missed calls kesan daripada off hp sebab merajuk 
kesian sayang 
mula mula ingatkan nak teruskan merajuk 
paling sikit tiga hari kaa 
tapi sayang dah mai tunggu nak bawak lunch 
mau tak mau kena ikut 
dan terus tak jadi nak merajuk 

sayang belanja banyak sangat harini 
muka gua pon ada manyak sinyum 

; )


Wednesday, November 21, 2012

dinner , yeay


pon pon pon 
berapa lama eh aku tak menulis 
rasanya baru lagi kot 

haha . iklan ! 

minggu yang agak busy jugak lah kann 
haritu dengan hantaran dengan pelamin 
agak agak nak usha 

dan yang terbaru 
semalam mama ery ajak join dinner 
mama dia masuk mom contest kat hotel sentosa 
last last minit baq hang 
mama dia siap bayarkan duit tiket untuk masuk 
malasnya nak join sama 
tapi sebab mama dia sungguh sungguh ajak aku 
nak dedahkan aku dengan majlis majlis macam tu katanya 
mula mula temankan mama dia makeup 
dah sampai hotel tu , masuk satu bilik 
dalam tu semua peserta peserta contest tu 
segak segak baq hang 
ada 21 peserta , 4 orang saja melayu . yang lain lain semua cina 

ratu ratu kebaya 
mama ery ? haha , cari sendiri my boss yang gojess

semua dah berhimpun atas stage 
sambil aku sumbat makan sambil aku tengok 
sepatah apa aku tak faham sebab depa cakap cina 
huhu 

dekat red carpet 
masa ni diapit dengan pari pari kecil yang sangat comel 
geramm !

majlis start pukul 8 sampai 12 
lepas majlis tu aku , kak long , ery dengan mama dia lepak kat oldtown 
balik tu terus lena . serius letih 
tapi aku dapat rasa la makanan cina macam mana 
semua sedap sedap 
cuma sup sirip ikan yu saja aku ta lalu nak makan 
haha 


Friday, November 16, 2012

letihnyaaa


hello everybody 

minggu ni super duper busy 
tiap tiap hari balik malam ja  
deepavali haritu pon ta cuti 
pagi pagi pi rumah ery , siapkan hantaran 
kelmarin maal hijrah pon ta cuti 
pagi pagi pi rumah dia kemas kemas barang 
nak pasang set bilik dengan meja makan kat rumah pengantin 
dia , mama dia , abah dia , kawan dia dengan aku 
pehh . satu hari dok buat kerja 
malam tu ery bawak pi makan 
lepas balik tu terus pengsan . letih teramat amat 
nak gelak pon ta larat dah 

pagi ni pulak jumaat pon separuh hari ta cuti 
ery , aku dengan mama dia pi make up pengantin 
padan muka dia kena ikut sekali 
HAHA 
dia sakit hati kena bangun awal kot 
balas dendam kat aku , dia main brake kereta 
sambil dia brake , dia dok usha aku pakai cermin pandang belakang 
tersengguk sengguk aku kat belakang 
dah la aku pon mengantuk , letih semalam ta hilang lagi 
mentang mentang mama dia ada kat sebelah 
dia guna cara halus camtu nak kena kann aku 
haha . ciss sungguh 

balik tadi aku lena 3 jam 
haa , ambik hang ! puas . haha 
lepas ni ada lagi satu majlis kawen 
hat ni lagi teruk kot 
kat dewan ukir mall pulak 

lepas ni aku nak holiday puas puas 
nak lenaaaaaaaaaaa ! har har 



Saturday, November 10, 2012

tak menjadi


try rayban baru orang tu 
aku yang rasmi dulu 
haha 


alhamdulillah dia suka . senang hati aku . heee 
sengih lebaq lebaq 


ingat nak buat surprise , tapi tak menjadi lahh pulak 
haha . padan muka aku 

Tuesday, November 6, 2012

penang lagi !


pada suatu hari 

kawan kita semangat drive 

lalu gambar pertama diambil 

dan gambar kedua pula diambil 

masing masing cuba control kemontelan yang ada 

banyak gaya dicuba untuk gambar terbaik 

dan kedudukan yang terbaik terletak pada belakang kami 

penat kami mencuba pelbagai posisi 

sehinggalah 

kawan kita tu letih sampai pengsan ! 

saja update camni sebab nak suruh stalker tengok 
kah kah kah 
kbye ! 


Sunday, November 4, 2012

nak kawen ? tengok sini !


hello readers ! 
faizah bridal gallery yang beroperasi di alor setar menawarkan 
pakej perkahwinan yang menarik untuk anda 

untuk yang baru nak usha usha baju untuk pertunangan 
majlis pernikahan , majlis kahwin . semua ada ! 
harga mengikut budget anda 
tak payah nak pening pening dengan pakej mahal mahal 
anda sebut saja harga , kami akan menawarkan 
pakej yang sesuai dengan budget anda 

sebarang pertanyaan boleh ke facebook kami 
atau boleh tinggalkan comment disini 


like us on facebook now ! 

terima kasih 
:) 


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)