Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Saturday, September 29, 2012

skypoo


pabila larut malam 

telan ubat sebiji , ta sampai lima minit 
terus tutup buku hari sabtu 
sekian 

pusing sana pusing sini 

orang demam terjaga 
wish goodnight . kesian beliau 
i love you pon dah jadi i olove you 
haha . kira okey lah 

comel ja si buncit ni 

jangan demam demam lagi na sayang 
mehh kita cibett sikit ! 

:) 

Thursday, September 27, 2012

oh SG !


harini aku halfday . ery pulak cuti 
lepas lunch tadi kami ke kedai haiwan 
semua punca sugar glider 
survey survey dulu 
tadi aku tengok punya semangat dia dok makan apple 
apple besaq dari tuan . huhu . rasanya baby lagi kot 

sejak aku tengok ada sorang membe fb aku bela 
aku rasa teruja camna tah 
tiap tiap hari aku tengok dia update pasal si comel tu 
bawak jalan jalan . dia panjat atas kepala 
alahai , sukanya aku manja manja centu 
kalau pasal haiwan lain , aku just tengok dan cakap 'okey comel' 
tapi yang ni aku rasa lain macam sikit 
cuba tengok bawah ni 
mohon jatuh hati dengan mata besar dia 


dulu dulu aku pernah berangan 
bila someone tu hadiahkan benda hidup 
macam dia dah berikan satu nyawa untuk kita jaga macam diri kita sendiri 
contohnya macam orang dah kawen 
haruslah ada baby nak menceriakan rumahtangga 
sebab tu aku ta suka mintak teddy bear atau lain lain 
sebab semua tu aku boleh beli sendiri 
tapi kalau orang bagi jugak , aku memang hargai sangat sangat 
hehehe 

tadi masa survey si comel tu 
aku betul betul nekad dah nak ambik sekor anak angkat 
memang macam mahal 
aku rela bajet duit makan aku 
mula mula beli sekor dulu , campur barang barang dia lagi 
memang habis duit gaji aku lah jawabnya . huhu 
bila dah ada tanggungjawab camni 
maknanya , kuranglah aku nak membazir untuk benda yang bukan bukan 
bulan depan insyallah kalau ada rezeki bule carikan pasangan untuk dia 
wahh . planning ! hehe 

sabar nurul sabar 
tunggu gaji next week 

insyallah 
:)

Monday, September 24, 2012

bila rasa macam zaman batu


hujan lebat selebatnya kat office ni 
mengenang macam mana nak balik satgi 
kerap sangat dah mandi hujan minggu ni . burrr ! 
nasib baik antibody kuat 

streamyx kat rumah buat hal 
perkhidmatan tergendala tah kenapa tah 
26 sept ni baru boleh pakai 
harap harap lah kan , jangan mengada nak lanjutkan masa lagi 
aku ni dah hilang akal bila tada internet 
setakat online dalam BB . serius ta puas 

harap anda semua jaga diri 
jangan nakal nakal 

tata ! 


Sunday, September 16, 2012

hari malaysia hari indah . kahkah


hello readers yang gojes dan umphh 
selamat hari malaysia ! 

harini celik celik mata my dear terus mai ambik 
pi temankan dia kat kedai kereta 
pasang music player baru lah katakan . touch screen gitu 
semalam tukar tayar dengan rims baru 
hebat boyfriend aku sorang nih 
aku yang tatau apa pasal kereta , terus jadi tau 
hahaha

mohon tengok rims yang berkilat dan segak tu 
cecece ! 

kereta tu bini tua . aku ni bini muda 
untung laa bini tua dapat macam macam 
aku pon ta ketinggalan , dapat jugak sepasang kasut baru 
haha . memang adil dan pandai ambik hati sayangku ini 

memang sebelum ni aku berkira kira nak beli kasut macam ni 
tapi dok tangguh tangguh dari sebelum pi KL haritu lagi 
bila dia tanya aku nak beg atau kasut 
aku ikutkan dia ja . nasiblah dia pilih kasut , wee ! 
terima kasih sayang 

dia dah ada broadband 
so , tiap tiap malam berskype 
tadi dia beli headphone baru , dapatlah bercakap tanpa henti lepas ni 
teringat kenangan dulu dulu masa mabuk bercinta 
skype skype skype ! 
haish rindu 

otw hantar aku balik . i love you sayang !


: )


Friday, September 14, 2012

seram dan sejuk aircond tanpa selimut


kelmarin dapat call dari mak 
mak suruh aku temankan tok dekat hospital 
petang tu hujan memang lebat sangat 
tiada pilihan , motor terpaksa tinggal dekat office 
dengan rela hati , ery offer diri nak tolong hantar balik rumah 
nasiblah kelmarin dia cuti 
aku dah selalu sangat susahkan dia . huhu 
maaf sayang 

bila sampai rumah , terus siap siap ke hospital 
masa dekat hospital tu memang betul betul sunyi 
dalam wad tu ada dua katil saja 
katil sebelah memang kosong 
dia punya pintu balkoni memang tada langsir 
open camtu saja . pheww . mencabar bila tengah malam 

malam tu berjalan dengan lancar 
aku tidur atas kerusi yang digabung . asal boleh saja 
sebelum pukul 12 , aku dah tidur . letih sangat 
nak dekat pukul 1 , tiba tiba aku terkejut bangun 
aku dengar ada suara macam tersekat sekat 
tok mengigau , suara tok ta keluar butir perkataan 
bunyi macam suara terlekat dekat kerongkong . memang kuat 
aku kejutkan tok , banyak kali jugak . tapi tok ta sedar 
aku tepuk tepuk lengan tok 
bila dah stop bunyi , tok cakap dia mimpi bermain dengan ular 
aku dapat agak tok ta sedar sepenuhnya 
sebab dia bercakap dengan mata tertutup rapat 

serius aku takut masa tu 
aku call ery , konon ada peneman 
tapi malangnya lelaki itu memang tidur mati ta sedaq apa 
mula la aku nak fikir macam macam . mata dah meliar tengok sana sini 
dalam kepala malam jumaat , malam jumaat , malam jumaat 
aku tenangkan hati , cuba nak update status dalam fb
dengan harapan mana tau nanti ada jugak nak teman aku 
tapi bila nak update , semua error 
haish . sebelum aku tidur tadi kemain laju ja aku berfb
saat saat genting camni tiba tiba semua error 
aku cuba positif . aku pejam mata cuba tidur 
perut yang memulas memang buat ta heran dah 
bertuah sungguh kalau aku dengan senang hati nak pi toilet 
dah la toilet luas , cermin pon besar sangat 
memang dak lah kann nak pi sorang sorang . huhu 
aku tutup satu badan dengan shawl aku dan terus terlena 
malam tu setiap jam aku terjaga 

bangun pagi , ery call ajak breakfast 
orang tu cukup tidur , haruslah muka berseri seri 
weks , sayang ! b perli sayang . mohon terasa . haha 
aku dengan ta cukup tidur , ta mandi pulak tu , relax ja keluar pi merata 
jangan ditiru aksi sebegini 

aku tanya tok pasal kisah semalam 
tok cakap dia ta sedar pon aku kejutkan dia 
huhuhu 

di bawah , dialog seorang nenek dengan cucunya 

aku : tok mimpi ulaq apa semalam 
tok : ish , tatau . ta ingat 
aku : orang selalu kata mimpi ulaq ada orang nak masuk meminang 
tok : hahahaha . ada orang nak meminang tok ka 
aku : hahahaha . mana nak tau 
tok : tok mimpi bagi pihak cucu kot
* aku  tunduk malu * 
hahaha . okey . kelakuan atas ni memang gatai  

sekarang musim hujan 
duduk dalam aircond , memang boleh buat aku sejuk menggedik 

ini dalam wad tersebut 

ini tok kesayangan . semoga cepat sembuh 


tok memang sporting 
masa ni nak balik , mata tok ta boleh kena cahaya yang melebih lebih 
akibat pembedahan semalam 
tok mintak nak pakai rayban , aku bagi aku punya rayban 
hahaha . ta sesuai lansung . nampak gaya orang muda 
last sekali , mak bagi mak punya rayban 
keadaan pon terkawal 

:P 


Wednesday, September 12, 2012

gua sangat terkejut


rabu . 12 september 2012 . 9.02pm 

rutin biasa kat office , pagi pagi kemas apa yang patut 
sambil tu teringat nak message si busuk tu 
diam ja dari tadi . baru kejut dia tadi . tidoq balik ka apa 
tet tet tet . message masuk 
' surprise ! sayang ada kat bawah ' 
sambil turun tangga sambil terfikir 
eh tadi cakap nak mandi 
tiba tiba dah ada kat depan office 

aku masuk dalam kereta dia yang dah sedia ada kat bawah 
terus dipegangnya dahi aku 
pagi kelmarin dia pegang , memang dahi aku panas 
harini dah baik dah 
yalah . dah dua hari ta masuk office . memang lega lah . huhu 

tiba tiba dia bagi bunga kat aku 
wahh . apakah apakah apakah . rasa nak nanges 
bukan ta pernah dia bagi 
tapi yang ni rasa sebak sikit . tatau kenapa 
rasa segan pon ada . muka tebal lima inci kot . tacing ! 


terima kasih sayang 

* * * 

tengahari tadi lunch berdua dengan syaheed 
tengok dia beli donut , teringin la pulak 
yes , memang sedap 


mohon big apple lantik aku sebagai duta produk beliau 
kerana aku rasa aku layak untuk itu 
kah kah kah 

:)

Monday, September 10, 2012

you make me smile


dia gosok kepala aku . sambil cakap macam ni 
' macam mana la sayang nak lepaskan b dekat orang lain ' 

hm , serius aku tersentuh sangat 
memang aku selalu mintak dia lepaskan aku untuk orang lain 
kadang kadang bila dah banyak suara belakang yang berbunyi negatif 
rasa percaya aku yang baru nak bangun pon boleh goyang 
aku tatau nak percaya kan sapa 

hm . tapi aku nampak kesungguhan dia 
kalau nak cakap pasal kisah dulu 
semua orang ada kisah masing masing 
peduli apa dengan kisah dulu . kita hidup ke depan 
bukannya ke belakang 

* * * 

baru baru ni aku ke KL . bas sampai 4.30 pagi 
aku berjalan dari pudu ke BB dengan dia 
lepas tu patah balik ke pudu 
agak dalam pukul 7 ambik train ke bangi 
walaupun penat , dalam hati tersenyum ja 
hebat betul kaki aku 

memang aku bahagia sangat seharian tu 
asyik bergelak ketawa 
lansung tada rasa sedih . semua masalah aku letak tepi 
masa dalam bas , aku terlupa bawak sweater . dia pon ta bawak 
cuma yang ada towel dia saja 
dalam bas tu memang betul betul sejuk 
aku tersedar masa dia selimutkan aku 
saja aku ta bangun . aku tamau rosakkan saat tu 

terima kasih sayang 

masa ni nak balik dah , ada dekat puduraya 
ada nampak macam macik jual kuih dak . haha 

katanya dah nampak kurus 
tapi sayangnya gambar ni gelap 
ler ler ler 

suka sangat syoq sendiri 
ta menjemput pon cek yang kat sebelah ni . urghh 

macam pelik ja gambar ni 
haish 

sayang , 
katalah lepas ni kita ta bersama lagi 
biar la semua ni tersimpan dalam blog ni 
buat pengubat rindu

:')


sore eyes


harini rasa ta sihat 
bangun pagi mata dah bengkak , berair 
um . ta pasal pasal dapat sakit mata 
gagah jugak siap siap pergi kerja 
dah ta tahan sangat kat office , kemas barang 
terus balik . takut nanti berjangkit pulak kat orang lain 




Sunday, September 9, 2012

blur


banyak sebenarnya dalam fikiran aku ni 
tapi berat sungguh jari nak menaip 
tunggu lah masa yang sesuai 
 nanti mesti aku akan bercerita jugak 

take care !


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)