Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Sunday, November 27, 2011

bertandang di pelamin orang



selamat pengantin baru
nurhanim dan muhamad syarikin
ini ada dua perempuan yang suka buad semak majlis orang









perempuan perempuan ini berangan di majlis orang
sorang sorang dah lepas
sila lah masuk meminang kami
galak dan tutup cerita

untuk majlis di pihak perempuan
saya akan upload kemudian
sekarang masih dalam proses pemilihan gambar
ada sesetengah dah terlepas masuk dalam facebook saya

dan jangan lupa LIKE our page takatlututphoto
segala pertanyaan boleh lah hubungi saya






* psst ! seronok tengok orang kawen

: )



Thursday, November 24, 2011

tengok sini wahai orang orang kampung


pada sesiapa yang berada di sekitar kawasan kedah
dan berminat nak melantik
takatlutut photography
sebagai perakam hari indah anda
ta kira lah untuk suka suka atau majlis apa pon
bule lahh hubungi saya
harga diletakkan mengikut kemampuan anda

bukan keuntungan dicari tapi kepuasan diutamakan




hanya untuk yang serius sahaja
untuk pertanyaan boleh berhubung di facebook nuown
atau di page takatlutut photo sendiri

tengss !




* psst ! cari pengalaman lebih

: )




Wednesday, November 23, 2011

gambar kawen dan potato spring


tahniah team harimau muda
malam tu saya semangat tengok bola
bila nak ambek panalti
tangan sejuk jantung dup dap dup dap
sambil dok edit gambar kawen . sambil mengadap tv
saya pon tatau apa jadi kat semua gambar tu
heee


:: dua dua saya pulun ::


bila mata tengok depan
tangan buad kerja
hasilnya sangat buruk dan bule laa
hee




* * *

yang ni lain pulak ceritanya
tiap tiap petang lepas balik kerja
saya mesti kena makan potato spring
kalau bukan adik saya yang belik kann
mesti abah yang beli kann
untung lahh
memang selera saya bertambah tambah sekarang






* psst ! saya senang tanpa ada sesapa pon


: )



Sunday, November 13, 2011

my new life



lupakan kisah yang lama
dan nikmati kisah yang baru

saya nak tunjuk opis baru saya
depa semua sporting abes
suka merepek bagai dan sedikit gila
sedikit sebanyak buad saya happy dan bergelak tiap tiap hari
haha . setai

ahli - ahli nya adalah :
saya
syaheed
jan
wan
hafez



:: semak + semak + semak = rajin ::
meja saya



:: ehemm , no komen lahh . hehe ::



:: syaheed . you nakal okey . ahah ::



:: belakang sekali tu jan . haha muka ta nampak
tengah tu wan . haha muka pulun
depan ni syaheed . haha muka retis ::




* psst ! rezeki ada kat mana mana saja



: )



Friday, November 11, 2011

ni baru betul


wallpaper kat desktop lappy saya
selalu ingat kann diri saya






* psst ! kan kan kann


: )




bila dia dah berdengki



apa untungnya bila buruk buruk kann orang
bila dekat tau pulak larikan diri
senyap ta kata apa
bila dah jaoh menyalak ta tentu pasal
itu ciri ciri pengecut lahh

look at yourself
berdiri depan cermin dan nilai diri sendiri
hidung dah cukup mancung kahh
mulut da cukup seksi kahh
gigi dah cukup terbaris kahh
jalan da cukup macho kahh
badan dah cukup tuff kahh
mata dah cukup menawan kahh

see , kalau diri sendiri banyak kekurangan
jangan nak menilai orang lain
tapi kalau diri sendiri dah rasa semua dah cukup sempurna
tengok hati sendiri
dah cukup bersih kahh

hey , suda laa
jangan uji kesabaran saya lagi
awak nak maen sepuluh perempuan ka
nak kikis perempuan ka , tu awak punya pasal
tapi perlu ka berdengki dengan saya lagi
bukan ka family awak kaya raya
pakai itu dan ini
ta kann hutang saya yang ta seberapa tu pon ta bule nak bayar
sampai sebelum ni bergantung duet perempuan untuk hidup
saya dah bagi tempoh sebulan untuk awak setel hutang saya
tu pon dah kira saya cukup baik hati
apa lagi awak nak
nak saya dukung belai belai awak ka sayang

eww



* psst ! dah jenis buta hati
harus lahh


: )


Tuesday, November 8, 2011

awak di tapak kaki saya


semalam
dia terkantoi dengan saya
keluar dengan perempuan laen
betul betul depan mata saya
bule lak dia berjalan depan saya dengan rasa ta bersalah
bukan dengan perempuan yang still gf dia kat kl
tapi orang laen
saya tatau dia ada berapa banyak perempuan simpanan

tuhan sayangkan saya
dia tamau saya terluka dan tesesat lagi jauh
sebab tu dia tunjukkan depan mata saya

saya bersyukur

saya tolong dia
saya korbankan pekerjaan saya
saya kesiankan dia
saya pertahankan dia
tapi dia lansung ta reti nak menghargai
buad cerita buruk untuk selamatkan diri sendiri
bila saya nak bersihkan nama saya dengan family dia
semua orang lari
lansung ta pedulikan saya

saya terainaya
harap orang yang buad saya macam ni
ta kann hidup tenang
saya bersumpah dengan nama ALLAH SWT

lelaki yang jahanam untuk perempuan yang jahanam
dan yang pasti saya bukan perempuan jahanam tu
terima kasih tuhan



* psst ! cakap pandai tapi dayus

: )




Sunday, November 6, 2011

awak awak

awak

awak ingat ta lagi macam mana kita kenal

dan macam mana kita sekarang

saya selalu teringat dan kenang balik



* * *



. MAC .

first time nampak awak tengah breakfast dengan mama awak

masa tu awak balik hujung minggu

saya datang interview dengan mama awak

esoknya saya masuk kerja

kita ta banyak cakap

awak yang mulakan dulu tanya itu dan ini

Saya pernah tanya awak pasal blog

ingat dak dulu

sebenarnya saya tau semuanya tapi saja cari point nak sembang

kita jumpa bila awak balik kedah saja


. APRIL .

awak balik kedah lagi

dan awak selalu lepak kedai mama awak

saya senang tengok awak

satu hari tu awak nak buad balik sijil spm awak yang hilang

mama awak tada kredit dan dia guna phone awak call saya

awak saja tanya macam macam bila dah dapat number saya

malam tu awak mula msg saya

saya pakai maxis dan awak celcom

sanggup berhabis

sebab awak saya tukar pakai celcom

kita dah mula rapat

26 april 2011 awak minta couple

Saya dah mula sayang awak


. MEI .

kita bahagia sangat

first time kita dating atas moto dari alor star ke yan

first time awak pegang tangan saya

dalam perjalanan tu awak tunjuk lembu jogging

macam macam awak merepek

awak ingat dak awak cakap ada kubu jepun kat ruma saya

tapi saya kata tu tempat bini pesawah lepak

awak gelak kann saya

masa tu lansung tada masalah

kita ta pernah nak gaduh

kalau saya merajuk awak belikan saya cool blog

awak kerap balik jumpa saya

saya rasa disayangi sangat


. JUN .

awak mula cuti sem

dan awak stay kat kedah

saya rasa happy sangat dapat dekat dengan awak

awak buadkan cool blog ciptaan awak

ice blended milo campur oreo

mama awak tatau awak yang buadkan minuman tu

mama awak ada tanya saya apa yang saya minum sebab

ice blended tu nampak macam ta berapa nak jadi

tapi saya hargai sangat sangat

sebab awak berusaha buadkan untuk saya

pagi tu saya pi kerja

awak belikan saya bunga ros merah

saya terharu sangat sebab ta pernah lagi lelaki hadiahkan saya bunga

masa saya stay kat rumah anis

bila hari cuti awak datang ambek saya pagi pagi

kita maen badminton kat taman rimba

awak suka buli saya lari sana sini

tiap tiap pagi kita akan sarapan sama sama

awak cakap sebulan awak cuti awak nak bela saya sampai gemuk

saya pernah tada duet lansung

awak bawakan makanan kat saya

saya terharu sangat

saya ingat lagi nasi dengan sup ayam

masa kita sarapan awak patahkan number maxis saya

alasan awak number tu dah ta penting

sebab saya dah ada awak

saya terima apa yang awak buad

bila free haritu kita spend time sesama kat lenggong

masa tu saya dengar hanim tanya awak

awak saya sayang saya dak

dan awak mengaku depan dia yang awak sayang saya sangat sangat

masa tu baju saya jarang bila basah

awak jaga saya betul betul

awak selimutkan saya dengan tuala

saya rasa saya la paling bahagia bila awak dengan saya

tapi bila dah nak hujung bulan

saya dapat tau yang awak ada gf kat kl

hancurnya hati saya masa tu

saya ponteng kerja

saya menangis kat rumah

saya jumpa awak kat rumah toksu minta awak explain

saya ta sanggup nak tengok awak

saya ingat awak ikhlas tapi awak sembunyi status awak

awak dah tiga tahun dengan perempuan tu

saya rasa dipermainkan

esoknya saya datang kerja

awak cuba pujuk saya

awak lepak opis hanim dan buad kad untuk saya

awak kata awak anggap saya macam wife awak

awak minta maaf sungguh sungguh


. JULAI .

awak dah berjaya pujuk saya

awak suruh saya sabar

suruh saya tunggu bulan 11 dan balik kedah terus bila habis study

dan tinggalkan perempuan tu kat sana

saya sayangkan awak sangat sangat

saya cuba terima apa yang awak janji

awak dapat buad praktikal kat kl

saya makin yakin dengan awak bila awak balik jumpa saya

banyak tempat kita holiday

saya mula percaya dengan janji awak

masa ni kita dah mula gaduh sikit sikit sebab perempuan tu

yalaa , hati mana ta cemburu


. OGOS .

masa first day puasa

kita webcam

kita buka puasa sama sama dalam skype walaupun kita jauh

saya rasa dekat sangat dengan awak

budak lelaki dalam fb saya habis awak delete

kawan kelas saya pon awak delete

alasan awak sama saja

saya dah ada awak dan saya ta perlukan mereka tu

saya terima saja apa yang awak buad

sebab saya nak jaga hubungan kita

awak nak saya deactive tiga acc fb saya yang lain

saya ikut apa saja kemahuan awak sebab saya sayang awak

pertengahan puasa awak balik shopping raya dengan saya

kawan awak cakap depa dah bosan dengar awak bercerita

nak balik shopping dengan saya

depa kata awak excited sangat tiap tiap hari bercerita

depa pon yakinkan saya yang awak sayang saya

tapi kita mula gaduh gaduh sebab perempuan tu lagi

awak pujuk saya dan saya sabar


. SEPTEMBER .

dua hari nak raya kita shopping lagi

awak cari kann mana mana keperluan saya yang ta cukup

walaupun awak berebut masa dengan family awak

awak tetap nak temankan saya

hari raya pertama awak datang rumah saya

kita sedondon warna biru walaupun kita ta rancang

hari raya kedua saya beraya rumah awak

dan hari raya ketiga kita bergaduh teruk

kita putuskan hubungan kita sebab salah faham

saya sedih sangat

awak lansung ta layan msg saya

malam tu saya dapat pujuk awak balik

kita wat photoshoot sesama sebelum awak balik kl

lepas tu kita selalu bergaduh

awak pernah halau saya dari kedai mama awak

dah banyak kali awak cakap macam tu

dan paling kritikal bila mama awak dapat tau perempuan tu dengan awak

dia marah perempuan tu depan saya

satu hari saya terpaksa berdepan dengan mama awak yang tengah mengamuk

bila mama awak halang perempuan tu dengan awak

perempuan tu letak nama saya sebagai gf awak

bila mama awak nak call awak nak marah marah awak

saya halang mama awak . saya cuba pertahankan awak

tapi saya yang kena marah

saya ingat lagi ayat mama awak

‘ awat . sayang sangat kat dia kaa ‘

lepas kes tu dah slow

saya dengan awak dah selalu sangat bergaduh

hujung bulan tu saya dah ta tahan dengan awak

saya berhenti kerja dengan mama awak

sejak sejak saya berhenti

mama awak lansung ta pernah nak layan saya

padahal sebelum tu mama awak baek sangat dengan saya

saya pon tatau apa sebab mama awak buad saya macam ni


. OKTOBER .

bulan ni penuh dengan kesedihan

saya sayang mama awak

saya cuba merayu kat mama awak

macam macam msg saya hantar ta direply call pon ta diangkat

sedih sangat masa tu

kerja hilang dan awak pon dah tada dengan saya

saya down sangat sangat

kawan kawan saya yang banyak bagi support

saya hilang selera makan

saya jadi teramat kurus tada tenaga

bila saya sorang sorang kat rumah tiap tiap hari saya menangis

saya asyik tanya diri saya sendiri

kenapa tuhan uji saya macam ni

awak datang balik dan kita berbaik

awak pujuk saya dan suruh saya sabar

tapi tiap tiap minggu jugak kita gaduh

semua sebab perempuan tu

21 oktober saya pergi kl jumpa awak

Kita holiday sama sama dengan member

saya ingat kita dah okey

tapi mama awak dapat tau awak menipu pasal holiday tu

awak cakap awak teruk kena marah

dan keluar cerita buruk pasal saya

bila saya nak undur diri

awak pujuk saya . awak bagi sokongan kat saya

saya set dalam mind saya bulan 11 dah nak dekat

saya suruh diri saya tunggu awak

nanti saya dah bule dekat dengan awak

kita ta kann gaduh gaduh lagi

dan perempuan tu akan hilang


. NOVEMBER .

awal bulan saya start keja

tapi saya terkilan dengan awak bila awak cakap awak nak stay sana lagi

sampai hujung bulan 11

awak tau dak bertapa susahnya saya nak pujuk hati saya

saya dah mula give up

dan saya mula menyesal sebab tunggu awak

tapi hanim nasihatkan saya

kalau saya bule sabar berbulan bulan lamanya

ta kann sampai habis bulan 11 saya ta bule sabar

dan saya terima nasihat dia

saya tunggu awak balik raya haji

tiap tiap hari saya tanya awak bila awak nak balik

awak tau dak saya rindukan awak sangat sangat

4 haribulan awak dah sampai kedah

tapi awak diamkan diri tada berita

saya menangis satu hari

saya call banyak kali satu pon awak ta angkat

rasa sayang saya hilang macam tu saja

saya rasa betul betul dipermainkan

saya benci awak sangat

dan saya buad keputusan kita putus

saya jumpa awak dan saya bagi balik

barang barang yang pernah awak hadiahkan kat saya

saya lansung ta tengok muka awak

masa saya balik saya harap sangat awak halang saya

saya harap sangat awak ikut saya

tapi harapan ja macam tu

awak lansung ta kata apa

saya sedih sangat

macam ni ka orang yang saya sayang selama ni

orang yang saya tunggu selama ni

sampai sekarang saya rasa menyesal sangat

selama ni saya pujuk hati saya

saya cuba abaikan perempuan tu

hati perempuan mana yang boleh sabar macam ni

tapi saya buad buad bule terima

kenyataannya tiap malam saya fikir saya nanges sorang diri



* * *



awak cakap awak ta kan kawen dan

jangan harap saya pon akan kawen jugak

sampai sekarang awak diamkan diri

semalam bila tengok tv dengan family saya

adek saya cakap kuat kuat

‘ eh along ! orang kat tv tu macam abang kerry laa ‘

sebaknya hati saya tuhan ja taw

saya tau kita memang ta kan bersama lagi

family awak dah salah faham pasal saya

saya dah penat nak pertahan kan sorang sorang

dan mesti family awak akan anggap saya jahat dan awak saja yang betul

saya hormat mama awak

dan saya tau awak ta kann berani kata apa

bila seluruh family awak masuk campur dalam hubungan kita

saya rasa saya terainaya

saya tatau apa yang awak cerita kat family awak

dan saya tamau ambik tau

saya selalu cakap dekat hanim

kalau boleh saya tamau tau kebenaran sebab

kebenaran selalu menyakitkan saya

saya rela ditipu seumur hidup tanpa pengetahuan saya

sebab tu bila awak msg saya suruh saya menipu mama awak

saya ta pernah tanya apa yang awak dah cerita sampai suruh saya menipu


awak

saya lepaskan awak




* psst ! tuhan sentiasa ada bagi pihak yang benar


:’ (



korban


salam aidiladha

saya dah korbankan cinta saya
saya rasa cukuplah
dia tau saya macam mana
tapi dia lansung ta mempertahan kann saya
saya berusaha sorang sorang bersihkan nama saya
tapi tada lansung hasil
apa yang dia tau
dia nak lepaskan diri dia dari masalah


* * *


hati :
nurul , awak nak ka lelaki macam tu
tada tanggungjawab
sikap lepas tangan
lari dari masalah
penipu
cakap berbelit
ayat manes manes memanjang
pentingkan diri sendiri
talam dua muka
curang

otak :
saya sedar semua tu
tapi hati dah sayang
semua yang buruk ta nampak
walaupun tau kenyataan saya tutup mata
saya cuba sabar

hati :
memang awak sabar
bila sabar dah kurang awak memberontak
dia pujuk sikit awak dah cair
awak ingat balik kenangan awak
dan awak ta jadi nak memberontak
tapi sampai bila awak nak pujuk hati sendiri
sampai bila awak nak simpan kenangan
sampai bila awak nak tunggu

otak :
saya dah banyak kali nak tinggalkan dia
tapi saya ta boleh nak buad
susah

hati :
saya kesian kann awak
awak ta penat ka menangis untuk orang yang macam tu
tolonglah nurul
tolong lupakan dia
ramai lagi orang baik baik
yang ta kan buruk buruk kann awak
yang akan menjaga awak susah senang
dan bukan masa susah dia tinggalkan awak
memang awak sunyi sebab awak ta pernah nak cuba curang
hp awak ta berbunyi lansung bila single
tapi tuhan tu ada
mungkin dia nak awak dekat dengan dia
sebab tu dia takdirkan awak macam ni

otak :
saya cuba untuk diri saya

hati :
awak tahu nurul
semua benda jadi bersebab
biar lahh dia seronok dengan dunia dia macam tu
bila dia dah matang nanti
dia akan fikir balik apa yang dia dah buad
masa tu baru dia menyesal
tapi sia sia sebab dah ta boleh nak patah balik
tuhan dah tunjuk macam macam kat awak
satu satu perangai dia yang ta elok
fikir la nurul untuk masa depan awak
awak dah banyak berkorban

otak :
ya saya tau
saya pon bukan baik sangat
tapi sekurang kurangnya saya ta menyakitkan hati orang lain
saya harap tuhan kuatkan diri saya




* psst ! saya akan pesan diri saya
insyallah


:' (





Saturday, November 5, 2011

ada yang sayang , bule la macam ni



jika kamu memancing ikan
setelah ikan itu terlekat di mata kail
hendaklah kamu mengambil ikan itu
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup

begitulah juga
setelah kamu memberi banyak harapan kepada seseorang
setelah ia mulai menyayangi dirimu
hendaklah kamu menjaga hatinya
janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja
kerana dia akan terluka dengan kenangan bersamamu
dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu


* * *


jika kamu menadah air biarlah berpada
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
j
anganlah menganggap ia begitu teguh
cukuplah sekadar keperluanmu
apabila sekali ia retak
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula
akhirnya ia dibuang
sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi

begitu juga jika kamu memiliki seseorang , terimalah seadanya
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa
anggaplah dia manusia biasa
apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya
sedangkan jika kamu memaafkannya
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya


* * *


jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu
mengenyangkan dan berkhasiat
mengapa kamu cuba mencari makanan yang lain
terlalu ingin mengejar kelazatan
nanti nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya
lalu kamu akan menyesal

begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu
menyayangimu dan mengasihimu
mengapa kamu mencari yang lain dan mengejar kesempurnaan
nanti kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
lalu kamu juga yang akan menyesal




* psst ! hanya orang berusaha nak faham
yang akan faham maksudnya



: |



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)