Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Wednesday, September 28, 2011



menyepi seketika
kalau hati saya dah tenang
saya akan kembali
terima kasih
pada yang mengikuti perkembangan saya



:' (




Saturday, September 24, 2011

terasa dalam hati yang paling dalam



kalaulah seseorang bergelar ibu tak ada kat umah
alangkah tenteramnya hidup ini
boleh buat apa yang anda suka
boleh belengkar kat depan tv tanpa sebarang gangguan
pendek kata

BEBAS !

tapi hairan
bila dia betul betul pergi yang bermaksud pergi selama lamanya
anda pula terasa separuh mati

sehari dua memanglah best
tak ada yang menjerit mintak tolong kat dapur
tak ada yang komen itu ini
tak ada lagi yang boleh menentukan pakaian anda
tak ada lagi yang boleh halang anda keluar bersuka ria
tak ada yang nak marah anda
semua anda boleh tentukan sendiri jalan hidup anda

tapi masuk hari ketiga
mula terasa kehilangan
bila tuala mandi dah berbau
tak tau la mana nak cari yang baru
colgate dah nak habis
tak tau kat mana dia stock up
air suam dah habis
malas nak masak

masuk hari keempat
rindu mula terasa
apabila rindu mencengkam
semuanya jadi tak tentu arah
tengok tv cerita best pun jadi tak best
nasi bungkus favorite jadi tak favorite
makan kat 5 star hotel jadi rasa macam makan kat kedai AA
lebih lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun
dengan baju kotor
toilet dah mula licin berdaki
lantai dah melekit tak di mop
setiap malam sunyi
baring atas katil tengok siling
bila keseorangan macam ni barulah rasa benar kesepian

masa ni barulah sedar betapa pentingnya ibu
kalau boleh tu
tolong la dia buat kerja rumah
bukan duduk depan tv liat nak bangun menolong
apa yang anda bagi tu ingat cukup ka nak bayar susah payah dia untuk anda
kadang kadang bila poket anda orang kering
dia la tempat anda meminjam

tak kesian ka tengok ibu anda ?
dah la satu hari kerja mencari duit
balik pulak kena buat kerja rumah lagi

untuk lelaki
kalaulah anda di beri peluang jadi seorang ibu
rasanya anda pon ta mampu nak menanggung
dan untuk perempuan pula
apa yang ibu kita lalui sekarang
kita akan juga merasa suatu hari nanti



* * *


apa yang saya nak sampaikan
hargailah seseorang tu sementara dia masih ada
sementara anda boleh mendengar gelak tawa dia
sementara anda boleh mendengar leteran dia
boleh membuat dia tersenyum
boleh membuat dia berbangga dengan anda
dan sementara anda boleh tunjuk yang anda sayangkan dia
bukan setakat ibu saja
tak kira lah sesiapa pun
bapa , tokwan , nenek , kakak , abang , adik
girlfriend , boyfriend ataupun kawan

mereka mereka ini lahh insan istimewa
biarkan mereka terus membebel
merengek atau mengilai seperti pontianak
dan saya yakin
perangai buruk dan pelik macam ni lah
akan melekat dalam ingatan kita
dan membuat kita tersenyum bila teringatkannya




* psst ! saya sayang orang orang yang sayang saya

: )




Friday, September 23, 2011

kawan susah senang


lagu tema dunia nuown ni buad saya sedey
dan menangis
ya saya suka menangis
saya hanya harapkan kawan kawan saya ja sekarang
untuk buad saya lupa dia terus
saya kena selalu baca nasihat yang depa bagi
ya allah
kuatkan la semangat saya


* * *


hang mau lagi ka org macam tu duk jual maruah ang kat umum
kalau org tu sayang kita dia takkan jual maruah kita tau
ni baru sikit
dah la wahida
cukup la
aku tau susah nak lupakan dia
tapi mau ka selalu ang sakit
aku dah ta sanggup dah tengok ang kena main dengan dia
ang mau ka dia tulis bukan bukan pasal ang kat fb
ibarat maruah kita ni di kaki tau
tah la . aku bukan nak menghasut ang ka apa
aku kesian kat ang
ang punya jaga hati mak dia
jaga hati dia
ang setia kat dia
setia kat mak dia
tapi apa dia bagi ang
air mata ja
sat sat dengar ada perempuan
sampai bila pon ta kan berubah
aku ingat sekali dua tapa la
tapi ni dah berkali kali
laki macam ni bukannya sayangkan kita
ta payah la

- idatul -


* * *


ang ta payah la terima sapa sapa lagi dalam hidup ang
ang relax dulu

- syaheed -


* * *


sudah la nurul
ang ta serik lagi ka
memang susah nak terima orang lain
tapi apa dia buad kat ang ta padan lahh
pikir leklok

- anis -


* * *


terima kasih kawan
walaupun ada yang mendekati saya
saya ta dapat bagi perhatian
hati saya masih rasa kosong
maafkan saya
saya harap semua ni berlalu dengan cepat



* psst ! hm

:' (




di saat aku mencintaimu


di saat aku mencintaimu – dadali


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku


Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku



Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



* psst ! selamat tinggal

: |




Thursday, September 22, 2011

binatang pon nak sosial jugak



nak cari hiburan ?
mai nak bagi
sekadar kurangkan tekanan membaca
apa salahnya kann
hee

* * *

apa akan jadi kalau semua binatang ada facebook ?
agaknya macam ni la kann status binatang binatang tu

kutu : baru lepas ronda kepala minah . alhamdulillah kenyang
cicak : isteriku tersepit kat celah pintu . sobs
kucing betina : anak i yang nombe 3 tanya sapa bapaknya
i pon ta pasti lahh
ayam : geng ! kalau aku ta update status esok
maknanya aku dah jadi lauk makan tengahari cik meon laa . doakan aku
nyamuk : sekali gua hentam si penagih . ta pasal pasal gua HIV positif
uwaa ! menyesal beb
kucing : baru add awek sebelah . keturunan parsi beb
babi : bengang laa ngan orang tu . kucing dia yang berak merata
nama aku lak yang disebut sebut . siasat dulu bro


ngee
haru biru la kann
nasib ta jadi macam tu




* psst ! mengantuk ya amat

: )



Tuesday, September 20, 2011

nyawa kita tanggungjawab kita


dengan serangan si kecik
menyebabkan taman nuri tenggelam dalam asap
nak taw sapa si kecik
ni haaa kat bawah ni


saya tatau sapa mangsa kali ni
sumpah takot kena denggi
ta pasal pasal sebab si kecik ni menggigit
kita bule pi dulu
jangan main main
kecik bukan sebarang kecik
macam saya jugak okey
HAHA

kejadian kejadian ini jugak buad baju baju saya busuk
salah sorang kat bawah ni kami berkenan sebab kacak
haha , dan lagi tuu
ehem . saja main main okey



jadi untuk menggelakkan baju jadi busuk
jagalah kebersihan
peace !



* psst ! awat selalu sangat taman nuri tatau


: |



Saturday, September 17, 2011

bercerita tentang dua orang ni


kenapa saya rasa ta sedap hati
sejak keluar dengan anis tadi
bila nak balik
terus rasa lain
rasa sedih yang tatau nak kata camna

ya allah
permudahkanlah hari hari ku


* * *


okey fine
saya dah baik dengan dia
saya tau ramai yang ta suka kami baik balik
tapi saya sayang dia
saya macam terikat dengan dia
tatau kenapa
macam dulu
saya penah kata
saya nak jauhkan diri dari segala yang ada kaitan dengan dia
mesti ja ada halangan

apa apa pon
saya sayang dia

pasal entry2 sebelum ni
maybe saya dalam keadaan emosional
harus laa berlaku pada setiap orang kan
saya ta dapat nak agak apa nak jadi lepas ni
saya boleh merancang
tuhan yang menentukan

apa apa pon
saya sayang dia lagi

kalau selalu sangat gado
lama lama akan jadi kebiasaan
saya akan cuba untuk kurangkan bergado
saya nak hubungan ni kekal
tapi ada saja masalah yang akan datang
insyallah , yang baik kann selalu kalah dulu
amin

apa apa pon
saya sayang dia lagi dan lagi

okey
mana mana perangai saya yang ta elok
saya akan kawal
harap harap lah kann

apa apa pon
saya sayang dia lagi lagi dan lagi

dan kalau saya kata saya benci awak
saya bencikan perangai awak dan bukannya diri awak


* * *


kepada noor idatul hanim
sumpah sedey bila makin hari makin dekat ang nak tinggal aku
ha laa
selama ni aku dengan ang ja kot selalu merepek
masuk keja ja
menempek kat opis ang
cerita apa yang boleh cerita
ada masalah kita share sesama
dapat setel ka ta dapat setel ka ta kisah
janji masing masing dapat hiburkan diri
happy kann
dari last year kita keja sesama
bila dah resign
masing masing bawak haluan
pastu bila dapat kerja
dapat kat satu bangunan lak
dan sekarang ang nak bawak diri ke penang
dah terpisah dah kita
tapi mana taw kan
lepas ni aku pon lepas ke penang
mudah mudahan



* psst ! harus lahh sayang awak dan awak sekelian


: )




Thursday, September 15, 2011

sad sad sad



Ianya terjadi lagi

Mesti anda dah bosan kann dengan cerita saya

Bila saya sedey mesti saya akan cari blog saya

Saya tada sapa nak bercerita

Harap anda faham

Semua dah berakhir

Dia sangat melampau

Memalukan saya depan semua orang

Saya ada hidup saya

Dia tada hak nak buad saya macam tu

Sebab masalah kecil segala galanya jadi besar

Saya takkan maafkan dia

Saya bukan pemaaf

Kawan saya Tanya

Kenapa saya lansung ta membalas

Maruah saya dipijak pijak camtu

Hmm . kalau saya membalas

Keadaan jadi lebih teruk

Nama saya busuk

Orang lain akan menilai kita

Kalau kita bercakap buruk , buruk lahh kita


Dan harini 15 September

Saya cuba untuk terima semua ni

Saya datang kerja macam biasa

Dan saya bersedia nak bebincang dengan mama dia pasal kerja saya

Selama ni saya bertahan pon sebab dia

Sekarang dah tada apa lagi

Buad apa saya nak susahkan diri


Tapi macam biasa

Tetap ada halangan untuk berterus terang

Saya ta faham kenapa saya susah sangat nak lepas dari suma ni

Mama dia call

Ta dapat datang sebab demam panas

Dan abah dia pon sakit

Mama dia minta saya tolong belikan makanan

Depa lansung ta makan apa

Saya ta sampai hati tengok depa macam tu

Walaupun anak depa buad macam macam kat saya

Rasa kesian saya masih ada

Saya bule ja nak balas dendam kalau saya nak

Saya bule ja nak lari dari kerja saya

Tinggalkan macam tu saja sementara depa susah skang ni

Tapi saya ta macam tu


Hmm . saya yang dimalukan dan dihina ni la

yang nak tolong mama abah dia

tapi si anak ta pernah nampak suma tu


nasiblah kan

manusia mana pernah sedar

mereka anggap mereka ja betul dan orang lain salah

sebenarnya kita ta pernah kenal diri kita

perbuatan kita mencerminkan diri kita

saya ambil tindakan mendiamkan diri

yang tu ja boleh selamatkan saya


nanti mama dia dah sembuh

dapatlah saya tinggalkan semua ni


sebelum ni saya ada plan nak buad something untuk dia

ya . memang malam semalam saya keluar

saya keluar survey barang

saya nak kira bajet untuk plan tu

tapi semua dah hancur

hati saya hancur dan plan saya hancur

tapalah . maybe saya boleh bagi plan tu untuk orang lain nanti

dah tada rezeki untuk kami


dan masa saya habiskan ayat ni

keluar lagu tema kami kat radio

‘ marry you ‘

ntah napa rasa sayu sangat

mungkin dia ta kan rasa apa yang saya rasa

hmm



*psst ! tenangkan hati


:’ (



Friday, September 9, 2011

untuk H * bukan nama sebenar


masa kami berdua berseronok seronok
begelak gelak
dia kembali lagi setelah berbulan menghilang

saya tatau nak buad macam mana bagi dia benci saya
saya menerima dia sebagai kawan
tapi dia yang buad keadaan lagi susah
menolak saya sebagai kawan
dan mengharapkan saya untuk dia

ya
saya kesian kann dia
dia taw saya dah berpunya
saya taley nak buad apa
selepas semalam
dia dah mula membenci saya
saya berjaya buad dia benci saya
tapi saya masih anggap dia kawan saya

* * *

H (bukan nama sebenar)
saya taw awak akan buka blog saya ni
maafkan saya sebab jauhkan diri saya dengan awak
saya sayangkan bf saya
bagilah peluang saya merasa bahagia
saya dah lalui macam macam keadaan dengan dia
awak pon taw kann
saya pernah luahkan kat awak dulu
awak pon pernah nasihatkan saya
saya ta kann lupakan jasa baik awak
terima kasih



* psst ! harap jangan salah pilih


: |



Tuesday, September 6, 2011

merajuk punya pasal


kalau saya merajuk
mesti saya akan dapat banyak misscall
sungguh !

tengok ni




haha
betol kann
ta termasuk selepas tu lagi
kenapa buad macam tu ?
laa . dah nama pon merajuk
mana bule angkat call kan kan kann
hee



* psst ! terok kan saya

: )



berkasih dan bercinta - part II


silakan mencuci mata sampai buta
hehe








* psst ! ta berani jamin ada part III atau ta
bergantung pada kerajinan


: )



Monday, September 5, 2011

berkasih dan bercinta



hari ni dah hari raya keenam
tatau nak start dengan apa
saja nak bagitaw
hehe


selepas kekecewaan melanda pada hari raya ketiga
yang sangat mengerikan tu
saya kembali ceria

untuk mengubat satu hari yang merugikan tu
saya membuat permintaan pada sayang saya

khairi - bukan nama sebenar
bahawa saya nak bergambar puas puas dengannya
sebelum dia berangkat balik ke bangi
dan dia pon bersetuju tanpa banyak songeh
saya gembira lagi

saya memaksa seorang lagi mangsa
untuk menjadi jurugambar
anis - bukan nama sebenar
dan dia pon bersetuju tanpa banyak songeh juga

lokasi yang sangat popular dihati saya
rumah tok su , alor setar kedah

sayang saya ikut saja apa kehendak saya
dan saya jugak gembira buat kesekian kalinya
bahagia sungguh bila orang tersayang mengikut
apa saja kemahuan saya
hoyeah !

apa perasaan anda bila saya membebel panjang sebegini
haha
kesian anda
ta sabar nak tengok gambar eh
maaf la . saya sedang melepas gian untuk menulis
sehinggakan tangan saya laju menaip tanpa henti
baiklah mari saya tunjukkan gambar gambar tersebut
yang diedit oleh
nurul - juga bukan nama sebenar

ayat ayat diatas bule tahan skemanya kan
harap terima segala yang dipaparkan
terus dari hati saya
peace !




cinta saya untuk awak
hargainya sementara masih ada
insyallah
dengan izin tuhan
kita dapat bersama selamanya




* psst ! saya cuba untuk jiwang

: )



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)