Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Saturday, August 20, 2011

susahnya jadi perempuan



susahnya jadi perempuan
ouh , betul ka ?
jum kita nilai sapa yang susah sebenarnya


* * *


soalan 1 :
adoila , situ kena tutup , sini kena tutup
susah la . napa laki senang ja
tak pakai baju pun takpa

jawapan 1 :
ouh cik adik
lelaki auratnya hanya pusat ke lutut
tapi awak ?
saya ta dapat melihat kulit awak
kecualilah mka dan tangan
awak ta mungkin akan teransang kalau melihat saya berseluar pendek
tapi kalau sebaliknya , jangan kann saya
tok imam pon akan tercabut serbannya melihat awak berseluar pendek !

soalan 2 :
kenapa selalunya isteri ja kena minta izin suami
kalau nak kuar mana mana
yang si suami ta pernah pon nak bagitaw apa ponn

jawapan 2 :
isteri kena taat pada suami
suami perlu taat kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya
kenapa isteri perlu taat pada suami ?
sebab suami lahh yang akan menanggung dosa isterinya

soalan 3 :
kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakit nak bersalin ?
yang suami rileks jaa
masa nak buat anak baru nak cari isteri

jawapan 3 :
setiap kali seorang wanita mengandung dan melahirkan
wanita itu didoakan oleh sekelian makhluk dan malaikat
diandaikan meninggal masa bersalin
akan dikira mati syahid dan ganjarannya syurga


soalan 4 :
islam suruh isteri wajib taat pada suami
tapi islam ta kata pon suami perlu taat pada isteri
mana keadilannya ?

jawapan 4 :
akhirat nanti
lelaki akan diminta bertanggungjawab keatas empat wanita
siapakah wanita tersebut ?
mereka ialah isteri , ibu , anak perempuan dan adik perempuan
tahu kahh maksudnya ?
di akhirat nanti
wanita akan dibantu oleh empat lelaki
mereka ialah suami , ayah , adik atau abang dan anak lelaki
beruntungnya perempuan !


* * *


demikian lahh
beruntungkan jadi perempuan
apa lagi yang kita nak
Allah tu maha adil



* psst ! saya perempuan , saya bangga

: )






pertengahan puasa



heyy !
baju raya saya dah siap
tapi tamau la tunjuk lagi nanti hilang seri raya
wekss ! ngada lebey
cuma tinggal nak cari shawl
ada bajet lebey
bule angkat skali handbag dengan kasut
huhu
harapan laa

last week en.cinta sempat temankan saya shopping
tapi ta beli apa ponn
kami dari
alor star - sg.petani - pdg besar - alor star
suka sangat wat keja gila kann
punya jauh mencari baju raya last last
city plaza jugak yang dicari


:: muka wajib yang harus ada ::



:: tikus dalam keta dah makan separuh * tipu !
ehemm . . sayang , awak ingat lagi dak kisah kek span ni
hahahaha ::




* psst ! ta sabar nak raya sekali dengan sayang saya

: )




Monday, August 15, 2011

chenta hati saya



saya suka jalan jalan sambil pegang tangan dia
rasa selamat sangat
saya suka bergelak bersama sama
rasa enjoy sangat
saya bukan setakat anggap dia sebagai boyfriend
saya anggap dia macam kawan baik
saya anggap dia macam teman hidup saya jugak
dengan camtu
saya bule share apa saja dengan dia
tanpa rahsia

ramai orang perhatikan kami
mungkin sebab dia besar dan saya kecil
tapi apa saya kesah
janji saya happy

* berhenti menaip sebentar *

saya baru lepas cakap dengan dia dalam phone
si dia sedang berkemas kemas
dah nak balik bangi
saya tamau dia taw saya nanges
saya cuba sembunyikan
tapi air mata saya laju ja turun
tatau kenapa
sedih kahh
hmm , maybe kot
bila dia balik
dia saja yang sudi melayan kehendak saya
saya rasa macam special sangat
saya hargai apa yang dia buat untuk saya
bila dia tada
mana ada sapa nak melayan saya
rasa kosong

bila berdepan dengan dia
bila kami berbincang pasal kami
saya ta berani nak bertentang mata dengan dia
saya takot saya menangis depan dia
saya ta suka tunjuk saya sayangkan dia
nanti saya lemah !

dia selalu tanya saya
" b sayang syg dak ? "
saya jawab
" DAK ! "
tapi dalam hati
tuhan saja yang taw

saya akan tunggu dia balik
saya harap sangat lepas ni kami ta gado gado lagi
orang yang bersabar
ganjarannya besar
insyallah



* psst ! satu hari memang ta cukup untuk saya dengan awak
saya nak selama lamanya
bule kann

: )



Saturday, August 6, 2011

bahagia sangat masa tu , tapi . . .



awak ,

awak tahu kann saya suka sangat cool blog

dulu awak rajin belikan untuk saya

kalau saya merajuk awak pujuk saya dengan cool blog

awak cakap senang nak pujuk saya

bermodalkan Rm3.50 saja

terus saya buad muka teduh saya

bahagia sangat masa tu


masa awak cuti sem haritu

pagi pagi lagi kita dah keluar

maen badminton

walaupun ta pandai sangat

kita tetap enjoy kann

awak buli saya

saya yang banyak lari sana sini

agak dah penat maen

kita singgah tambah lemak kat kopitiam

bahagia sangat masa tu


bila awak dah balik kl

kalau ada modal sket

awak akan turun kedah jumpa saya

saya ambil awak kat shahab

dengan muka ta mandi awak

dari jauh dah senyum kat saya

awak ta kesah pon duit awak habis

awak ta kisah pon penat awak dalam bas

awak tetap bawak saya jalan jalan

bila dah malam , masa kita bersama dah habis

awak kena balik

berat sangat hati saya nak lepaskan awak balik

awak ta kesah letih awak 6 jam masa balik kedah

letih awak bawak saya jalan jalan

letih awak 6 jam lagi untuk balik kl

bahagia sangat masa tu


saya selalu merajuk

dah memang perangai saya lahh awak

awak jadi ta tentu arah

berpuluh puluh msg awk send

saya lansung ta reply

call awak pon saya ta jawab

awak cari kawan saya

minta pendapat dia

awak beli bunga

awak beli teddy bear

awak buad kad

semua tu untuk pujuk saya

bila saya tengok awak sungguh sungguh

saya terus sejuk

bahagia sangat masa tu


malam malam kita selalu skype

kadang kadang kita sampai tetido depan lappy

saya suka tengok awak

macam macam cerita kita share

sebelum kita offline awak selalu bagi teka teki kuda laut awak

tiap tiap hari awak tanya saya benda yang sama

walaupun saya dah tahu jawapannya

saya tetap jawab

dan lagi satu

awak ingat ta cara kita ‘byebye’

tangan diterbalik kann ke bawah

hehe

bahagia sangat masa tu


tapi sekarang


kita dah berpisah

semua tu dah jadi kenangan

ya , saya yang minta kita putus

tapi bukan sebab saya dah ta sayang awak

tapi sebab awak lebih pentingkan diri awak

dari hubungan kita

awak suruh saya tunggu

sampai bila saya nak tunggu

hati saya sapa nak jaga


tiap tiap hari bila saya terfikirkan awak dengan perempuan tu

hati saya sakit

sebab tu saya selalu moody dengan awak

susah kah nak faham perasaan saya

walaupun awak dah terangkan kenapa awak stay lagi dengan dia

saya ingat saya bule terima

tapi bila dah lama macam ni

saya ta tahan lagi

sabar saya dah hilang tatau ke mana


kalau lah saya bule delete segala benda dalam kepala saya

dah lama saya delete awak

saya tamau ingat lagi

tapi semua kuasa tuhan


awak

saya sedey

saya sedey awak jadi macam ni

saya sedey awak masih tamau berubah

saya sedey




* * *


dalam kereta . sunyi sepi

tiba tiba dengar suara awak saja

‘ b , syg sayang sangat dekat b ‘

saya nak awak ulang apa awak cakap

saya saja buad buad ta dengar

awak ambil tangan saya dan cium

terus awak ulang lagi sekali

‘ syg sayang sangat dekat b ‘


bahagia sangat masa tu




* psst ! airmata saya dah kering

: )



Friday, August 5, 2011

dia bukan untuk saya



awak akan menyesal

betol cakap mama awak

awak lansung ta matang

saya dah bagi banyak peluang kat awak

dan peluang terakhir awak dah guna

depan orang awak berani cakap macam macam

tapi ada awak buad macam yang awak cakap ?

lansung tada


saya ingat lagi first time kita jumpa

masa tu saya datang interview ngan mama awak

saya ingat awak sombong

saya lansung malas nak tegur awak

awak dapat nombe saya pon kebetulan bila mama awak tada kredit

start dari situ kita kenal rapat

sampai lahh bila awak terkantoi awak ada gf

sejak dari tu kita banyak gado

saya pon banyak minta putus

tapi disebabkan awak sanggup buad macam macam

saya still terima awak

keputusan saya tu memakan diri saya balik

okeyy , saya terima sebab saya sendiri yang buad keputusan

tapi dah banyak kali saya bersabar

telan ja apa yang awak buad kat saya

sekarang saya ta mampu nak telan lagi


saya kesian kat mama awak

tiap tiap hari dia bercerita pasal awak

macam macam

tambah tambah bulan posa camni

dia bagitau saya awak selalu sembahyang terawikh

tapi saya rasa awak ta pi pon kann

kesian mama awak

dia harapkan awak buad benda baek baek belakang dia

tapi tengok lah sendiri belakang dia awak jadi macam mana


saya taw saya pon bukan baek sangat

tapi bila ibu bapa harapkan kita camtu

saya jadi sedey

saya cuba bayangkan mak dan abah saya macam mama awak

memang depan kita depa ta kann cakap apa

depa dah banyak berkorban

kita ja ta nampak

tapi kita kat belakang dah menyimpang jauh

saya ingatkan diri saya jugak


kepada pompuan tu

kalau awak nak kann dia

awak jaga la dia baek baek

kenapa awak lagi sokong dia buad kerja ta elok tu

awak dah taw dia teruk

sepatutnya awak jangan buad dia jadi lagi teruk

saya taw awak berdua dah tiga tahun bersama

kalau dah buad macam macam

ta payah la nak bising bising kat orang

malu lahh


dan kepada diri saya

kalau lelaki tu betul betul nak kann kita

dia ta kann pandai cakap saja

ta kesah la saya tua atau apa pon

dia akan terima diri saya

dia akan bimbing saya buad kebaikan

dia ta kann buruk kann saya kat orang laen

dia berani berdepan dengan keadaan

saya terima semua ni

kegagalan buad kita lagi matang

saya muda lagi

banyak masa lagi lahh

setiap orang ada jodoh masing masing

hanya tunggu dia datang

insyallah


saya selalu set dalam mind saya

‘ tuhan selalu bagi saya berjumpa dengan lelaki yang salah

mungkin sebab dia nak saya kenal perangai setiap lelaki

sebelum saya berjumpa dengan lelaki yang betul betul untuk saya ‘




* psst ! tolong jauhkan diri anda semua



: (

Thursday, August 4, 2011

untung lahh kalau sebijik macam ni



seseorang yang mencintai kita
sebenarnya selalu membuat kita marah
tapi dia tidak pernah terfikir perbuatan bodoh dia
kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikan kita

seseorang yang mencintai kita
jarang memuji kita
tetapi di dalam hatinya kita adalah yang terbaik
hanya itu yang dia tahu

Seseorang yang mencintai kita
akan mengeluh jika kita tidak mengikut pesannya
kerana dia tidak ingin sesuatu terjadi pada kita

Seseorang yang mencintai kita
hanya menangis di hadapan kita
kita telah menyentuh hatinya
dimana hatinya hanya untuk kita

seseorang yang mencintai kita
akan mengingat setiap kata yang kita ucapkan
dengan tidak sengaja ia akan selalu menggunakan kata kata itu tepat waktunya

seseorang yang mencintai kita
tidak akan berjanji dengan mudah
kerana dia tidak mahu memungkari janjinya
dia ingin kita untuk mempercayainya dan
dia ingin memberikan hidup yang paling bahagia

Seseorang yang mencintai kita
mungkin tidak mengingati hari hari istimewa
tapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui , dia mencintai kamu
tidak kisah apakah harinya

Seseorang yang mencintai kita
tidak akan melafazkan "i love you" dengan mudah
tetapi hanya dia melafazkan pada hari tertentu
kerana dia tidak mahu kita salah anggap
dia mahu kita mengetahui bahwa dia mencintai diri kita

Seseorang yang betul betul mencintai kita
akan merasa bahawa sesuatu harus di katakan sekali saja
kerana dia berfikir bahawa kita telah memahami dirinya

Seseorang yang mencintai kita
akan pergi ke airport untuk menjemput kita
dia tidak akan membawa seikat mawar dan
memanggilmu sayang seperti yang kita harapkan
tetapi dia akan menanyakan mengapa kita menjadi kurus dalam waktu kita meninggalkanya dengan hatinya yang tulus

Seseorang yang mencintai kita
tidak akan call kita apabila kita marah
tetapi ia akan manghantar sms setelah beberapa jam
jika kita bertanya : kenapa ta call ?
dia akan berkata : ketika awak marah penjelasan saya semua hanyalah sampah
tetapi ketika awak sudah tenang ,
penjelasan saya baru akan betul betul bermakna

Seseorang yang mencintai kita
akan menyimpan semua benda yang telah kita berikan
bahkan kertas kecil bertuliskan I LOVE YOU ada di dalam dompetnya

seseorang yang mencintai kita
akan selalu berusaha membuat kita tersenyum dan tertawa
walaupun kadang kadang caranya salah

seseorang yang mencintai kita
akan manjaga hati kita yang pernah terluka
dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi dan
dia akan memberikan kita yang terbaik walaupun menyakiti hatinya sendiri

seseorang yang mencintai kita
akan rela melepaskan kita pergi bila kita tidak lagi bahagia bersamanya
dan dia turut bahagia walaupun kita yang di cintainya bahagia bersama orang lain


* * *



pernahkah kita mencintai seperti itu ?
cinta membuat orang yang dicintai berasa semangat dan ceria
jangan lepaskan cinta yang sudah membuat kita bahagia

sumber : unknown



* psst ! bahagia tu sat saja

: |



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)