Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Sunday, February 20, 2011

nurul wahida in a relationship with . . .

ouh wow
status single dahh tada
tu maknanya saya dah ada boyfriend
rasa macam cepat la pulak dapat pengganti
ta jadi masalah kot cepat atau lambat
janji sama sama sayang
cewah , malu wehh
haha . galak

saya banyak berfikir nak terima kali neh
saya tamau hati saya saket lagi
saya nak orang tu betol betol terima saya
saya tanya abes kawan kawan saya
mintak pendapat
mereka positif , syukur

saya teringat balek ayat saya dulu
' kalau ta terima , mana taw dia ikhlas . kann melepas
kalau terima , dia mungkin buaya . hati akan saket '
pilih yang mana satu hati nak
dan saya rasa ta salah mencuba
kepercayaan penting
kalau asyik tolak
sampai bila nak jumpa mr.chenta

pagi pagi buta 20 february 2011
saya terima dia
jeng jeng jeng . hahaha
rasa macam ta biasa bercinta la pulak
aicehh

dann awak
saya harap awak pegang kata kata awak okey
jangan nak try kecewa kann saya
membe saya banyak yang gengster
saya pon da cukup kuad nak belasah awak
ha takot kann
HAHA

saya ta pandai buad ayat bunga bunga
saya adalah saya
saya gila sikit
saya kuad gelak
saya kalau da sayang memang akan sayang
saya setia
saya kuad cemburu
saya kuad merajuk
saya tuff
saya ada dunia nuown
saya perlu kann bimbingan yang baek
saya nak awak
ngee

. harap awak terima saya dengan ikhlas .
iloveyousomuch

nurul wahida

asyraf


* psst ! pergh ayat . haha
sekali sekala untuk yang tersayang
cewahh . haha

: )

Saturday, February 19, 2011

enjoy baq hangg

pagi kelmarin saya mandi awal dari biasa
tada sapa ponn taw saya nak keluar
pastu adek saya si iman relax ja kata
' tu mandi awai , nak kuaq lahh tuu . masalah masalah '
perghh . bawu tujuh tahun
da pandai nak mengata saya
cis cis dan ciss


tiga jam . sangat puas
walaweh sampai saket tekak berkaraoke
saya rasa gelak ja yang lebey
kalau keluar ngan syaheed mesti menjadi punya lah
benda ta lawak bule jadi lawak
' tengs wehh teman kann aku '
dan acap jugak
ta lupa aihh awak tu . haha
pertama kali jumpa kot
yang heran tada rasa neves or takot ponn
tadi kali kedua kann
harap berkali kali lahh pasni . ngee
ops , saya gatai !
dan saya jumpa ell jugak tadi
dia macam malu malu . saya lagi lahh pemalu , betol
ngee


* psst ! keja nak berseronok saja saya neh

: )

Wednesday, February 16, 2011

contest mata bulat

update lagi !
tadi bukan maen malas lagi kann
perangai

dak , bukan apa
tadi jalan jalan singgah blog orang
nampak satu contest neh
sangat menarik minat
nama dia

' CONTEST MATA BULAT '


ramai sangat dok kata mata saya bulat
kann dahh teringin nak masuk contest ne
haha

• SYARAT SYARAT •
1.
buat simple entry pasal contest ini

2. link kann kepada deeba nur
3. pertaruhkan satu gambar atau lebih
4. jadi follower deeba nur
5. tag kann kepada 3 orang

• TARIKH TUTUP •
13 mac 2010

• HADIAH •
rahsia


* * *

gambar mata bulat saya untuk contest neh
oleh sebab tuan punya contest bagi bohh banyak gambar
saya hentam bohh tiga
biaq pi


dah cukup tiga saja

saya tag kann dekat :
. muna .
. gadisrawk .
. qasehyoishi .

* * *


tuan punya contest ouh tuan punya contest
bule dak saya menang
HAHA

okey dah bergalak sikit sikit
saya dah join anda bila lagi


* psst ! mata saya asli . haha . tah apa apa

: )

pacik , maen hujan memang best !

huarghh
malasnya nak beletiaq kat sini
tapi semalam ada cerita punya pasal
saya gagah kann diri jugak
ngee . ngada

sumpah petang kelmarin memang panas gila
dahh lama alor star ta hujan
saya tengok cuaca okey ja
start moto terus pecut pi rumah pojan
niat nak pi beli barang dengan pojan
sampai sampai depan rumah dia
hujan turun lebat selebatnya
pehhh . hujan panas !

agak agak dah berhenti
kami pon keluar
ingat nak singgah kat pacific saja
nak dekat sampai , hujan turun lagi
alang alang dah dekat nak sampai baek terus kann saja
ta kann nak patah balik kot

kat sini la kisah ta puas hati tu mula
kelmarin pojan yang bawak moto
dia ponn turun la kat parking bawah tanah
ha laa , dah hujan
ta kann nak jadi bodoh parking tengah tengah hujan
ta sangka ada pak guard dok lepak kat situ
dia kata ' keluaq , keluaq , taley parking '

si pojan ponn round round kat bawah tu lagi
pastu kat celah celah tiang tu
ada orang letak moto kat situ
ingat bule laa letak moto kat situ
ta dann nak masuk kat celah tiang tuu
pak guard tadi sampai
siap hon kuad kuad dan banyak kali tanda ta bagi parking
mangkok jamban betol laa
dia ikot kami sampai tera tuu
yang orang laen siap lepak atas moto merokok bagai
dia ta nampak pulak

hangat hati betol laa
dia taw jerit jaa
' parking kat luaq , parking kat luaq ! '
buta ka apa dia ne
kalau kat luar tu ada bumbung ta pa lahh jugak
kalau ta hujan , kami ta teringin aihh nak masuk bawah tu
dahh la berkuap semacam ja
dia memang ta puas hati kat kami
dia ikot kami sampai dia nampak kami basah dalam hujan
grr !


sebelum kami pi pacific kami singgah giant
bule ja masuk bawah tanah
siap parking depan entrance lagi
tada sapa nak hingaq pon

saya bukan apa
kalau dah memang peraturan ponn
ta kann nak ketepi kann sifat kemanusiaan
bertolak ansur la sikit


* psst ! kita ada budi bahasa
datang dekat dekat , cakap elok elok

: )


Monday, February 14, 2011

saya dah reject awak . next !

saya sangat gembira
hati saya sekarang sama macam sebelum saya kenal awak
terima kaseh tuhan sebab permudahkan segalanya
memang dulu saya sayang kann awak
dan sekarang ta lagi

macam macam awak kata saya
awak marah saya
sokey
saya halal kann semua tu
kawan kawan banyak nasihat kann saya
terima kaseh kawan

pada yang nak cuba cuba tu
tolong jaga hati saya
tahukah anda bertapa saketnya hati kalau di maen maen kann
saya perlu kann seseorang yang betol betol ikhlas
saya couple bukan untuk sebulan dua
saya nak hubungan yang kekal
tolong faham konsep
haha

anda baek dengan saya
saya sepuluh kali ganda baek dengan anda


* psst ! hati saya dah kosong . yeay . cepat isi kann

: )


Sunday, February 13, 2011

kalau saya kuad , anda lagi kuad


setiap kejadian semua dah tertulis
harus menerima dengan hati yang terbuka
jangan salah kann diri sendiri dan orang laen
dan
kalau kita mendapat sesuatu yang kita ingin kann
ingat lahh orang yang tidak bernaseb baek
haruslah bersyukur

saya pon ta sempurna
banyak dugaan saya dapat sebelum sebelum ne
hidup , pelajaran , pekerjaan , percintaan
tapi semua tu dah berlalu dan saya patut terimanya
anda pon bule jadi lagi kuad dari saya
semua terletak pada diri anda
yang lepas tu lepas lah
okey

kecewa bahagia kemenangan kegagalan keseronokkan
semua tu hanya dari Allah SWT

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..."
(Surah Al-Hadid: 22-23)


* psst ! anggap hidup macam maen game
lagi banyak halangan lagi rasa teruja nak maen

: )


Saturday, February 12, 2011

contest comelnya berbaju kurung

ada contest lagi
di tag kann oleh si cumel amelia
nama contest nehh
' COMELNYA BERBAJU KURUNG '

ayu sungguh kalau berbaju kurung
tapi saya ta banyak gambar yang pakai baju kurung
aisehh
camna nehh
nak kena selongkar album la pulak

• SYARAT - SYARAT •
1.
Entri contest ' Comelnye Berbaju Kurung '
2. Link entri dengan blog
3. Sebab kenapa anda rasa perempuan pakai baju kurung itu comel
4. Letak gambar comel anda
5. Pendapat tentang baju kurung
6. Jadi follower siti khadijah
7. Tag 5 orang rakan anda

• TARIKH TUTUP •
20 febuari 2011

• HADIAH •

baju casual / mini dress fesyen korea / handbag
* ta tetap yang mana satu tp yg pasti antara 3 ni la dan akan diberi
mengikut cita rasa tuan punya contest


apa lagi
jum kita join wehh


* * *

contest
COMELNYA BERBAJU KURUNG


kenapa saya rasa perempuan bebaju kurung itu comel :
sebab sekali pandang kita akan automatik anggap
mereka comel

haha
merepek suda

gambar saya nak boh dalam contest ne


pendapat tentang baju kurung :
sangat selesa dan melambang kann wanita melayu

saya tag kann dekat :
1. chichi
2. nur aqilah
3. aren othman
4. edaya
5. g-dot

* * *

okeyy
cukup syarat
saya suda join ini contest


* psst ! tahniah pada cik anis sebab
menang dalam cute contest

: )


Friday, February 11, 2011

saya menipu dengan cara yang baek

nuown kembali lagi
kali ne nak mengajar cara cara menipu dalam photoshop
bukan menipu apa ponn
cuma recycle balek gambar dari dibuang begitu saja kann

selalu kita tertangkap gambar yang senget sana senget sini
pastu ta puas hati sikit
kita delete
jangan camtu ouhh
setiap gambar ada lahh seni

bagi saya la kann
saya ta akan buang setiap gambar yang dah ditangkap
maybe gambar gamber tu ada gunanya
dan kita bule buad bagi jadi lebey kreatif


contohnya gambar neh

sungguh buruk kann . senget sana sini
saya la yang tangkap . ngee

sokey
kita bule bagi jadi lagi lawa
dengan menggunakan adobe photoshop cs2


step 1


memula sekali tekan ' ctrl + r ' pada keaboard untuk ruler
pastu left klik pada ruler
lepas klik jangan lepas klik tu dan tarik kearah gambar
anda akan nampak garisan kaler cyan pada gambar
tujuan adalah untuk menanda objek
pastu bawak cursor ke bahagian tools sebelah kiri
dan ambek yang tool yang dalam bulatan merah
yang saya tanda tu
select pada gambar sampai ada garisan putus putus


step 2


lepas dah ada garisan putus putus
tekan pada keyboard ' ctrl + t ' untuk transform
anda hanya perlu ubah gambar macam yang saya tunjuk kann
tujuan untuk memperbetul kann apa yang ta betul
dahh agak puas hati
terus tekan enter


step 3

klik pada tool yang fungsinya untuk crop
kalau tatau , anda tengok yang saya bulat kann tu
anda bule crop mengikut kehendak anda
tamau crop pon tapa
tapi kena pandai pandai edit
saya tunjuk jalan senang saja neh . ngee


step 4

dah dapat gambar yang macam saya nak
skang ne nak adjust lavel pulak
saya dah tunjuk kat atas tu mana nak cari letaknya lavel
bila dah klik lavel
akan terkeluar macam dalam gambar nombe dua
adjust macam anak panah tu tunjuk okey


step 5


dah adjust lavel macam anda suka
kita adjust kaler pulak
saya suka adjust pakai selective colour dan colour balance
kalau anda lagi pandai guna yang laen , sila kann
ta kesah memana pon janji kaler dia cantek


step 6


da adjust kaler
anda banding kann sebelum dan selepas
sampai puas hati


step 7


langkah seterusnya saya nak crop lagi
saya nak letakkan objek pada bahagian kiri sekali
bila kita dah crop
gambar ta akan sama saiz


step 8
right klik pada benda alah kaler biru macam dalam gambar
dan ambik canvas size
kat situ anda bule menambah bentuk gambar
menjadi apa yang anda mahu kann


step 9


hasil sebegini akan kelihatan
selepas anda ubah saiz canvas


step 10

tengok pada tanda hijau yang saya buad
anda ambek tool yang dibulat kann tu
dan select pada langit macam saya tunjuk kann
saya nak tampal langit pada background putih tu
lepas dah ada garisan putus putus
anda tekan ' ctrl + j ' pada keyboard untuk copy layer langit
anda ubah layer langit ke background putih tu
dan transform kann dia dengan tekan ' ctrl + t '
buad macam saya tunjuk dalam gambar kat atas neh
tutup keseluruhan background putih tadi


step 11


dah agak jadi macam dalam gambar ne
anda right klik macam langkah 1
atau ponn hanya tekan ' ctrl + shift + e '
bila anda tekan macam tu
semua layer akan bergabung dan menjadi satu layer saja
kemudian klik pada tool yang macam dalam bulatan merah
nama dia plaster kot . haha . lupa !
tujuannya untuk menampal pada langit
yang kita cover kann tadi
nak guna plaster tu
hanya tekan alt dan klik pada bahagian langit laen
dan terus tampal pada bahagian yang agak janggal tadi


selesai !
dan hasilnya


walaupun ta berapa dasyat sangat hasilnya
ta salah berkongsi apa yang saya reti
dan selamat satu gambar yang memula tadi yang agak buruk
ingat tau !
setiap tangkapan adalah seni
dan ta bule ulang balek saat yang kita tangkap
jadi jangan buang !



* psst ! menipu untuk kebaikkan bule kot

: )


Wednesday, February 9, 2011

ku ingin kamu


kenal dak lagu kat blog saya neh
kali neh saya tukar lagu ' ku ingin kamu '
pernah tuju kann kat seseorang
tapi tatau lah dia ada ambek kisah pasal lirik lagu ne atau ta
terpulang
janji saya memang maksudkannya
jodoh ta panjang
apa bule buad

aishh
dok buad emo bule
ta pa aihh
ada boyfriend baru
kita tuju lagu neh kat dia pulak
benda bule jadi senang dok buad susa buleh
haha


* * *

lagu : ku ingin kamu
artis : romance

demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku

tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku

kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani

sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa

di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
selama tuhan masih mengizinkan
kuingin selalu menjagamu

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas

* * *


oyeahh
saya nak awak jadi milik saya
siapa kahh
ntahh
tatau sapa
kita tengok nanti


* psst ! walaupon saya ta suka perangai awak
tapi sayang tu maseh ada lagi

: |

Tuesday, February 8, 2011

kerana saya tidak cantik

anda taw ta
kita sebenarnya banyak kelebihan
ta kira lahh anda cantik atau ta
ramai yang nak jadi cantik
sebab mereka pikir orang cantik banyak kelebihan
tapi tahu kahh anda
orang yang ta cantik pon ada kelebihan

saya mula terfikir bila nampak kawan saya
post satu ayat neh

* * *

kerana saya tidak cantik
saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki yang rosak akhlaknya

kerana saya tidak cantik
saya dapat pelihara diri dari pandangan bernafsu lelaki buas

kerana saya tidak cantik
saya selamat dari menjadi senjata iblis untuk mencairkan lelaki

kerana saya tidak cantik
saya tidak mendapat fitnah dari wanita wanita cemburu

* * *

sudah kahh anda berfikir
sangat selamat sebenarnya menjadi ta cantik
walaupon ta mendapat perhatian
tapi sangat berbaloi sebab diri lebih terjaga

cantik atau ta cantik sama saja
kita patot bersyukur


* psst ! cintai kekurangan pasangan itu lagi bermakna
dari mencintai kelebihannya

: )


saya dan photoshop hanya kawan biasa

heyy yaaa
saya ada gambar lagi
anda mau tengok lagi dak
jum jum


sebenarnya ramai yang dah salah faham
sejak sejak saya upload semua gambar neh
ramai yang mintak saya ajar macam macam
saya bukan kedekut ilmu
tapi ilmu pon tadak camna nak kedekut

saya bukan photographer lahh
dslr pon saya tadak
camna mau jadi photographer
nikon yang saya pakai ne hanya pinjam yang orang punya
terima kaseh pada tuan punya nikon eh

semua ne tada dalam perancangan
memula saja suka suka kata nak pinjam
dan diberi kebanaran untuk pinjam
pastu ajak si anis ikot
dan terjadi lahh semua neh
kalau nak taw
ini lahh kali pertama saya shoot dengan dslr
see , saya lansung tada pengalaman

saya hanya reti edit gambar saja
tu ponn yang simple simple macam semua gambar ne
kalau yang macam ne
bule lahh saya ajar kann . tada masalah punya
saya hanya pakai adobe photoshop cs2
malas nak advance lagi sebab pc saya sangat lembab
guna ja apa yang ada
saya pernah ajar kawan saya
dan hasilnya , dia lagi maju dari saya
yeay !

jadi anda anda anda dan anda
jangan lahh salah faham lagi
insyallah , kalau ada peluang untuk dapat kann kamera tu
saya akan cuba belajar


* psst ! anda banyak ilmu . share lahh dengan saya

: )

Monday, February 7, 2011

mata dan tangan punya kerja

masa : 1602
tarikh : 07 feb 2011
hari : isnin
keadaan : saket kaki teramat sangat
perot : maseh kenyang
mood : bule tahan la

kelmarin kunci jam pukul tujuh
tapi bangun pukul tujuh tiga puluh lima
janji dengan cik anis pukul lapan
memang hebad la kann telinga saya neh
mana ta lewatnya
malam tu tido pukul lima pagi ha
ada benda dok menganggu maen maen ketok pintu
haishh . seriau nak habaq hang !

selalunya ta bangun awal camni
ne pon bangun pagi pagi sebab nak pi shoot
sebab petang tu cik anis kita dah nak balek dungun
kira macam luang kann masa untuk dia la ne
untuk dia apa apa ponn bule aih
sweet dak saya ne
cewah

sebenarnya kann
saya ta berapa nak reti sangat la shoot gambar
pakai tekan mana yang bule tekan
tengok tengok da snap
hebad dak
haha

misi kali ne ada tiga orang saja
saya , cik anis dan adek saya aswad
kami shoot kat tiga tempat ja
bangunan tinggal kat suka menanti , area rumah toksu
dengan batas bann kat taman uda

mata dan tangan saya sangat berkerjasama
jum kita tengok hasilnya

tayangan pertama
si tukang tangkap gambar
tada sapa nak tangkap gambar saya
kena la tangkap sendiri
sedey kann
huu


BATAS BANN TAMAN UDA


BANGUNAN TINGGAL , SUKA MENANTI


PERKARANGAN RUMAH TOK SU



ada banyak lagi gambar tapi yang ne saja sempat saya edit
mata dah ta dapat beza kann warna
terpaksa lahh saya berhenti dan edit hari laen lak
kalau bule saya nak shoot lagi lah
bule dak
ngee


* psst ! segala kutukan
saya terima dengan hati yang terbukak

: )

small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)