Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Tuesday, October 6, 2015

kembali beraksi

jumaat haritu ada buat mash potatoes / kentang putar 
lain betul perasaan kalau beli dengan buat sendiri 
haha . serius lah weh 

rasanya sedap . haha . bukan nak puji diri sendiri naa 
resepi ni pon secara kebetulan lalu kat news feed aku 
so , tergerak hati nak try 
bahan dia pon senang 

jom kita buat dengan penuh kasih sayang ! cewah 


MASH POTATOES / KENTANG PUTAR 

* * *
BAHAN A - kentang putar 

8 biji kentang ( boleh dapat seperiuk ) 
1 kotak kecil susu segar 
mentega ( ikut gerak hati )  

BAHAN B - gravy / kuah 

1 biji bawang besar ( ditumbuk halus ) **
2 ulas bawang putih ( ditumbuk halus ) ** 
2 kiub pati ayam 
serbuk lada hitam dan lada sulah 
2 1/2 cawan air 
2 sudu tepung jagung ( bancuh dengan air panas )
4 sudu mentega 

** bawang yang tumbuk tadi kena betul betul lumat tau , nanti kuah tak cantik 


* * * 
CARA CARA - kentang putar 

- kupas kentang , potong dengan saiz sama 
- rebus sehingga kentang tenggelam ( aku buat 30 minit ) 
- dah empuk , toskan 
- gaulkan kentang dengan mentega sehingga rata 
- lenyekkan sehingga lumat 
- tuangkan susu sedikit demi sedikit , lenyekkan lagi sehingga sebati 
tujuan susu untuk nak bagi kentang gebu dan rasa lebih lemak 
( aku masuk 3/4 ja sebab aku tak suka susu ) 

CARA CARA - gravy / kuah 

- cairkan mentega , tumiskan bawang yang tersedia tadi 
- masuk bancuhan tepung jagung , gaul 
- masuk 2 1/2 cawan air , kacau hingga sebati 
- masukkan 2 kiub ayam beserta dengan lada hitam dan lada sulah 
( ikut gerak hati , haha . aku pakai masuk ja ) 
- kacau sehingga kuah menjadi rata dan tidak berketul 
- last sekali tuang kuah atas kentang tadi 

sedia di makan ! 


;) 


Friday, July 18, 2014

berbuka puasa


semalam berbuka kat luar 
pening nak cari tempat best 
last sekali berbuka kat secret recipe 
depa bagi sirap free , aku tambah lagi satu air green apple kasturi 
pehh , memang aku suka sangat air tu 
terliur ja sebelum berbuka 
masa tu dalam hati nak tapau kek itu ini 
selera besar kononnya 
tapi lepas makan , tak jadi nak tapau 
terlampau kenyang lah pulak , haha 

gambar bawah ni aku tak sedar pon syaheed ambik 
ingatkan dia ambik pic makanan saja 
huhu 


* * * 

petang ni mem ajak pi penang 
cari baju raya 
sakan aku tahun ni , baju berlambak lambak 
hee , dah berbulan bulan aku tak shopping 
last shopping bila entah , dah tak ingat 
time ni lah nak merasa pon 

:) 


Wednesday, October 16, 2013

spaghetti carbonara, chef nurul


semalam gigih mencari bahan bahan nak memasak 
ajak si senget aku yang sorang tu temankan cari barang 
harini raya kedua baru buat , semalam mak aku buat mi sup dah 
so , jadilah plan harini nak buat spaghetti carbonara 

 kalau ada sesapa nak try buat , sila sila kan 
ni kat bawah ni aku bagi resepi 
sedap nyum nyum . haha 

* * * 


SPAGHETTI CARBONARA ( hidangan untuk 3-4 orang )

bahan bahan 
1/2 paket spaghetti 
1 botol sos carbonara 
2 ulas bawang putih - dicincang 
cendawan butang - dipotong nipis 
loaf ayam / ayam kisar / daging kisar / udang dll 
minyak masak / majerin 
1/4 cawan air 
garam 
lada hitam - ditumbuk 
parmesan cheese 

cara cara sediakan spaghetti 
air nak rebus tu dicampur secubit garam untuk perasa 
rebus spaghetti hingga lembut 
lepas dah lembut toskan spaghetti tu 
gaulkan dengan sedikit majerin 
tujuannya sebab takmau spaghetti tu melekat lekat 
kalau tadak majerin pon takpa 
boleh guna minyak masak / olive oil 

cara cara sediakan sos 
panaskan minyak , api pelan saja tau 
tumis bawang putih sampai naik bau 
masukkan loaf ayam 
kalau sesapa tadak loaf ayam , boleh guna ayam kisar 
sosej pon boleh , atau apa apa ja yang berkaitan 
tak payah tunggu lama , masukkan ja cendawan butang 
lepas tu masukkan sos carbonara dengan 1/4 air 
sebab takmau pekat sangat 
agak lama sikit , masukkan secubit garam 
tunggu sampai mendidih 

agak nak makan tu ambik sos , gaulkan dengan spaghetti 
tabur parmesan cheese dengan lada hitam 
nak nampak menarik sikit , letak tomato cherry 

yeay . sedia dimakan ! 



Saturday, April 14, 2012

my gebu gebu blueberry pancake !


yeay ! 
menjadi jugak saya punya blueberry pancake 
bule dak nak gelak bangga lima saat 
hahahahaha 
eh . orang lain da bule masak macam macam ta hingaq pon 
biaq biaq biaq laa

bajet dalam RM30 lebih 
bule makan ramai ramai . memang dapat banyak 
ni saya guna separuh ja tepung dia 
bahasa pasar atau kampung dia orang panggil 
'peknga' tempek tempek dalam belanga 
setai ! 


yang saya buat ni saya bagi nama 
gebu gebu blueberry pancake


BAHAN BAHAN : 
tepung pancake 
jem blueberry 
whipped cream 
telur 
air 
minyak masak 




CARA CARA :


masuk tepung , telur sebiji , dua sudu minyak masak dan air 
yang air tu ikut agak agak ja 
kalau pekat sangat bule tambah air lagi 


gaul gaul sebati 
sampai tada ketul ketul 
lepas tu masak atas kuali leper 
sapu minyak masak dulu , kalau ta sapu nanti dia melekat 
lain pulak jadinya 
bila masak ada buih buih kecil timbul atas dia 
masa dah ada buih tu dah bule terbalik kann dia dah 
jangan sampai hangit okey !


jeng jeng jeng . macam menara condong lahh pulak 
haha . cukup lahh lima keping dulu 
untuk permulaan ja ni 
esok esok bule buat lain naa 


makan kosong macam tu pon dah sedap 
nak lagi sedap letak jem blueberry atas pancake tu 
hias dengan whipped cream 


nyummy ! 
sangat lembut bila masuk dalam mulut 
try lahh okey 


kbye ! 





Monday, April 9, 2012

melancong dan melencong


holiday dah habis 
penat jugak noah jadi pelancong 
wuwuwuwu 
malasnya nak balik kedah 
tapi tanggungjawab ada disini terpaksa la walaupun berat hati 

 klik sekali pada gambar dan gambar akan membesar dengan jelas 

malam tu bas pukul 12 tengah malam 
sampai kat KL lebih kurang 6.30 pagi 
terima kasih dato haji mahfuz sebab sudi sponser tempat penginapan kami 
kat hotel putra sunway . dapat berjimat dah untuk tempat tidoq 

bila sampai kat puduraya subuh subuh tu 
pakat pakat usung beg dengan muka baru bangun tidoq pi kat kaunter lrt
saya tatau pulak depa dah tukaq kad kepada token 
agak perak sikit la . HAHA 



HARI PERTAMA 
6 april 2012 

bila check in memang dah ta terasa nak tidoq 
sebab semalaman tidoq dalam bas ta sedar apa 

turun breakfast dulu 
lepas pekena nasi lemak , syaheed sumbat yang ni pulak 
apa tah nama dia . haha . tatau ! 

saya dengan salad lagi ! 
haha . ta serik serik perempuan ni 

jalan jalan shopping kat time square 

ada negro mana tah 
dok panggil sayang sayang . eww . tamau !
boh sebijik kat muka . mau sayang lagi dak . HAHA 


aum aum . muka lapaq 
nak geget geget ja hampa ni . bule kot noah 

yeay . lunch ! 
kenny rogers roasters 

ayam dia besaq gedabak baq hang 
bila dah buat muka macam ni 
maknanya ta abis la tuu . hahaha . muka kesian 

penat sangat berjalan 
sampai sakit kaki 
letak la plaster apa pon kat kaki 
ta menjadi apa 

masa ni dah sampai seri kembangan 
rasa macam minah indon . cari jalan ta jumpa . haha . sesat ! 
serius macam nak teriak sebab ta larat sangat 
syaheed dah jalan laju ke depan 
dah la kena bersesak dalam KTM dengan mat import 
depa semua tinggi . saya yang pendek jenuh cari nafas ! 
er . pengsan 

akhirnya ! 
selamat sampai the mines dengan selamat walaupun sesat 
terpaksa beli selipar sebab kaki dah melecet sakan 
naik turun mall sebab cari saiz ta jumpa 
susah sangat ka saiz empat wehh 
awat aloq setaq berlambak ja 



HARI KEDUA 
7 april 2012 

snap gambaq dulu naa 
saya bangun awal sebab dah berjanji dengan adik 
kami nak hangout sama sama 
saya , syaheed , fathi dengan gf dia nani 

muka teruk . haha 
yeay dah sampai sunway 

pelancong dua orang ni mana mana tempat pon bule 

smart dak . hahaha 
first time main ice skating 
sampai tali kasut tu mat import tolong ikatkan . lawak 

muka buat macam terer 
tapi banyak kali jugak la tertungging . ahaha 

nampak dak kami dalam bulatan merah tu 
gaya pimpin orang tua lintas jalan 
hehehe 

kiri sekali ni la girlfriend adik saya , nani 
semanis orangnya 

muka memang taley blah 
tapi gambaq ni paling mahal . dah puas posing , bila check kat kaunter 
RM 140.00 dia charge untuk semua gambaq yang dia snap 
terkejut , tapi buat cool ja lahh 


lepas penat bergolek atas ais 
pekena burger wendy's dulu pastu layan movie jangan pandang pandang 
serius memang best . ta larat nak gelak 

candid ! cecece depa dua dua pakai belang 
first time jumpa gf adik saya . masih malu malu lagi 
untung la adik saya 
bila bercinta , dapat pulak yang baguih 
harap mereka kekal . amin 

masa ni dah sampai hotel . adik saya yang hantarkan 
hujan lebat sangat . memang ta boleh nak pi mana 
hampa tengok gambaq ni . klik kat gambaq nak lagi kelia 
cubaan pertama dengan kedua gambaq ta menjadi 
bila cubaan ketiga , muka dah bebai 
baru gambaq nak menjadi . cehh ! 

yeah ! 
dalam bilik + pemandangan kuala lumpur + bayangan kami 

tet ! terseksi sikit 
dengan muka busuk ta mandi lagi 
har har har 

malam tu jumpa kawan lama . ikhwan . yeay ! 
rasanya dah tiga tahun ta jumpa 


saya memang selalu berangan nak tinggi daripada orang lain 
macam ni pon bule la . sobs sobs 

dia penduduk tetap kuala lumpur pon menjadi jugak 
kalah kami yang pelancong ni . hahaha 


lepas lepak lepak kat mall , kami balik hotel 
ta puas lagi bergambaq 
orang tengok pon buat kering ja lahh 

tudia . berangan jadi model sat 
tuu selipar kecemasan masa kat the mines . huhuhu 
ada orang kata saya dah nampak isi sikit 
haha . mana da weh . sama ja macam dulu . tulang ! 



HARI KETIGA 
8 april 2012

dah bersiap siap 
mau berangkat balik . wuwuwuwu 


bas bertolak balik pukul 12 tengahari 
sampai alor setar dalam pukul 6.30 petang 
badan dah sakit sakit 
kaki pon dah tamau bagi kerjasama 
sampai ke harini asyik rasa mengantuk ja 

insyallah 
kalau ada rezeki lagi nanti 
kita pilih tempat lain pulak naa 
sapa sapa nak join bule ja 
lagi ramai lagi best !

sorry pada umie , kids crazee , faris dan lain lain 
cek ta dan nak jumpa hampa 
masa terhad sangat 
ada jodoh ada rezeki 
kita mesti jumpa punya satu hari nanti 

:' )



Monday, January 23, 2012

nurul ke dapur lagi


saya mengaku saya bukan lahh rajin ke dapur 
haha . jujur baq hang 

okey okey okey 
eksperimen kali ini adalah kek batik 
senang sangat nak buat . tapi senang senang pon 
kek saya kurang menyerlah 
hahaha . al maklumlah 
pertama kali buat 
tatau sukatan macam mana 
bila dah menjadi , barulah bule agak camna sukatan dia 
biarpun ta menyerlah . tapi rasanya sangat sedap 
manis semuanya secukup rasa 


KEK BATIK 


BAHAN BAHAN : 
chocolate bar . susu segar . biskut marie . milo . gula . air 

CARA CARANYA : 
bukak api kecik ja tau . nanti chocolate hangit 
masak chocolate bar sampai cair 
masuk air sedikit sahaja 
lepas tu masukkan milo beberapa sudu sesuka hati anda 
masukkan gula satu sudu 
nanti terlampau manis pulak kalau banyak sangat 
kacau dan kacau sampai sebati 
pastu masukkan susu segar lebih kurang satu cawan 
kacau dan kacau lagi . jangan risau kalau berketul ketul 
nanti akan cair sendiri . itu adalah normal 
mula mula saya pon terkejut tapi ditenangkan hati sendiri . haha 
lepas tu kacau dan kacau sampai mendidih 
lepas dah mendidih dan chocolate tu dah pekat , tutup api 
masukkan biskut marie dan gaul sampai semua biskut tersalut chocolate 
agak dia dah kembang dengan choclate tu 
masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais 
pastu dah bule makan dah


:: gambar adalah sewaktu dalam pengambaran ::
cewah . haha 


:: ini adalah perempuan yang dalam pengambaran rancangan masakan ini ::
nak kena ada jugak . haha . meluat 

:: hasilnya akan jadi macam ni :: 

kredit untuk : puan pinggu 
dia lahh punca saya buat kek ini 
dia dah mendera perasaan saya dengan gambar keknya 





* psst ! sila try . sangat sangat sedap 

: )


Friday, December 9, 2011

bila nurul ke dapur




semalam saya try buad lasagna
cubaan pertama bule laaa
segan nak bagi orang makan
sebab tatau rasa macam mana . huhu


* * *


resepi dia camni

cincang bawang besar dengan penuh emosi
potong cendawan butang semuat nak telan
carik kann daging ayam yang dikisar (beli yang segera suda)
panaskan minyak dan tumis bawang
masukkan ayam kisar sampai yakin masak
masuk kann sos spaghetti
masak semua tu sampai ada bulp blup blup

ambek kepingan lasagna
letak dalam bekas yang nak dibakar
susun layer pertama
pastu layer kedua inti sos yang dimasak tadi
layer ketiga mozzarella cheese
ulang la ketiga tiga layer sampai penuh bekas
pastu bakar 30 - 40 minit sampai yakin dah masak
suhu 160 darjah

dan yang terakhir
MAKAN !

kos untuk masakan ni bawah RM 50.00 sahaja


* * *


credit untuk syaheed
dia buad sedap
saya memang tada bakat memasak . maybe
sobs !



* psst ! nanti try yang lain pulak

: )




Sunday, March 27, 2011

pelancong yang melencong . ngee


saya terlambat nak upload pic kat KL ritu
tengok taww
tapi jangan ikot perangai yang ta senonoh
macam dalam gambar tu
hehe





* psst ! ada banyak lagi . tapi yang neh pon jadi la noah

: )



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)