Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Saturday, January 16, 2016

entry pertama


hai 
harini free sikit 
dah 16 januari 2016 
baru sempat nak wish happy new year . ahaha 

banyak benda dah terlepas . tak update 
harini nak cerita habis habis 

* * * 

last year dapat banyak job makeup 
2015 permulaan untuk aku start kerja baru aku ni secara serius 
insyallah , aku try pelan pelan 
dan bulan ni pon dah ada job . alhamdulillah 


kalau ada yang berminat boleh whatsapp 019 4422 016 - nurul 

* * *

bulan disember haritu syaheed bertunang 
pagi pagi dah bertandang rumah dia , makeupkan dia 
bulan september 2016 majlis dia 
tak sabarnya nak semak kann majlis orang . HAHA 


tahniah syaheed 
lepas ni ang dah pindah melaka . sapa nak temankan aku . sob sob 
walaupun majlis dia lagi sembilan bulan 
aku nak kena fikir dah pasal baju aku masa majlis tu nanti . aduh pening 
HAHAHA , over ! 

* * * 

birthday aku 31 disember haritu 
kemain banyak kali celebrate 


kali ni celebrate sekali dengan adik mija 
birthday dia 05 januari . tak jauh mana lah kan . hehe 
mem belanja hi tea kat hotel , lepas tu sponser kek kat butik 


dapat hadiah baju , gelang , kek 
terima kasih uols ! 

* * * 

selamat tinggal 2015 walaupun terlambat 
penghujung 2015 yang dramatik 
semoga 2016 membawa berita baik untuk aku 

insyallah 

:) 




Monday, September 15, 2014

2 tahun


nah belanja gambar masa kecik kecik dulu 
dah memang tak dak kerja dah aku 
haha 


besar jasa motor suzuki biru abah aku ni 
mak cerita masa aku baby , abah bawak moto ni la nak pi kemana pon 
masa tu abah tak pakai kereta lagi 
bawak aku yang baby ni sampai lemas kena angin . haha 
lepas tu baru abah beli kereta 
adik aku nombor dua tu merasa la naik kereta masa nak pi melahirkan dia . haha 
apa pon motor biru lejen ni ada lagi sampai sekarang 
tiap tiap pagi jumaat abah merempit ke market 
muahaha 


semua gambar atas ni kat rumah tok 
lepas mak dengan abah kawen , mak dengan abah duduk kat rumah tok 
kat taman wira mergong , rumah yang sama tok aku duduk sekarang 
masa umur aku 3 tahun baru pindah duduk taman nuri 
masa tu rumah semua baru siap 

nanti aku belanja gambar lain pulak 
perut tengah lapar ni 
beger kat sebelah dah panggil panggil . hehe 


:)


Friday, August 29, 2014

muda dulu dulu


hari : jumaat , 29 ogos 2014
mood : rajin sangat sangat 

harini basuh semua baju , yang tak pakai lama pon basuh 
bagi wangi sikit almari aku 
mimpi apa aku harini , rajin melampau . haha 
kemas segala ceruk bilik , biar liplap liplap 

masa dok kemas tu jumpa banyak cd 
on laptop , lepas tu gelak sorang sorang 
rupanya gambar masa zaman baru nak up dulu 
muka semuanya lawak lawak . haha 

* * *

yang ni masa kat polimas , sem 2 , tahun 2006 . kos seni bina 
tengah buat apa yang patut nak sambut junior 
hari orentasi untuk junior 
haha , semuanya muka budak lagi 


masa sem 2 tu kena buat model 
group aku kena buat hotel 
ada kena buat rumah banglo , untung la depa 
hotel dah la banyak tingkat , besar pulak tu 
masa ni la mencabar sungguh , tak lena sampai ke pagi 
usung benda alah yang gedabak ni sana sini 
serius penat , asyik bebai ja 
mana taknya , pi kelas kena jalan kaki 
kelas pulak atas melangit 
untung naik lif tapi kalau nasib tak baik kena naik tangga 


lepas kat polimas , aku masuk ilpkl , kos grafik 
dok sini kena pakai baju macam budak asrama 
mula mula memang rasa -- ah , apa ni , tak dewasa lansung 
beza sangat masa kat poli dulu 
tapi lama lama , boleh terima kenyataan . haha 
budak budak kelas aku memang masuk kepala gila 
tak berpuak puak lansung 
kalau yang ada apa apa ilmu depa suka share 
kalau aku tolong siapkan projek budak budak ni , mesti dapat upah 
memang enjoy study sini , lecture pon best 


weekend aku taktau nak pi mana 
aku ikut kawan aku balik kuala lipis 
rumah kampung keliling rumah ada dusun 
siap ada kebun atas bukit 
gambar atas ni tengah memanjat bukit nak ke kebun 
nak mandi air terjun 5 minit ja naik moto dari rumah dia 
best sangat ! 


tudung takleh nak up up  haha , ayu dan sopan ja 
masa ni budak welding acah acah nak mengorat 
muka macam black , aku jual mahal , hahaha 
lagi sorang tinggi lampai , pantang terserempak dengan aku 
mesti nak panggil , wahida wahida wahida 
nada dia , kalau aku ajuk balik , syaheed mesti tau . HAHA 
tapi , seboleh bolehnya aku mesti nak lari dari terserempak 
lagi sorang ada jenis senyum dari jauh , terserempak mesti senyum ja 
padahal tak kenal pon 
haha 


haa , yang ni kekasih sejati . baru nak ayat , dia dah lari 
terhimpit aku di tengah , kesian aku kan . haha 
masa ni ada program generasi Y kat tv1 
buat kat dewan , semua kena paksa pi bagi penuh dewan 
kena paksa pi pon takpa sebab teruja nak jumpa awal 
haha 

* * * 

kalau nak cerita sampai bila pon tak habis 
banyak gila gambar 
biar lah simpan dalam cd tu , nanti dah tua boleh cerita kat cucu cicit 
throwback katanya 

:)



Tuesday, June 24, 2014

hm


semalam terlanggar pasu 
kesian pokok kari abah 

* * * 

teringat dekat tom 
tom dah tak dak . hmm


teringat hari pertama aku beli tom 
dia sangat kecil . bunyi dia takut 
cheqoit , cheqoit , cheqoit 
hmm 

kalau aku sedih , aku main dengan dia 
dia lompat sana sini 
terhibur jugak hati aku 
sekarang dia dah tak dak 

rindu 

:'(


Monday, March 10, 2014

baju kicik daa


#throwback 

haritu dalam entry prengg peng peng 
aku dah cerita macam macam . ni kiranya sambungan lah kan , haha 
masa kat hostel dulu kena senaman masa orentasi 
kena pakai baju kurung dengan seluar , tudung pulak kena lepas ke bawah 
tak boleh selempang , fesyen apa pon TAK BOLEH ! 
pergh , masa tu aku malu gila 
bayangkan baju kurung pakai dengan seluar track . memang jemm !
tapi sebab semua orang kena pakai macam tu 
aku boleh tahan lagi . tapi nak tergelak kot 
bagi la pakai baju t-shirt muslimah yang sampai lutut tu ka 
okey lagi dari yang ni 
sebenarnya aku nak tergelak kot , nasib la senaman tu sat saja 

yalah kan , masa study situ semua kena menutup aurat 
kiranya macam undang undang ketat sikit lah kat situ 
duduk rumah sewa pon kalau terserempak kat luar terdedah sana sini 
mau kena tindakan jugak 
tapi aku tak pernah la kena tangkap kat luar 
kawan kawan aku yang duduk kat taman lagi satu tu memang dah kena aim 
hahahaha , kesian depa 
jiran tah apa apa , suka mengacum , haha 

tapi masalah aku ni satu ja 
selalu kena warning dalam kampus 
hahaha . bukan sebab perangai . tapi sebab pakaian lah apa lagi 
aku size xs . nak pakai besar besar gedabak memang dak lah 
pakai size m pon kena ambik kad matrik . stress 
lect yang jaga disiplin tu dah aim aku 
masa tu aku sem 2 tak salah aku lah kann 
selalu kena rampas kad matrik 
kalau nak ambik kad tu kena jumpa dia kat kelas senior 
pehh . memang malu lah kan 
kalau terserempak dengan lect ni , memang aku lari dulu lah 
dari jauh nampak dia jalan terkedek kedek , bedesuppp aku lari 
hahaha . nak dijadikan cerita 
masuk next sem , satu kuliah tu ditakdirkan 3 orang lect 
salah seorangnya lect yang suka sangat rampas kad matrik aku tu 
warghhh . dah la aku tak suka 
boleh pulak aku kena satu kelas dengan dia . hahaha 

so , untuk menyelesaikan masalah 
aku pakai baju kurung 24 jam , puas hati ! haha 
sepanjang sem tu lect tu pon baik dengan aku 
dah takdak apa masalah 

tutup kes . haha 

semua lect kat situ baik baik belaka 
biasa lah kalau digagalkan dalam presentation , drawing kena reject 
macam macam lagi lah 
dah biasa tak tidoq semalaman , lepas tu siap pergi kelas 
mabuk tak tidoq . jalan pon melelong 
nak submit drawing punya pasal 

kalau bab enjoy memang takdak lansung 
memang tak sempat
jangan harap la nak pi karoke sana sini 
nanti aku story morry bab assignment pulak 

cawww 

:) 


Friday, February 28, 2014

prengg peng peng


tetiba teringat masa study kat poly dulu 
masa dapat tawaran tu aku masuk form 6 sekolah sultanah bahiyah 
muka ketat ja kena masuk sekolah lagi . haha . tak rela 

aku sebenarnya mintak interior designer 
entah camna tiba tiba dapat architecture 
pon boleh la , dapat pon dekat ja dengan rumah , kat polimas jitra 
aku ada lesen moto dah masa tu , tapi takut nak bawak 
masa tu moto rc  bapak aku . hahaha 
harus la tak bawak , segan kot . dah la payah start , bunyi bising lak tu 
nak menyenangkan hidup sebab takut bawak moto , sem 1 , aku dok hostel 
sem 2 baru start menyewa rumah , ambik yang dekat poli jugak 
jalan kaki ja 
rumahnya besar , corner lot 
depan rumah bertentang dengan hostel budak laki ilp 
haa , tiap tiap pagi harus la dengar bunyi bunyi tikus mondok dulu 
hahaha 

nak dijadikan cerita , masa study tu kena beli macam macam 
mounting board lah , yang besaq gedabak size a1 , a0 
aku pon tenggelam kalau bawak board tu 
susah kalau jalan kaki , dah la kedai pon jauh sikit , tak larat 
aku pon beranikan diri bawak jugak moto bapak ku 
ah , pedulikan apa orang nak kata 
aku terdesak sangat dah . haha 
nak bawak sorang ? memang dak la kan , haha 
syaheed la jadi mangsa duduk belakang 
pertama kali aku bawak atas jalan dengan dia 
dia kan tinggi dan berat , kaki aku pulak tak sampai 
nak menanggung berat dia lagi , haha . sorry syaheed 
sebelum naik aku selalu pesan kat dia suruh tampan bila aku nak berhenti 
hahahaha . lawak gila masa tu 
selalu ayat bila traffic light dah merah 
'syaheed , tampan syaheed !' hahaha 

lepas tu kalau nak pi kedai 
jenis parking jauh jauh sebab kedai tu sebelah mapley 
budak budak laki ramai dok lepak 
nanti kalau moto takleh start , tak la menarik perhatian sangat 
yalah , banyak kali start , mau satu kedai makan tu tumpu ke aku 
lagilah aku neves nak start 
hahaha . sampai macam tu kauu ! 

tapi apa pon moto rc biru bapak aku tu la paling berjasa sekali 
walaupun bunyinya prengg peng peng penggg 
tapi moto tu la bawak aku masa baby baby dulu 

sekarang moto tu ada lagi , berkilat kau 
masih prengg peng peng penggg lagi 
bapak aku bawak pi market ja

hehe 
nanti aku sambung kisah lain pulak 


Monday, June 18, 2012

extra , extra !


tambah gambar lagi . haha 
gambar gambar ini dikutip dari camera pojan dan abang photographer 

muka masing masing dah macam apa dah 
haha . lawak ! 


yang ni saja . lepas ni tatau nak upload pic apa pulak 
rasanya tadak dah kot . hehe
kbye kbye kbye 

:)




Saturday, June 16, 2012

bukit merah part 1


yeay ! 
jumaat telah berlalu dengan jayanya 
sangat happening . sangat enjoy . sangat selesa 
pagi pagi pukul 7.30 dah gerak 
kutip semua orang kat rumah masing masing 
sebenarnya nak pi dengan orang lain 
tapi atas sebab yang ta dapat dielakkan , orang lain gantikan depa 
sokey . seronoknya tetap sama 
terlepas la jugak bebanan dalam kepala 
sangat penat . malam tu sampai rumah pukul 11 lebih jugak 
lepas mandi pengsan terus 

cuci mata , sila sila 
 klik sekali pada gambar untuk lagi giant ! 
terima kasih canon EOS 550D 


semua orang dah ada . jum kita gerak !
ehem . ex-bf like pic ni 


singgah r&r gurun . breakfast dulu 
thanks untuk sandwich telur dan sosej cheese 


sambung perjalanan . yeay !

10.50 pagi 
yeay ! baru sampai 

menuju ke ecopark . melawat hewan hewan 
ta bule blah bila ingat monyet yang kurang sopan tu 
terkejut cek ! 

jumpa cermin . snap dulu . haha 

tepat pukul 12 , serbu masuk 

habis la , control cun pulak 

merempit bersama buaya 
pojan pon layan kann saja laa 

kalau buaya betul 
mau celusss perut dia telan saya . sobs ! 

pewit ! kbye 

manja dak kami . sebelah saya ni nama dia KD !

syaheed memang melampau  
percik percik ayaq dekat orang . grr ! 

syaheed , wahed , pojan 

kalau bule zoom kat ayat belakang t-shirt saya 
memang dah lama saya zoom 
ayat dia best 

konon buat buat comel depan orang ramai 
hahaha . menyampah 

pusing pusing pusing 
iklan shampoo sat 

gigih 

hampa tau dak 
saya paling paling suka gambar ni 
wow 

masalah dia sekarang tudung syaheed buat perangai 
hahahahaha 

gambar ni pon segak jugak 
haha . choihh 

ni nama dia pantai bersih 
bersih la jugak 

senyuman , gelak ketawa 
memang ta boleh dibuat buat 
ikhlas habis ni . hee 

tempat ni memang banyak kenangan  

candid ! 

konon rock ! rock cap ayam 

ahh . benci gambar macam ni 
pon buat jugak 

emo . haha 
muka teduh lima minit 

kami dah berkawan selama 12 tahun 

depa kata artis ! hahaha . ngeng 

sekian . muka penutup 

* cerita dibelakang kain * 

saya terkena panggilan hangit dari famy 
ngek betul lahh . masa tengah melayan monyet kat ecopark 
ada number KL masuk 
serius saya ingatkan maybank , sebab saya ada tunggu call dari maybank 
cakap penuh sopan . yang si famy pulak siap tanya pasal office 
last sekali dia mengaku yang tu dia 
memang rasa macam nak sekeh laju laju lahh kann 

abang photog dalam air tu suka suka ja kata macam selalu nampak saya 
' macam penah nampak la , selalu datang sini eh ' 
tedia . rajin pulak saya nak ulang alik kedah - perak 
nampak dak permainan dia . haha 

ada lagi gambar 
yang paling special gambar dalam air 
abang photog tu ambilkan 
nanti saya upload 

masa kat pantai bersih pulak 
ada mamat mamat mana tah dok melepak depan kami 
sangat ta selesa bila nak buat apa diperhatikan 
bila dah macam tu , ta kann nak tunggu lagi . kami tukar tempat 
pojan kata dia macam dok ambik gambar saya masa kami bergambar 
kalau betul apa pojan kata . haish . mintak dijauhkan laa 
tada kerja ambik gambar orang . lelaki tu pon macam gatal jugak 
eeee ! 

dalam pukul 7 petang kami gerak balik a.star 
sebab malam tu ada dinner 
ada orang nak belanja steamboat 

nanti saya cerita dalam next entry 
kbye 


;) 



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)