Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Sunday, September 4, 2016

punca ni






semalam pukul 4 pagi camtu aku terjaga 
biasa lah , tak boleh tidur balik , aku on facebook 
tiba tiba dia tegur , aku buat taktau ja . malas nak layan 
lama jugak aku tak reply , dia dah start tanya kenal ka dak 
aku pon pelik . eh , aku kenal ka 
bila dah dapat tau orangnya , dia call , aku reject call yang kat messenger tu 
sambil tu aku reply lambat lambat 
ada hati dah berjauhan dengan bini , nak mai jumpa aku 
ewwww , baik pi turun ipoh jumpa bini sendiri 

 haih la 

kenal memang kenal . dia muda dari aku 
masa study dulu , tah macam mana dia dapat number aku 
aku sendiri pon taktau . katanya kawan bagi 
setakat msg biasa biasa ja 
masa tu whatsapp tak wujud lagi . haha . tahun 2008 rasanya 
kalau jumpa pon masa nak pi kelas 
terserempak , hi hi bye bye 
penah dia ajak couple masa tu . tapi aku tak tertarik pon dengan dia 
haha . buat taktau ja lah 

aku tak respect lansung orang macam ni 
memanglah mula mula kawan , lepas tu , paham sendiri lah 
takmau lah aku kawan dengan laki orang 
biar single macam ni okey lagi 

jangan cari penyakit 
punca semua ni . hahahaha 



Monday, August 29, 2016

kd masak !


ohoi ! 

tengah sembang dalam group 
kebetulan hanim ada dekat a.setar , next week dia nak balik sabah dah 
tetiba kd cakap ' weh ! jom shellout ! '
dah lama tak berjumpa , semua setuju . tapi bukan kat kedai makan hokey 
semua sepakat suruh kd masak . haha . padan muka dia 
oleh sebab aku tak sama cuti dengan lain lain 
so depa nak buat makan kat tempat kerja aku 
aku okey kan sajoo 

aku offerkan diri nak masak nasi 
dengan gigih aku usung periuk nasi mak aku ke kedai 
syaheed bawak air dengan spaghetti sardine 
hanim bawak bekas makan 

tarraaa ! 


lepas makan , gigih selfie macam biasa 
tak paham kenapa kd asyik ambik pic sebelah macam tu 
efek kurus kot . haha 
aku cakap kat dia ' meh sini aku pegang camera ' 


dan hasilnya aku lagi teruk dari kd ! 
hahahah . jebon sungguh . tetiba ada orang buat lawak 
nasib yang kedua ni okey . pulun buat serius . lepas tu bantai gelak balik 


haha . thank you friends 
kd masak sedap ! spaghetti syaheed pon sedap 
nanti kita berhimpun lagi tau tau tau 
nanti ajak pojan sekali . pojan tengah berpantang 
so tak dapatlah dia join 

i love you ! 


;) 



Saturday, February 27, 2016

engkau kan


semalam tengok munafik 
not bad , aku bagi 4 bintang 

sebelum movie start , ada benda seram terjadi kat aku 
aku pandang sebelah , dia pon pandang aku 
kami berdua sepakat . . . 

bau ketiak orang belakang ! 

jemmmmm 
woi , nak mai panggung pakai la deodorant dulu 
marah betul aku bab bau ni . pening . haha 
aku syak couple belakang punya bau , pelik pulak aku 
takkan pasangan dia tak bau apa apa 
betul lah kan , bila bercinta semuanya wangi . HAHA 
dalam gelap tu aku selongkar beg , cari perfume 
spray banyak banyak . setel dah masalah bau 

part movie tengah kemuncak , aku tengah fokus 
tiba tiba . . . " haa gurun , atas lagi , bla bla bla . . . ."
ada orang cakap telefon pulak ! 
kuat pulak tu dia cakap 
satu hall tegur dia . ramai ramai -- " shhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !" 
boleh dia buat taktau sambil cakap tanpa rasa bersalah 
haha . potong betul lah brader ni 

haih . nak tergelak pon ada 
sakit hati pon ada 

haha . sabar ja lah 

:'D 


Friday, August 29, 2014

muda dulu dulu


hari : jumaat , 29 ogos 2014
mood : rajin sangat sangat 

harini basuh semua baju , yang tak pakai lama pon basuh 
bagi wangi sikit almari aku 
mimpi apa aku harini , rajin melampau . haha 
kemas segala ceruk bilik , biar liplap liplap 

masa dok kemas tu jumpa banyak cd 
on laptop , lepas tu gelak sorang sorang 
rupanya gambar masa zaman baru nak up dulu 
muka semuanya lawak lawak . haha 

* * *

yang ni masa kat polimas , sem 2 , tahun 2006 . kos seni bina 
tengah buat apa yang patut nak sambut junior 
hari orentasi untuk junior 
haha , semuanya muka budak lagi 


masa sem 2 tu kena buat model 
group aku kena buat hotel 
ada kena buat rumah banglo , untung la depa 
hotel dah la banyak tingkat , besar pulak tu 
masa ni la mencabar sungguh , tak lena sampai ke pagi 
usung benda alah yang gedabak ni sana sini 
serius penat , asyik bebai ja 
mana taknya , pi kelas kena jalan kaki 
kelas pulak atas melangit 
untung naik lif tapi kalau nasib tak baik kena naik tangga 


lepas kat polimas , aku masuk ilpkl , kos grafik 
dok sini kena pakai baju macam budak asrama 
mula mula memang rasa -- ah , apa ni , tak dewasa lansung 
beza sangat masa kat poli dulu 
tapi lama lama , boleh terima kenyataan . haha 
budak budak kelas aku memang masuk kepala gila 
tak berpuak puak lansung 
kalau yang ada apa apa ilmu depa suka share 
kalau aku tolong siapkan projek budak budak ni , mesti dapat upah 
memang enjoy study sini , lecture pon best 


weekend aku taktau nak pi mana 
aku ikut kawan aku balik kuala lipis 
rumah kampung keliling rumah ada dusun 
siap ada kebun atas bukit 
gambar atas ni tengah memanjat bukit nak ke kebun 
nak mandi air terjun 5 minit ja naik moto dari rumah dia 
best sangat ! 


tudung takleh nak up up  haha , ayu dan sopan ja 
masa ni budak welding acah acah nak mengorat 
muka macam black , aku jual mahal , hahaha 
lagi sorang tinggi lampai , pantang terserempak dengan aku 
mesti nak panggil , wahida wahida wahida 
nada dia , kalau aku ajuk balik , syaheed mesti tau . HAHA 
tapi , seboleh bolehnya aku mesti nak lari dari terserempak 
lagi sorang ada jenis senyum dari jauh , terserempak mesti senyum ja 
padahal tak kenal pon 
haha 


haa , yang ni kekasih sejati . baru nak ayat , dia dah lari 
terhimpit aku di tengah , kesian aku kan . haha 
masa ni ada program generasi Y kat tv1 
buat kat dewan , semua kena paksa pi bagi penuh dewan 
kena paksa pi pon takpa sebab teruja nak jumpa awal 
haha 

* * * 

kalau nak cerita sampai bila pon tak habis 
banyak gila gambar 
biar lah simpan dalam cd tu , nanti dah tua boleh cerita kat cucu cicit 
throwback katanya 

:)



Saturday, August 2, 2014

sensitip tauuu


soalan paling femes sekali raya tahun ni untuk aku 
dari peringkat tertua sehingga termuda 
dok bertanya 

-- bila nak kawen -- 

kalaulah aku boleh jawab soalan depa , alangkah seronoknya baq hang 
masalahnya aku sendiri tak dak jawapan 

kalaulah aku ni lelaki 
bila bila masa saja aku pi masuk meminang 
masalahnya sekarang , aku perempuan 

P E R E M P U A N 

ya , tak salah kalau perempuan yang meminang 
kang terkejut pihak di sana kangg ! 
haha , okey lawak ja . leklu , takmau stress sangat 

berbalik pada isu serius tadi 
pertanyaan tu sama level ja dengan pasangan yang dah berkahwin 
ditukar pulak soalan tu , maka terjadilah 

-- dah ada isi ke belummmm -- 

wahai semua semua semua ! sensitif tau soalan soalan macam tu 
 kesian kat depa dan juga aku 
takmau la dok tanya macam tu naaa 
harapnya tahun depan aku beraya dengan keluarga mertua . eh ! 

haha 

tengah aku dok online fb , ternampak ada orang post pic ni  
kena pulak dengan entry aku harini 



haha , itu makan dia 


Tuesday, July 22, 2014

semua sama


aku perhati ja gelagat orang 
mata aku tertumpu kat satu couple ni 
depa pakai baju yang sama 
design yang sama , colour yang sama , semua sama lah 
acah acah sweet lah gitu 
haha 

bagi aku kan , aku tak suka baju sama dengan bf aku 
kalau pattern , design semua nak sama 
aku memang tak boleh terima 

sebab apa ?
sebab dia bf aku , bukannya kembar aku 

lol ! 


Sunday, May 25, 2014

ateee buleh ke idok


alhamdulillah 

24 mei 2014
majlis adik aku dah pon selesai 
rumah bakal adik ipar aku kat seri iskandar , perak 
gerak pagi sabtu , lepas tu berkumpul dekat RnR gurun 
konvoi 5 biji kereta 

tengahari tu singgah makan kat mapley 
siap pasang lagu ori depa -- dum tara dum dum . haha
adeh , aku kalau mapley ni kan 
orang tolong belikan lepas tu makan kat rumah , aku boleh makan 
jangan aku makan depan depa , tak berapa nak masuk sangat 
aku ambik nasi pon buat syarat ja , makan satu suap 
kecuali kalau kat kapitan 
haa , yang tu aku taktau nak kata apa 
pelik betei aku ni 
makan sebab sedap , tapi pandang kot lain , takmau tengok depa 
kalau tengok nanti tak lalu , haha 
huhu . sorry aneyy , takdak niat apa 

bila sampai sana , depa bagi homestay 
besar , ada mini garden dalam rumah tu 
majlis start lepas asar 
9 dulang berbalas 7 dulang hantaran 
depa buat warna turquoise , adik aku coklat cream 
aku paling suka blueberry tart dia , sedap . haha 

dah selesai semuanya , malam tu ronda cari makan 
senget tu call masa aku dah nak balik homestay 
malam tu janji nak msg sat 
sampai ja rumah aku tak dan kata apa 
sayuppppp , pergi meninggalkan mu . hahaha 

esoknya , pagi pagi dah kemas barang 
singgah lumut , mak nak beli ikan bilis mata biru katanya 
tak tau lah pulak aku kan 
selama ni ikan bilis mata warna apa eh 
ahaha 

* * * 

hantaran yang aku buat 

mak dengan bakal menantunya 


selesai , kbai 




small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)