Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Monday, March 14, 2016

kawan kecik


minggu cuti sekolah ni ada jiran aku kawen 
anis pon fly dari KL semata mata nak attend majlis beliau 
sama cantik sama padan 
tahniah rahimi dan pasangan 


pagi tu aku singgah oldtown nak breakfast 
duduk sebelah meja uncle ni 
dari awal aku perasan dia asyik perhatikan aku 
sambil dia bersembang dengan kawan dia  
tiba tiba dia tegur aku 

" hello miss , u diet ka ? "

-- " haa , buat apa nak diet . dak lah , i nak gemok macam dia " 
kata aku sambil tuju kat anis yang ada depan aku 

" badan u cantik lah , nanti u call my wife . bagitau dia u makan apa 
i nak dia jadi macam u . sebab badan dia straight 
( sambil tangan dia buat bentuk straight ) 

aku pon berhuhu sambil buat buat busy tengok menu 
ada pulak mengata bini sendiri 

haha 


* * * 


malam tu anis belanja ala ala shell out 
dekat jalan sultanah 
rasanya not bad . first time try , aum ! 

* * * 


esoknya lepak lepak makan rojak sambil bergossip 
lepas tu aku hantar dia naik train balik KL 
jumpa raya nanti pulak wey 

:') 


Saturday, January 16, 2016

entry pertama


hai 
harini free sikit 
dah 16 januari 2016 
baru sempat nak wish happy new year . ahaha 

banyak benda dah terlepas . tak update 
harini nak cerita habis habis 

* * * 

last year dapat banyak job makeup 
2015 permulaan untuk aku start kerja baru aku ni secara serius 
insyallah , aku try pelan pelan 
dan bulan ni pon dah ada job . alhamdulillah 


kalau ada yang berminat boleh whatsapp 019 4422 016 - nurul 

* * *

bulan disember haritu syaheed bertunang 
pagi pagi dah bertandang rumah dia , makeupkan dia 
bulan september 2016 majlis dia 
tak sabarnya nak semak kann majlis orang . HAHA 


tahniah syaheed 
lepas ni ang dah pindah melaka . sapa nak temankan aku . sob sob 
walaupun majlis dia lagi sembilan bulan 
aku nak kena fikir dah pasal baju aku masa majlis tu nanti . aduh pening 
HAHAHA , over ! 

* * * 

birthday aku 31 disember haritu 
kemain banyak kali celebrate 


kali ni celebrate sekali dengan adik mija 
birthday dia 05 januari . tak jauh mana lah kan . hehe 
mem belanja hi tea kat hotel , lepas tu sponser kek kat butik 


dapat hadiah baju , gelang , kek 
terima kasih uols ! 

* * * 

selamat tinggal 2015 walaupun terlambat 
penghujung 2015 yang dramatik 
semoga 2016 membawa berita baik untuk aku 

insyallah 

:) 




Tuesday, December 23, 2014

resepsi F&M


dah selamat majlis adik aku 
harini aku baru start kerja . rasa macam malas malas sikit 
haha 

nah aku belanja sikit gambar masa majlis tu 
sikit ja lah na . tak edit pon lagi . tak larat la . haha 
tengok esok esok aku buat 

* * * 

serius betul muka aku . haha . fokus ! 

hand bouquet ni aku buat sendiri . fresh flower 
hentam sajalah labu 

masa ni aku tengah siapkan pengantin perempuan 
mem ambik alih siapkan adik aku 
yang kanan sekali tu gf adik aku lagi sorang 

haaa . sedap kan kenakan aku 
tau la tinggi pon , sengaja bagi sama level dengan aku 
takpa , sabar . cousin punya pasal kan 
nasib hujan sebab tu aku tak pakai high heels 
kalau dak , kalah dah hampa . wakakaka 

baju ni aku yang design sendiri bunga bunga dia 
haha , saja nak habaq la kan . kot nak tempah dress kawen kat aku 
haha . promot jangan tak promot 
pengapit yang kanan tu cousin aku . yang kiri kawan adik aku 
style kemain cousin aku pakai sport shoes dengan baju kurung 
dia dari kl mai sini dengan ayah dia ( paklong aku ) naik super bike 
pehh . thumbs up ! 

kirinya parents adik ipar aku , yang kanan pulak parents aku 

bertambah sorang ahli keluarga aku . yeay ! 

okey . gambar penutup . sila tutup mata . haha 
beg hitam tu beg duit kenduri . akulah penjaganya 
hahaha . aku jujur okey 
tak masuk poket aku naaaaaaaaaa 

* * * 

yang ni saja gambar yang aku larat upload 
nanti bila rajin , aku upload lain 

tata 


:)



Tuesday, December 16, 2014

majlis kat sri iskandar


hi , im back ! 

penat ke perak haritu pon tak habis lagi 
nah aku share pic masa wedding adik aku 


ni yang depan sekali ni , photographer masa haritu , yang kanan kawan adik aku 
semua orang heran aku baik sangat dengan photog ni 
kawan masa aku kecik dulu aka jiran lama aku . haha 
aku pon tak sangka jumpa dengan dia 
adik aku pon tak cakap dia ambik jiran aku ni , wan namanya 
aku terjumpa masa nak berangkat ke masjid 
dari jauh dia jerit panggil aku 
haha . sorry la wan oi , aku bukan perasan sangat 

nah , tengok hasil kerja tangan dia 
superb ! sangat direkomen 


ahad ni majlis kat rumah aku pulak 
jemput mai na 

:) 




small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)