Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Saturday, February 27, 2016

engkau kan


semalam tengok munafik 
not bad , aku bagi 4 bintang 

sebelum movie start , ada benda seram terjadi kat aku 
aku pandang sebelah , dia pon pandang aku 
kami berdua sepakat . . . 

bau ketiak orang belakang ! 

jemmmmm 
woi , nak mai panggung pakai la deodorant dulu 
marah betul aku bab bau ni . pening . haha 
aku syak couple belakang punya bau , pelik pulak aku 
takkan pasangan dia tak bau apa apa 
betul lah kan , bila bercinta semuanya wangi . HAHA 
dalam gelap tu aku selongkar beg , cari perfume 
spray banyak banyak . setel dah masalah bau 

part movie tengah kemuncak , aku tengah fokus 
tiba tiba . . . " haa gurun , atas lagi , bla bla bla . . . ."
ada orang cakap telefon pulak ! 
kuat pulak tu dia cakap 
satu hall tegur dia . ramai ramai -- " shhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !" 
boleh dia buat taktau sambil cakap tanpa rasa bersalah 
haha . potong betul lah brader ni 

haih . nak tergelak pon ada 
sakit hati pon ada 

haha . sabar ja lah 

:'D 


Sunday, June 7, 2015

selit sikit


dalam dok bz gila gila 
dan lagi aku menyelit pi tengok movie ni 
pi tengok pon dah lewat 
tiket dalam pukul 10pm , pukul 10 ke bawah dah full baq hang 

san andreas 

sangat best ! 
ternganga nganga tengok dia punya efek 
memang nampak real gila 

tak dan nak sembang sembang dengan orang sebelah 
jantung dok dup dap dup dap 
pikir apa nak jadi lepas ni , haha 
dalam movie ni , anak the rock memang lawa gila 
mata dia lawa ! 

dan lagi tu . haha 


;) 


Friday, March 20, 2015

last week


last week hanis balik alor setar 
petang tu tak dak buat apa apa 
saja makeupkan dia 


konon aku ni nak asah skill makeup aku la . ahaha . choi 
takpa , practice makes perfect 
dah siap semua 
kami plan nak tengok wayang 
cerita pon tak best sangat sekarang ni 
so , decide nak tengok cinderella 

aku sampai alor setar mall pukul 4.30 
mula mula nak tengok kat alor setar mall . pukul 6.00 
tapi ada seat depan sekali . jenuh melangut nak tengok 
lepas tu check online cinema kat jitra mall ada pukul 5.30 
pecut pi jitra mall pulak . nasiblah situ tak ramai 
sampai sana pon sebelum 5.30 

cerita sebijik macam cerita asal 
bagi aku , boleh laa . 3 bintang aku bagi 
budak budak mesti suka 
hanis nak tengok sangat , aku ikutkan saja lah 
lepas habis wayang , janji dengan ery 
dia pon kebetulan baru balik kerja 
boleh dinner sama sama , yalah , sekarang sibuk dengan kerja 
selit selit masa nak jumpa pon 

sebenarnya banyak aktiviti minggu ni 
tapi malas pulak nak cerita , haha 

:) 


Monday, October 6, 2014

korban


harini hari kedua aidiladha 
selamat hari raya korban semuaaa ! 


sebelum ni aku mengidam betul nak blueberry cheese tart 
adoi , serius terbayang dalam kepala 
malam sebelum raya , aku dapat makan jugak . haha 
rasa lega bila makan 

bila dah seharian layan tetamu 
petang dah tak buat apa , aku teringin nak tengok annabelle 
petang tu terus aku pi alor star mall 
macam yang aku jangka , kena beratur panjang 
memang ramai betul orang 
dapat la tiket tapi pukul 6 lebih 



sementara tunggu lagi sejam , aku merayau satu mall tu 
masa duduk sorang sorang , terjumpa cousin aku . haha 
dia takut sangat dengan cerita seram seram nih 


bagi aku movie ni tak best sangat 
banyak sembang , sesetengah part agak bosan 
sekadar suspen ja yang banyak . rupa hantu takdak pon 
yang ada , setan dalam kelam . haha 

nanti nak tengok ouija pulak 
aku suka sangat cerita seram , pastu nanti takut sendiri 
macam conjuring haritu , takut dia tarik kaki . haha 


harini plan nak pi pantai . nasib baik tak hujan macam semalam 
kalau kita tak gembirakan diri sendiri , sapa lagi nak gembirakan kita 
ye dok 


:)



small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)