Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Showing posts with label design. Show all posts
Showing posts with label design. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

resepsi F&M


dah selamat majlis adik aku 
harini aku baru start kerja . rasa macam malas malas sikit 
haha 

nah aku belanja sikit gambar masa majlis tu 
sikit ja lah na . tak edit pon lagi . tak larat la . haha 
tengok esok esok aku buat 

* * * 

serius betul muka aku . haha . fokus ! 

hand bouquet ni aku buat sendiri . fresh flower 
hentam sajalah labu 

masa ni aku tengah siapkan pengantin perempuan 
mem ambik alih siapkan adik aku 
yang kanan sekali tu gf adik aku lagi sorang 

haaa . sedap kan kenakan aku 
tau la tinggi pon , sengaja bagi sama level dengan aku 
takpa , sabar . cousin punya pasal kan 
nasib hujan sebab tu aku tak pakai high heels 
kalau dak , kalah dah hampa . wakakaka 

baju ni aku yang design sendiri bunga bunga dia 
haha , saja nak habaq la kan . kot nak tempah dress kawen kat aku 
haha . promot jangan tak promot 
pengapit yang kanan tu cousin aku . yang kiri kawan adik aku 
style kemain cousin aku pakai sport shoes dengan baju kurung 
dia dari kl mai sini dengan ayah dia ( paklong aku ) naik super bike 
pehh . thumbs up ! 

kirinya parents adik ipar aku , yang kanan pulak parents aku 

bertambah sorang ahli keluarga aku . yeay ! 

okey . gambar penutup . sila tutup mata . haha 
beg hitam tu beg duit kenduri . akulah penjaganya 
hahaha . aku jujur okey 
tak masuk poket aku naaaaaaaaaa 

* * * 

yang ni saja gambar yang aku larat upload 
nanti bila rajin , aku upload lain 

tata 


:)



Sunday, October 19, 2014

kad kenduri


kad kenduri yang aku designkan untuk adik aku dah siap 
teraaa ! 


sengaja aku blurkan alamat 
woo , bahaya kalau share detail yang peribadi dalam dunia sekarang  
so , sesapa sudi nak mai , pm aku kat fb 
semua dijemput hadir 

kad dah setel print , 
lepas ni baju pengantin , hantaran , bilik pengantin 
baju aku lagi . eh ! haha 

tak sabar walaupun lambat lagi 
rasa macam aku pulak yang nak kawen 

haha 

:) 


Thursday, October 2, 2014

sekali sekala


sejak dua menjak ni sibuk sangat 
dengan raya lagi , dengan persiapan kenduri lagi 
harini baru siapkan kad , tinggal nak print saja 
yalah , haritu dah siap sepenuhnya , dah hilang semua , kena buat lain 
mak redha ja la nak oi . haha 
baju raya ada sepasang ja , warna hijau 
dress kekononnya , haha 

esok rancangnya nak usha usha butik vendor 
kat alor setar tak pernah dengar lagi ada ke idok 
kat jitra dah banyak 
dah lama sangat teringin nak pi . hehe 

nanti ada masa aku update lain 

daa ! 

:)


Saturday, September 27, 2014

dugaannya


sikit hari lagi aku boleh jadi gila 
stress ! 

sejak dua menjak ni kerja design banyak la jugak 
dengan letih siangnya satu hal 
malam buat design pulak 
kalau boleh , takmau la mengeluh sebab mencari rezeki kann 
tapi , aku pon manusia gak . mesti nak merungut 

pagi tadi dengan azam yang kuat aku bawak laptop aku kat kedai 
pagi tu okey lagi , kerja aku pon dah nak siap 
bila nak save ja dia jem 
ah , sudah
pasepa pulak . sikit lagi dah nak siap kerja aku tu 
aku restart pon takmau gak , keluar yang bukan bukan 

aku tanya semua membe aku , depa suruh format lain 
serabut kepala aku 
tak kisah la kalau format , rasanya kena dalam rm40 camtu la kot 
dah la tengah sesak , redha ja la kalau kena format pon 
janji aku boleh sambung kerja aku balik 

sampai kat kedai komputer , dia cakap hard disk aku rosak 
nah ! dunia rasa gelap baq hang 
habis la semua benda dalam tu , dengan gambar lagi , design aku dari 4 tahun lepas 
terkedu sat kat kedai tu , taktau nak kata apa 
dah la aku tak backup satu apa pon , 100% dalam laptop ni 
dalam 4 tahun aku pakai , ni la first time dia buat hal 
yang teruk pulak tu 
dugaanya 

dah tak boleh nak buat apa dah 
mau tak mau kena la gantikan hard disk baru 
sekali dengan format , kenalah rm200++ 
lepas hantar kat kedai , aku terasa sebak . menangis aku dalam kereta 

dengan nak buat balik design design yang hilang 
dengan nak cover balik duit untuk nak hidup lepas ni 

haih 

:'(




small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)