Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Saturday, September 10, 2016

aku mendengar


minggu ni ramai pulak yang ada masalah 
wahai kawan kawan ku 
bertabah la 


kita takkan diuji kalau kita tidak mampu 
lain orang lain ujiannya 

kalau aku tak mampu tolong , aku boleh mendengar 
kalau yang tu boleh ringankan masalah orang 

insyallah 

:)



Friday, August 21, 2015

simpati sangat


aku dengar rumah umie aka puan pinggu kena masuk pencuri 
bertabah la , sian hang 
dah la kat miri tak dak sapa , dengan anak kecil lagi 

biarkan barang yang hilang tu , barang boleh cari lain 
yang penting keselamatan family 

be strong babe !


Wednesday, December 3, 2014

realiti hidup


aku ingatkan dalam drama ja 
rupa rupanya wujud jugak dalam realiti 
mana rasa kemanusiaan ? 

bukan tak boleh kita percayakan orang disekeliling kita 
tapi janganlah 100 peratus percaya 
kita taktau apa yang ada di hati orang yang bernama manusia 
kadang kadang , manusia lagi jahat dari syaitan 

minta dijauhkan perkara buruk dari kita 
amin amin amin 

:( 


Friday, April 25, 2014

hak


hak orang kita kena bagi 
sempit macam mana pon , kalau kita tak bagi hak orang 
memang hidup tak kan senang 

dah terbukti 

peringatan untuk aku sama 



Thursday, April 17, 2014

punch bag


kenapa lelaki suka tunjuk kuasa 
aku tak salahkan semua lelaki , tapi sesetengahnya tu yang buat aku geram 
janganlah buat perempuan macam punch bag 

ya tau , dia dah jadi hak awak 
tapi perempuan bukan lawan awak 
kalau nak beradu kekuatan pon , cari yang sama kuat 
setakat pukul perempuan , apalah sangat perempuan nak balas 
menangis ja yang mampu 
dan awak rasa puas bila dah lepas kemarahan macam tu ?

awak memang pondan 

awak sedar dak 
bila awak dah start naik tangan , awak akan buat lagi 
benda ni akan jadi kebiasaan 
awak dah tak kisah , sebab awak dah pernah buat 
dan macam biasa , si dia akan maafkan awak 

awak , 
awak memang tolol 

mungkin awak dalam keadaan tak sedar 
yalah , bila marah syaitan akan menghasut 
kalau awak jenis baran , masa marah tu ingatlah kebaikan si isteri 
takkan selama hidup sebumbung tak dak satu pon kebaikkan dia pernah buat 
tipu sangat lah kan 
tenangkan diri awak , ingat yang dia tu amanah untuk awak 

bila dah diijabkabul , semua tanggungjawab terletak di bahu awak 
awak pon dah sedia maklum 
awak lah pelindung si isteri , pendidik si isteri 
tapi kalau awak pon tak boleh diharap 
kenapa berkahwin ? sebab nafsu kah ?

jangan , jangan , jangan , jangan 
lima kali aku ulang , jangan aniaya perempuan 

* * *

sedih bila aku dengar kisah dia 
campur tangan pihak ketiga buat keadaan lagi parah 
aku rasa buat masa ni komunikasi paling penting 
duduk berdua dan berbincang tanpa ada orang ketiga 

maybe boleh pergi bercuti berdua 
tempat yang jauh dari manusia , tenangkan jiwa 
masa tu baru boleh berbincang tanpa ada tekanan dari mana mana pihak 

insyallah , niat yang baik 
allah swt akan tolong 




small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)