Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, July 11, 2016

raya 2016


6 syawal 
haaaaaaaa . baru boleh muncul balik 
busy betul sebelum ni 

* * *

RAYA PERTAMA

seminggu sebelum raya ada buat kuih raya jugak 
tapi kali ni cornflakes madu aku tak jadi . mogok apa benda tah 
haha . kes butter habis . beli brand lain 
tak sedap lansung butter tu . aku sembunyikan cornflakes tu 
adik aku , aswad gatal mulut tanya pasal cornflakes tu depan kawan dia 
macam nak sekeh sekeh kepala dia 
terpaksa aku keluarkan kuih malang tu dari tempat persembunyian 
hahaha . lantak , nak sangat kan . biaq pi tak sedap ! 


baju raya kali ni pon bajet bajet saja 
tak banyak macam last year . kasut pon tak beli 
kiranya raya tahun ni sangatlah beserderhana 
lagipun raya pertama hujan sampai ke petang 
tak dapat nak ootd depan hutan macam selalu , so dalam rumah ja mampu 
haha , gitu kekdahnya 


pagi pagi lepas bersalam salaman tu , 
terus adik beradik sebelah abah mai rumah 
sebab tahun ni turn rumah aku 
lepas depa balik , adik beradik sebelah mak pulak mai 
memang full house lah . aku yang tak rajin , terus jadi rajin . haha 
pukul 5 camtu , baru free . baru dapat keluar 


* * * 

RAYA KEDUA 

pagi tu dah bangun awal awal 
pukul 11 ada job makeup tunang 
baju ni mak sponser , baju raya pertama ja aku buat sendiri . hehe 


lepas makeup tu , drop hanis kat taman nuri 
aku tak dapat join sebab kawan nak datang beraya 

semalam ikhwan whatsapp , nak jumpa 
gila kauu , last jumpa tahun 2012 rasanya , masa tu kat KL , haha 
yalah , dah jauh . mana nak boleh jumpa selalu kann 
kawan yang paling happy go lucky , dia lahh 


manusia dua orang ni sampai dengan kereta masing masing 
kaki gossip betul ha , riuh dengan depa ja 
setiap ceruk rumah aku nak bergambar . hahaha . dah tua pon tak berubah 
hehe . weh ! jumpa lagi nanti 


sat , ada hal pulak 
nanti aku sambung . hehe 

;) 


Friday, April 10, 2015

hanya pinjaman


takziah untuk mak ngah sekeluarga 
diharap tabah menjalani hari mendatang 

malam selasa haritu aku dapat berita sedih 
pak ngah menghembuskan nafas terakhir 7 april 2015 pukul 10.10 malam 
malam tu jugak aku sekeluarga bertolak ke kl 
masa dalam perjalanan , adik aku kemalangan 
dia dari perak dengan wife dia 
nasiblah tak jadi apa apa , cuma bumper belakang pecah sikit 

sampai sana dalam pukul 5.30 pagi 
jenazah ada di surau untuk kemudahan orang nak menziarahi 
memang tabik dengan ahli surau 
dari pagi sampai ke malam tak jemu depa melayan 
semuanya disediakan 

dua minggu pak ngah dalam icu 
mak baru plan nak pi melawat , tapi tak kesampaian 
dalam dua minggu tu , sehari sebelum arwah meninggal 
arwah tersedar dari koma 
tapi tak respon . maybe sebab ubat terlalu kuat 
sedar tak lama , dua hari . lepas tu dah tak sedar 
sehari lepas tu dapat berita menyedihkan ni 

semoga pak ngah ditempatkan dengan orang beriman 
amin 

:'( 




Saturday, March 28, 2015

pray for pakngah


selasa . 24 march 

masa aku balik kerja , mak bagitau pakngah masuk icu 
mak dah beli tiket bas nak teman tok pi kl 
malam tu aswad hantar mak dengan tok kat shahab 
abah tak dapat pi sebab iman exam esoknya 
malam tu agak pukul 11 lebih , mak call bagitau pakngah dah kritikal 
jantung dia dah stop 
abah call e yang kat penang bagitau keadaan pakngah 
aku packing barang , sementara tunggu e sampai 
malam tu jugak kami semua berangkat 
ambik marshitah kat perak lepas tu terus ke selayang 
e pulak demam , dalam perjalanan tu banyak kali jugak berhenti 

dah sampai sana , berehat kat rumah pak ndak kat selayang 
 pukul 12 terus gerak pi hospital 
keadaan pakngah sama macam raya tahun lepas 
tapi kali ni lagi teruk 
usus , buah pinggang , jantung , paru paru semua tak dapat berfungsi sendiri 
kena pakai mesin 
setahu aku pakngah tak dak penyakit kronik selain asthma 
dua hari aku kat sana , keadaan pakngah sama jugak 
tak sedarkan diri 

paling sedih bila pak teh buka beg kerja pakngah 
setiap hari dia catat tarikh kerja dia , apa yang perlu dibuat 
dan tarikh yang terakhir 23 mac 2015 
hari terakhir dia berkerja 
sebelum dia ke hospital , sebelum dia tak sedarkan diri sampai sekarang 
allah , sebaknya aku 

hmm . kesian makngah 
anak anak dah la semua sekolah lagi 
cepatlah sedar pakngah 
semua orang sangat sangat berharap pakngah bangun dan buka mata 

:'( 




Saturday, February 21, 2015

peneman


cuti tiga hari tak terasa pon . plan lain , jadinya pon lain 
takpa lah , sekurang kurangnya dapat happykan orang lain 

tiga hari aku temankan tok aku 
kelmarin aku bawak datang rumah . makan nasi kat rumah aku 
bersembang panjang dengan mak abah 
bergelak sakan , satu family ada 
rasa macam bahagianyaaaaaaaaaa . hehe 
malam tu pulak bawak makan dengan adik adik aku 
mak dengan abah tak join sebab ada kenduri 
masa nak pi makan tu aku lupa stadium ada bola 
memang sangkut lama jugak la , silap aku lalu jalan tu 
tambah pulak rasa frust tak dapat tengok bola 
lagi stress dalam kereta . haha 

petang tadi pulak bawak tok ambik angin pantai 
seronok tengok dia tersenyum ja 
puas berjalan katanya 


takpa tok , insyallah ada masa lagi kita ronda tempat lain pulak 
bila aku tengok dia seronok 
aku rasa puas hati 
yalah , tok aku yang bela aku dari kecil 
semuanya aku share dengan dia 
sekarang la aku pulak layan apa kehendak dia 
insyallah harap aku mampu tunaikan 

* * * 


last week hanim dapat baby boy , muhammad seif addin namanya 
4 tahun penantian , alhamdulillah 
tahniah hanim ! 
syaheed pon dapat anak buah pertama , tahniah syaheed ! 

semuanya benda baik 
happynya ! 


;) 



Tuesday, December 23, 2014

resepsi F&M


dah selamat majlis adik aku 
harini aku baru start kerja . rasa macam malas malas sikit 
haha 

nah aku belanja sikit gambar masa majlis tu 
sikit ja lah na . tak edit pon lagi . tak larat la . haha 
tengok esok esok aku buat 

* * * 

serius betul muka aku . haha . fokus ! 

hand bouquet ni aku buat sendiri . fresh flower 
hentam sajalah labu 

masa ni aku tengah siapkan pengantin perempuan 
mem ambik alih siapkan adik aku 
yang kanan sekali tu gf adik aku lagi sorang 

haaa . sedap kan kenakan aku 
tau la tinggi pon , sengaja bagi sama level dengan aku 
takpa , sabar . cousin punya pasal kan 
nasib hujan sebab tu aku tak pakai high heels 
kalau dak , kalah dah hampa . wakakaka 

baju ni aku yang design sendiri bunga bunga dia 
haha , saja nak habaq la kan . kot nak tempah dress kawen kat aku 
haha . promot jangan tak promot 
pengapit yang kanan tu cousin aku . yang kiri kawan adik aku 
style kemain cousin aku pakai sport shoes dengan baju kurung 
dia dari kl mai sini dengan ayah dia ( paklong aku ) naik super bike 
pehh . thumbs up ! 

kirinya parents adik ipar aku , yang kanan pulak parents aku 

bertambah sorang ahli keluarga aku . yeay ! 

okey . gambar penutup . sila tutup mata . haha 
beg hitam tu beg duit kenduri . akulah penjaganya 
hahaha . aku jujur okey 
tak masuk poket aku naaaaaaaaaa 

* * * 

yang ni saja gambar yang aku larat upload 
nanti bila rajin , aku upload lain 

tata 


:)



Tuesday, December 16, 2014

majlis kat sri iskandar


hi , im back ! 

penat ke perak haritu pon tak habis lagi 
nah aku share pic masa wedding adik aku 


ni yang depan sekali ni , photographer masa haritu , yang kanan kawan adik aku 
semua orang heran aku baik sangat dengan photog ni 
kawan masa aku kecik dulu aka jiran lama aku . haha 
aku pon tak sangka jumpa dengan dia 
adik aku pon tak cakap dia ambik jiran aku ni , wan namanya 
aku terjumpa masa nak berangkat ke masjid 
dari jauh dia jerit panggil aku 
haha . sorry la wan oi , aku bukan perasan sangat 

nah , tengok hasil kerja tangan dia 
superb ! sangat direkomen 


ahad ni majlis kat rumah aku pulak 
jemput mai na 

:) 



Sunday, October 19, 2014

kad kenduri


kad kenduri yang aku designkan untuk adik aku dah siap 
teraaa ! 


sengaja aku blurkan alamat 
woo , bahaya kalau share detail yang peribadi dalam dunia sekarang  
so , sesapa sudi nak mai , pm aku kat fb 
semua dijemput hadir 

kad dah setel print , 
lepas ni baju pengantin , hantaran , bilik pengantin 
baju aku lagi . eh ! haha 

tak sabar walaupun lambat lagi 
rasa macam aku pulak yang nak kawen 

haha 

:) 


Monday, September 15, 2014

2 tahun


nah belanja gambar masa kecik kecik dulu 
dah memang tak dak kerja dah aku 
haha 


besar jasa motor suzuki biru abah aku ni 
mak cerita masa aku baby , abah bawak moto ni la nak pi kemana pon 
masa tu abah tak pakai kereta lagi 
bawak aku yang baby ni sampai lemas kena angin . haha 
lepas tu baru abah beli kereta 
adik aku nombor dua tu merasa la naik kereta masa nak pi melahirkan dia . haha 
apa pon motor biru lejen ni ada lagi sampai sekarang 
tiap tiap pagi jumaat abah merempit ke market 
muahaha 


semua gambar atas ni kat rumah tok 
lepas mak dengan abah kawen , mak dengan abah duduk kat rumah tok 
kat taman wira mergong , rumah yang sama tok aku duduk sekarang 
masa umur aku 3 tahun baru pindah duduk taman nuri 
masa tu rumah semua baru siap 

nanti aku belanja gambar lain pulak 
perut tengah lapar ni 
beger kat sebelah dah panggil panggil . hehe 


:)


Sunday, May 25, 2014

ateee buleh ke idok


alhamdulillah 

24 mei 2014
majlis adik aku dah pon selesai 
rumah bakal adik ipar aku kat seri iskandar , perak 
gerak pagi sabtu , lepas tu berkumpul dekat RnR gurun 
konvoi 5 biji kereta 

tengahari tu singgah makan kat mapley 
siap pasang lagu ori depa -- dum tara dum dum . haha
adeh , aku kalau mapley ni kan 
orang tolong belikan lepas tu makan kat rumah , aku boleh makan 
jangan aku makan depan depa , tak berapa nak masuk sangat 
aku ambik nasi pon buat syarat ja , makan satu suap 
kecuali kalau kat kapitan 
haa , yang tu aku taktau nak kata apa 
pelik betei aku ni 
makan sebab sedap , tapi pandang kot lain , takmau tengok depa 
kalau tengok nanti tak lalu , haha 
huhu . sorry aneyy , takdak niat apa 

bila sampai sana , depa bagi homestay 
besar , ada mini garden dalam rumah tu 
majlis start lepas asar 
9 dulang berbalas 7 dulang hantaran 
depa buat warna turquoise , adik aku coklat cream 
aku paling suka blueberry tart dia , sedap . haha 

dah selesai semuanya , malam tu ronda cari makan 
senget tu call masa aku dah nak balik homestay 
malam tu janji nak msg sat 
sampai ja rumah aku tak dan kata apa 
sayuppppp , pergi meninggalkan mu . hahaha 

esoknya , pagi pagi dah kemas barang 
singgah lumut , mak nak beli ikan bilis mata biru katanya 
tak tau lah pulak aku kan 
selama ni ikan bilis mata warna apa eh 
ahaha 

* * * 

hantaran yang aku buat 

mak dengan bakal menantunya 


selesai , kbai 



Tuesday, April 22, 2014

dah selamat


selepas 10 minit aku update entry semalam 
abah dapat call , katanya tok dah tak dak 

inalillahiwainnalillahirajiun 

jenazah tok dibawa pulang ke rumah paklang aku 
apa aku nampak , tok seolah olah tidur dengan tenang 
mukanya tersenyum 

alhamdulillah 
proses pengkebumian berjalan lancar 



Monday, April 21, 2014

permudahkanlah


semua berlaku dengan tiba tiba 
tak terjangka lansung 
mak bagitau tok sebelah abah dah kritikal 
katanya ada ketumbuhan dekat buah pinggang 
malam tu jugak buat pembedahan dan pembedahan berjaya 
tapi , usus pecah . kuman dah merebak 

sekarang tok dah tak sedarkan diri 
doc cakap taktau tok boleh atau tidak melalui malam ini 
ya allah , sayunya aku rasa 

petang tadi aku ke hospital 
pertama kali aku jejak kaki dalam icu 
tersentak hati aku dengar bacaan yassin tanpa henti 
mungkin pihak hospital pasang bacaan yassin tu 24 jam tanpa henti 
sayup sayup suara bacaan 
ada bau wangi tapi aku tak pasti sangat sebab bau tu sat saja 
maybe bau perfume pelawat 
aku masuk situ dengan sepupu aku 
ada deretan katil , kalau tak salah aku ada 6 katil 
ada yang baca yassin , ada yang melawat 

mata tok terbuka , tapi tak berkelip lansung 
sebaknya aku tengok tok 
hanya bergantung dengan mesin pernafasan 

aku baru sampai rumah , terus aku update entry ni 
sekarang 8.00 malam 
abah dapat panggilan tok dah semakin lemah 
semua dah bersiap nak ke hospital lagi 

ya allah , permudahkan lah jalannya 




small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)