Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself

tebusan

Thursday, May 3, 2018

pulau perhentian


trip yang plan 5 bulan lepas dah tiba 
kemain lama plan 
haha 

asalnya semua kawan2 mija 10 orang 
tapi 2 orang tarik diri 
aku gantikan dengan kawan aku 
faris dengan rafi . depa pon tak banyak tanya 
terus on 


* * *

25 april 2018 

gerak pukul 10 malam . dua biji kereta 
pukul 4.30 pagi dah sampai besut 
boat pukul 8 pagi . kami semua dari alor setar 
faris dengan rafi saja dari KL 

* * *

26 april 2018 

sampai sana , check in 
duduk kat kampung nelayan 


boleh la kampung nelayan ni , tak lah ada pantai nak mandi2 
malam2 pon banyak habiskan masa makan2 lepak minum ja 
kalau nak mandi2 boleh stay kat long beach 
sana meriah sangat 

lepas lunch semua dah siap2 nak turun snorkeling 
aku jumpa budak2 ni dok main2 tepi batu 
aku siap ajarkan cara posing lagi 
hahahah . sempoi depa . gigih nak mengikut 


ni mcm pre-snorkeling 
untuk yang tak biasa macam aku 
time ni lah nak beranikan diri 


jenuh si faris dengan rafi tu ajar 
hahah . ajak pi ke tengah . memang tak lah 
rasa macam nak tenggelam ja 

boat datang jemput dalam 5.30 petang 
balik rehat2 , dinner lepas tu ikut suka la nak buat apa 

* * *

27 april 2018 

pagi tu lepas breakfast pukul 10 pagi 
boat bawak pi pantai 
briefing sikit sebab sat lagi nak ke laut tengok coral 

check point pertama tengok penyu 
masa ni janji dengan mija nak terjun sama2 
tengok2 dia hilang terjun dulu 
ada boatman tunggu dia kat bawah . nasib lah 
nak harapkan aku terjun sorang memang tak lah . takut wehhhh!

 check point kedua tengok coral 
haa time ni aku beranikan diri . terjun awal 
hahah 
lepas terjun , tengok bawah 
nah ! kejutan budaya . lawa ! 
time tu jantung laju , dalam gila weh 
otak jahat dok terbayang daddy shark mai lah , apa lah 
tengok kiri kanan cari mija . ternampak faris dengan rafi 
nasib depa ada . mija terjun lepas aku 
so , duyung2 berempat ni gigih pi selfie atas batu bagai 
best weh . pengalaman pertama seumur hidup aku 
sampai orang panggil balik la 
hahahaha 

ni nampak ja tak dalam kan 
tapi dalam weh 
macam2 jenis coral ada 
ni kami berdiri atas batu tengah laut tu 
kalau nak tengok video , ada dalam ig aku . boleh tengok sana 


check point ketiga tengok shark 
yang ni aku tak turun 
takut shark sepasal . penat berenang tadi pon tak hilang lagi 
kalau kena ligan , tak sepasal aku nak mengayuh 
hahahahaha 
sebenarnya shark ni yang shark baik 
makan anak2 ikan ja . bukan makan orang 

lepas tu pi mandi air berani 
aku pon tak sure kenapa nama dia air berani 
mandi sorang secebok 
sejuk sangat 


balik pukul 1.30 petang sebab lelaki nak solat jumaat 
lepas lunch pukul 3 petang nak ke long beach 
hiking kincir angin 


ingatkan rendah , tinggi jugaklah nak naik pon 
dah sampai puncak , subhanallah cantiknya 
geng2 lain entah kemana dah 
kami berempat ja yang sampai dulu 
apa lagi , bergambarlah sampai muntah 


tapi sapa2 nak mai sini berhati2 lah na 
sebab dia punya pelantar dah mereput 
masa kami sibuk bergambar 
belakang kami ada sorang lelaki singapura tersalah pijak kayu reput 
dia terjatuh , badan dia tersekat antara kayu 
nasib lah badan dia besar . perut dia terhadang 
kalau dia kurus , aku taktau lah apa yang akan jadi dekat dia 
tinggi jugak weh 
dah la bawah tu batu2 , bayangkan kalau terjatuh 
tinggi 5 meter camtu . allah , tak sanggup nak bayang 
niat aku nak turun bawah sikit terbantut 
sebab bawah tu view dia lagi cantik 


lepas turun basah lencun mandi peluh 
boat datang ambil 
balik bilik , malam tu ada bbq 
makan2 lepak minum , terus balik tidoq 
letih ! 

* * *

28 april 2018 

pagi tu aktiviti bebas 
check out pukul 12.30 tengahari 
masa ni nak berpisah dengan budak berdua tu 
naik boat asing sebab depa nak ke long beach , kami pulak ke jeti 

tak habis2 lagi bergambar kenangan 
entah bila pulak nak berjumpa 


dah sampai jeti , singgah pantai apa tah nama dia 
lawa . air biru . ada buaian 


lepas tu singgah pasar payang 
borong keropok lekor 
singgah dungun , makan2 . pukul 9 baru gerak balik alor setar 
sampai rumah dalam pukul 6.30 pagi 

* * * 

best sangat . aktiviti baru dalam hidup 
aku dapat lawan rasa takut laut dalam 

dapat jumpa budak berdua tu 
first time jumpa lepas kenal 6 tahun lepas 
hahahaha 

thank you weh ! 
hampa memang best ! 

;D 




0 komen:


small rss seocips Music MP3
reason(autumn in my heart)