jumaat
malam tu masing masing tak boleh tidoq
aku dengan sorang kawan aku plan lepak air panas kat lenggong
kebetulan kawan aku ni tak pernah pi lagi
bermulalah perjalanan menyeramkan
masa tu hujan , dua hari sebelum ni memang hujan non stop
pukul 12 tengah malam kami gerak
dah exit gurun , aku suruh kawan aku on waze
kan dah tengah malam , memang tak ketahuan sikit jalan
aku dah pernah pi banyak kali , tapi orang yang bawakkan
mata dua dua segar lagi , rancak lah menyembang
sampai satu simpang tu
waze suruh terus , aku cakap lah kat kawan aku tu
' aku rasa jalan yang aku pi sebelum ni belok kanan '
aku pon decide ikut waze ja , maybe lagi dekat kot
mula mula okey lagi
ada kereta sebiji dua , tapi lama lama lampu jalan dah takdak
kereta lagilah , tak berselisih lansung
masa tengah drive tu , tiba tiba aku brek mengejut
sebab nampak macam motor kat depan
tapi sebenarnya takdak apa pon
aku senyap ja lah , kawan aku pon perasan , tapi masing2 tak mau tegur
masa tu dah tak hujan , gelap gelita
dah start mendaki bukit
aku lansung tak pandang kiri kanan
time tu nak dekat pukul 2 pagi
tapi dari ekor mata , aku nampak kawasan lapang atas bukit
haruslah aku bukak lagu kuat kuat sambil bernyanyi
hahaha , kena berlagak cool sebab kawan aku ni cepat gelabah
tapi dalam hati jangan cakap lah wey
nak nangis , nak patah balik
aku bawak pelan ja
sampai lah satu tahap tiba tiba ada kabus tebal
bukan sipi sipi dah nampak depan , memang tak nampak lansung
lampu tinggi memang dah pasang dari tadi
aku pon bersuara
' emm , memang tak nampak depan dah ni '
kawan aku pon cakap
' kita ikut line putih ni ja lah '
sampai kepala masing masing menjengul cermin depan
tak dan nak ikut line putih , dah line putih tu makin lama makin pudar
hahahaha
masing masing diam ja
aku bawak 40km/j ! gila slow , ahahah . memang tak nampak wey
aku terpandang cermin pandang belakang
eh dah kenapa cermin aku mengadap atas
rasanya selama ni aku tak pernah sentuh cermin tu
ahh , aku abaikan
yang aku pikir sekarang harap harap berselisih dengan orang
kabus dah makin kurang , jalan turun bukit pulak masa tu
dah terpampang signboard KAWASAN KEMALANGAN
hahah , sorang pon tak kata apa
senyap sunyi , dengar lagu ja time tu
radio aku rosak , nasib la memang pasang mp3
ada hiburan jugak kalau ada kat tengah hutan macam ni
slow2 aku bawak
dah lepas area kawasan lapang , dah masuk dalam hutan
kat situ aku dah rasa macam pernah lalu
ada lampu jalan walaupun jarak jauh jauh sikit
babi hutan bersepah lintas ikut suka dia ja
finally sampai jugak destinasi
masa nak balik , aku betulkan balik cermin pandang belakang aku
terus lah nampak seat belakang
aku tanya kawan aku
' tadi ada ubah dak cermin ni ?'
dia cakap dak pon . pelik aku . aku abaikan lagi
dalam hati aku cakap , jangan lah nak mengusik
pukul 4 aku nak gerak balik sebab pagi nanti nak kerja
aku pesan kat waze , kalau boleh takmau la ikut jalan tadi
pastu nak tau apa jadi ?
aku tanya kawan aku
' dah set jalan alor setar ka '
kawan aku cakap , dah
masa tengah bawak dalam 10 minit macam tu ,
' eh , ni jalan pi air panas tadi tu kan , pasepa kita patah balik pi sana '
dua kali kami ulang jalan sama
dah set ke alor setar , tapi dia pusing2 masuk air panas tu jugak
ah sudah , kita ikut signboard ja lah
mengarut waze ni , ayat sedapkan hati , HAHAHA
sepanjang perjalanan tu
jalan tak menyeramkan sangat macam awal nak sampai tadi
banyak lalu kat kampung orang
balik tu aku drive sorang , kawan aku dah sedap tidoq
sebab dah start hujan balik
dalam dok pesan tuu , aku terpaksa gagah menahan mengantuk jugak lah
pukul 6.30 pagi baru sampai
ramai yang tak percaya kami dua orang perempuan pi sana sendiri
aku pon tak percaya aku seberani tu
siap ada yang offer , kalau nak pi lagi , ajak depa
huhu , tapi alhamdulillah semua selamat
sekadar mengusik manja ja tu
:')
0 komen:
Post a Comment